Translate

Showing posts with label kecantikan. Show all posts
Showing posts with label kecantikan. Show all posts

Monday, May 18, 2015

Cinta Yang Tak Pandang Kecantikan Fizikal...

           

        Zaman sekarang ni boleh dikatakan hampir semua orang nak kelihatan cantik... Lihat saja dipasaran sekarang berlambak-lambak produk kosmetik dan supplement untuk jadi cantik, putih gebu, kulit flawless (ibarat bayi)  tanpa sebarang jerawat atau jeragat, kurangkan berat badan, montok kan bentuk badan, kecikkan pinggang, nak tinggi dan macam-macam lagi... Majoriti porduk kecantikan jenis-jenis begini mudah popular dan sangat laris di pasaran... Itu belum termasuk jenis yang suntik menyuntik atau pembedahan... Itu namanya "beauty with pain", sanggup susah payah berhabis duit , tenaga dan sakit-sakit semata-mata nak cantik dan sempurna... Mungkin tahap obsess terhadap kecantikan akan makin menjadi-jadi bila seseorang tu dah ada teman istimewa... Kalau boleh biarlah orang yang dia sayang nampak dia sorang jer yang cantik dan bergaya... Semua tu mungkin sebab takut cinta hati tadi curang, atau berpaling tadah pada yang lain... Ini semua mungkin ada kaitan dengan anggapan sesetengah dari masyarakat kita bahawa :

"Orang yang cantik mudah dapat jodoh (berjodoh di usia muda)" 
"Orang yang cantik mudah dapat jodoh yang orang tampan "
"Orang yang cantik mudah dapat jodoh lelaki yang baik, kaya, bertanggungjawab"
"Orang yang cantik hidupnya sempurna, bahagia " 
"Orang yang cantik ramai peminat dan kawan" 
"Orang yang cantik disayangi ramai dan popular"

        Kadang-kadang terfikir juga oleh saya, mungkin sebab dikalangan kita nie banyak sanggat disoggokkan dengan cerita fantasi donggeng gadis cantik kemudian dapat berkahwin dengan putera raja contoh macam Cinderella.. Jadi sejak dari kanak-kanak lagi mindset kita dah setting bahawa nak dapat jodoh yang kacak persis putera idaman haruslah cantik... 



      Saya pula lebih percaya yang cinta yang sebenar iaitu cinta dengan hati yang jujur, tulus lagi ikhlas tak perlu pandang pada paras rupa fizikal pasangan. Kerana adalah amat mustahil bagi kita untuk kelihatan cantik dan berdandan rapi sepanjang masa.  Takkan bila kita nak tidur kita perlu bermekap macam nak naik pentas? Takkan bila kita sakit, kita tetap nak set rambut dan mekap tebal-tebal ? Takkan bila usia kita semakin  berganjak dan kulit mula berkedut setiap hari kita nak inject botok, makan supplement collagen (sebab terlampau obses sangat takut kedut, tak nak nampak tua)  ?
Takkan setiap tahun nak buat plastic surgery nak repair bentuk badan, bentuk muka, tekstur kulit sebab kita dah beusia...? Sedarlah kita semua akan tua bila sampai masanya nanti (jika kita sempat merasa usia tua dan dipanjangkan usia hingga usia tua) ... Pada masa itu pasti kedutan dan uban tu perkara yang biasa...


         Saya rasa cinta yang hanya pandang pada rupa paras fizikal semata-mata pasti sukar untuk bertahan dalam jangka hayat yang lama. Kerana apabila bentuk badan sudah berubah size, kulit sudah tak flawless macam dulu, wajah dah tak secantik macam masa mula-mula dating, rambut dah tak sempat nak set pergi saloon, mulalah pasangan tadi intai-intai orang luar yang lebih cantik dan anggun. Silap haribulan kalau orang luar lebih cantik, flawless, slim, putih gebu daripada pasangannya yang sedia ada, pasangannya itu akan ditinggalkan... Adakalanya pasangannya masih cantik jelita pun, si lelaki masih boleh curang dan pandang orang lain yang cantik jugak, sebab terlalu banyak pilihan yang cantik-cantik sampai rambang mata nak pilih!



              Cinta yang sejati sepatutnya datang dari hati yang tulus ikhlas tanpa mengira paras rupa atau perubahan bentuk fizikal, perubahan kesihatan (kerana tak sepanjang masa kita akan sihat, pasti satu masa kita kan merasa tidak sihat ) pertambahan usia (sebab itu semua normal) ...  Kerana cinta yang sejati perlukan kasih sayang, cinta, persefahaman, bertolak ansur, bertoleransi, saling percaya,  bertanggungjawab, menjadi pendengar yang baik, menjadi penasihat yang baik, menjadi kekasih hati dan dalam masa sama menjadi sahabat baik... Kemudian barulah kita akan rasa bahagia, sebab kita bebas menjadi diri kita sendiri  (diri kita yang sebenar). Sebab kita tahu yang pasangan kita memang sayangkan kita dan terima diri kita seadanya (sebab kita dapat rasa disayangi, dihargai tanpa perlu terlalu obsess untuk cantik sempurna sepanjang masa), kita juga yakin dengan diri sendiri (rupa fizikal diri sendiri). 
nie Nick Vujivic
Dah jadi pakar motivasi dan dah banyak menghadiri forum
Sekarang dah ade buku kisah hidupnya sendiri
dah kahwin dengan wanita cantik dan dah ade anak yang comel
Sangat memberi inspirasi kepada saya...
Kerana beliau yang tak punya tangan dan kaki pun masih mampu hidup berdikari,
masih ada semangat yang tinggi dan yakin diri sendiri...

            Dalam hidup ni kita kena yakin dengan diri sendiri, sayang diri sendiri, bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita, menghargai diri sendiri dan pedulikkan cakap-cakap belakang atau sesiapa saja yang mengejek-ngejek paras rupa kamu hingga  membuat kamu merasa tertekan dan  terpaksa untuk berhabis-habisan untuk kekal cantik walaupun sudah berusia 100 tahun! Usah begitu... Untuk kelihatan cantik tak salah, tapi biarlah berpada-pada... Sebelum nak ambil apa-apa supplement atau nak amalkan sebarang diet rujuk pakar terlebih dahulu... Kalau boleh janganlah sampai nak suntik botok atau buat bedah plastik... Belajarlah bersyukur dengan apa yang kita ada.. Percayalah pasti akan ada orang yang menyayangi dan menerima kamu apa adanya...

p/s:        Coretan saya nie dikarang oleh saya sendiri selaku pemilik dan penulis blog (http://merpatiputih88.blogspot.com/). Kredit gambar google image . Sebarang kekhilafan harap dimaafkan.  Saya dapat idea menulis coretan nie lepas tonton video nie:

 

Video nie pasal sepasang pasangan muda yang sanggup mekap muka jadi tua
untuk lihat perubahan wajah mereka apabila meningkat usia  lanjut kelak...
Sweet kan? Kan best bila dapat jumpa pasangan yang tetap sayang kita
dan terima diri kita seadanya walaupun kita dah tua... Itulah bahagia... :)


Friday, November 30, 2012

Obses Kulit Putih Dan Obses Kurus


Benarkah cantik itu bila kamu berkulit putih dan berbadan kurus saja..???
Benarkah begitu...?
Jadi kalau begitulah maka orang-orang yang berkulit sawo matang, kuning langsat, hitam manis itu tidak cantik...?
Jadi orang yang berbadan agak chubby dan gempal itu tidak cantik...?


      Alahai...janganlah di sempitkan pemikiran kamu sebegitu...Jika kamu berfikir begitu sudah pasti kamu akan berasa tidak puas hati dengan warna kulit atau size badan kamu itu..Maka bermula lah misi untuk mengubah ia menjadi seperti yang kamu suka...


    Kamu menjadi insan yang obses untuk kelihatan cantik..Sanggup makan ubat berbotol-botol, sapu krim sana sini banyak-banyak, inject sana sini, ataupun terus aje buat pembedahan kosmetik untuk cantik atau untuk buang lemak-lemak itu semua..Owh pelik sungguh kan, bila kamu yang tak suka makan ubat bila jatuh sakit, dan bila si Doctor bagi nasihat kamu taknak makan ubat, pahit katanya..takut jumpa Doctor dan takut juga makan ubat..Tapi bila sebab nak cantik punya pasal, daripada sikap takut ubat tadi kamu terus berubah 180 darjah menjadi insan yang pencinta segala macam ubat semata-mata untuk mendapatkan kulit yang putih dan badan yang kurus ..=,="

~Sanggup makan macam-macam ubat,nak cantik punya pasal~


     Kamu pun secara tak langsung mudah benar terpengaruh dengan pelbagai cakap-cakap berapi dari penjual produk-produk kecantikan atau kesihatan yang tak bertauliah itu...Dengar saja hujah-hujah mereka hati kamu terus berbunga-bunga, terus terbayang depan mata kamu akan kelihatan cantik sempurna bila cuba produk-produk atau perkhidmatan yang mereka tawarkan itu...Kamu pun laju saja bersetuju tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang...Kamu terus beli tanpa ambil tahu isi kandungan ubat-ubat itu..Owh itu bahaya!


    Kalau kamu nak makan makanan tambahan untuk jaga kesihatan tubuh badan itu boleh, tapi yang penting siasat lah dahulu latar belakang pengeluar produk itu, bahan-bahan yang terkandung di dalamnya, kesan-kesan sampingan jika mengambil ubat itu (kesan baik dna kesan buruk),status kelulusan kementerian kesihatan dan status halalnya..Ini sangat penting untuk menjaga kesihatan diri kamu juga.. Ingat sahabat, kita sebagai pengguna harus berhati-hati...Ambil langkah berjaga-jaga dan jangan cepat sangat terpengaruh..Sebaiknya siasat lah terlebih dahulu...

    Kamu perlulah betulkan pemikiran aka mind set kamu jika mahu amalkan produk kecantikan.. contohnya makan ubat tambahan atau guna produk kecantikkan bukan semata-mata untuk cantik, tapi untuk jaga kesihatan tubuh badan dan kulit..Jaga kekemasan dan penampilan diri dan bukannya semata-mata untuk kelihatan cantik lantas seperti terlalu obses untuk ubah ciptaan Tuhan..Bersyukurlah dengan kecantikan yang kamu miliki, sedarlah bahawa setiap individu itu dilahirkan cantik dan sempurna..Setiap dari kita punya kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri..

  Jika kamu mahu bersenam atau mengamalkan diet, perlulah diingat yang kamu mahu kurus untuk menjaga kesihatan diri dna bukannya semata-mata mahu cantik..Kerana jika kamu terllau obses kurus, maka kamu akan amalkna diet yang salah tanpa mengira keadaan diri kamu sendiri..Tak makan berhari-hari, padahal kamu ada gastrick..Kerana mahu kurus akhirnya sakit pula yang dapat..

Cuba kamu letak mindset begini: " Saya mahu bersenam dan diet, untuk jaga kesihatan diri..Taknak obesiti dan ia bagus untuk elakkan  penyakit-penyakit lain mendekati diri.."
Bila kamu letak mindset begini , secara automatik kamu akan berhati-hati memilih diet dan senaman yang sesuai dengan keadaan diri kamu sendiri. Seelok-eloknya dapatkanlah nasihat daripada pakar berkaitan hal ini..

   Jika kamu obses cantik, maka kamu akan sanggup berhabisan duit, sanggup berhutang semata-mata mahu beli segala ubat atau produk kecantikan, kamu juga sanggup habiskan duit dan masa untuk pergi ke pusat-pusat kecantikan semata-mata mahu jadi cantik..Bila kamu obses, maka kamu pun tak ambil kisah akan kesan sampingan produk-produk itu keatas diir kamu..Lantas kamu terus percaya 100% segala dakyah si penjual tanpa kamu siasat terlebih dhaulu kualiti dna bahan-bahan yang terkandung di dalam produk itu..Jangan begitu teman, siasat dahulu..Tak salah kan, kalau kamu menjadi individu yang buat kajian sedikit sebelum terus beli produk itu..Sebagai pengguna, kita haruslah bijak membuat keputusan memilih produk yang bersesuaian dengan diri kita sendiri...Ini adalah penting untuk mengelakkan kita dari ditipu, rugi dan mudarat kepada diri kita sendiri..

Sebelum mengakhiri bicara saya mahu kamu berfikir seketika:-


"Putihkan hati itu lebih berfaedah daripada terlalu obses untuk putih kan kulit..."

"Besarkan pahala dan amal kebaikan itu lebih baik dari kamu terlalu obses untuk kurus...Mungkin badan kamu yang agak besar itu punya kudrat yang lebih untuk membantu insan yang kurang bertenaga..Maka Jadi, gunakanlah tenaga yang kamu ada itu untuk kebaikan bersama. Membantu mengangakat baran-barang misalnya, dapat pahala bukan..?"

"Baik budi pekerti, sopan tutur kata, bijaksana, sikap perihatin dan baik hati itu lebih baik dari kamu hanya berbadan cantik dan berkulit putih tapi hati penuh kuman dan kudis..Jagalah kecantikan dalaman (hati), maka kecantikan luaran akan terpancar di wajah kamu...Kamu pasti dipandang lebih baik jika kamu mempunyai rupa paras yang elok diiringi perangai dan hati juga elok..."

"Hargai setiap apa yang Allah SWT  sudah anugerahkan kepada kita, jagalah kecantikan diri sebaiknya..."


Buat kamu yang mahu membuat semakan status kelulusan kementerian kesihatan Malaysia produk kosmetik mahupun ubat-ubatan yang kamu makan boleh lah buat semakan di laman web berikut:

http://portal.bpfk.gov.my/product_search.cfm

Kalau kamu nak semak status halal produk-produk yang kamu guna / makan boleh semak dekats ini:

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia


Kalau kamu nak kira BMI (berat jisim badan) boleh klik dekat laman web ini:

http://gayahidupsihat.my/indexSHT.php?lang=my


Akhir kata dari saya, sayangi diri anda, sayangi dan hargailah kecantikan dan kesihatan diri anda sendiri...(^___^)


p/s:Entry ini adalah luahan pendapat saya selaku penulis blog ini, kredit gambar google image..

Tuesday, July 17, 2012

Buruk Atau Cantik dan Keyakinan Diri...

Hai sahabat yang cantik dan kacak sekalian...=)


Rupa paras luaran adakala penting dan ada juga yang amat memandang berat tentangnya malah ada juga yang tak ambil pusing pun...
Jika kamu dilahirkan sempurna, kacak atau cantik sejak kecil maka kamu patut bersyukur...
Bagi kamu yang rasa diri kamu tak cukup cantik dan tak cukup kacak juga kamu patut bersyukur...
Siapa yang tak mahu wajah yang cantik atau tampan kan..? Semua mesti nak kelihatan comel, tertarik serta menarik..


                   Kebanyakkan mitos mengatakan bahawa gadis akan kelihatan cantik bila dia kurus, pinggang ramping macam kerengga..  Tapi perlu ke kamu nak kena telan pil kurus banyak-bayak semata-mata nak dapatkan bentuk badan macam kerengga...? Pendapat saya mitos nie tak berapa tepat.. Sebab tak kisahlah badan kamu chubby atau apa, yang penting kamu pandai jaga kesihatan, jaga penampilan kamu supaya sentiasa kemas, cantik dan yang penting sopan... Gadis yang chubby juga cantik ok! Oh ya, jika kamu mahu kuruskan badan sekalipun, buatlah dengan niat untuk menjaga kesihatan dan bukan semata-mata kerana mahu cantik.. Pastikan kamu amalkan diet yang sesuai dengan metabolisme badan kamu dan jangan terlalu memaksa diri dengan langsung tak makan.. Dikhuatiri takut kamu jatuh sakit pula... Pastikan juga kamu amalkan senaman yang bersesuaian, kalau boleh dapatkan khidmat jurulatih.. Kalau nak amalkan diet ke ape dapatkan nasihat doktor dulu ya.


     Perlu ke kamu nak kena cucuk botok sana sini kat muka konon supaya sentiasa kelihatan muda jelita cantik menawan, dagu runcing, pipi kembung, bibir sexy...? Bukan ke kita semua memang akan tua jugak.. Jadi sedarlah kita bahawa setiap orang akan berkedut! Ya, ia kedengaran agak menyeramkan bila nak bayangkan muka kita yang berkedut dan rambut yang beruban, tapi kita harus sedar setiap yang muda pasti akan tua juga... Jadi tak perlu cucuk-cucuk ok... Cuba kamu fikir takkan sampai umur kamu 60+ pun kamu nak ulang alik pergi buat rawatan cucuk-cucuk botok/ collagen semua tue..???? (=,=)"


                    Perlu ke kamu nak buat pembedahan plastic sebab nak ubah suai wajah kamu..? Kononya sebab nak ubah wajah kamu yang kamu rasa tak cukup cantik / tak cukup tampan atau kamu memang rasa kamu  hodoh jadi perlu di ubah jadi cnatik dengan sekelip mata iaitu melalui pembedahan.. Oh no! Nampaknya kamu seolah-olah tak bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh-Nya. Bersyukurlah sahabatku kerana kamu masih punya nyawa, kamu masih punya nafas, kamu punya akal untuk berfikir dan kamu masih punya banyak lagi kelebihan lain..  Mungkin kamu kurang dari segi paras rupa tapi kamu punya banyak lagi kelebihan lain yang Allah SWT beri kepada kamu.. Kamu nak buat pembedahan mancungkan hdiung? Bersyukurlah kerana kamu masih punya hidung malah sejak lahir lagi kamu sudah punya hidung untuk bernafas.. Kamu nak buat pembedahan besarkan mata ala-ala artis korea..? Bersyukurlah kerana kamu punya mata sejak lahir, malah kamu mampu melihat dengan sempurna.. Cubalah kamu fikir apalah agaknya rasa bagi mereka yang tidak dapat melihat, sedangkan kamu pula sibuk nak ubah suai itu ini..!

 
                    Kulit kamu gelap atau hitam manis, maka perlu ke kamu nak kena makan pil pemutih banyak- banyak semata mata nak putih?? Letak losyen pemutih yang entah apa-apa kat badan konon supaya lepas 3 minggu pakai losyen, kulit gelap terus jadi putih macam salji..? Oh ya, tak salah nak pakai losyen atau sunblock..Malah lebih digalakkan untuk lindung kulit kita dari sinaran UVA/UVB yang kejam..Yalah sebab kita nie duduk dekat negara yang dekat dengan garisan khatulistiwa dan boleh tahan panas juga cuacanya kan.. Tapi pastikan losyen kita tue takda bahan-bahan kimia yang bahaya yang boleh rosakkan kulit kita.. Jangan beli losyen yang murah-murah di black market, kerana dikhuatiri ia tak elok + berbahaya untuk kulit..Kalau nak makan pil untuk cantikkan kulit pastikan ada kelulusan dari KKM dan HALAL, kalau boleh dapatkan nasihat dari doktor atau ahli pharmasi, takut-takut lah tertipu ke ape..

                                                   Kulit putih = cantik dan kulit gelap = buruk..? Ini adalah mitos yang menghantui gadis-gadis di asia, maka sebab tuelah kita di asia sibuk nak putih...Tapi mereka yang di barat sibuk nak jemurkan diri bawah matahari sebab nak dapatkan kulit tanned..Sebenarnya kalau kulit kamu hitam manis atau gelap sekalipun bukan bermakna kamu hodoh..! Apa yang paling penting ialah kamu kena pandai sesuaikan warna pakaian, pandai pilih busana yang boleh jadikan kamu  kelihatan cantik / tampan, pandai gayakan rambut / tudung, pandai bersolek, dan kamu kena yakin diri..Maka dengan itu kamu akan kelihatan cantik..


                        Akhir kata dari saya, cantik atau tampan bukanlah ukuran untuk kita menilai diri seseorang secara keseluruhan. Seseorang itu akan kelihatan cantik atau tampan kerana hati nya cantik, mempuyai nilai budi pekerti yang baik, sopan, berbudi bahsa, rendah diri, serta hormat orang tua..Kamu akan kelihatan cantik / tampan dengan secara semulajadinya jika kamu bijak bergaya, serta berpenampilan bersih / kemas / teratur, serta mempunyai tahap yakin diri yang teguh..Contohnya kamu berkulit gelap, dan bertubuh agak gempal, tapi kamu bijak sesuaikan busana pakaian yang kamu pakai, malah pakaian serta penampilan kamu sentiasa kemas + bersih, kamu jugak seorang pelajar yang pintar + cekap bila dapat apa-apa tugasan, kamu mepunyai akhlak yang baik, sopan santun, malah kamu yakin pada diri sendiri serta tak pernah risau nak kuruskan bdan atau nak putihkan kulit.Maka dengan itu akan terserlahlah aura kecantikkan dalaman kamu secara semulajadinya...=)
   

p/s: Entry ini adalah pandangan peribadi dan perkongsian  idea  dari penulis blog ini berdasarkan dari pengalaman hidup. Kredit gambar google image..

Monday, June 27, 2011

Puisi: Si Cantik Yang Jelita...


Rupawan yang jelitawan...
Siapa yang memandang pasti tertawan..
Senyuman di bibirnya yang manis membuat sesiapa yang melihat seperti terbang di awan...
Lenggok suaranya yang merdu bak buluh perindu mencairkan hati yang mendengar...
Sinar di matanya ibarat bintang bergemerlapan...
Sungguh indah untuk menjadi tatapan...
Tingkah lakunya yang sopan membuat hati tertambat ingin berkenalan...
Sungguh indah sungguh cantik gadis itu...
Tidak dapat di gambarkan dengan kata-kata...
Jelitanya dia tak hanaya pada rupa tetapi pada tingkah lakunya jua...
Dia gadis solehah yang bijak menjaga akhlaknya...
Dia gadis berilmu yang pandai dan berkebolehan dalam serba serbi ilmu duniawai mahupun rohani...
Mungkin sebab itu ramai si teruna yang memujanya...
Dan...
Mungkin sebab itu jua ramai gadis di luar sana yang mengata perkara keji mengenainya...
Mereka cemburu akan segala yang di milkinya...
Terlalu sempurna gadis itu...
Dialah si gadis cantik yang jelita itu...


Nota:-Puisi ini adalah  hasil nukilan penulis blog ini(http://merpatiputih88.blogspot.com). Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali.hak cipta terpelihara.Gambar hanayalah hasan yang diperolehi daripada Google Image.

P/s:- Saya dah hasilkan puisi berkaitan kecantikan seperti janji saya dalam enrty ini:- cantik itu adalah apabila..  


Sunday, June 5, 2011

Cantik Itu Adalah Apabila...


Saya terfikir nak tulis entry pasal topik cantik nie kerana semasa saya lihat dekat search keywords dekat blog stats saya , ada yang datang ke blog saya nie dengan keywords seperti:-
.
.
"Puisi Cantik"
"Tips Kecantikan"
"Makna kecantikan yang sebenar"
"Kenapa mesti kata kita tak cantik"
.
.
Ok..Untuk menjawab segala persoalan nie..berkenaan dengan puisi cantik tue insyaAllah jika saya punya idea saya akan ciptakan puisi berenaan kecantikan ya..
Pasal tips kecantikan tue saya tak boleh nak ulas panjang lebar..sebab saya sendiri bukanlah tergolong dalam kategori si gadis yang cantik lagi jelita..Berkenaan ini kamu perlu merujuk kepada orang yang lebh pakar pasal kulit dan kecantikan takpun kepada gadis-gadis cantik..:p
Berkaitan tentang makna kecantikan..Hurmm..luas skop nya bagi saya...kecantikan tak hanya dipandang dari segi luaran semata-mata..
Kenapa mesti kata kita tak cantik..? Err..Berkaitan topik ni saya rasa kamu tak perlu melatah atau terlalu sensitif dengan sebarang pandangan atau pendapat individu mengenai rupa paras kamu..kamu perlu lah kuat semangat dan sentiasa befikiran positif. Jadikan kata-kata seperti itu sebagai penguat semangat kamu.. 
.
.

...Cantik...
.
.

Nie tips yang pernah saya dengar dan saya baca pasal menjaga kecantikan:-

Basahilah wajah kamu dengan air wuduk dan jagalah solat serta rajin-rajinlah membaca Al-Quran..
Banyakkan makan buah-buahan dan sayur sayuran..
Banyakkkan minum air putih sekurang-kurangya 8 gelas sehari..
Rajin-rajin lah makan  ulam-ulaman..
Jaga waktu tidur, tidur mesti cukup..
Jangan terlalu stress dan kena bijak kawal stress..
Sentiasa berfikiran positif..
Bersikap sabar, tabah dan tenang..
Selalu lah tersenyum dan ketawa apabila mendengar atau melihat perkara-perkara yang menyenangkan hati..
Selalu buat senaman secara teratur, iaitu sekurang-kurangya 3 kali seminggu..
Kawal dan jaga pemakanan dan rutin kehidupan..
Gunakan produk kecantikan yang benar-benar bersesuaian dengan kulit kamu sendiri dan jangan hanya terpengaruh dengan iklan di tv..
Kena tahu cara-cara menggunakan alat make-up yang betul dan bersesuaian dengan warna / jenis kulit dan majlis yang dihadiri..
Kena bijak berfesyen dan mengenakan gaya yang bersesuaian dengan majlis..
Mesti menjaga adab sopan dan tingkah laku apabila bercakap, berjalan dan juga ketika di meja makan(termasuk dalam bab etika pergaulan)...
Rajin-rajinlah mencuci muka sebelum tidur dan jangan biaran alat solek terbiar diwajah ketika kamu sedang tidur..
Pergi ke spa atau salon kecantikan. Jika mahu berjimat kamu juga boleh buat rawatan sendiri di rumah!

Pendapat saya tentang cantik:-

Jangan terlalu obses dengan kecantikan yang sementara, kerana bimbang akan timbul perasaan riak..Jangan merosakkan diri atau menggadaikan kesihatan diri semata-mata ingin kelihatan cantik. Kerana kelak tubuh badan sendiri yang merana. Bersyukurlah dengan apa jua pemberian dari Tuhan Yang Maha Esa..Jangan terlalu taksub hingga sanggup melakukan pembedahan kosmetik, cucuk botok, cucuk susuk, amal kan ilmu hitam dan sebagainya kerana itu semua mengundang mara bahaya dan mengancam  nyawa sendiri malah juga akan memesongkan akidah kamu...
Sanggupkah kamu menggadai kan kesihatan dan  nyawa semata-mata mahu cantik...?
Sanggupkah kamu menggadaikan Agama semata-mata ingin kelihatan jelita, di sanjung dan dipuja...?


Kecantikan itu tak seharusnnya dinilai dari segi luaran semata-mata. Kecantikan luaran haruslah seiring dengan kecantikan dalaman iaitu akhlaknya dan tutur kata serta tingkah lakunya yang mencermin nilai berbudi bahsa dan kesantunan seorang gadis. Seorang gadis itu juga perlu bijak dan berilmu pengetahuan dari segi akademik dan agama. Jangan hanya sibuk menjaga kecantikan hingga mengabaikan pelajaran dan pendidikan..


~Wanita Solehah, Patuh Kepada Perintah Allah SWT dan Rasul-Nya, Seorang Anak Yang Berbakti Kepada Ibu Bapa,Isteri Yang Taat Setia Pada Suami, Ibu Yang Mithali~
.
.
.
Saya harap suatu hari nanti saya akan menjadi seperti wanita di dalam gambar nie..
Saya masih perlu banyak berusaha dan berdoa untuk kearah itu..
Masih terlalu banyak lagi kelemahan dan kekurangan diri ini yang perlu diperbaiki...
Hurmm..masih terlalu kerdil diri ini jika nak dibandingkan dengan wanita ini..
Terlalu besar jurang itu..
Masih sempatkah diri ini melakukan anjakan paradigma  itu..???


Nota:- Ini hanyalah pendangan peribadi pemilik blog ini sahaja.Gambar hanyalah hiasan, ianya diperolehi dari Google Image..

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...