Translate

Showing posts with label kisah ku. Show all posts
Showing posts with label kisah ku. Show all posts

Sunday, June 19, 2016

Birthday Adik Dan Hari Bapa

-Gambar kenangan ayah dan Allahyarham adik-

18.6.2016
Birthday Allahyarham adikku yang tercinta... Tahun ini genap usiannya 26 tahun. Tapi dia telah pergi buat selamanya ketika usianya 7 tahun. Satu kematian yang mengejut, yang tidak dijangka. Kerana adik tidak punya sebarang penyakit. 31.081997- Masih segar diingatan bagaimana cerianya adik waktu itu, pagi dan petangnya penuh gurauan. Tiba-tiba adik jatuh. Maghrib itu adik sesak nafas. Akhirnya adik meninggal dalam perjalanan ke hospital.Memang pada mulanya sukar diterima dengan akal, kerana terlalu cepat adik tinggalkan kami. Tapi akhirnya kami redha dengan ketentian Illahi. Rindu terhadap adik tetap tersompan disanubari. Kenangan indah kami bersama masih segar dimemori. Kerinduan ini tak tertanggung rasannya... Tak terucap dengan kata-kata. Pergimu tiada gantinya. 31.08.2016 nanti genap sembilan belas tahun adik tinggalkan kakak... Selama itu jugalah akak sunyi. Jika insan lain meriah puasa dan raya nya bersama adjk beradik, kak sunyi. Jika insan lain berebut-rebut nak cuti panjang untuk bercuti bersama keluarga ke sana sini, akak sunyi Jika insan lain seronok bersiar-siar dan beriadah bersama adik beradik, akal sunyi. Jika insan lain seronok bergurau senda, bergaduh manja dengan adik beradik, akak sunyi. Jika insan lain gembira berbual mesra meluahkan isi hati dan berlongsi pendapat dengan adik beradik, akak sunyi.. Sesungguhnya kehilangan mu adik meninggalkan impak besar pada diri ini. Jika dulu kamu jadi teman, sahabat kini tiada lagi. Jika dulu meriah dengan gurauan manjamu kini tiada lagi.Jika dulu kita selalu pakai baju sama kini tiada lagi. Semua itu tiada lagi. Selamasembilan belas tahun itu jugalah akak menjadi perindu yang sentiasa merindumu adik. Pernah banyal kali kamu hadir dalam mimpi. Itu pun sudah buat akak gembira. Akhir kata semoga kamu tenang di sana adikku yang tercinta.


19.06.2016

 Selamat hari bapa buat ayahku yang tersayang.  Semoga ayah murah rezeki dan sihat sentiasa hendaknya serta semoga ayah dipanjangkan usia.Terima kasih atas segala pengorbanan selama membesarkan diri ini. Tak terbalas jasa ayah pada diri ini. Bila nak pergi tempat-tempat yang susah parking mesti ayah hantarkan dengan motornya. Walaupun diri ini dah berkereta sendiri. Seorang ayah itu sentiasa menjadi "hero" di hati anak perempuannya. Kalau nak makan apa-apa atau nak beli apa-apa biasanya ayah akan belikan (jika ayah punya kemampuan). Ayah memang lebih tegas dari emak. Tapi  kerana kasihnya ayah terhadap diri ini  sebab itulah beliau tegas. Terima kasih ayah....

Sunday, May 15, 2016

Cerita Pendakian Gunung Arong

11/05/2016 , 04/Syaaban/1437H, Rabu
    Saya bersama rombombangan yang terdiri dari rakan-rakan persatuan di tempat kerja telah mendaki Gunung Arong yang terletak di Mersing Johor. Kami tidur  di chalet yang disediakan di Teluk Gorek Chalet &  Camp Site, Teluk Resang, Mersing, Johor. Kami ahli-ahli tidur di dorm, meriah lah kan.. Pagi tu pukul 4.30 pagi saya dah terjaga dan terus mandi dan bersiap-siap untuk solat subuh dan siapkan diri dan barang yang perlu dibawa. Pukul 7.30 kami semua sarapan di tempat yang disediakan. Kemudian kami naik kenderaan yang disediakan melalui jalan kampung menuju ke kaki Gunung Arong. Di situ kami diberikan penerangan mengenai proses pendakian, keselamatan semasa pendakian dan kami memulakan proses senaman regangan sebagai persediaan sebelum mendaki. Seterusnya bacaan doa sebelum mula pendakian. Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri dari lebih kurang 7 orang peserta (tak termasuk tour guide ). Saya termasuk dalam kumpulan ketiga iaitu kumpulan terakhir..


Atas puncak Gunung Arong, Mersing, Johor...
-click pada gambar untuk besarkan size gambarnya-

                          Semasa peroses pendakian untuk naik ke puncak dan turun dari puncak gunung ini saya betul-betul terkesima melihat trek pnedakian ini. Ia membuatkan saya terfikir sejenak mengenai kebesaran Allah SWT..  Mana tidaknya, treknya yang membentuk seperti tangga itu terbentuk dari akar-akar pokok balak di dalam Hutan Simpan Gunung Arong itu sendiri. Manakala pokok-pokok yang sederhana besar dan kecil yang berdiri teguh di sepanjang trek itu bolehlah kita guna untuk berpaut. Ianya tersusun sangat  cantik. Pokok-pokok yang bersaiz besar pula bolehlah jadi tempat untuk kita bersandar sementara mencari nafas menghilangkan kelelahan. Terdapat juga pokok yang tumbang, tapi ianya bukan sia-sia. Ia boleh jadi tempat untuk kita duduk sebentara sambil minum air untuk menghilangkan dahaga. Subahanallah... Sangat cantik. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

              Semasa awal pendakian laluan agak curam / menegak iaitu 45 darjah lebih kurang, kemudian tidak terlalu curam, landai dan curam semula apabila semakin hampir ke puncak. Setibanya di puncak gunung kamu akan dapat lihat pemandangan yang Subhanallah sungguh cantik dan tak dapat lihat di tempat lain! Hanya di Gunung Arong! Puncak Gunung Arong menghadap laut dan kamu dapat lihat pemandangan Teluk Gorek dari puncaknya. Di atas puncak gunung ini terdapat pondok untuk berteduh, berehat atau nak berhenti makan sekejap sambil seflie-selfie berlatarbelakangkan pemandangan pun boleh. Lepas itu kamu akan melalui kawasan jabatan kayu, di sini juga boleh kalau nak ambil gambar sebanyak yang boleh. Kemudian kamu akan melalui permukaan yang landai, agak curam, semakin curam. Jangan bimbang kerana tali yang terikat di pokok sepanjang trek ada disediakan dikawasan yang curam itu. 

         Di kawasan yang curam tadi terdapat gaung / cerun di kiri  kanannya. Di sini lah kita dapat berfikir tentang keindahan alam ciptaan Allah SWT.  Bayangkan jika tiada akar-akar pokok yang membentuk seperti tangga dan pokok sederhana besar yang boleh kita paut? Pasti kita sudah jatuh ke bawah. Setibanya di bawah, kita perlu melalui kawasan di tepi pantai. Kalau airnya cetek jalan ajer kat pasir pantai, tapi kalau airnya agak dalam kita perlu jalan atas batu-batu besar di tepi pantai. Ya, ada laluan alternatif. Usah bimbang. Lihat, setiap kejadian alam yang diciptkan oleh Allah SWT banyak manfaatnya buat kita.  Kemudian, kita perlu merentas muara sungai. Mujur semasa proses merentas muara sungai nie airnya tak dalam sangat hanya paras pinggang sahaja. Itu pun saya dah seram. Maklumlah saya nie memang ada fobia dengan air. Maklum dulu pernah lemas. Huhuhu... Alhamdulillah... Akhirnya saya selamat juga sampai Chalet walaupun menjadi peserta yang paling lambat! Huhuhu... Maklumlah saya nie ada masaalah Achrophobia tahap teruk. Naik tangga pun gayat! Kira bila dah mendaki gunung ni macam satu pencapai besar!  Huhuhu.... Masa nak turun  boleh pulak bahu kanan sakit. Lepas tu kaki kiri dan kanan pulak kebas. Akhirnya cramp dari pinggang hingga ke kaki. Mungkin sebab salah step masa turun. Yelah turun dah macam nenek kebayan dah... Maklum terlalu gayat. Huhuhuhu... Sampai sekarang pun kaki masih lagi sakit.

   Jutaan terima kasih buat semua sahabat-sahabat yang menyertai ekspedisi kali ini. Tanpa kamu semua yang sudi membantu dan memberi sokongan kepada saya pasti puncak Gunung Arong tidak akan dapat saya jejaki. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan. Budi baik kamu semua  tak dapat saya balas. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.

        Untuk melihat pemandangan yang sebegini cantik kamu perlu melalui rintangan,halangan, cabaran ketika proses pendakian untuk sampai ke puncak... Begitu juga ketika proses turun dari Gunung ini... Begitulah kehidupan kita sehari-hari.. Untuk mendapatkan apa yang kita inginkan perlu lah ada doa dan usaha tanpa mengenal erti jemu.. Dalam hidup ini jangan pernah berputus asa, jika ingin menjadi insan yang berjaya.. Sebaliknya asam garam, dan pahit manis kehidupan itu akan membuatkan kita lebih dewasa.. Tidak ada bumi yang tidak ditimpa hujan, tidak ada manusia yang tak pernah ada masaalah..Tapi setiap masaalah ada penyelesaiannya... Jika kita impikan hidup indah sahaja, tidak adalah "adventure" dalam hidup... Hidup ini adalah satu pengembaraan. Sepanjang proses itu kita akan melalui berbagai-bagai ranjau, dugaan dan halangan... Tapi kita perlu hadapinya dengan sabar, tenang dan semangat juang yang kental tanpa mengenal erti putus asa. Jangan pernah takut untuk gagal, kerana jika kamu terlalu takut untuk memulakan langkah kamu takkan kemana-mana. Jangan berundur setelah memulakan langkah, sebaliknya hadapilah segala halangan dan cabaran yang mendatang dengan berani kerana pasti keindahan yang menantimu kelak dikemudian hari.   Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Macam pokok yang tumbang tu boleh jadi tempat untuk duduk-duduk. Jadi jika sedang melalui dugaan hidup.. Tenang saja, pasti ada keindahan yang akan kamu lihat kemudian hari... 

Sekian coretan dari saya seorang yang punya masaalah Acrophobia (phobia tempat tinggi) sejak 1997...
-seorang budak degil yang tak pernah kenal erti putus asa- NZS-


p/s: Coretan ini ditulis sepenuhnya dari pengalaman saya selaku pemilik dan penulis blog ini :
http://merpatiputih88.blogspot.my/ sebarang kekhilafan atau kekurangan harap dimaafkan.

p/s: Ini adalah pengalaman kali pertama saya mendaki gunung.

Wednesday, January 20, 2016

2016: Azam dan Impian

20.01.2016

   Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog picisan saya yang tak seberapa ini.... :) Apa khabar? Saya harap awak semua sihat sejahtera sentiasa hendaknya.

SELAMAT TAHUN BARU 2016

    Ini adalah post pertama saya dekat blog nie untuk tahun 2016! Pheww... Dah lama tak taip sesuatu kat blog kesayangan saya nie... Rindu meluap-luap nak taip idea, tapi asyik tak berkesempatan jer... Maaf kan saya sebab lately dah jarang sangat update blog... Bila ade idea, line internet (berokband) slow motion macam siput baru belajar merangkak... Nie pun dah sebulan tak hupdate blog nie... Maaf kan saya sekali lagi.... Sorry... (>___<) Tahun nie, InsyaAllah saya akan cuba rajin hupdate blog macam awal-awal blogging dulu... Seriously, berblog nie lagi best dari facebook, instagram etc...


Oklah, kita tak mahu buat cerekarama (drama) panjang-panjang nanti awak yang baca post saya nie pun muntah hijau pulak. ahaks!hihihi... (^__^) Kembali kepada topik asal. Azam dan Impian. Biasalah bila awak-awal tahun nie masing-masing mood berkobar-kobar pasang azam, impian... Saya jugak tak terkecuali. Ada satu impian saya sejak kecik yang masih belum terlaksana iaitu nak belajar buat roti & kek... Tinggi betul angan-angan nak jadi Chef! Tapi pada 08.01.2016 (jumaat) saya dah dapat capai sebahagian impian saya tu! Saya berpeluang pergi kelas buat roti.... :) Excited dan happy sangat... Sebab berpeluang belajar benda yang memang saya minat... Untuk pengetahuan saya memang suka makan.... hehehe... Walaupun badan tak besar mana, tapi selera makan boleh tahan besar...hahahahaha... (^___*) Lagipun sejak dulu lagi saya memang minat sangat makan roti, donut, kek, pizza dan segala jenis makanan yang manis-manis... Memang kena lah dengan jiwa bila dapat pergi kelas macam nie... =)

 -nie roti-roti yang belum dibakar dan belum dihias... masa nie tunggu roti tu naik sekali ganda baru hias, sapu "penyeri" biar glowing dan bakar dalam ketuhar... -


-nie pulak roti-roti yang dah siap dibakar dan disapu "penyeri" biar roti tu nampak berkilat bersinar-sinar dan glowing gtue...-

     Masa saya belajar buat roti nie, kami diajar buat 8 jenis bun. 5 jenis bun sosej dan 3 jenis bun kacang merah. Paling menarik ialah doh roti yang kami belajar nie boleh dipelbagaikan untuk buat beraneka jenis roti, inti pun boleh tukar ikut suka kita (tak semestinya guna sosej/kacang merah jer)... Doh Roti nie jugak boleh diolah untuk jadi donut dan pizza! Menarik kan? So, tak rugi pun pergi kelas... Macam-macam boleh buat dengan adunan yang sama.. Tujuan utama pergi kelas nie sebab minat dan cita-cita sejak kecik... Memang azam tahun  baru nie nak belajar kemahiran-kemahiran yang boleh digunapakai dalam kehidupan harian... Seronok pergi kelas macam nie, dapat tambah ilmu dan kemahiran disamping dapat tambah ukhwah persahabatan (ayat skema tak menahan).... Bila dah reti buat doh dia senang, bila-bila teringin nak makan boleh buat sendiri... Jimat gitue..hehehehe...Zaman sekarang nie kita kena amalkan langkah-langkah penjimatan..Ecewah...(@__@). 

Azam pertama dah tercapai... Alhamdulillah... Masih banyak lagi azam dan impian tahun 2016 yang perlu saya realisasikan InsyaAllah... Buat semua pembaca blog saya, saya ucapkan semoga segala azam dan impian awak semua sepanjang tahun ini berjaya, serta dimurahkan rezeki, sihat sentiasa dan happy sentiasa... Selamat malam semua...=)
(pukul 1 pagi pun kita sebut malam, sebab kita baru nak tidoq...huhuhu..)



Friday, July 31, 2015

28.07.2015 Birthday & Raya...

           

     Pada tarikh ini saya dilahirkan. Tahun ni adalah ulang tahun kelahiran saya yang ke-27...
Terima kasih buat mak & ayah yang telah mengandung, melahirkan, membesarkan, menjaga, merawat dan mendidik saya hingga sekarang... Terima kasih yang tak terhingga juga buat mak & ayah sekali lagi kerana setiap tahun sentiasa buatkan sambutan untuk ulangtahun saya. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan dan segala doa untuk saya. Segala jasa mereka takkan dapat terbalas oleh saya. Sayang mak & ayah selalu... 


        Birthday saya tahun nie disambut sederhana tapi meriah. Tahun nie tahun ke dua birthday saya jatuh pada bulan syawal tahun nie 12 syawal, tahun lepas 1 syawal. Memandangkan tahun lepas sambut biirthday cuma kami bertiga beranak jer.  Jadi tahun nie, bersempena dengan hari raya kami sekeluarga jemput jiran, rakan-rakan dan saudara untuk datang bke jamuan raya sambil meraikan birthday saya. Birthday saya juga saing dengan birthday pakcik saya (belah mak), jadi kami buat serentak. Jamuan kecil-kecilan memang hampir setiap tahun buat (ada tahun yang tak buat), cuma tahun nie lebih meriah sebab birthday saya kan.. ehehehe...Terima kasih untuk mak & ayah yang buatkan majlis, terima kasih kat semua ahli keluarga yang membantu dan terima kasih buat semua yang sudi datang dan atas  ucapan , doa , hadiah n bunga api.. terima kasih... :)

Update sambutan raya 2015: Baru jer balik kampung sabtu lepas beraya ke rumah saudara mara dan melawat nenek di kampung halaman. Semalam pulak pergi beraya rumah kenalan sekitar bandaraya Johor Bahru (dari siang sampai ke malam, mentang-mentanglah baru cuti raya...hehehe..). Barulah meriah beraya ye tak? hehehe...




-Tak sangka tarikh 28072015 ni jadi satu peristiwa besar buat negara kita Malaysia, bila ada robakan kabinet dan pembentukkan barisan kabinet baru Malaysia. Bukan setakat bertukar menteri kabinet tapi nampaknya jawatan kedua terpenting iaitu Timabalan Perdana Menteri turut bertukat pemerintahan.

-Pada detik-detik akhir peghujung bulan Julai 2015 nie banyak berita pasal negara kita antaranya:

Bertukar menteri-menteri kabinet termasuk TPM
Berita:

Tingkat 10 Bangunan Bukit Aman terbakar
Berita:


Serpihan pesawat MH370 didakwa dijumpai di  Pulau La Reunion dekat Magadascar di Lautan Hindi
Berita:

Harga minyak petrol; RON95, RON97 & minyak Diesel di umum turun 10 sen berkuatkuasa 1.08.2015:

Berita:


Pesanan: Marilah kita sebagai rakyat Malaysia, mendoakan yang terbaik dan yang baik-baik sahaja buat negara kita.....

P/s: Sepanjang cuti nie baru harini dapat update blog sebab busy beraya n busy ade tetamu datang beraya... Tadi siang pun tak berapa sihat migrain & sakit tapak kaki...So terbaring jerlah, hujan lebat guruh petir pulak tu tengah hari sampai ke petang... Sorry sebab lambat dapat update blog (gambar birthday pun tak sempat nak upload)...Good Nite semua... :)

Thursday, June 18, 2015

18.06 : Selamat Berpuasa & Birthday Adik...


             Hari nie 18.06.2015 adalah hari pertama umat Islam diseluruh dunia menyambut bulan Ramadhan yang mulia... Bersyukur saya kehadarat Allah S.W.T kerana masih diberikan kesempatan buat diri ini dan kamu semua agar dapatlah kita meraikan bulan yang mulia ini. Dikesempatan ini saya selaku pemilik dan penulis blog ini ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa buat semua pembaca dan rakan-rakan blogger yang beragama Islam... Semoga segala ibadah kita dalam bulan ini berjalan dengan lancar. Semoga kita semua berada dalam kesihatan yang baik, agar dapatlah kita berpuasa dan beramal ibadah dengan sempurna... 


~nie gambar adik saya masa baby~


   18.06.1990 adalah tarikh lahir adik saya, Amirul Syafiq (nama manjer dia Adam). Kalau lah dia masih hidup, tahun nie genap usia dia 25 tahun... Dia adalah satu-satunya adik-beradik kandung yang saya ada. Dia satu-satunya adik saya, sayangnya dia kepada saya tak terperi... Masa saya demam teruk, dia sangat risau dan tak senang duduk... Makan pun tak lalu... Tapi sayangnya kami jadi adik- beradik di dunia nie tak lama... Cuma tujuh tahun sahaja... Pada tanggal 31.08.1997 jam 9.30 malam dia menghembuskan nafas terakhir... Adik meninggal sebab terjatuh masa tengah duduk-duduk kat tembok rumah jiran sebelah, tinggi tembok tu tu cuma dua kaki jer... Masa dia terjatuh pun dia takde tercedera sampai terluka atau berdarah pun tidak... Masa jam 7 malam barulah dia tiba-tiba sesak nafas, lepas maghrib mak hantar adik pergi hospital naik kereta pakcik (adik mak) dan ditemani sepupu saya... Saya tak pergi sebab kereta tak muat, ayah tak dapat pergi hantar ke hospital sebab ayah baru jer mula kerja kat tempat baru... Sebenarnya adik tak nak pegi hospital , tapi saya pujuk adik supaya pegi hospital... Akhirnya, Adik meninggal dunia dalam perjalan pergi Hospital ... Masa tu jalan banyak tutup sebab ada perarakan sempena sambutan merdeka... Memang tak sangka dia akan pergi secepat itu, sebab dia takde apa-apa penyakit pun... 

                  Mungkin dah memang takdir dia pergi meninggalkan dunia disaat usia masih muda (masih kanak-kanak yang belum baligh). Kematian adik sangat terkesan dalam hati saya, dan berbekas hingga kini... Sebabnya adik meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital dalam kereta pakcik saya, dan saya takde di samping adik... Sedangkan saat-saat kematiannya mak saya kata, adik asyik tercari-cari saya... Keduanya, sebab adik jatuh depan mata saya dan saya tak sempat selamatkan dia dari terjatuh... Sejak 31.08.1997 saya jadi fobia tempat tinggi, fobia tempat ramai orang.. Namun disebalik semua itu... Mungkin dia adalah antara insan yang terpilih, meninggal di usia muda... Perginya dia tanpa noda dan dosa dunia... Sungguh beruntung... Di saat dia diberitakan meninggal dunia, ramai yang hadir... Di saat dia dikebumikan juga, dia dikebumikan di liang lahat orang dewasa, pusaranya lebih besar dari yang sepatutnya (sepatutnya liang lahat kanak-kanak). Mugkin itulah rezeki dia...


Buat Adik kesayanagan ku Amirul Syafiq :

Adik selalu ada dalam doa dan ingatan kakak...
Setiap saat dan detik kakak sentiasa rindukan adik...
Setiap tahun orang lain meriah sambut bulan Ramadhan bersama adik beradik...
Setiap tahun apabila tiba Raya rumah orang lain bising hingar bingar dengan gelak ketawa...
Setiap 31 Ogos ramai orang meriah sambut Merdeka...
Sungguh kakak cemburu tengok orang lain ada adik-beradik...
Mereka jalan-jalan bersama, buat aktiviti bersama...
Tapi kakak sunyi sorang-sorang...
Sungguh kakak rindukan saat kita bersama...
Walaupun ia hanya sementara...
Ia tetap terpahat dalam memori kakak sampai bila-bila...
Walaupun adik jadi adik kakak tak lama...
Tapi dalam hati kakak, perginya adik tiada galang gantinya...
Semoga tenang adik di sana...
Rindu adik selamanya


Luahan ikhlas :-

Kakak



Nota: Pesanan saya untuk awak semua, sayangilah dan hargailah adik beradik dan keluarga selagi mereka masih ada... Awak semua beruntung andai masih punya adik beradik dan keluarga...

Saturday, January 24, 2015

Chocolate Oreo Ice Blended



Bahan-Bahan:-
1  1/3 Sudu kecil serbuk koko Van Hounten
2 Sudu kecil Hershey Chocolate Syrup
1/4 Sudu kecil serbuk Nescafe atau coffee segera
2 Sudu besar susu manis F&N
2 Sudu besar gula (kalau suka manis boleh letak gula, kalau tak suka tak payah pun  takpe)
1 Cawan air suam
6 Keping biskut Oreo---> patah-patah kan menjadi dua (saya guna biskut oreo yg cream vanilla tu)

Hiasan:
Gelas Berkaki
Whipping Cream ( guna whipping cream yg dalam botol , yang untuk hiasan dessert/ air)
1/2 keping biskut Oreo
Sedikit serbuk koko Van Hounten
Straw


Cara-Caranya:

1. Bancuhkan serbuk koko, chocolate syrup, serbuk nescafe, susu manis dan gula tadi bersama air suam. Kacau rata samapai sebati menggunakan sudu.

2. Kemudian tuangkan bancuhan tadi ke dalam blender. Masukkan kiub ais secukupnya (saya letak 12 kiub). Kemudian kisar adunan hingga sebati. Kemudian masukkan biskut oreo. Kisar lagi adunan hingga benar-benar sebati.

3. Tuangkan adunan ice blended yang dah siap ke dalam gelas berkaki. Kemudian hiaskan dengan Whipping cream, kemudian taburkan sedikit serbuk koko di atas whipping cream tu, kemudian hiaskan dengan setengah keping biskut oreo  di tepinya. Sedia untuk dinikmati... :) ;)


p/s: Ini adalah air kegemaran saya... :) Selamat mencuba...

Friday, September 5, 2014

Saya Sayang Blog Saya!

           

           Chewah.... tajuk kemain semangat gitu...Dah lama betul saya tak update blog macam dulu-dulu kan...? Kalau scroll balik tahun-tahun sebelum banyak betul entry kat blog ni...Tahun nie jer jadi macam ginie... Jarang nak update blog pun dah bersawang akibat jarang-jarang nak jengah dah sekarang ni kan... Akibat dah terlampau bersawang tetiba boleh masuk pulak malware kat blog kesayangan nie.... Fuhh nasib baik lah boleh buang malware tu.. Kalau tak habis semua entry yang saya dah taip semua hilang tak ke nangis... Dup dap dup dap jugak jantung saya tadi dah macam nak kena serangan jantung pun ada... Sape yang tak sayang blog sendiri? Dah bertahun kot kita menulis segala curahan isi hati dan idea kat sini... Segala puisi lah, cerpen, ilham bicara berkongsi pendapat... 

            

        Saya pun memang minat menulis, hobi masa kecik-kecik sampai remaja suka tulis diari dan kumpul stamps.. Bila dah remaja gitu siap buat buku tulisan tangan untuk tulis segala puisi / curahan hati kat dalam tu..Saya tulis puisi ni dari zaman remaja lagi, dengan tajuk puisi pertama yang saya cipta sendiri tu bertajuk : Bangkitlah Wahai Remaja. Tajuk bersemangat sangat..! Puisi tu dapat ilham dari mimpi, masa tu khusyuk sangat nak buat kerja kursus sejarah untuk PMR tahun 2003. Puisi tu pernah masuk dalam majalah sekolah saya iaitu majalah JASA edisi tahun 2005.. Sayang seribu kali sayang semua majalah sekolah, stamps album, diari dan buku puisi tu punah dan hancur akibat di mamah anai-anai..(T___T) Habis hancur semua kenangan dan hasil tulisan, dan stamps pulak dah banyak yang saya kumpul... (T___T) 

       Jadi sebab itulah saya memilih platform blogger nie untuk tinggal kan segala hasil karya yang tak seberapa tu kat sini... Kat sini jugaklah tempat saya nak berkongsi idea, pendapat dan pandangan dengan awak semua... Terima kasih saya nak ucapkan sebab sudi baca entry saya yang tak sebarapa, sudi singgah blog saya, sudi tinggalkan comment kat sini dan sudi jadi kawan blog saya... Walaupun tahun nie saya jarang sangat update blog tapi masih ade yang sudi datang ke blog picisan yang tak seberapa nie.. (T____T) Saya janji, InsyaAllah saya akan luangkan masa untuk update blog nie seberapa kerap yang boleh dan blog walking secara aktif macam dulu-dulu... Saya sayang sangat kat blog nie, sebab saya memang minat menulis. Pernah masa kecik simpan angan-angan mahu jadi penulis novel takpun majalah, tapi tak kesampaian.. Jadi dengan platform blogger nielah saya boleh capai cita-cita saya tu... Jadi saya taknak kehilangan blog yang saya sayang nie...(T____T) Kalau boleh saya nak jadikan blog nie kenangan yang abadi sampai bila-bila. Bila saya dah takde kat dunia nie lagi, semoga tulisan-tulisan saya ini terus menjadi kenangan buat awak semua... :) Itulah harapan saya...


Sekian saja contengan dari saya, harap jumpa lagi lain masa...Selamat Malam semua... :) ;)
kredit gambar: google image... 

Thursday, May 29, 2014

Puisi Buat Ibu...




Ibu,
Terima kasih kerana telah melahirkan dan membesarkan ku....
Ibu,
Terima kasih kerana sentiasa menjaga ku di waktu sihat dan sakit...
Ibu,
Terima kasih kerana sentiasa menjadi sahabat sejati yang sudi mendegar luahan isi hati..
Ibu,
Terima kasih kerana sentiasa memberi kata-kata semangat, nasihat dan motivasi...
Ibu,
Di saat ku terjatuh kamu memberi kekuatan pada ku untuk bangkit semula..
Ibu,
Di saat ku kecewa kamu sentiasa memujuk hatiku supaya menjadi insan yang penyabar dan memaafkan..
Ibu,
Kamu ibarat pelita penyuluh kegelapan,
Kamu ibarat tongkat untuk ku berpaut,
Kamu ibarat payung untuk ku berteduh,
Kamu ibarat kapal untuk ku belayar menempuh arus ombak hidup,
Ibu,
Kamu terlalu istimewa buat diriku,
Tiada galang gantinya dan cuma kamulah satu...
Dan tidak dapat ku bayangkan hari-hari ku tanpa seorang ibu disisi,
Tanpa doa ibu mithali pasti hari itu terasa kosong,
Jika kamu tiada lagi,
Pasti hidupku berlagu sunyi bertemankan sepi,
Maka kuatkanlah semangat kamu wahai ibu ku...
Kerana setiap kesakitan itu pasti ada penawarnya...
Ku berdoa semoga ibu dipanjangkan usia, sembuh dan sihat seperti sediakala...



P/s:- Puisi ini adalah hasil nukilan dan idea sepenuhnya dari saya selaku pemilik dan penulis  blog ini                ( http://merpatiputih88.blogspot.com). Hak Cipta Terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali. Puisi ini saya tujukan khas buat ibu saya, semoga beliau cepat sembuh dari penaykit yang dihidapinya dan tabah menghadapi dugaan demi dugaan...

P.P/s: Maaf kerana sudah terlalu lama tidak update blog ini, dan sudah terlalu lama tidak menyinggah           ber- blog walking membaca blog kamu semua... Saya agak sibuk kebelakangan ini, jika ada masa terluang pasti saya akan update macam dulu-dulu... Terima kasih buat kamu-kamu yang sudi berkunjung ke blog saya yang tidak seberapanya ini walaupun sudah bersawang labah-labah blog saya ini... :') :)

Wednesday, January 1, 2014

Memory 2013

Cepatnya masa berlalu...
Sekejap ajer dah masuk 2014!

Selamat tahun baru!
Semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan... :)


Imbas Balik memori 2013 saya:

Perkara Penting:

~Lulus periksa perkhidmatan~
~Sah jawatan~
~Genap 3 tahun bekerja dalam bidang ini (kewangan)...~
~Bertukar tempat kerja~

Tempat yang dilawati (yang banyak tinggalkan memory) 2013:

~JB+Nusajaya (semestinya)
~Bakri, Muar
~Batu Pahat
~Melaka
~Langkawi,Kedah
~Alor Setar, kedah
~Padang besar, Perlis
~Kuala, Perlis
~Ladang Anggur,Perlis
~Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis
~Sungai Siput, Perak
~Mee Udang Kuala Sepetang,Perak
~Ikan Bakar, perak
~Legoland, Malaysia
~Tanjung Adang Seafood
~Restoran Kasih Bonda, Tebing Runtuh


Lagu yang paling suka 2013:

Roar- Katy Perri
Linger- Estranged
When I was you man- Bruno Mars
Here's to never growing up- Avril Lavigne-
Human-Christina Perri
A Thousand Years (part 2)-Christina Perri ft Steve Kazee
Radioactive-Imagine Dragon
Treasure-Bruno Mars
Tetap Menantimu-Nomad
Sandiwara Cinta-Repvblik
Rindukanlah-Encik Mimpi
Just give me a reason-Pink
Still into you-Paramore
Sayang-Shae
Star Ship-Nicki Minaj
We Are Never Ever Getting Back Together-Taylor Swift
Diamond-Rihanna
Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang-Tegar
Come and get it- Selena Gomez
Bahagiamu Deritaku – Hafiz
Menunggu-Akim
Jangan Pergi-Loka
Kalau Aku Kaya- Altimet ft Awi Rafael
Rilek brader-Art Fazil ft Imuda

Stay- Rihanna Ft Mikky Eko
Heart Attack-Demi Lovato
Lights-Ellie Goulding
I Need Your Love-Ellie Goulding

Filem paling minat 2013:
Iron Man 3
Fast & Furios 6
Man of Steel

Drama bersiri paling minat 2013:

Sebenarnya Saya Isteri Dia
Kampung Girl
Love You Mr Arrogant
Merlin


Ucapan untuk semua: 

   "Semoga kita semua berjaya beroleh apa yang kita hajati  sepanjang tahun 2014 ini...Berjaya mencapai impian dan cita-cita kita...Teruskan usaha! Tahun 2014 baru saja bermula, jadi mulakan ia dengan baik... Sekiranya ada kesilapan / kekhilafan yang pernah kita buat pada tahun-tahun lalu, masih belum terlambat untuk kita perbaikinya pada tahun ini...Ingat, masih ada banyak perkara perlu kita rempuh sebelum mencapai impian kita...Jadi harus sabar dan tabah selalu, cekalkan hati, kuatkan semangat dan jangan sesekali putus asa...! Dan yang paling penting kena berfikiran positif selalu, apa yang berlaku jadikan ia sebagai pengajaran / panduan...Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersebunyi...Jadi senyum-senyum selalu.." (^___^)Y

Friday, November 1, 2013

Genap 4 Tahun Sebagai Blogger...


1.11.2013
Hari nie genap sudah empat tahun saya ber blogging...
Dulu-dulu saya tak pernah terfikir untuk punya blog sendiri...
Masa kecil dulu cita-cita memang nak jadi penulis, tapi tak kesampaian...
Walaupun saya menulis blog nie sekadar suka-suka dan isi masa lapang,
 sekurang-kurangnya ianya dapatlah menggembirakan hati syaa sebab buat benda yang saya  minta dan saya cita-citakan sejak kecil..
Dulu saya tak pernah terfikir akan menulis blog selama ini,
Doa dan harapan saya semoga penulisan saya disini tidak akan terhenti, dan semoga idea saya tidak akan berpenghujung..
Buat awak semua, terima kasih sebab sudi baca blog picisan saya ini.
terima kasih juga kerana sudi melontarkan pandangan mahupun kritikan di ruangan komen,
buat blogger-blogger terima kasih sebab sudi menjadi follower / pembaca setia blog saya..
Dengan rendah hati saya ingin memohon ampun dan maaf andai ada penulisan / coretan saya disini mengguris hati anda semua atau sekiranya ada kekurangan pada penulisa saya maaf sekali lagi...
Maaf juga kerana kadangkala saya terlewat untuk  membalas komen kamu semua...







Ini statistik blog saya sepajang empat tahun saya blogging ... :)
Empat tahun untuk:
406 Entry yang telah sempat saya coretkan di sini (setakat hari ini)
182407 pageviews sepanjang empat tahun...
1816 comment dan feedback yang telah diterima dalam entry-entry dalam blog ini..
9654 pembaca untuk entry yang paling ramai viewer 
349 Follower sepanjang empat tahun...
RM64.24 yang telah diterima dari Nuffnang untuk empat tahun! ( tapi belum pernah lagi saya claim / cash out)...huhuhuhu..

ha...banyak betul no 4, suratan atau kebetulan nie...?
apa-apa pun terima kasih sekali lagi sebab sudi baca dan singgah kat sini ye...
(^____^)


Sunday, July 28, 2013

Dua Puluh Lima



Hari ini 28.7.2013 genap usia saya dua puluh lima tahun...
Kita lahir pada 28.07.1988 ...Tahun Naga! Aummmmm....
Dua puluh lima....Eh macam dah tua pulak eh...???? =____="
Macam tak percaya pun ade, macam baru jer semalam ambik result SPM...
Macam baru jer habis study kat poli dan sibuk-sibuk cari kerja...
Rase macam masih remaja lagi...
Tapi dah separuh usia DEWASA...
Oklah tahun nie kali pertama kita  pergi mengundi pada 5.5.2013, pusat mengundi dekat sekolah kita yang pertama, kelas kita yang pertama pulak tu...!
Tahun nie jugak kali pertama kita dapat pergi negeri-negeri utara..
Alhamdulillah..Tercapai jugak impian kita nak pergi Langkawi, Kedah dan Perlis...
Walaupun dapat pergi kejap jer dan bukan atas tujuan bercuti, tapi Alhamdulillah tercapai jugak hajat nak pergi tempat-tempat tue sebelum usia 25...
Tahun nie kita dah sah jawatan...! Yeay... Alhamdulillah sekali lagi... :)
Dalam bulan tujuh yang bertuah nie dapat pulak kenaikan gaji...dan duit raya... Alhamdulillah lagi... :)
Impian yang dah tercapai ialah :
Nak sambung study lepas habis SPM..dah tercapai...Walaupun kita setakat sampai kat poli ajer...Tapi Alhamdulillah...
Dulu-dulu kita pernah menangis berhari-hari sebab tak dapat masuk U, dan cuma dapat amik sijil Pengajian Perniagaan dekat poli ... dan  lebih mebuatkan  kita menangis sebab kita terpaksa tolak tawaran yang kita dapat untuk sambung dalam bidang yang kita minat  iaitu Diploma Teknologi Mekanikal ( Pembuatan-CAD/ CAM) dekat IKBN...
Sebab masa tu kita dah ter daftar dan bayar yuran poli, barulah tawaran IKBN tu sampai...
Mak ayah pulak lebih galakkan kita untuk dafar bidang perniagaan itu, sebab katanya lebih sesuai untuk budak perempuan macam kita...
Jadi oleh kerana faktor yang tak mengizinkan itu, maka kita teruskan lah pengajian di politeknik...
Tapi dekat politeknik dulu kita lebih rapat dengan budak-budak kejuruteraan...
Masa duduk rumah sewa dulu pun semua housemate kita budak civil engineering  dan kita seorang ajer budak business...
Jadi dalam laptop kita masa tue memang ada software autocad ! eheheehee.. :p
Sekarang nie kita dah nampak hikmah disebalik itu...
Sebab dengan Sijil Politeknik tu lah kita boleh dapat jawatan sekarang dengan gaji yang kita dapat sekarang...Alhamdulillah... :)
Sebab study dekat politeknik tue lah kita dapat kenal dengan ramai kawan, dan dapat banyak pengalaman dan dapat banyak ilmu...
Sebab study dekat politeknik tu lah kita menjadi lebih feminin...
Yelah setiap hari baju kurung...Sekarang pun kerja wajib kena pakai baju kurung..
Dulu-dulu masa kecik -kecik kita lebih senang berkawan dengan lelaki, dress up cara lelaki, bercakap cara lelaki, permainan pulak memang stail budak-budak lelaki macam gasing, guli etc...
Tapi takdelah sampai terpengaruh lebih sangat...
Bila dah masuk usia 15 tahun ajer barulah sedar diri tu perempuan!Sebab masa tu kita dapat mimpi yang membuatkan kita insaf dan masa tu kita mula bertudung sepenuh masa sampai sekarang...( sebelum tue cuma pakai tudung bila dekat sekolah ajer lah..)
Dulu masa kita dapat tawaran jawatan sekarang, kita dapat jugak tawaran masuk Uitm untuk sambung ambik Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat, tapi kita terpaksa tolak (dengan berat hati.... )
Sebab niat ikhlas untuk bekerja dan membantu orang tua lebih menebal, maka terpaksa lah dilupakan buat sementara niat untuk sambung belajar itu...
Sebab dengan kerja kita ini kita boleh bantu mak ayah, dan masa tu pulak mak kita sakit...
Jadi perlukan perhatian dan kewangan yang cukup...
Kalau kita jauh macam mana kita nak bantu semuanya...?
Sebab kita ini adalah satu-satunya anak yang mereka ada...
(Dulu sebenarnya kita ada adik lelaki tapi dia dah meninggal dunia pada usia dia tujuh tahun iaitu pada  31.8.1997 ....)
Maka sebagai anak tunggal, tanggungjawab lebih utama...
Itulah hikmahnya disebalik segalanya..
Disebalik itu, tercapai sudah impian kita untuk  memiliki sebuah kereta kecil lagi sederhana..Alhamdulillah... :)
Kita percaya disebalik yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi...
Sekarang kita dah boleh belajar yang tak semua impian kita itu, kita akan peroleh dengan mudah-mudah sahaja...
Ada duka dan tangisan yang perlu ditempuh sebelum kemanisan itu boleh kita rasa..
Ada kepayahan dan kesusahan yang perlu kita lalui, jika kita tabah dan sabar barulah kita dapat hargai betapa hidup ini indah sebenarnya..
Dalam hidup kita nie selama dua puluh lima tahun hidup, banyak juga suka duka yang telah kita tempuhi dan semuanya mengajar kita erti dewasa serta matang dalam hidup...
Diejek, dibuli , dihina sedikit pun tak menjadi kudis yang berbekas dihati kita...
Kita tak berdendam, dan kita dah maafkan...
Fikir-fikir semula lucu juga, ada jugak kenangan kena buli zaman kanak-kanak riang  / awal remaja dulu...Ialah sebab kita nie jenis nerd lagi noob...Makanya senanglah kena buli..
Dulu masa kecil pernah kita digelar alien, budak kaca mata, budak mata besar, papan lapis...
Sebab mungkin kerana fizikal kita masa tue, badan kurus (underweight ) , mata bulat tapi rabun pulak tu..dan minat sangat sains dan angkasa lepas..Sebab tulah dapat gelaran alien..  =___="
Tapi semuanya membuat kan kita lebih kuat semangat , tabah dan sabar hadapi hidup...
Tak pernah sekalipun terlintas dihati kita nak putus asa, sebaliknya kita tetap mahu terus usaha dan perbaiki segala kesilapan diri yang ada..
Supaya kelak bila dah dewasa kita boleh lalui hidup dengan bahagia...
Walaupun kisah hidup kita tak lah seindah kisah hidup awak yang sedang membaca...
Tapi kita tetap bersyukur, mungkin hidup kita ini tak lah seindah mana, tapi ia cukup buat kita menghargai sekelumit erti bahagia..
Terlalu banyak kenangan indah dan berselang seli dengan kenangan sedih dan pahit kalau nak cerita semua  memang tak habis sampai esok lusa..Jadi kita stop sampai sini saja...
Terima kasih sudi baca blog kita...
Maaf dari kita andai ada tersilap dan salah kat mana-mana...

Sekian sahaja, dari budak yang suka sorokkan airmata disebalik senyuman.... :)

Tuesday, May 14, 2013

Sayang Mak....

Emak, banyak mengajar ku erti hidup...
Emak, telah banyak mendidik ku untuk sentiasa tabah dan sabar dalam hadapi dugaan hidup..
Emak, selalu berpesan usah putus asa, usah patah semangat..
Emak, walaupun dia tidak sihat tapi sentiasa terlihat sihat dan ceria..
Emak, walaupun menghidap penyakit berbahaya(kanser) tetap kuat semangat, sabar dan tabah sentiasa..
Emak, walaupun dirinya sendiri tidak sihat tetap sentiasa ambil berat akan diriku...
Emak, selalu sayang diriku ini yang merupakan satu-satunya anak yang dia masih ada...
Emak, kadangkala terlihat terlalu protective terhadap diriku, terlalu risau andai perkara buruk menimpa diriku, kadangkala suka mengawasi diriku, dijaganya diriku dengan elok, sering berhubung dengan ku sentiasa, jika diriku hendak kemana-mana harus diberitahu awal-awal, jika belum sampai ke rumah harus diberitahu kenapa lewat dan kenapa di luar lama sangat..
Mungkin semua itu kerana dia takut kehilangan anaknya ini seperti kehilangan anak lelakinya buat selamanya pada 31.08.1997...
Mungkin peristiwa itu menyebabkan emak seorang protective teradap diriku ini...
Walaupu apapun yag terjadi ku tahu emak sentiasa sayang diriku...
Aku jua sayangkan emak selalu...
Dari dulu, kini danselamanya...
Maafkan anakmu ini emak, kerana kadangkala  diriku ini sering degil , keras kepala , keras hati, nakal sewaktu kecil...
Maafkan ku sekali lagi kerana banyak jua membuat kamu terguris hati...
Daku mohon sejuta ampun dan maaf dari kamu emak yang amat ku sayangi...

~Saya dan Emak_Stulang Laut,Johor Bahru_2011~

12.05.2013 (Ahad)
Hari itu hari ibu...
Kami berangkat pulang ke kampung sekali lagi, atas undangan kenduri kahwin..
Tak sempat nak sambut hari ibu meriah-meriah...
Cuma semasa pulang ke rumah hanya sempat singgah ke Pizza Hut untuk rai hari ibu...
Esoknya barulah sempat beli 2 pasang kain baju kurung sebaga hadiah hari ibu...

Tuesday, May 7, 2013

Trauma..


Risau..Bimbang..Trauma...Phobia...
Terlalu banyak perkara yang aku fikirkan....
5.5.2013, rumahku dimasuki pencuri ketika kami sekeluarga pulang ke kampung..
Rumah bagaikan kapal karam..
Bersepah sana sini...
Rumah kami yang usang yang telah dimamah anai-anai juga menjadi sasarannya..
Dimanakah peri kemanusiaan orang itu..????
Dan barang-barang yang hilang adalah berbagai-bagai dokumen-dokumen penting  peribadi milikku dan sedikit bahan kerja...dan juga gambar aku...
Kenapa mesti dia ambil semua itu...????????
Aku jadi blurr dan tertanya-tanya...
Adakah aku memang menjadi sasarannya...??
Apakah salah dan silap ku pula???
Aku tidak pernah berdendam pada sesiapa..
Aku juga tidak pernah mengkhinati atau menyimpan dendam kesumat pada sesiapa..
Aku tak pernah menjadi gunting dalam lipatan sesiapa...
Jadi kenapa mesti aku..??????????
Kenapa mesti diambil barang-barang itu, sedangkan ada lagi barang lain yang ku kira jauh lebih bernilai...??
Kenapa mesti dokumen aku??? dan lebih hairan gambar aku..?????
Apakah tujuannya...???
Aku pun tidak tahu...
Aku cuma harap agar dia pulangkan kembali...
Tapi jika tidak mahu, jangan lah dianiaya apa2 milikku itu..
Jika aku ada salah silap, aku mohon kemaafan..
Aku jadi bimbang..
Mata pun tak mahu nak pejam..
Minda ku telah terbang melayang entah kemana...
Harap tidak ada perkara buruk berlaku pada diriku pula...


p/s: Maafkan saya kerana menulis dengan ganti nama "aku"..maafkan saya kerana bunyinya agak kasar..
Maafkan saya andai ada silap dan salah saya..Sekali lagi saya mohon maaf andai ada terkasar, terkurang bahasa, tersilap tersalah tingkah laku dan sebagainya..

Wednesday, April 24, 2013

WW 17# : Seni Bina Bangunan Lego...
















Nota: Click pada imej, untuk bersarkan saiz..:)

P/s:Semua gambar dirakam pada November / 2012, di Lego Land Malaysia...
      Maaf lah sebab mengambil masa terlalu lama untuk masukkan gambar...huhu..:p

Monday, January 28, 2013

Momo...Kucing Tersayang Pergi Buat Selamanya.


Ini momo...
Kucing yang sangat disayangi...
Dulu kami sekeluarga ada si Mickey Sasuke..
Tapi si Mickey dah hilang...
Kemudian 31.Jan.2012, kami pelihara Momo sebagai kucing angkat mengantikan tempat si Mickey..
Masa tu, kami terima Momo masa umur dia dua bulan daripada kakak angkat saya... 
Momo kucing yang unik, sebab dia pandai mengurut...!
Tapi dia akan urut kalau dia ikhlas ajer...
Kalau dia tengah takde mood, jangan harap lah dia nak tolong urut..!
Dia nie kucing yang paling manjer...
Terlampau manjer pun ada...
Sebab mak ayah dia dah mati kena langgar, dan dia takde adik beradik (Adik beradik dah hilang kena culik dan ade yang mati kena langgar) jadi dia punya manjer memang lebih sikit berbanding kucing yang  ada mak ayah..
Dia akan ikut kemana mak dan ayah saya pergi...
Selalu dia temankan mak kat rumah, teman mak masak, teman mak pergi tanam pokok, pergi buang sampah..
Selalu jugak dia temankan ayah pegi tebas-tebas rumput belakang rumah, tebang pokok, bakar sampah..
Dia nie memang suka temankan mak dan ayah saya masa kat rumah...
Kalau saya tengah siapkan kerja-kerja office yang saya bawa balik ke rumah atau taip blog mesti dia akan temankan..
Kalau nak tidur pun nak peluk mak...
Sebelum tidur mesti nak kena dodoi kan macam baby...
Manjernya dia macam baby dengan emaknya..
Kalau kami sekeluarga pergi jalan-jalan dan dia tinggal kat rumah, mesti dia masamkan muka tanda merajuk..
Kalau kena marah merajuk, kalau kena leter merajuk, kalau kena tinggal kat rumah merajuk...
Tabiat negatif dia, kalau marah suka berak atau kencing rata-rata dan jugak cekau-cekau beg saya...
Sebab dia marah bila dia nak manjer-manjer atau nak main bola kita tak layan sebab busy...
Dia nie spesis kucing yang suka main bola, suka tengok tv, suka termenung kat tingkap...
Dia suka makan, satu hari 6-7 kali makan...!
Suka mandi, kalau nak berak atau kencing pegi kat bilik air dan mesti kita kena tutup pintu! kalau nak berak kat luar mesti nak jauh-jauh kat semak yang takde orang boleh nampak! (spesis kucing jantan pemalu..huhuhu..)
Dia nie fobia dengan kereta, bunyi kereta  / motor, bunyi guruh / petir, tak suka nak merayap sangat, tapi sebelum dia hilang selalu jugak merayap ber dating dengan awek...huhuhu..


~seganlah nak ambik gambar nie~

~malas nak senyum, takde mood ok..
nak dating pun tak dapat~


~Hai saya momo! comel tak saya...??~

Tapi sekarang nie....Semua tu hanya tinggal kenangan...
Minggu lepas,19.1.2013 dia keluar rumah..
Seminggu jugak lah hilang, cari-cari kat merata tempat pun tak jumpa...
Lepas seminggu hilang,26.1.2012  jiran sebelah jumpa bangkai kucing kat semak bekang rumah jiran kami...
Tengok dekat situ, memang Momo!
Cuma tinggal tulang-tulang badan dia, dan serpihan badan dia sikit + bulu badan dia yang dah dikerumuni ulat...
Perasaan masa tue bercampur baur, sedih yang teramat sangat..
Masa tengah kutip tulang dia, macam terdengar-dengar suara dia mengiau panggil-panggil saya..
Tak dapat nak tahan air mata, terus nanges kat situ jugak...(T_____T)
Kami(saya dan ayah) punggut semua tulang dia & sepihan badan dia, kemudian tanam dekat belakang rumah...
Sekarang nie kalau bukak tingkap pagi-pagi mesti ternampak pusara Momo...
Rindunya dekat dia..
Selalu kalau saya balik kerja mesti dia tunggu kat depan pintu tak pun kat tepi tingkap..
Lepas nie dah takde lagi dah...



nie gambar Momo masa kecik...:(

Wednesday, January 2, 2013

~Kenangan 2012~



Hai Semua...Selamat Tahun Baru...!!!



Kenangan lalu usah dilupa, sisipkan di dalam ingatan untuk jadi kenangan-kenangan atau untuk jadikan ia sebagai panduan, pengajaran yang mematangkan kita bagi menempuhi kehidupan di hari-hari yang akan datang di masa hadapan...(^___^)


Ini semua imbasan memori yang pernah saya lalui sepanjang tahun lepas 2012 yang baru saja berakhir..=)



Tempat Menarik:


~Johor Premium Outlet~

~Universal Studio Singapore~
~Melaka~
~Kluang~
~Legoland~
~Bandar Jaybee~
~Tasik Merdeka~
~Danga Bay~



Lagu Paling Minat:


Terukir Dibintang-Yuna

Lagu-Bedroom Sanctuary
Pelangi Senja-Stacy
As Long As You Love Me- Justin Bieber
Terlalu Mencintaimu-Suki
Andaiku Bercinta Lagi-Mojo
Anak Kampung- Jimmy Palikat
Cerita Dia-Drama Band
Jerrypah-Aizat
Aku Suka Dia-Ainan Tasneem
Part Of Me-Katy Perry
I Knew you Were Trouble- Taylor Swift
Coffee-Yuna
One More Night- Maroon 5
What Makes You Beautiful-One Direction
One Thing-One Direction
Somebody That I Used To Know -Gotye Ft Kimbra
Glad You Came- The Wanted
I Found you-The Wanted



Filem Paling Minat:


Mirror Mirror

Marvel The Avenger
Snow White And The Hunstman
Upside Down

Drama TV Paling Minat:


Aku, Dia Dan Tong Sampah-TV9

Seindah Sakura-TV3
Mimpi Cinderella-TV3
Vanilla Coklat -TV3


Kenangan Manis / Gembira:


~Jumpa kawan-kawan baru masa berkursus di Intan,Kluang , kursus induksi umum dan khusus di ILP,JB...~

~Berjumpa semula dengan kawan-kawan lama masa sama sekolah...~
~Berjumpa semula dengan kawan serumah (masa zaman study kat Poli Merlimau) yang dah sekian lama terpisah...~
~Family trip bersama office mates ke USS...~
~Dapat naik Roller Coster dnegan jayanya! walaupun saya nie fobia tahap maksimum kat tempat tinggi...:)
~Hangout dengan kawan-kawan dan pergi kenduri kawin kawan-kawan..:)
~Berkunjung semula ke Melaka lepas 3 tahun tak jejakkan kaki kat bumi Hang Tuah itu... =)
~Dapat pegi JB Readers and Writers Festival di Bukit Timbalan, Johor Bahru =)



Kenangan Pahit / Sedih:


~Hampir kemalangan jalan raya 3 kali! Semuanya hampir kena langgar, mujur dapat mengelak..

Alhamdulilah selamat...:)
~Kesihatan tak menentu, pengsan dekat pejabat sebab terlebih oksigen dalam badan...=,="
~Masih kurang berapa bijak uruskan wang sendiri...
~Waktu / jadual kerja kurang teratur . kurang terurus...
~kurang bermotivasi, kurang bersemangat...~
~Stress sebab macam-macam perkara....=___=
~Love hurt..:(
~Dan macam-macam lagi perkara yang mebuatkan mood saya merudum dan kadang-kadang seperti memutuskan semangat saya...Seperti terpijak sampai berkecai lumat, patah riuk...



Sekian saja..semoga bertemu di lain masa..=)


Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...