Translate

Tuesday, February 21, 2012

Mengejar Impian...


Setiap orang pasti ada impian yang ingin mereka capai...Termasuklah saya...Dalam usaha kita nak capai impian nie, kita janganlah sesekali ada rasa berputus asa. Ya, benar memang bukan mudah nak dapat apa yang kita impikan begitu sahaja. Ianya perlu lah seiring dengan usaha dan doa kita tanpa pernah menganal erti jemu dan putus asa...Usaha nak dapatkan impian yang kita impikan itu juga bukan mudah...Pasti ia menuntut segla macam pengorbanan termasuklah masa, tenaga dan wang ringgit.

    Sedang kita berusaha nak capai impian itu, maka semakin banyak pula cabaran yang datang.  Adakalanya kita diuji denagnsegala macam masaalah yang boleh membuatkan kita lemah, yang terkadang membuat kita terasa lelah dan seperti hilang arah lantas membuatkan kita untuk menyerah.  Usah begitu sahabatku, usahlah kamu mengaku kalah dalam usaha mengejar impain kamu itu. Jangan sesekali berputus asa. Dugaan dan cabaran, itu adalah perkara biasa. Memang bukan mudah nak dapat kan keindahan, haruslah lalui jalan yang adakalanya berliku-liku, adakalanya beroank duri, penuh ranjau untuk kita tempuhi.  Hadapinya tanpa pernah mengenal erti putus asa untuk mencari jalan keluar menuju cahaya.  Selepas kegelapan dan kesuaraman pasti ada cahaya, selepas hujan pasti ada pelangi dan begitu jugalah dengan hidup ini selepas menepuhi segala dugaan itu barulah kita akan temui kebahagiaan sejati yang kita impikan itu nanti.


  Ada orang yang bernasib baik dalam mencaai impiannya, kelihatan begitu mudah sekali dia mendapatkan apa yang dia mahu. Tapi kita janganlah sesekali membeza-bezakan jalan hidup kita dengan orang itu dan jangan sesekali kita persoalkan takdir yang sudah tertulis untuk kita.  Jangan pernah menyalahkan takdir jika apa yang kita impikan tidak menjadi kenyataan.  Kerana kita harus tahu yang setiap dari kita akan ada jalanhidupnya tersendiri, kisah kita takkan sama dengan kisah orang lain. Ada yang mudah capai impiannya melalui segala harta pusaka yang diperoleh, ada pula  yang perlu bersusah payah dahulu tapi pada akhirnya dia menjadi individu yang berjaya juga malah lebih berjaya dari orang yang dilahirkan dalamkalangan keluraga yang kaya raya. Jadi untuk itu jangan berputus asa.


      Adakala memang kita tak dapat apa yang kita nak, tapi sebenarnya apa yang kita dapat itulah sebenarnya yang terbaik  dan yang sesuai untuk kita.  Percayalah pasti ada hikmah di sebalinya. Apa yang penting berusaha dan berdoalah serta bersabarlah dalam usaha mendapakan impian kita itu.  Setelah itu berserahlah dengan hati yang redha.  Jika ia bukan milik kita, pasti kita akan memiliki sesuatu yang lebih baik dari itu.  Jangan salahkan takdir pula, berfikiran positiflah selalu. Serta bersyukurlah dengan segala nikmat yang kita perolehi setiap hari ini.

P/s:- Entry hanyalah luahan pendapat penulis blog ini. Credit Gambar google image

13 comments:

Unknown said...

semuanya brmula dengan impian.. :)

nice entry :D

Hana Soffelia said...

Impian itu nikmat bila kita berusaha keras utk realisasikannya. Bukan sekadar mimpi semata-mata.

sea_lavender said...

niat yg baik dalam mengecapi impian krn Allah.. Ikhlas itu akan memudahkan segalanya.. Insya-Allah ingatn diri ini juga =_=

Nur Syazana Mohammed Sani said...

nice =)

lumrah hidup . besusah susah dahulu , bersenang senang kemudian

entry baru --> http://syazanasani.com/lagi-ciplak-menciplak/

Sheqynne Hotloverzs said...

betol tu .. positive thinking ..

ILA HonEyBuNNy said...

Yes!!! i will...;)

sama2 la kita mengejar impian..;)

Namee Roslan said...

angan2 jadi impian dan jadi kenyataan ! kan ! tapi mestilah ada usaha ! :)

sekamar rindu said...

salam..

impian dengan disusuli usaha...pasti berjaya..

Aina said...

Bila masa akak terasa kecewa bila hajat hati tidak tercapai, akak akan cakap pada diri, betul ke aku dah habis berusaha?

kekadang kita dah berusaha, tapi masih gagal..jadi bila akak tanya diri sendri mcm tu dan kembali menghisab diri sendiri baru tahu rupanya masih banyak cara yg belum dilakukan untuk diusahakan dalam mcapai impian...

kekadang kita banyak menumpukan usaha jasmaniah, tetapi usaha secara rohaniah kurang atau tiada langsung.

Nurulbadiah Lai said...

kalau kite asyik belek muke surat yg sama..kite tak abes baca buku tu..
kalau kite tak melangkah..kite tatap akan berada kat tempat yg sama:)

Mishter Izwän said...

first time here

good luck dengan impian anda

♥ sitifarhana ♥ said...

tnpa impian, mmpi takkan jadi kenyataan :)

FR said...

pernah rasa putus asa. tak tau impian tu berkecai kot mana --" sebab apa yg kita nak tak jd nyata.

tp skrg, mkin lama mkin boleh terima :>
dan apa yg ada skrg pun tak lah teruk. hihi.

nice entry! :D

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...