Translate

Monday, September 5, 2011

Puisi:-Erti Sebuah Kemerdekaan




Kau rasa merdeka itu apa ertinya?
Adakah merdeka itu ertinya kau bebas melakukan apa sahaja tanpa batas..?
Begitukah yang kau kata erti medeka...?
Sedangkan minda dan hati kau masih di jajah penjajah masa dahulu..
Walaupun kau kini telah maju kehadapan,
Tapi ternyata budaya kau masih di jajah..
Minda kau masih puas di lapah dan  di rasuk hasuatan-hasutan kesan penjajah..
Pabila tiba hari medeka yang kau nanti hanyalah sambutan yang meriah..
Konsert gah dan percikan bunga api yang meriah..
Perarakan kereta berhias berwarna-warni..
Lalu kau ceria bergambar dan berposing di sana sini..
Begitukah erti merdeka yang kau katakan..?
Hanya terpekik- pekik menyahut seruan "MERDEKA!" maka kau tahu erti merdeka..?
Hanya kerana kau lahir selepas merdeka maka kau anak bangsa merdeka...?
Lupakah kau pada pejuang bangsa terdahulu?
Mereka tak gentar dengan penjajah...
Mereka tak gerun dengan kuasa dan senjata penjajah...
Mereka tak gusar jika nyawa terpaksa digadaikan..
Semua itu demi apa?
Mereka buat semua itu demi negara...
Demi semangat cintakan negara..
Dan demi pejuangan menuntut kemerdekaan..
Kau bukanlah generasi bangsa merdeka yang sejati, jika kau tak mengerti erti sebuah kemerdekaan...




Ps:- Puisi ini adalah ciptaan sepnuhnya penulis blog ini(http://merpatiputih88.blogspot.com).
Hakcipta terpelihara, sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali




6 comments:

sobri yaacob said...

sangat mendalam..
skrg cara kita smbut merdeka... kdang2 x sama degan maksud dan erti kmerdekaan yg sbnar :) :DD

p/s: suke puisi kat atas ...

ZAIDAHTUL AKMAL said...

apakah erti merdeka pada kita semua....btw... Selamat hari rayer...huhu

Namee Roslan said...

tapi kenapa ramai yg masih tak menghargai perjuangan perwira negara? kalau kita tak merdeka sehingga kini..then baru tahu perit hidup bila negara kucar kacir dijajah...

syiela said...

selamat menyambut merdeka dan selamat hari raya.. masih ramai yg tak menghayati erti kemerdekaan yg sebenar..

Sya_Merpati Putih 88 said...

sobri yaacob :- tau takpe..sambuatn meriah tanpa penghayatan pun tak membawa apa2 erti..


ZYASH:- sama2 lah kita hayati bersama erti sbuah kemerdekaan dan mensyukuri nikmat kemerdekaan yang kita kecapi nie..selamat hari raya..=)


Namee Roslan:- tahu tak pe..maybe zaman sekrang nie smuanya dah snang, sbb tue jadik macam tue..patutnye kt kne hargai pejuang2 terdahulu, tanpa mereka siapalah kt hari ini...

syiela:- selamat hari raya kak syiela..=)
mmg ramai yg mcm gtue..sama2 lah kt menghayati erti kemerdekaan..

Unknown said...

assalamualaikum admin. izinkan saya petik sajak ini untuk dideklimasikan dalam kelas..

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...