Translate

Showing posts with label alam sekitar. Show all posts
Showing posts with label alam sekitar. Show all posts

Sunday, May 15, 2016

Cerita Pendakian Gunung Arong

11/05/2016 , 04/Syaaban/1437H, Rabu
    Saya bersama rombombangan yang terdiri dari rakan-rakan persatuan di tempat kerja telah mendaki Gunung Arong yang terletak di Mersing Johor. Kami tidur  di chalet yang disediakan di Teluk Gorek Chalet &  Camp Site, Teluk Resang, Mersing, Johor. Kami ahli-ahli tidur di dorm, meriah lah kan.. Pagi tu pukul 4.30 pagi saya dah terjaga dan terus mandi dan bersiap-siap untuk solat subuh dan siapkan diri dan barang yang perlu dibawa. Pukul 7.30 kami semua sarapan di tempat yang disediakan. Kemudian kami naik kenderaan yang disediakan melalui jalan kampung menuju ke kaki Gunung Arong. Di situ kami diberikan penerangan mengenai proses pendakian, keselamatan semasa pendakian dan kami memulakan proses senaman regangan sebagai persediaan sebelum mendaki. Seterusnya bacaan doa sebelum mula pendakian. Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri dari lebih kurang 7 orang peserta (tak termasuk tour guide ). Saya termasuk dalam kumpulan ketiga iaitu kumpulan terakhir..


Atas puncak Gunung Arong, Mersing, Johor...
-click pada gambar untuk besarkan size gambarnya-

                          Semasa peroses pendakian untuk naik ke puncak dan turun dari puncak gunung ini saya betul-betul terkesima melihat trek pnedakian ini. Ia membuatkan saya terfikir sejenak mengenai kebesaran Allah SWT..  Mana tidaknya, treknya yang membentuk seperti tangga itu terbentuk dari akar-akar pokok balak di dalam Hutan Simpan Gunung Arong itu sendiri. Manakala pokok-pokok yang sederhana besar dan kecil yang berdiri teguh di sepanjang trek itu bolehlah kita guna untuk berpaut. Ianya tersusun sangat  cantik. Pokok-pokok yang bersaiz besar pula bolehlah jadi tempat untuk kita bersandar sementara mencari nafas menghilangkan kelelahan. Terdapat juga pokok yang tumbang, tapi ianya bukan sia-sia. Ia boleh jadi tempat untuk kita duduk sebentara sambil minum air untuk menghilangkan dahaga. Subahanallah... Sangat cantik. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

              Semasa awal pendakian laluan agak curam / menegak iaitu 45 darjah lebih kurang, kemudian tidak terlalu curam, landai dan curam semula apabila semakin hampir ke puncak. Setibanya di puncak gunung kamu akan dapat lihat pemandangan yang Subhanallah sungguh cantik dan tak dapat lihat di tempat lain! Hanya di Gunung Arong! Puncak Gunung Arong menghadap laut dan kamu dapat lihat pemandangan Teluk Gorek dari puncaknya. Di atas puncak gunung ini terdapat pondok untuk berteduh, berehat atau nak berhenti makan sekejap sambil seflie-selfie berlatarbelakangkan pemandangan pun boleh. Lepas itu kamu akan melalui kawasan jabatan kayu, di sini juga boleh kalau nak ambil gambar sebanyak yang boleh. Kemudian kamu akan melalui permukaan yang landai, agak curam, semakin curam. Jangan bimbang kerana tali yang terikat di pokok sepanjang trek ada disediakan dikawasan yang curam itu. 

         Di kawasan yang curam tadi terdapat gaung / cerun di kiri  kanannya. Di sini lah kita dapat berfikir tentang keindahan alam ciptaan Allah SWT.  Bayangkan jika tiada akar-akar pokok yang membentuk seperti tangga dan pokok sederhana besar yang boleh kita paut? Pasti kita sudah jatuh ke bawah. Setibanya di bawah, kita perlu melalui kawasan di tepi pantai. Kalau airnya cetek jalan ajer kat pasir pantai, tapi kalau airnya agak dalam kita perlu jalan atas batu-batu besar di tepi pantai. Ya, ada laluan alternatif. Usah bimbang. Lihat, setiap kejadian alam yang diciptkan oleh Allah SWT banyak manfaatnya buat kita.  Kemudian, kita perlu merentas muara sungai. Mujur semasa proses merentas muara sungai nie airnya tak dalam sangat hanya paras pinggang sahaja. Itu pun saya dah seram. Maklumlah saya nie memang ada fobia dengan air. Maklum dulu pernah lemas. Huhuhu... Alhamdulillah... Akhirnya saya selamat juga sampai Chalet walaupun menjadi peserta yang paling lambat! Huhuhu... Maklumlah saya nie ada masaalah Achrophobia tahap teruk. Naik tangga pun gayat! Kira bila dah mendaki gunung ni macam satu pencapai besar!  Huhuhu.... Masa nak turun  boleh pulak bahu kanan sakit. Lepas tu kaki kiri dan kanan pulak kebas. Akhirnya cramp dari pinggang hingga ke kaki. Mungkin sebab salah step masa turun. Yelah turun dah macam nenek kebayan dah... Maklum terlalu gayat. Huhuhuhu... Sampai sekarang pun kaki masih lagi sakit.

   Jutaan terima kasih buat semua sahabat-sahabat yang menyertai ekspedisi kali ini. Tanpa kamu semua yang sudi membantu dan memberi sokongan kepada saya pasti puncak Gunung Arong tidak akan dapat saya jejaki. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan. Budi baik kamu semua  tak dapat saya balas. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.

        Untuk melihat pemandangan yang sebegini cantik kamu perlu melalui rintangan,halangan, cabaran ketika proses pendakian untuk sampai ke puncak... Begitu juga ketika proses turun dari Gunung ini... Begitulah kehidupan kita sehari-hari.. Untuk mendapatkan apa yang kita inginkan perlu lah ada doa dan usaha tanpa mengenal erti jemu.. Dalam hidup ini jangan pernah berputus asa, jika ingin menjadi insan yang berjaya.. Sebaliknya asam garam, dan pahit manis kehidupan itu akan membuatkan kita lebih dewasa.. Tidak ada bumi yang tidak ditimpa hujan, tidak ada manusia yang tak pernah ada masaalah..Tapi setiap masaalah ada penyelesaiannya... Jika kita impikan hidup indah sahaja, tidak adalah "adventure" dalam hidup... Hidup ini adalah satu pengembaraan. Sepanjang proses itu kita akan melalui berbagai-bagai ranjau, dugaan dan halangan... Tapi kita perlu hadapinya dengan sabar, tenang dan semangat juang yang kental tanpa mengenal erti putus asa. Jangan pernah takut untuk gagal, kerana jika kamu terlalu takut untuk memulakan langkah kamu takkan kemana-mana. Jangan berundur setelah memulakan langkah, sebaliknya hadapilah segala halangan dan cabaran yang mendatang dengan berani kerana pasti keindahan yang menantimu kelak dikemudian hari.   Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Macam pokok yang tumbang tu boleh jadi tempat untuk duduk-duduk. Jadi jika sedang melalui dugaan hidup.. Tenang saja, pasti ada keindahan yang akan kamu lihat kemudian hari... 

Sekian coretan dari saya seorang yang punya masaalah Acrophobia (phobia tempat tinggi) sejak 1997...
-seorang budak degil yang tak pernah kenal erti putus asa- NZS-


p/s: Coretan ini ditulis sepenuhnya dari pengalaman saya selaku pemilik dan penulis blog ini :
http://merpatiputih88.blogspot.my/ sebarang kekhilafan atau kekurangan harap dimaafkan.

p/s: Ini adalah pengalaman kali pertama saya mendaki gunung.

Sunday, September 27, 2015

Jerebu Kelabu

Hai semua!
Apa khabar korang semua ? Sihat?
Macam mana keadaan cuaca kat tempat korang? Jerebu ke tidak?



Kat Jaybee (Johor Bahru) nie cuaca jerebu tengah teruk...
Kelam, macam mendung nak hujan tu tapi tak mendung pun... JEREBU...
Berkabus macam kat Cameron Highland tapi bukan kabus pun...  JEREBU...

             Jerebu ni berpunca dari kebakaran hutan di negara jiran tetangga... Kesannya bukan sahaja kat negara jiran tetangga (tempat yang hutan terbakar jer) tapi asap dan debu jerebu tu terbang sampai ke sini... Impaknya bukan sahaja pada pencemaran pemandangan, pencemaran udara sahaja tapi ia juga membahayakan kesihatan... Bukan itu sahaja, dengan cuaca berjerebu nie membahayakan aktiviti harian jugak macam nak driving tapi sebab penglihatan yang tergangu boleh mengundang bahaya dia tas jalan raya. Yalah, kalau dah jarak penglihatan pun makin terbatas dan cuaca berkabus dengan debu jerebu memang bahaya. Bukan jer bahaya untuk pengguna kenderaan darat, tapi kenderaan laut dan kenderaan udara jugak akan merasai impak yang sama jugak. 


                  Sebab bakar hutan, buat penceraman udara tu impaknya dirasai semua golongan. Kita semua sebagai manusia berhak untuk hidup dalam udara yang sihat persekitaran yang sihat. Tapi itu semua perlukan kerjasama dari kita semua penduduk planet Bumi. Kalau sorang dua jer yang berkeras nak jaga alam sekitar tapi yang lain makin buat kemusnahan alam berleluasa pun tak boleh jugak. Fikir semula,:

-Adakah untung hasil bakar hutan tu boleh bayar balik kerugian orang lain yang perjalanannya  (pengguna kenderaan darat, laut dan udara) yang tergangu sebab jerebu? 

-Adakah hasil keuntungan bakar hutan tu boleh bayar balik kesihatan orang lain dan hidupan lain yang terganggu dan terancam akibat jerebu? Serta adakah ia boleh bayar balik nyawa yang terancam akibat jerebu?

-Adakah hasil keuntungan bakar hutan tu boleh bayar balik sumber rezeki orang lain(contoh peniaga yang berniaga di tempat terbuka dan nelayan)  yang terganggu dan terjejas akibat jerebu?

-Adakah hasil keuntungan bakar hutan tu boleh bayar balik ketenteraman orang lain yang terganggu akibat jerebu dalam melakukan aktiviti hariannya?


                    Lihat sekeliling kita yang terganggu teruk akibat jerebu. Pasti kita ada jawapannya.               Disaat   begini pasti kita sangat rindu dengan udara dan pemandangan yang cantik dan indah. Disaat begini baru kita rasa "tak best" dan "boring" sebab tak dapat nak buat aktiviti outdoor secara bebas (contoh bersiar-siar, berkelah, memancing, lepak dengan kawan-kawan dekat kedai makan tepi jalan, jogging, dan sebagainya). Kalau sebelum nie kita boleh keluar rumah tak payah susah-susah pakai topeng muka. Sekarang dah kena pakai topeng muka pulak! Itulah akibat dan harga yang perlu kita bayar bila kita tak jaga dan tak hargai keindahan alam sekitar dan memusnahkan keindahan alam.

     Jadi, nak soal semula nie:

Penting atau tidak jaga alam sekitar?


p/s: Entry ini hanyalah pandangan peribadi saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.my/) sebarang kekhilafan harap dimaafkan.
Sumber gambar: goolgle image



Friday, December 28, 2012

Tarikh Kiamat + Tarikh Kematian Vs Persediaan Menghadapinya..


Tahun 2012 nie menunjukkan ramai pula yang meramal tahun ini adalah tahun terakhir bumi berputar di paksi nya...Ramai juga yang meneka-neka tarikh kiamat, siap buat ramalan ikut pendapat ahli peramal tersohor (katanya) dan ada juga yang sibuk mengira mengkaji kalendar...Kira-kira tarikh bila bumi akan berakhir, bila kiamat nak berlaku...?

  Akibat sikap obses ini ramai pula yang percaya, ramai pula yang buat spekulasi sampai sebarkan email berantai dan macam-macam nota yang ditulis untuk tatapan semua yang membaca..Lebih sadis, terdapat sebilangan besar yang membaca percaya setiap patah yang ditulis tanpa ada sedikit ragu dan tanpa ada niat untuk berfikir dan mengkaji + meneliti sebelum mempercayai..


  Maka akibat dari ramalan melampau golongan obses ini, terciptalah filem tentang kiamat 2012, buku yang bercerita pasal kiamat 2012, blog + laman web yang bercerita akan kiamat 2012 dan tak ketinggalan iklan shampoo yang turut mengambil kesempatan dari sikap obses manusia-manusia yang mempopularkan dakyah bumi berakhir pada thun 2012.

  Pada awalnya diramal bumi berakhir pada 12.12.2012(Rabu) kemudian ditukar pula ke tarikh 21.12.2012 (Jumaat). Maka pada tarikh 20.12.2012, manusia-manusia obses yang percaya kiamat akan berlaku pada tarikh yang disebut seperti mati akal. Ada yang takut cari tempat bersembunyi, cari tempat berlindung kononnnya boleh terselamat dari kiamat..! Ada pula yang berdoa tak henti-henti, berdoalah dia agar kiamat tak terjadi dan berdoalah dia agar dirinya tak  mati muda ( belum puas enjoy lagi katanya) . Ada pula yang sibuk makan-makan yang sedap-sedap, berparti sakan, mabuk sana sini, berjoget terkinja-kinja tanpa henti, semuanya kerana mereka percaya esoknya bumi akan mati maka itulah hari terakhir untuk berparti..! >_<"

   Arakian, setelah tarikh yang diramal tamat dan munculah pula 22.12.2012 (Sabtu), maka si obses yang sibuk meramal tarikh kiamat dan tarikh kematian makhluk bumi pun seperti cacing kepanasan yang menggelupur kerana ramalannya terbukti SALAH dan TIDAK BENAR serta TIDAK BOLEH DIPERCAYAI LANGSUNG.  Mereka pun mendapat idea baru untuk berdakyah sekali lagi menyesatkan pemikiran manusia dengan berkata tarikh kiamat telah ditunda ke tahun 2015! ~LOL~ sangat lawak! =p



Pesanan untuk awak-awak yang membaca entry ini:


Tahukah awak yang kita semua memang akan mati?
Dan tahukah awak juga yang kematian itu sesuatu yang pasti..?
Bila tarikhnya itu kita tidak diketahui oleh diri kita sendiri..
Tapi bersediakah kita menghadapi mati...?
Kerana tarikh kematian memang akan berlaku...
Di mana , bagaimana dan bila waktunya walaupun kita tidak tahu tapi ia tetap akan berlaku..
Dan bila ajal telah tiba maka terputuslah jasad dan nyawa, berhentilah pernafasan kita..
Kematian kita takkan dapat ditunda walau sesaat, dan takkan boleh dipercepat walau sesaat...
Jadi persoalan utama, bersediakah kita menghadapi mati..?
Bersediakah kita menghadapi alam Barzakh (alam kubur)...?
Bersediakah kita untuk duduk dan tinggal didalam kubur itu sendiri..?
Gelap gelita, ditemani ulat dan cacing...
Tiada lagi hiburan dunia, tiada lagi kemewahan dunia, tiada lagi pangkat dunia..
Yang akan kita bawa untuk bekalan kita disana ialah amal ibadah kita dan segala amal kebajikan kita..
Disana tidak akan ditanya berapa duit kamu ada..?
Disana tiadak akan ditanya apa pangkat kamu? apa keturunan kamu?
Jadi adakah kita benar sudah bersedia menghadapi mati..?
Jika belum, marilah kita menambah amal ibadah dan amal keabjikan kita buat persediaan menghadapi mati..


Soalan mengenai bila tarikh mati , bila tarikh kiamat itu bukanlah pokok soalan utama...
Kerana semua makhluk yang bernyawa pasti akan mati,
Dan hari kiamat itu adalah sesuatau yang pasti..
Persoalan yang lebih utama adalah sudahkan kita bersedia menghadapi mati..? dan ..
Apakah persediaan kita menhadapi mati..?

Apa maknanya sibuk mengkaji tarikh kiamat seperti orang mati akal, tetapi persediaan menghadapi mati langsung tidak dilakukan, amal ibadah sengaja ditinggalkan malah makin  sibuk enjoy hingga ke pagi...?


P/s: Jangan mudah percaya pada dakyah songsang yang nyata syirik lagi menyesatkan..Tepuk dada tanya iman..:)

P.p/s: Entry ini adalah sepenuhnya luahan pendapat dan idea saya selaku penulis blog ini. Sebenarnya dah lama nak tulis entry nie, tapi asyik tertunda oleh kerana kesuntukkan masa..

Kredit gambar google image..

Thursday, April 12, 2012

Kelas Yang Berbeza...



Dari dulu lagi aku tertanya-tanya tentang satu perkara
Kenapa manusia-manusia di bezakan dengan kelas yang berbeza..??
Ada kelas atasan, ada kelas petengahan dan ada kelas bawahan...
Adakah hanya kelompok teratas sahaja yang berstatus mulia..?
Adakah yang berada diatas harus terus disanjung?
Bagaimanakah dengan nasib yang berada di bawah..?
Adakah harus di pandang sepi sebelah mata..?
Adakah nasib-nasib mereka tidak terbela..?
Adakah mereka tiada hak untuk bersuara hanya kerana kelas yang berbeza..?
Kenapa harus ada perbanding dan perbezaan antara kelas atas dan kelas bawahan..
Walhal kita semua saling memerlukan..
Ya, hidup saling memerlukan..
Wajarkah jika si miskin terus dipandang hina oleh si kaya..?
Wajarkah kau letakkan jurang status yang membeza..?
Sedangkan dalam hidup kau sehari-hari kau juga memerlukan si kelas bawahan itu,
Kau kata status kau dan dia berbeza,
Mata kau di kaburi dengan harta dan kuasa yang kau ada,
Satu perkara yang kau lupa,
Kau dan dia juga manusia,
Kau dan dia juga hanya manusia manusia biasa!
Kau dan dia juga hidup di bumi yang sama,
Kau dan dia juga punya warna darah yang sama..
Jadi oleh itu janganlah engkau riak dengan status pangkat dan harta yang kau miliki,


   Hidup kita nie hanyalah sementara, harta dan  pangkat itu semua hanyalah pinjaman semata-mata. Bila badan dan nyawa sudah tidak lagi bersama. Harta dan pangkat kita tidak lagi bermakna. Apa yang dapat membantu kita hanyalah amal ibadah kita selama hidup kita di dunia. Jadi beringatlah, jangan kelabu mata dengan kemewahan yang sementara hingga lupa mengejar kebahagiaan yang kekal abadi (akhirat). Kita semua hanya manusia biasa tak kira seberapa kaya kita di dunia, tak kira  sebrapa tinggi pangkat yang kita ada, kita semua pasti akan melalui proses alam kematian di mana kita akan meninggalkan dunia buat selama-lamanya. Di alam sana nanti (akhirat) adakah rumah banglo, kereta mewah, duit boleh menolong kita..? Di alam sana nanti, kita akan di hitung sama rata, tidak ada jurang yang membeza, tidak ada pilih kasih..Apa yang membezakan kita disana bukan harta kemewahan dan pangkat selama di dunia tapi apa amal ibadah kita.  Jadi wajarkah kita sebagai manusia biasa mahu membezakan orang dengan kelas yang berbeza...?
Wajarkah kita letakkan jurang yang begitu besar antara yang kaya dan yang miskin kerana kedudukankita yang berbeza..? Sedarkah kita bahawa, mereka-mereka yang miskin itulah yang berada di bawah tanggungjawab kita (yang kaya) untuk membantu sedaya mampu , derma seikhlas hati.


   Jika kita sebagai pemimpin wajarlah kita laksanakan tanggungajwab kita kepada mereka yang berada di bawah pimpinan kita. Dan bukannya kita hanya tahu memberi arahan itu ini, kemudian memandang hina pula dengan mereka yang berada di bawah pimpinan kita. Sebagai ketua haruslah tahu permasaalahan mereka yang berada di bawah kita, kerana mereka itulah tanggungjawab kita. Status dan pangkat yang kita ada itu bukan tujuannya untuk kita mendabik dada dan bermegah-megah tapi tujuannya utuk kita laksana kan tugas dengan penuh jujur, ikhlas dan amanah. Kuasa yang kau miliki janganlah kau salah gunakan pula, gunakan kuasa kau itu untuk mentadbir bumi agar menjadi tenteram dan aman harmoni. Jangan kau guna kuasa kau itu untuk memberi kemusnakan kepada bumi yang semakin tua ini. Jangan kau guna kuasa kau untuk menzalimi dan mencetuskan perang serta pertumpahan darah  di sana sini. Ingatlah bahawa kuasa kau itu adalah satu amanah untuk membawa sinar terang ke dalam dunia kegelapan dan bukannya membawa kehancuran di dalam dunia yang aman.


Mereka yang berada di Palestine misalnya, setelah sekian lama menderita oleh kekejaman manusia-manusia yang menyalahgunakan kuasa dengan memcetuskan peperangan dan pembunuhan demi merebut kemewahan dan kelangsungan takhta darjat yang konon "sangat berkuasa" dan boleh lakukan apa sahaja termasuklah sanggup menzalimi nyawa-nyawa yang tidak berdosa. #SavePalestine



P/s:- Entry ini adalah cetusan ilham penulis blog ini. Entry ini adalah bersifat umum dan sekadar luahan pendapat  penulis blog ini. Sumber gambar google image.

Sunday, December 25, 2011

Sayangi Bumi Kita!


   Kamu semua tahu bukan yang bumi kita ini sudah semakin tua usianya? Setiap segala apa jua yang berada dalam bumi nie bakal kita wariskan pada generasi kita semua yang akan datang. Jadi kita yang bernafas dan hidup di bumi pada hari ini perlu lah beringat tentang masa depan bumi kita. Sebab pada masa akan datang, anak cucu kita akan menetap di bumi. Jadi adakah kita mahu mewariskan bumi yang sudah semakin musnah kepada mereka...? Jika begitu bagaimana mereka mahu terus hidup dengan aman dan sentosa. Jika bumi yang menjadi tempat berteduhnya penuh kacau bilau dan sengsara..?

   Maka dengan itu, kita semua haruslah menjaga bumi ini. Agar ia sentiasa terlindung dari segala kekejaman manusia yang merosakkan segala khazanah di dalamnya. Pelihara bumi kita dari segala bentuk ancaman yang boleh merosakkan alam semula jadi. Pantai yang bersih dan debu-debu pasir pantai yang suci itu perlu di kekalkan. Laut yang jernih dengan segala terumbu karang yang hidup didasarnya, biarlah segala isi didalam laut itu bebas berenang kesana kemari tanpa ada sisa- sisa yang mencemari. Biarlah sungai itu mengalir  dengan tenang tanpa ada apa jua yang menghalang pengalirannya. Isi perut bumi  janganlah kamu terlalu lahap menggalinya, tinggalkan sedikit untuk generasi mu yang akan datang. Kelak jika kamu yang ada pada hari ini tamak, nanti pasti generasi mu sudah tiada lagi bekalan bahan apiu seperti minyak untuk menghidupkan segala macam kenderaan yang mereka punya. Jika kamu tamak menebang segala macam pokok yang besar dan tinggi itu, konon untuk membuat segala macam perabut dan membina segala jenis bagunan, daku pasti generasi mu nnati pasti sudah tak punya pohon untuk berteduh, sudah tiada lagi bekalan kayu kayan untuk mereka membuat perabut atau rumah.


   Jika kamu sibuk menarah segala jenis bukit dan gunung ganang menjadi rata, katanya mahu membina segala jenis project di atas tanah itu. Kelak jika tanah itu runtuh janganlah kamu salahkan bencana alam pula, kerana bencana itu datang dari tangan kamu yang merosakkan alam ini. Jika kamu rasa membuang segala macam sisa toksik ke dasar laut dan sungai itu sangat mudah dan pantas, esok-esok nanti janganlah kamu merungut terkena segala macam penyakit berkaitan nafas atau segala jenis penyakit yang membuat kau pening dan kebas-kebas. Itu kerana kamu sendiri yang membuang sisa toksik itu yang nyata mengancam nyawa manusia dan segala benda hidup yang ada di dasar sungai dan laut itu. Jika kamu suka benar mebuang sampah sarap di dalam sungai, kelak jika berlaku banjir janganlah kamu melatah menyalahkan hujan lebat. Kerana kamu sudah tahu jawapnnya yang kamu sendiri yang menyekat aliran air di sungai itu.


   Kita hidup ini taklah lama, tapi bumi ini akan di gunakan dari genrasi ke genarasi sejak berkurun lamanya. Kejamnya kamu jika kamu wariskan bumi yang teruk dengan segala macam pencemaran yang mengancam nyawa kepada genarsi mu. Kamu kejam jika kamu tak sayangkan bumi dan alam sekitarnya!


Ps:-Kepada mangsa-mangsa banjir, diharap kamu semua bersabar dengan dugaan ini. Jangan main air ye, bahaya. Take care..(^__^)

Nota:- Entry ini ditulis sebagi rasa tanggungjawab saya ke atas alam sekitar di bumi ini. Bersama kita Sayangi Alam Sekitar.

Saturday, October 29, 2011

Kita Semua Berkongsi....

Hai semua...Selamat petang...(^____^)








    Kamu tahu dalam hidup kta nie kita sentiasa berkongsi dengan orang lain...Tak kira lah siapa kita..
Kita berkongsi tempat tinggal..Ya, iaitu Bumi...Walaupun kita semua berbeza jurang pendapatan dan ekonomi, berbeza pangkat dan darjat..Sedarlah bahawa kita berkongsi tinggal di Planet yang sama iaitu Planet bumi..Kita juga berkongsi udara untuk bernafas iaitu Oksigen..Kita perlukan oksigen untuk terus berbafas dan terus hidup..


  Jadi untuk itu, bersamalah kita mengamalkan sikap saling sayang menyayang, saling bertolak ansur / berkerjasama dan sentiasa mengambl berat antara satu sama lain..Janganlah kita bermusuh, berpecah belah, bergaduh atau berperang sesama sendiri..Kerana kita semua manusia, manusia di kurniakan akal yang bijak sana, mampu membuat keputusan dengan tepat dan bijak...Jadi mengapa kita sia-sia kan nikmat akal yang kita miliki dengan menyalah gunakan untuk tujuan menipu, mengadu domba, memfitnah, berburuk sangka , mengaibkan insan lain serta bermusuh-musuhan dan mewujudkan peperangan..?




   Sedarlah kita bahawa, seberapa banyak pun harta dan wang yang kita miliki..Seberapa tinggi pun darjat dan pangkat kita..Kita masih berkongsi tempat tinggal yang sama iaitu Bumi..Jadi untuk apa kita menjadi sombong, riak dan takbur dengan apa yang kita miliki..? Bukankah lebih baik jika kita gunakannya untuk jalan kebaikan, membantu orang yang lebih memerlukan..Apalah gunanya jika kita berkuasa, tetapi kita menyalahgunakan kuasa yang kita ada itu dengan menzalimi insan lain dan bermegah-megah pula..Bukankah kuasa kita itu seharusnya kita gunakan untuk membela dan melindungi insan-insan yang berada di bawah kuasa kita itu..?


    Kita harus sedar bahawa kita semua bertanggungjawab terhadap keamanan , kedamaian serta keselamatan planet Bumi ni..Seberapa besar pun pangkat kita, kita masih menghirup oksigen yang sama di hirup oleh orang miskin untuk bernafas..Jadi bersama-samalah kita menjaga kebersihan persekitaran kita dari tercemar..Bersamalah kita menjaga dan memelihara alam sekitar untuk kesejahteraan hidup generasi kita yang akan datang..


    Ingatlah kita bahawa, seberapa besar dan mewah pun kenderaan yang kita miliki, kita masih berkongsi jalan raya dan lebuh raya yang sama di lalui oleh insan lain yang memandu kenderaan yang kecil dan biasa -biasa sahaja..Setiap dari kita yang menggunakan jalan raya berhak mendapatkan rasa selamat dan selesa..Tapi bagaimana hendak rasa begitu, jika kita mengamalkan sikap mementingkan diri bila berada di jalan raya..?


  Sedarkah kita bahwa, kita semua berkongsi kasih sayang..Ya, selagi mana kita masih berpijak di muka bumi ini..Sifat sayang menyayangi itu adalah amat penting..Kerana bukan kita seorang yang hidup di muka Bumi ini, tapi kita berongsi hidup di Bumi ini bersama-sama manusia lain yang mungkin kita fikir tak setaraf dengan kita, kita juga berkongsi hidup di Bumi ini dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan..Jadi untuk apa kita berasa riak dan sombong..? Untuk apa kita hendak bersikap tamak , dengki dan iri hati..? Kerana sejak dari dulu lagi kita memang berkongsi hidup ini...




Ps:- Entry hanyalah pandangan picisan penulis blog ini..Credit gambar:-google Image

Saturday, May 14, 2011

Hujan Akhirnya.....


Setelah berhari-hari panas...Suhu at planet bumi nie pun dah semakin membahang dek kerana pencemaran yang bermacam-macam...Semuanya sebab penipisan lapisan ozon katanya..Semuanya di sebabkan siapa???
Semestinya MANUSIA...
Dengan keadaan Jerebu, masih mahu buat lagi pembakaran terbuka...
Kesannya bukan hanya orang yang buat pembakaran yang merasa..
Tapi turut dirasai penduduk di sekitar yang berhampiran hinggalah ke negara jiran yang berdekatan..\
Tambah pula dengan asap kilang dari kawasan perindustrian dan lori-lori serta jentera berat yang sesuka hati kelurakan asap hitam..
Kesannya kepada kesihatan kita semua bukan hanya kepada orang yang yang bertanggungjawab  keluarkan asap tue saja
Melampau bukan??
Sekarang nie hujan..Alhamdulilah..
Sejuk sikit cuaca, tak der lah panas sangat..
Kurang sikit Jerebu...
~Besama-samalah kita menjaga alam sekitar~

Sunday, March 27, 2011

Earth Hour-Bukan Sekadar Tutup Lampu-


Apa yang kamu semua faham pasal Earth Hour...?
-tutup lampu selama setengah jam iaitu pada pukul 8.30p.m-9.00p.m...-
Tetapi adakah ianya sekadar kempen tutup lampu semata-mata..?
Marilah ita hayati bersama-sama massage yang ingin disampaikan dari kempen tutu lampu nie..
Cuba kamu lihat keadaan cuaca bumi kita sekarang nie..?
Semakin panas bukan..?
Kenapa..?
Sebab penipisan lapisan ozon...
Bagaimana boleh jadi begitu...?
Sebab banyak sangat pencemaran kat bumi nie..
Tengok jer lah, sana sini..
Asap bermacam-macam, bakar sana, bakar sini, 
Pokok-pokok banyak yang kena tebang, habis hutan jadi botak, 
Habis bukit dan gunung ganang jadi rata ditarah jadi tanah ladang, 
Pasir digali-gali sampai tanah jadi berlubang-lubang, 
Sampah sarap dibuang merata tak kira di dalam longkang atau sungai, bila banjir air dah tersekat mula lah buat muka pucat,
Sampah-sarap merata bertimbun-timbun, kemudian jadi lah sarang lalat dan sekutunya kemudian tersebarlah penyakit taun,
Air dibiar bertaung-takung, sampai jadi rumah Queen of the nyamuk aedes, maka tersebarlah pula penyakit demam denggi, bila nyawa terkorban, kemudian menyesal tak tertanggung...
Bila bumi dah makin panas, cuaca dah tak menentu..
Bencana sana sini..
Banjir, Ribut taufan, Tanah Runtuh, Letusan gunung berapi, Gempa Bumi, Tsunami, Tanah Runtuh, Tanah Mendap dan macam-macam lah lagi...
Siapa yang pening..?
Siapa yang akan runsing bila keluarga, dan harta benda musnah dek bencana..
Siapa yang suka bising..?
Dan..
Siapa pula yang suka dok complain "Eh Cuaca sekarang dah makin panas lah..!"

Jadi..
Sekarang dah faham kan apa massage dari kempen tutup lampu Earth Hour nie..?
Ya, massage nya ialah sayangilah bumi, cintailah alam sekitar...
Marilah bersama-sama kita menjaga alam sekitar..
Marilah bersama-sama kita memelihara keindahaan dan kesejahteraan Bumi cipataan Allah SWT ini..
Bersama-samalah kita menjaga Bumi untuk kita semua dan generasi kita yang akan datang..

nota:- Kempen Earth Hour tiada maknanya jika kita semua masih terus melakukan pencemaran keatas bumi kita yang semakin tua ini-
Ps:-Entry adalah luahan pendapat penulis blog ini. Credit Gambar google image..


Thursday, March 24, 2011

Haiwan Buas Pun Punya Perasaan Kasih Sayang....


Siapa kata haiwan buas lagi ganas tiada perasaan kasih sayang?
Kadang-kadang saya terfikir kenapa mansia masih sanggup membuang bayi, mendera kanak-kanak, mendera haiwan..? kemana pergi nya kewarasan akal kiat sebagai manusia? kemana [ergi nya perasaan kasih dan belas kasihan kita..?


Jumaat lepas saya tengok filem  nie kat TV3..
-Ianya sangat-sangat sedih..
Filem nie mengisahkan dua ekor anak harimau kumal dan sagha..
Cerita nie sangat tragis..
Terdapat banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada filem ini...
Filem ini mendidik penonton mengenai perasaan kasih sayang...
Walupun mereka nie harimau, tetapi mereka tetap menyayangi adik-beradik mereka dan tak sanggup untuk mencedarakan apatah lagi membunuh darah daging sendiri...
Tapi manusia hari ini....?
Yang terlalu sibuk dengan dunia moden dan globalisasi..
Kenapa  mesti terhapus perasaan kasih sayang itu..?
Hingga sanggup  membunuh darah daging sendiri kerana mengejar kemewahan dan berebut harta? Meninggalkan mereka terontang kanting seorang diri..?
Meninggalkan ibu bapa sendirian di pusat rumah orang tua-tua..?
Ada pula yang lebih hina lagi keji sanggup membuang bayi yang di lahirkan kedalam tong-tong sampah..
Bukankah mereka tidak bersalah? 
Mengapakah bayi-bayi itu harus menangungnya...?
Bukankah menjadi kewajipan orang dewasa menjaga dan mendidik mereka agar mereka tidak akan mengulangi kesilapan yang sama iaitu berbuat zina diatas muka bumi..?


_senyum buaya_
_"Hai...Encem tak saya..? saya ramai aweks tau..."
_Emak dan anak gajah_
_Anak gajah:-"mak kita nak kemana nie..?"_
_Emak Gajah:- "Kita nak pegi shopping complex...sebab rumah kita dah takde...so kita pegi shopping dulu untuk rumah baru kita ye nak.."_
_Rimau :-"Pergh..Rumah aku dah takde...abis ranap semua harta benda aku..takleh jadi nie...nanti korang, aku ngamuk nanti tuggulah.."_


Haiwan-haiwan buas dikatakan kejam apabila memusnahkan tanaman di kebun / ladang milik manusia..
Mereka dikatakan jahat apabila memakan haiwan ternakan milik manusia...
Mereka diatakan kejam apabila memusnahkan kediaman milik manusia..
Mereka dikatakan kejam apabila membaham manusia hingga mati..

Tapi...
Tahukah kita..
Bahawa ..
Semuanya kita yang mulakan dahulu..?
Manusia memusnahakan habitat asal mereka..
Manusia memusnahkan sumber makanan meraka..
Manusia mebunuh keluarga dan keturunan mereka...


Ingin saya bertanya sekali lagi..
Siapakah yang lebih kejam....???

Sayangilah haiwan dan cintailah alam sekitar...
Kerana mereka juga makhluk Tuhan yang berkongsi planet Bumi ini bersama-sama kita..
Mereka juga berhak untuk hidup aman dan damai....


Entry adalah pendapat penulis blog ini. Credit gambar google image

Friday, February 25, 2011

Warkah Dari Si Pohon Kontang Buat Manusia....





Kepada:-Sekalian Manusia Yang Tinggal Di Planet Bumi.


Dahulu.. pepohon menghijau nan rimbun itu bebas berdiri megah...
Dahulu..kemana sahaja di kau pergi pasti nyaman.. 
Apabila berada di kawasan yang terdapat banyak pohon  indah jua pada pandangan mata... 
Tidak mengertikah akan dikau bahawa pepohon ini memberi banayak manafaat kepada generasi mu yang terdahulu dan jua yang akan datang..?
Tidak tahu kah engkau wahai manusia..
Akulah yang menyamankan suhu Bumi yang sudah semakin senja ini..
Tidak tahukah engkau wahai manusia aku jua dapat menjadi benting penyelamat daripada hakisan dan runtuhan tanah..
Aku jua akan melindungi mu daripada ombak tsunami..
Tidak tahu kah engkau akan hal ini...?
Terkadang aku berfikir mengapa engkau begitu kejam...?
Tidak tahu kah engkau bahwa terdapat banayak makhluk yang berhak bernafas di planet bumi ini..?
Jika aku si pohon  ini sudah tiada...maka di manakah pula habitat haiwan-haiwan yang berada di sini..?
Bukankah mereka jua berhak hidup dan mempunyai kediaman yang selesa...?
Ya..mereka jua berhak untuk mempunyai keluarga dan tempat berlindung..?
Aku kata kau kejam  wahai manusia...!
Kerana kau tidak memikirkan nasib kami..
Sanggup kau biarkan kai menderita...
Apabila haiwan-haiwan itu menggangu kediaman dan keluarga mu, kau rasa tergangu..
Tapi..Tidak tahu kah engaku, yang kau yang mula menganggu kediaman mereka...
Ya..Sehingga mereka kehilangan tempat berteduh dan ahli keluarga..
Salahkah apabila mereka memberontak..?
Aku kau tebang...
Habis botak licin hutan belantara..
Semua kerana  mahu mencapai matlamat mu iaitu mengejar kemewahan dunia..
Au kau gunakan untuk:-
Mebina kediaman mahupun bangunan yang gah di pandangan mata..
Mencipta perabut yang selesa di duduki dan digunakan..
Membuat hiasan kediaman mahupun pejabat mu..
Melengkapkan dekorasi hiasan dalaman mahupun luaran..
Menjadikan aku kertas sebagai pencatat segala tugasan mu..
Menjadikan aku tisu yang diguna lalu dibuang merata-rata..
Ya..Tidak salah kau menggunakan aku untuk kehidupan mu sehari-hari..
Tapi aku jua berasa sedih..
Ohh..aku sedih..
Kerana engkau wahai manusia telah menggunkan ku sehingga tahap maksima..
Ya...Sehingga habis semua pepohon yang rimbun ingin kau tebang bagi mencapai matlamatmu
Terkadang aku berfikir..
Kemanakah pergi peri kemanusiaan mu itu..
Tidak kah engkau tahu wahai manusia...
Kami jua berhak hidup dengan bebas dan bernafas di bumi Tuhan Yang Maha Esa ini...
Sampai disini sahajalah coretan warkah ku buatmu wahai manusia..
Aku hanyalah mewakili pohon-pohon diluar sana yang sudah semakin kontang...
Aku harap engkau mengerti dan menghargai kami selepas ini...




Yang ikhlas:-
si pohon kontang
(Wakil Suara Hati Pepohon Menghijau Nan Rimbun)




Ps:- Saya berasa terpanggil untuk menulis entry ini selepas melihat kepada keadaan alam sekitar kita yang semakin kronik dan juga jumlah pepohon yang semakin berkurangan di planet bumi. Kini manusia selesa menetap di hutan batu...Tapi kita jua perlu sedar aan nasib kita akan datang jika kita telah memusnahkan segala tumbuh-tumbuhan ini...


Nota:-pemilik blog ini adalah seorang yang sangat cintakan alam sekitar. Jadi, isu-isu sebegini sangat dekat di hati...


Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...