Translate

Showing posts with label future. Show all posts
Showing posts with label future. Show all posts

Thursday, February 27, 2014

Tiada Yang Mustahil Dalam Mencapai Cita-Cita...

Cita-Cita...
Setiap orang pasti ada cita-citanya yang tersendiri...
Cita-cita awak dan saya mungkin sama dan mungkin juga berbeza...
Ada orang yang nasibnya baik, mudah sahaja dia mencapai cita-citanya...
Ada orang yang  sebaliknya (tapi bukan malang), jadi dia kena berkerja lebih gigih untuk capai cita-citanya itu. Banyak rintangan dan halangan yang perlu dia hadapi seblum beroleh apa yang dia hajati..

             Maka bagi sesetengah orang mereka berkata "Maka beruntunglah orang yang lahirnya sudah kaya dan sudah punya gelaran jadi dengan mudah sahaja masa depannya pasti lebih mudah untuk bersinar..." Benarkah hidup ini sezalim itu? Tidak, Jawapannya tidak sama sekali. Hidup kita, kitalah yang corakkannya...Samada kita mahu ia diwarnai dengan warna yang  kelam dan kusam atau diwarnai dengan warna yang cerah dan bersinar... Jadi jangan pernah salahkan takdir yang pernah tertulis untuk kita, bila kita tak dapat apa yang kita hajati andai sahaja kita sendiri pun tak pernah mensyukuri apa yang telah kita perolehi selama hidup di bumi.  


        Orang yang lahirnya sudah kaya dan punya gelaran pun belum tentu dia boleh punya masa depan yang cerah, andai saja dia itu tak pernah bersyukur dengan apa yang dia ada dan tamak haloba dengan harta dunia semata-mata dan malas berusaha serta tidak bercita-cita.  Bayangkan saja seorang anak yang dilahirkan dalam keluarga hartawan yang punya banyak syarikat tapi malas dan enggan mencari ilmu, tak tahu bidang perniagaan, tak tahu selok belok perniagaan, malas juga bekerja dan segala kerjanya dan urusan perniagaannya diharapkan pada pekerja-pekerjanya dan dia itu mempunyai perangai yang sangat ego dan berlagak walhal dia itu "zero" dalam bidang perniagaan dan kerjayanya apakah akan jadi seterusnya? Pasti saja bukanlah sesuatu yang mustahil untuk anak yang mewarisi harta itu jatuh muflis dek kerana perangainya yang bodoh sombong dan malas berusaha itu. Harta walau setinggi gunung Everest pun, kalau tidak dijaga dengan betul dan asyik ditarah saja lama-lama semakin menyusut jugak.



     Orang yang lahirnya miskin dan menderita tak semestinya dia tidak akan menjadi individu yang berjaya. Jika dia rajin berusaha dan mencari peluang serta rajin juga berdoa dan bersolat serta tidak mudah putus asa dalam mencapai cita-citanya, rajin pila menimba pelbagai ilmu yang bermanfaat maka satu hari nanti pasti dia akan menjadi insan yang berjaya. Percayalah kejayaan yang kamu perolehi hasil usaha sendiri selepas menempuh pelbagai cabran hidup yang berliku itu lebih manis dan besar ertinya, berbanding jika kejayaan yang hanya ditumpang atas keringat dan usaha orang lain.


   Setiap dari kita pasti punya kelebihan yang tersendiri. Jadi berbekalkan dengan kelebihan dan keistimewaan yang kita ada itu ditambah pula dengan minat sebagi dorongan, maka jadikanlah impian kita itu satu kenyataan. Gunakanlah kelebihan yang kita ada itu sebaik-baiknya. Misalnya kamu pandai memasak dan minat memasak dan belajar memasak, maka ikutlah cita-cita kamu itu untuk mula membuat tempahan katering kecil-kecilan, kemudian apabila telah menapak hasil bolehlah kembangkan perniagaan itu pula. Contoh lain, jika kamu minat melukis dan punya bakat lukisan yang hebat. Apa kata kamu ketengahkan bakat kamu itu, dan mula menjual karya kamu selain dapat memanfaatkan hobi masa lapang, jadi juga hobi itu sebagai mata pencarian tambahan. 


     Jadinya, kita kena tahu kelebihan / keistimewaan diri kita terlebih dahulu, kemudian minat kita. Kemudian barulah pasang azam dan cita-cita. Kalau hendak berjaya kena ingat dan amalkan kata kunci ini :
 CUDT ( C = Cita-cita, U = Usaha, D = Doa, T= Tawakal)


    Dalam mencapai cita-cita juga tidak ada istilah mustahil dan tidak ada istilah terlambat. Jangan malu untuk berusaha atau menimba ilmu. Tidak ada istilah terlalu senja (terlalu tua) untuk mencari ilmu atau berjaya. Jadi, dalam hidup ini kita kena tahu apa yang kita inginkan dan apa matlamat  hidup kita. Seterusnya usahakanlah dan rebutlah peluang yang terbentang luas dalam mencapai matlamat. Andai kita ini diejek kerana cita-cita kita dikatakan mustahil untuk dicapai, maka janganlah menangis atau putus harapan. Sebaliknya kamu harus buktikan kepada manusia-manusia yang mengejek kamu itu yang kamu jufga akan menjadi orang yang berjaya malah lebih berjaya dari mereka yang mengejek kamu itu. Setiap kali kita dikritik atau idea kita ditolak janganlah mudah "sentap", merajuk atau simpan dendam. Sebaliknya, jadikan kritikan dan penolakan itu sebagai satu titik tolak untuk kita mencari idea yang lebih baik dari itu dan berusaha lebh gigih lagi dalam mencapai apa yang kita inginkan. 

       Dan jangan pernah lupa yang kita sentiasa ada Allah swt, maka berdoalah apa sahaja yang dihajati.  Jangan sombong untuk berdoa dan jangan pernah lupa Tuhan apabila sudah berjaya  dan jangan sesekali salahkan  Tuhan apabila kita tak dapat mencapai apa yang kita ingikan.. Kerana sesungguhnya Allah swt itu tidak pernah zalim terhadap kita, malah kita sendiri yang mezalimi diri kita sendiri.
          







Akhir kata, Semoga kita semua beroleh segala cita-cita yang kita hajati... (^__^)
Saya sendiri pun masih lagi mencuba dan tersu mencuba untuk mencapai cita-cita..
Doakan saya juga berjaya ye.. :)


kalau kamu nak tahu terhasilnya entry ini pun dari mimpi, saya baru terjaga dari tidur  sebentar tadi dan terus menaip entry ini...Jadi tak ada mimpi yang tak boleh jadi kenyataan.. (^__^)


Hai semua....
Apa khabar...???
Saya harap semua pembaca blog ini sihat sentiasa... (^___^)
Maaf lah ye dah sebulan lebih tak update blog nie....
Bukan menghilang ke mana pun, cuma sedang mencari idea dan bermasaalah sedikit dengan line internet...




Segala tulisan artikel ini adalah olahan idea saya sendiri selaku penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com/). Sebarang kekhilfan atau kekurangan harap dimaafi.


Kredit gambar: google image

Wednesday, February 27, 2013

Semoga Hari Ini Lebih Indah...





Belajar dari pengalaman, 
Belajar dari kesilapan,
Masa silam yang kelam bukan untuk dikesali atau ditangisi,
Tapi masa silam yang kelam itu haruslah diperbaiki,
Agar hidup menjadi lebih cerah esok hari,
Berhenti menangisi kesilapan,
Berhenti menuding jari apabila berlaku kesilapan,
Tapi berfikirlah untuk mencari solusi disebalik kesilapan itu...
Semoga kehidupan kita hari ini lebih indah dari semalam,
Semoga hari ini lebih cerah dari semalam yang kelam....


p/s: Hanya coretan ringkas dari saya buat tatapan kamu semua, juga nasihat buat diri saya sendiri jua...Mendapat ilham mencoret tulisan ringkas ini beberapa saat yang lalu, sebelum lelap mata..

kredit gambar: google image..


Salam sayang, semoga bertemu di lain masa...xoxo..:)

Sunday, January 8, 2012

Jangan Ada Benci Untuk Pergi Sekolah...




Hai semua....
Selamat berhujung minggu...
Semalam saya online Twitter dan apa yang saya dapat lihat yang tengah jadi perbualan ialah  seperti ini:-

Yang jadi juara carta topik yang paling hangat di bicarakan ialah:- #ReasonsWhyIHateSchool ...Fuhh..baru awal tahu kot adik-adikku, kenapa dah benci nak pergi sekolah..? Fed up kena buat homework yang cikgu bagi..? Bosan pergi sekolah...? Tak suka dengan segala macam peraturan dan disiplin yang ade kat sekolah tue dan kamu terpaksa ikut segala peraturan tue...?

~Saya selalu happy untuk pergi sekolah~


  Pergi sekolah nie best  tahu...Sebab setiap hari kita akan dapat tambah ilmu pengetahuan kita..Lagipun menuntut ilmu tue sangat penting untuk masa depan kita sendiri kan. Dah besar nanti nak jadi Doktor, Cikgu, Pensyarah dan lain-lain kan..? So, macam mana adik nak capai cita-cita adik tue kalau adik tak pergi sekolah? Zaman remaja dan kanak-kanak nielah zaman yang paling best sekali tahu! Sebab tanggungjawab kita hanyalah sebagai pelajar, anak dan yang paling penting sekali hamba Allah. Jadi Adik-adik hanya perlu patuh suruhan Allah , ikut cakap ibu bapa dan pergi menuntut ilmu. Kalau dah jadik orang dewasa lagilah banyak tanggungjawab, nak kena kerja untuk dapatkan duit. Ingat senang ke nak dapatkan duit tue..? Kerja dari pagi sampai petang, ada yang samapi buat part time , hujung minggu pun kerja. Semata-mata nak dapatkan duit, duit untuk teruskan kehidupan. Untuk makan ,minum, kos perubatan, kos pelajaran, bayar duit rumah , kereta dan macam-macam lagilah. Adik-adik nie, cuma perlu fokus study jer. Jadi tak suasah kan jadi remaja..? Senang jer, yang penting kena belajar, belajar pun untuk masa depan adik jugak nanti..


 Kenapa mesti kena belajar? Kenapa ia penting untuk masa depan...? Sebab satu hari nanti bila adik-adik dah dewasa adik-adik mesti nak carik kerja. Kalau boleh mestilah nak kerja yang bagus, gaji pun besar, bolehlah beli rumah besar kereta mahal-mahal. Langkah pertama yang perlu adik lakukan untuk capai cita-cita adik itu ialah dengan menuntut ilmu. Ilmu nie gunanya bukan untu tujuan kita dapat kerja dan dapat capai cita-cita kita jer, malah lebih dari itu.



  Dengan adanya ilmu kita akan lebih dihormati dan di segani, dengan adanya ilmu kita tak mudah kena tipu dan tak mudah terpedaya, dengan adanya ilmu kita boleh bezakan mana satu yang baik dan mana satu yang buruk untuk diri kita. Dengan adanya ilmu kita boleh berfikir kehadapan secara matang + rasional dan dengan adanya ilmu kita boleh buat keputusan yang cepat,teapt dan bijak. Jika kita punyai ilmu, bolehlah kita kongsikan bersama insan lain di sekeliling kita, agar kita semua mendapat manfaatnya. Menjadi insan yang berilmu bukan setakat dapat menaikkan martabat diri adik sahja, malah adik dah pun menaikkan martabat agama, bagsa dan negara. Apabila menjadi insan yang berilmu masa depan pun lebih cerah dan terjamin. Perkara yang paling penting sekali ialah adik tidak akan di pandang rendah atau di perkotak-katikkan lagi.


  Disiplin kat sekolah tue bukan saja-saja diadakan. Itu semua tujuannya untuk mendidik diri kita supaya menjadi individu yang berdisiplin, tahu uruskan diri sendiri, tahu uruskan masa. Tak suka kena pergi sekolah pagi-pagi? Lepas tue bila datang lambat kena marah dengan cikgu disiplin? Kena denda dan macam-macam lagi..? Ketahuailah oleh mu, yang cikgu-cikgu pun tak suka nak denda kita sesuka hati, semua itu mereka lakukan demi kebaikan diri kita jugak. Mereka tegur silap kita, mereka denda jika kita lakukankesilapan itu tandanya mereka saynagkan kita dan mereka perihatin dengan masa depaqn kita. Kalau mereka dah langsung tak bagi nasihat dan tak ambil peduli kat kita ,itu tandanya mereka tak sayangkan kita. Kalau sayang kenapa kena denda..? Itu sebabnya mereka nak didik kita supaya jadik individu yang berguna bila dah besar nanti dan jadi manusia yang tahu mana yang betul mana yang silap, serta paling penting menjadi individu yang tahu disiplin.

Jadi buat adik-adikku sekalian, janganlah pernah merasa benci atau bosan untuk pergi sekolah ya.. Sebab ia penting untuk masa depan adik-adik jugak nanti.

~Masa muda remaja nie hanya sekali jer, Hargai ia sebaik mungkin, isikan ia dengan perkara yang berguna dan berfaedah agar apabila dewasa nanti kamu tidak menyesal. ~


~Credit gambar google image~Enntry hanyalah  lauahan dan pandangan biasa penulis blog ini.~

Wednesday, November 23, 2011

ww 13#:- Aku Ingin Memilikinya...


















Ps:-Ini adalah impian ku yang tak pasti bila akan aku perolehinya. Credit gambar google image.



Saturday, April 23, 2011

Kisah Burung Merpati...Oh Saya Terasa Sepi...


           Masa otw nak pegi kerja hari-hari saya akan nampak dua ekor burng merpati tengah berdating kat atas jalan raya...Dah tue wat selamba jer tak nak blah dari situ  atau terbang pegi tempat lain...last-last saya terpaksa hon jer die..mesti kalau ade orang nampak akan gelak-gelakkan saya kan..? ye ar yang pegi hon burung tue dah kenapa..? sebabnya...saya nie pencinta haiwan..dan saya dah janji pada diri saya takkan bunuh atau aniaya haiwan...mereka pun nak hidup jugak kan macam kita..Tapi kira nasib mereka baiklah tak dek keta at belakang saya..So, boleh ar saya elak dari melanggar mereka...
           Bila saya hon die buat muka selamba dan wat muka macam mengejek lagi sambil tengok muka saya maybe dalam bahasa die mungkin dieorang cakap macam gnie:-


"Cuba you tengok that girl tue, cian kan die xde boyfriend..."
"Eh, mane you tahu die single mingle...?"
"Cuba lah you tengok die tue, nyanyi  sambil drive..da bpe ari I pesan die nie bile kat radio ade lagu cam tangkap jiwang ala-ala orang frust mesti buka kuat-kuat pastu nyanyi ngan penuh pengahayatan gtue...tue dah membuktikan yg this girl mmg single..."
"Owh..mcm gtue..eh meh lah kita ketepi sikit nanti tak memasal jer kena langgar denagn budak nie.."
"Berani lar die langgar awek I yang cute nie..I calar-calarkan keta die nanti..!"
"Oh...Thats why lah I luv u so much...you are my hero ..."

Saya  cakap dalam ati
"Sayes burung dua ekor nie xnak belah pulak die...lain kali klu nak berdating tue boleh tak jgn duduk tengah-tengah jalan...pegi lah duduk kat atas pokok ke tak pun wayar letrik ke..."
*********
Itu tadi cerita time pegi kerja..Time balik kerja pulak mesti jem..Faham-faham jer lah..kereta makin banyak...tue belum termasuk motor , lori, bas dan lain-lain..
Bila toleh kanan orang tengah berbual-bual dengan husband n wife die...ade anak-anak kat belakang..
Bila toleh kiri pasangan bercinta tengah happy berbual-bual, mungkin bercerita pasal kerja..
Wah bestnye......ermm..please jgn wat jealous lah pulak yer..!
So then, cam biase untuk tenangkan pikiran bukak jer lah radio..
Ermm....terasa sepi pulak kan....

********
Ok, last night saya mimpi ade 4 orang twins yang comel kat seat belakang kereta saya..
Saya bawak diaorang jalan-jalan....
Nie merupakan kali kedua saya mimpi  macam gnie..
Ape makne nye eh..???
Sape bebudak tue..?
Future baby saya ke......?
Eh!
hehehehehe....(^_^)

Berfikir Tentang Masa Depan....


Sekarang nie saya tengah berfikir...
Apa yang saya akan jadi untuk 5-10 tahun akan datang...
Siapa saya masa tue...?
Dapat tak saya buat Haji atau at least Umrah ?
Berfikir pasal kerjaya saya...
Duduk kat mana? Still duduk jaybee ke...?
Dah dapat beli rumah / tanah sendiri ke belum?
Dapat sambung study kat U ke tak...?
Dah bape banyak tempat saya melawat (melancong)?
Dapat tak saya terbang makan angin ke oversea?
Apa style fashion saya masa tue? Masih sama macam sekarang ke..?
Dan....
Persoalan yang paling penting sekali ialah......
Tentang jodoh!
Saya dah bernikah ke belum masa tue...?
Siapa suami saya..?
Dah ade berapa orang anak...?

......

Saya Cuma berharap agar saya menjadi :-

Seorang wanita bekerjaya yang berjaya..
Seorang wanita yang mampu berdiri diatas kaki sendiri (independent)..
Seorang wanita yang berilmu...
Mampu memiliki apa yang saya impikan iaitu rumah/tanah dan kereta dengan duit poket sendiri..
Mungkin juga akan berjaya dalam perniagaan (tak tahu nak start bisnes ape...huhuhu..)
Seorang wanita iaitu sebagai anak perempuan dan Isteri yang solehah (saya masih berusaha memperbaiki diri ini yang lemah kearah itu....)
Menjadi ibu yang mithali dan boleh menjadi contoh tauladan yang baik kepada anak-anak saya kelak..

Thursday, March 24, 2011

Apa Halatuju Adik-Adik Sekalian Selepas SPM.....?


Hai adik-adik ku sekalian...
Macam mane result SPM..?
Di kesempatan ini, akak (er...tua dah ek...huhuhuhu..) nak ucapakan tahniah buat adik-adik semua yang lulus cemerlang dengan jayanya...
Dan juga buat adik-adik yang resultnya kurang memuaskan, janaganlah bersedih dan bermuram durja sahaja...Jangan pernah berputus asa ye...
Adik-adik masih muda lagi..
Masih banyak lagi peluang di luar sana untuk adik-adik rebut..
Siapa tahu lepasn nie adik akan menjadi individu yang lebih berjaya berbanding rakan-rakan adik yang mendapat straight A tue..
Jadi janganlah sedih sangat ye..
Adik masih boleh cuba sekali lagi jika adik mahu...
Terdapat banyak juga peluang untuk adik-adik melanjutkan pelajaran..
Terutama di bidang teknikal yang semakin kritikal..
Tahu tak adik bahawa hanya mendapat A pada slip peperiksaan tidak menjamin untuk mendapat kerjaya yang menjamin masa depan..
Ianya juga harus diiringi dengan kemahiran melakukan sesuatu tugasan, kemahiran berfikir, kemahiran berkomunikasi..
Lapangan kerjaya pada zaman  ini memerlukan seseorang yang mempunyai akademik dan kemahiran-kemahiran teknikal dan analitical yang baik...
Jadi teruskan usaha mengejar impian adik tue ye..
Dan jangan pernah lupa berdoa kepada Tuhan Yang Maha Kuasa...


Nie akak dah list kan tempat-tempat yang adik-adik leh mohon untuk further study...nie baru cikit jer tau..
Nak list semua banyak sangat nanti.... :p



Sebelum membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi, adik-adik bolehlah menyemak status akreditasi isntitusi dan kursus-kursus yang ditawarkan di sini:-



Akhir kata, semoga adik-adik semua berjaya...(^_^)


Wednesday, October 27, 2010

ohh..My True love / My Future Husband Where Are U???

 saya terpikir nk wat tajuk  macam nie coz sy bru jep  jawab quiz kat facebook saya..name quiz tue..why were you born..saje jep nak jawab quiz nie...bosan punye pasal..jawab punye jawab soalan dia pastue dpt lak result dia cam gnie:-


Why were you born?
....... got You were born to have a family..
You are sensible and family-oriented. You think about the future and you value what's truly important in life. You are loving and loyal.
ish ish ish..macam tak percaya jek bila bace nie.. nak tahu nape? coz status sekarang nie single aka solo molo gtue..entah macam mane entah muke buku nie leh bagi jawapan cam gtu lak..nie mesti ade silap mase dia calculate markah saya tue kan..tapi saya  jawap semua soalan yang di beri dengan jujur dan saya baca dnegan teliti..entahlah..tapi kan bile baca-baca balik jawapan quiz nie wat saya senyum sendiri..hah mula lar nak *buat awan kan..(*buat awan=berangan)..hehehehe..(^_*)

    ok..saya akui semua orang akan berkahwin dan punya keluarga sendiri satu hari nanti..termasuklah saya nie..tapi menda nie saya pasti bukanlah berlaku dalam masa yang terdekat nie..coz saya belum stabil lagi..
yep lah dari segi ekonomi dan ilmu pengetahuan..buat masa sekarang nie biar ar saya focus pada kerjaya...saya nak kumpul duit dulu..kalau boleh nak beli kereta dan rumah dulu sebelum berkahwin..serta yang paling penting nak balas jasa mak ayah..nak kumpul duit untuk support kos perubatan mak..pada pendapat saya kalau nak kahwin ke ape kene ar da ade saving yg cukup so x perlulah nak minta duit parents @ nak buat loan bank ke ape bile nak buat majlis nanti..bunyi macam materialistik..tapi tue lah hakikat kehidupan..duit diperlukan selagi kita bernafas even bila kita nak dikebumikan pun kita perlu kan duit untuk upah orang gali kubur, mandi jenazah dan buat tahlil..tapi ingat, duit bukanlah segala-galanya..jangan pula kerana duit kita sanggup buat benda/ kerja yang tak halal..nanti hidup tak berkat..biar kita susah, biar kerja kita nampak macam hina di mata manusia..tapi yang penting kita tak nampak hina di mata Allah..yang paling penting kerja kita halal..

    Pada pendapat saya, kalau nak buat majlis ke ape nanti tak perlulah besar-besaran sangat..coz semua tue tak menjamin yang rumahtangga saya nanti akan kekal dan bahagia..biarlah bersederhana sahaja..yang penting kekal..so, tak de lah berlakunye pembaziran ke ape..ye lah cuba anda fikir bila kita dah habiskan banyak duit untuk majlis kahwin sampai sanggup buat loan bank/ family / ah long..nanti kita juga yg susah nak kne bayar balik pinjaman tue satu hal..lagi satu hal kalaulah perkahwinan kita kekal..buatnye bercerai berai takpun umur tak panjang, sape yang nak tanggung hutang tue kan..? betul tak..??

Adakah saya pecaya pada perkataan cinta sejati?
jawapan saya:-ya mungkin..saya akan jumpa cinta sejati saya satu hari nanti..tapi...buat masa nie saya sendiri tak tahu bila dan dimanakah akan saya bertemunya dan siapakah gerangan jejaka tersebut...

Ada sesetengah madah pujangga berbunyi begini:-
"cinta yang di cari atau dekejar akan hilang, cinta yang di nanti tak akan datang"
=entah saya pun pening nak tafsir, nak cari atau nak tunggu..???

Peribahasa melayu silam pula berbunyi macam nie:
"Jangan perigi mencari timba"

Adapun Peribahasa Melayu moden berbunyi begini pula:-
"Biar perigi mencari timba asalkan perigi tue tak jadi perigi buta sudah lah"

=perigi ialah perempuan dan timba pula dikiaskan sebagai lelaki..
=jadi pada zaman moden nie peribahasa yang mane yang nak saya ikut..???
saya pun pening, kalau ikut peribahasa moden ada pula nanti suara-suara sumbang berkata:-
"nampak macam desperate je..", "dah tak laku sangat ke", "gedik", "terkedek-kedek / terhegeh-hegeh nak kat aku"
Tapi kalau saya ikut peribahasa melayu lama takut pula ada yang kata begini:-
"innocent betul","skema sangat", "kuno betullah, perempuan sekrang kadang2 kene move on dulu sebab lelaki sekrang kadang2 pemalu ckit.."

Saya nie jenis pemalu dan tak suka nak luah kan perasaan pada lelaki..tak kira ar perasaan sayang, cinta, cemburu  atau marah sekalipun..saya nie jenis orang yang suka pendam je..tapi bukan lah pendendam tau..
Buat masa sekarang nie saya selesa dengan status saya yang single nie..tapi itu tak bermaksud yang saya akan menolak terus cinta dari diari hidup saya dan menutup terus pintu hati saya untuk bercinta lagi..saya bersedia untuk bercinta sekiranya pintu hati saya dah terbuka dan dia benar-benar berjaya membukanya..
Kalau di takdirkan juga saya bernikah pada usia muda itu tak bermaksud saya dah gatal..tapi jodoh dah sampai..so saya akan terima dengan hati terbuka..tapi jika jodoh saya lambat ckit..tue tak bermaksud saya tak laku..kita hanya merancang tapi tuhan yang tentukan jodoh kita dangan siapa..mungkin belum sampai jodoh lagi..chewah jawapan punye lah klise kan..huhuhuhu..('',)

      Walau siapapun dia saya akan terima jejaka tersebut sekiranya dia dah ditakdirkan dan ternyata dia adalah jodoh saya yang telah lama tercatat di loh mahfuz... Saya akan terima dia seadanya dan dia perlulah menjadi identiti diri dia sendiri sebab saya tak suka ditipu dan tertipu dengan kepura-puraan..Saya akan terima segala kelemahan atau kekurangan diri dia dan segalanya mengenai dirinya di masa silam(sebelum berjumpa dengan saya) dengan hati dan minda yang terbuka..tapi dia perlulah jujur dengan saya...pada pendapat saya tiada manusia biasa yang sempura di muka bumi ini dan tiada manusia biasa yang tak pernah buat kesilapan...saya juga bukanlah manusia yang "perfect", sebab saya hanyalah manusia biasa, saya bukanlah perempuan melayu terakhir atau perempuan melayu terawal, sebab saya di besarkan di zaman moden lagi serba canggih ini..tapi yang  paling penting saya tahu menjaga diri saya dan menjaga batas-batas tatasusila saya..saya hanyalah gadis melayu biasa yang tak tahu apa akan berlaku pada masa hadapan..saya juga tak boleh menjanjikan dia kebahagiaan kerana saya tak tahu apa yang bakal berlaku pada masa akan datang..cuma saya hnaya akan terus berusaha dan berdoa untuk mendapatkan kebahagiaan itu..
Dalam hal seperti ini, saya berpegang pada prinsip cinta saya berdasarkan lagu backstreet boys yang berbunyi " I don't care who you are, where you're from, don't care what you did as long as you love me"

Saya cuma berharap dia yang bakal berjodoh dengan saya itu nanti akan memahami saya,menerima diri saya seadaanya, menerima baik/buruk, kelemahan/kelebihan/kekurangan diri ini, menegur saya dengan berkhemah sekiranya saya membuat silap, memberi kritikan membina dan bukan kritikan yang menjatuhkan semangat dan air muka saya, melindungi diri saya, menyayangi saya, memberi perhatian kepada saya, membimbing dan mendidik saya, dan yang paling penting dia perlulah berilmu dan beriman serta bertnggungjawab keatas saya dan keluarga serta mempunyai sumber rezeki yang halal lagi berkat..

Nie lagu untuk my true love / my future husband:
Ps:-saya pun tak tahu bila say nak menamatkan zaman bujang aka single saya nie..saje je post entry nie..tetiba dapat ilham..ehehehehehe..ikhlas dari dak kecik yang suke buat awan...

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...