Translate

Friday, February 17, 2012

Cinta Hanya Satu Hari? ~Valentine Day



14.February setiap tahun di sambut hari valentine.Katanya hari itu untuk meraikan dan menghargai kasih sayang bagi pasangan yang bercinta. Masa tarikh nie lah katanya masing-masing nak tunjukkan rasa cinta terhadap pasangan dan nak buktikkan cinta itu! Tapi perlu ke kita menyambutnya...? Sebelum itu kaji dahulu sejarah hari valentine, dan kamu akan tahu kenapa saya katakan hari valentine sangat tidak patut di sambut oleh mereka yang beragama Islam.

Nota Cinta:-

♥~Berikanlah sepenuh rasa cinta kamu kepada Allah SWT,kerana dengan itu kamu tidak akan pernah rasa kecewa dan merana. Cinta pada manusia, manusia itu pasti akan pergi meninggalkan kamu juga. Jika bukan kerana berpisah kerana putus atau bercerai mungkin kamu akan berpisah kerana kematian. Mati itu adalah pasti, jadi perpisahan itu juga adalah pasti bagi setiap pasangan. Suka atau tidak kamu harus terima hakikat itu.~

♥~Berpada-padalah dalam mencintai, jangan nanti hati kamu yang di lukai, terseksa dan menderita. Cinta itu indah,maka jadikanlah ia indah. Jika kamu cemarkan rasa cinta dengan perkara yang tidak elok maka tidak eloklah jadinya. Cinta itu adalah persaan yang lahir dari hati kita sendiri, maka kita boleh kawal ia agar tidaklah melanggar batas-batas lumrah kehidupan ini. Jangan kerana cinta nyawa, maruah dan harga diri melayang pergi. Jangan bila sudah berlaku perkara yang tidak diigini kamu mahu menyalahkan cinta pula. Cinta tidak bersalah, kamu yang bersalah kerana kamu tidak pandai mencorakkan dan mengawal rasa cinta kamu itu.~

♥~Tidak perlu hari kekasih..Kerana pada setiap hari seharusnya kasih sayang itu di perlihatkan..Kasih sayang bukan hanya kepada lelaki dan perempuan sahaja tapi ia juga perlu ada pada kita sesama insan..Kasih mengasihi dan sayang menyayangi sesama manusia + sesama makhluk~♥

♥~Cinta itu adalah lumrah bagi kita setiap manusia. Setiap dari kita pasti mahukan peneman hidup yang boleh menemani hidup kita sampai akhir hayat itu lumrah dan sebab itulah adanya perkahwinan. Setiap dari kita juga perlukan kasih sayang dan perhatian, itu normal. Tapi adakah kita hanya mencintai pasangan kita hanya pada satu hari sahaja? atau untuk selamanya...? Jadi kenapa perlu adanya hari kekasih jika setiap hari itu sebenarnya adalah hari-hari untuk kita lalui dengan penuh rasa kasih sayang..?~

P/s:-Cinta itu sangat luas pengertiannya jika kamu faham maksud cinta itu yang sebenar. 


P/p.s:- Entry hanyalah luahan ilham biasa dari penulis blog ini. Credit gambar google image.Sudah bberapa hari tidak update blog, rindu rasanya.Entry ini sepatutnya di keluarkan pada 14 February. Namun apakan daya batas waktu seperti menyekat idea, tahap kesihatan yang jatuh menjadikan mood untuk menulispun tenggelam timbul ditambah pula dengan line internet yang adalakalanya memang menguji kesabaran..InsyaAllah saya akan berusaha untuk selalu update entry dan luangkan masa balas komen dan terbang ke blog-blog anda (blogwalking)...Sekian dari saya..Salam sayang..

8 comments:

Anonymous said...

betul2...cinta yg Agong hanya padaNya..

Unknown said...

cinta kepada manusia hanya sementara, cinta kepada-NYA selamanya :)

Nur Syazana Mohammed Sani said...

zana suke sangat ayat ayat yang tersusun dari awal hingga akhir =)

banyak makna makna yang tersirat ^_^

http://syazanasani.com

FR said...

kalau nak tggu valentines baru nak ingt brsayang sayang, jadi mak ayah buat tak kesah aje la kat anak2 spnjg tahun eh? hehe.

Namee Roslan said...

bagi saya, kenapa bila V-day je nak sambut lebih2 ? hari berikutnya ? biasa2 aje ke ? biarlah kita tak sambut V-day tapi hari2 kita cinta. cinta kat mak ayah. hehe. cinta kat Allah.

Unknown said...

mcm2 dunia akhir zaman skarang smakin mrisaukan n mresahkan :)

senyumSOYA said...

cinta ilahi ^^ insyaAllah~

Sya_Merpati Putih 88 said...

~AmyLiana86~ & Muhammad Saiazuan Norhalik: yup..tiada cinta yg lebih agong dan kekal bebanding cinta kepada-Nya Tuhan Yang Maha Esa..

Nur Syazana Mohammed Sani: terima kasih...=) btw, biasa-biasa jer tue..ada masa nnti sy lawat blog awk ye,thanks kerana sudi baca..=)

athiahRAIHANA : tahu takpe, sayang menyayangi harus ada setipa hari bukan hanya satu hari..

Namee Roslan: betul tue, sangat setuju, takperlu rasanya nak sambut v-day..hari-hari lain juga kita boleh tunjuk kasih sayang..

Kazen : tahu takpe.majoriti remaja hari ini suka sambut sesautu perayaan tanpa tahu asal ususl/ sejarah kenapa perayaan itu disambut, contohnya V-day nie..

senyumSOYA: cinta Illahi cinta yang abadi...

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...