Hai semua....
Apa khabar..?
Hari-hari cuti nie tak pegi mana-mana ke..?
Wahh..tajuk entry tak boleh tahan ek...ehehehe..
Sebenarnya saya buat entry nie selepas beberapa orang menyoal sebegini:-
"Awak rasa, apa cara-cara yang terbaik untuk lupakan ex kita tu..? Walaupun kita orang dah break up beberapa bulan lepas tapi kita still ingat kat dia lagi.."
"Boleh bagi tips tak macam mana supaya senang nak lupakan ex..? kita tengok awak cool jer..Macam tak pernah rasa sedih jer.."
"Dia tu tak guna, playboy, banyak perempuan...sebab tulah kita mintak putus,ingatkan dia pilih kita. Rupanya dia tak kisah, nampak sangat dia sayangkan perempuan tu! Gerammmmnya...! Tapi masaalahnya kita still tak boleh lupakan dia..Macam mana..?"
"Dia tu kaki kikis, sebab tuelah putus jer dengan dia..Tak guna simpan perempuan macam tu, playgirl pulak tu..Tapi kadang-kadang tue teringat jugaklah kat dia..Dia tu ok cuma tulah perangai dia, tak boleh nak ubah..hurmmm.."
Ini adalah sebahagian soalan yang di kumpul dari tahun-tahun lepas..
OMG!! Saya bukan DR LOVE..huhuhu..
Bila kena soal tips mengenai cara nak lupakan ex..saya tak punya jawapan yang tepat..
Sebab......Sebab............Saya pun pernah ada masaalah yang sama.....
.(wow berani buat pengakuan kat sini...Syhh Rahsia..!)
Cara-cara untuk melupakan bekas pasangan..:-
JIWA KACAU + HATI TAK TENANG..
~Solat. Jaga solat. Jaga hubungan kita dengan Allah SWT. Jika sebelum nie selamba badak burn solat semata-mata nak pergi "dating". Sekarang tiba masanya untuk kamu berubah.
~Berdoalah pada- Nya Yang Maha Kuasa agar kamu di berikan petunjuk tentang segala permasaalahan yang sedang kamu hadapi.
~Selalulah buka Al-Quran , baca Al- Quran, serta fahami dan hayati maksudnya. Maka hati kamu akan lebih bertambah tenang dan tiada lagi jiwa yang kacau...
~Banyakkan berzikir dan berselawat...
SELALU TERINGAT
-Jauhkan diri dengan dia..
-Jangan stalk social media si dia contoh: myspace,friendster,twitter , facebook dan blog dia atau orang-orang yang berkaitan dengan dia contohnya ex-ex dia yang lepas mahupun pasangannya yang terkini..
1-Macam mana nak lupa kalau hari-hari boleh baca update pasal dia, hari-hari nampak gambar dia..?
2-Perlu ke Delete atau Block dia terus dari facebook..? Perlu ke tukar no phone, tukar tempat kerja, pindah rumah..?
1~Be rasional and please think positive. Dia upadate hari-hari status happy-happy pasal dia dan pasangan barunya bukan pasal nak sakitkan hati kamu.Tapi dia tengah excited dengan cinta barunya. Maka untuk itu Stop jadi stalker, maka kamu takkan sakit hati..
2~Pendapat saya tak perlu. Sebab kenapa perlu kita nak bermusuh bila hubungan tue dah berakhir..? Kalau kamu adalah pasangan yang bercerai dan punya anak, rasanya kamu berdua perlu uruskan hak penjagaan naka bersama. Maksudnya secara bergilir-gilir. Dan jangan sesekali bergaduh sebab nak rebut hak penjagaan anak. Sebab anak tak tahu apa-apa jangan jadikan mereka mangsa keadaan. Kalau kamu adalah pasangan yang bercinta atau bertunang kemudian putus di tengah jalan, cubalah berfiikran positive. Dan jangan hanya bercerita keburukan dia. Percayalah setiap yang berlaku ada hikmahnya.Mungkin kamu akan menemuai pasangan yang lebih tepat selepas dia. Mungkin kamu akan lebih bahagia berbanding jika kamu terus bersama dia...
Tapi jika keadaan mendesak seperti dia kerap kali menggangu ketenteraman hidup kamu secara keterlaluan. Maka adalah lebih baik kamu Remove/Block jer terus dia dari facebook dan tukar no phone dan sebagainya..Supaya dia tak dapat lag berhubung dengan kamu dan kamu takkan bertambah sakit hati..
SELALU SEDIH
~Elakkan dari mendengar lagu-lagu yang sedih atau terlampau sedih.
~Elakkan dari mendengar lagu-lagu yang menjadi memori antara kamu berdua..
~Dengar lagu yang boleh membangkitkan rasa semangat untuk teruskan kehidupan selepas gagal dalam perhubungan.
~Elakkan dari pergi ke tempat yang kamu berdua selalu pergi atau tempat-temapt yang bermkana bagi kamu berdua.
~Elakkan dari membaca buku-buku yang berunsur kesedihan seperti novel cinta yang memparkan hubungan yang terputus secara sadis atau yang sewaktu dengannnya.
~Baca buku-buku Islamik, buku motivasi, yang boleh buat kamu berfikiran positif dan lebih tennag menghadapi sebarang masaalah kehidupan dan buku yang ada "sense of humour" yang boleh buat kamu ketawa serta ceria.
~Elakkan dari menonton rancangan tv (drama atau filem yang sedih..
~Elakkan dari memakai pakaian yang berwarna gelap atau suram.. Sebaliknya pakai pakaian berwarna ceria agar mood kamu pun bertukar ceria...
SELALU RASA SUNYI
~Luaskan pergaulan. Jika sebelum ini masa kamu lebih banyak di habiskan dengan pasangan. Kini apa kata kamu luangkan masa bersama keluarga dan teman-teman. Mereka inilah yang sering dan sentiasa ada bersama kamu di aat kamu memerlukan. Bersiar-siar dan bersembanglah dengan mereka. Kamu boleh juga pergi bercuti sambil ditemani teman-teman atau keluraga, iainya elok untuk hilangkan stress..
~Sibukkan diri dengan urusan kerja dan pelajaran... Kamu boleh juga buat kerja sambilan atau mengikut kelas kursus-kursus jangka pendek.
~Masuk persatuan dan aktifkan diri dengan aktiviti berpersatuan..
~Cuba cari hobi baru (asalkan hobi kamu tue tak melanggar undang-undang). Jika sebelum ini kamu malas nak bersenam atau bersukan atau pergi ke spa/salon sebab terlalu sibuk dengan si dia, maka kini tiba masanya untuk kamu lakukan semua itu. Ini semua demi kesihatan dan penampilan diri kamu juga.
~Bagi diri saya sendiri, saya suka menulis, menulis dan mencipta puisi.... Itu adalah cara bagaimana saya mengeksperikan luahan perasaan yang jauh tersorok di sudut hati... Mungkin kamu boleh juga mencuba cara ini.
Pesanan ikhlas:-
PS:- Entry ini adalah sepenuhnya pendapat dan pandangan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com).
Credit Gambar :-google image
16 comments:
Sentiasa memikirkan keburukan dia is the best way untuk lupakan xbf. Allah mempunyai rencana yg hebat. Yg tumbuh kembali lg terbaik dari yg patah itu. ^_^
sye ske idea2 awk yg memberangsangkn =)~~ sye melaluinya..salu mnjdi dr.love buat teman2~ kdgkala sye sndiri jatuh..Tpi Alhamdulillah sye yakin pd Dia..dan berusaha mendktkn diri pd-Nya spnjg masa dn mningati-Nya.. cinta no 1 pada Allah Maha Pencipta sudah pasti hidup tenang dan bahagia ^_^
woo.,dr love.,hehe
em.,ptt la.,pernah hadapi situasi cmni rupanya.,hehe
thanks for the tips., kalau kita cnta kan Allah dan agamanya.,kita tak kan dikecewakan.,^^
maaf lama x dtg sini.,bz sket kebelakangan ni.,
akan sediakan yg terbaik utk andaAlahai~ jemput la ye^^
thanks..nak lupe dia.. :)
arghhh.. tidak.. aku baru je nk lupakan seseorg.. terbaca entry ni plak.. huwaaa..
cuti hari malysia... memng best pnuh dgn aktiviti..
ye ke x mcm doktor.. rasa bca entry ni dah lpas dah jdi doktor love ni... he..he..
sy da sedia nak hilang dia,....... huhuhu i try to be strong~
belajar melepaskan...rdha dgn ketentuan,mmg sukar dan mengambil masa...tp jika sendiri tak berusaha melupakan tak boleh juga..jd dktkan diri dgn Ilahi,cinta hakiki..:)
senang je jangan benci dia.. lama2 nanti boleh lupa... just make ur own life without he or she oky...trust Allah pisahkan korg sbb dia bkn yang terbaik.. atau mungkin dia akan dtg kembali hanya berpisah utk sementara...
gud info..amy pernah lalui menda nie..terlalu sukar tuk melupakan dirinya sampai 2 tahun xnak bercinta..tp syukur alhamdulillah sekarang dah berjumpa dgn incik tunang..dia r yg membahagiakan amy dan boleh melupakan ex selama-lamanya...
ala tak pernah lalui tp kalau terkena takut jugak. txs sbb bg tips. org kata putus cinta ni sakit sangat. :/ taknak rasa lah. boleh? semoga Allah jauhka perasaan begini. insyaAllah.
ahahah.. boleh plak elakkan baju wanna gelap.. ekekeke
http://bulatmata.blogspot.com/
Hana Soffelia :- itu salah satu tips yg terbaik jugak kak hana..=)
sea_lavender :- biase2 jer idea sy,idea sy nie berdasarkn apa yg penah sy lalui..tau takpe kn..sy pun kdgkala tak kuat juga..
hyemynameisrasyid :- mne ade Dr Love..yup, sy tulis bdasakn apa yg pnah sy alami..huhu..
btul tue, cinta Allah lah yg paling utama..
Saiazuan:- ur welcome, be strong ye..
Zul Fattah:-lah..relax lah..be strong, hadapi itu sbagai dugaan hidup..buktikn yg awk boleh berjaya ..
sobri yaacob:- tak lah, sy bukan Dr love..tp org tdekat slalu jer luahkan apa yg diorg hadapi kat sy..mybe pasal sy nie pendengar yg setia kot..huhu..
..cik gugu.. :- stiap yg blaku pasti ade hikmahnya, sy doakn awk akn jumpa yg lbih terbaik..sbr ye & kuatkn semangat..
aiEz:- yup, betul tue, sangat tepat sekali..stuju dgn pendapat awk..=)
Fathin Fazila Razali:- yup, sangat stuju dgn pendapt kamu..kalu ada jodoh tak kemana kan...
~AmyLiana86~:- Wah..bestnye dah jumpe j0doh..sy doakan awk kekal hingga akhir hayat...(^__^)
Namee Roslan :-putus cnta nie mmg memeritkan + menyakitkan..
Sy doakn Namee akan sentiasa happy,dan cpt2 jumpe jodoh yg paling sesuai...jgn risau2 k..chill..
RinsyaRyc :- warna yg gealp2 nie boleh membawa mood sedih..huhuhu..kalau warna ceria mood kta pun ceria jer..ehehehehe..=)
terbaik la entry neh...
bagus untuk sapa2 yang putus cinta tu..hehe.
ila lak..alhamdulillah...dgn xbf masih boleh berkawan baik...xde nak musuh2 pun..ehheh
ILA HonEyBuNNy:- biase2 jer nie, sekadar berkongsi pendapat...terima kasih..=)
yup, mmg tak baik kt bermusuh atau simpan dndam dgn ex..
Awk..terima kasih..trubat luka jiwa dn nsihat awk
Post a Comment