Translate

Saturday, October 1, 2011

Single?? Tak Perlu Sedih!!

Hai Semua...Selamat berhujung minggu..Semoga ceria-ceria selalu..(^__^)


        Sejak dua menjak nie banyak jer dapat undangan pergi kenduri kahwin...Kawan-kawan yang sebaya pun dah ramai jugak yang dah bertunang, yang dah kahwin, yang dah ade anak...Bila dalam situasi macam nie, maka ramailah yang bertanya begini:-

"Single lagi ker...?"
"Dah ade calon belum? Nak kita orang carikkan jodoh..??"
"Bila nak kahwin nie..?"
"Kita orang nak makan nasi minyak kau jugak.."
"Tak boring ke single lama-lama...?? "


     Soalan macam nie selalu jer di dengar, terutamanya bila pergi majlis perkahwinan...Eh, kalau perasan soalan macam nie semacam meletakkan presepsi yang jadi single nie mesti lah sedih, bosan, sepi dan yang seangatan dengannya lah..Kenapa pulak mesti nak sedih-sedih sangat..? Tak boleh ke berfikiran positive sikit, dan tolong lah jangan sempitkan hati dan fikiran dengan berfikir untuk jadi bahagia dan ceria mesti kena ade pakwe, makwe (couple) dan seangkatan denganya..

       Jika kamu berfikir begitu, maka itu membawa maksud kamu lebih mencintai pasangan kamu berbanding Tuhan Yang Maha Esa dan diri kamu sendiri. Apabila kamu meletakkan harapan yang tinggi melangit kepada pasang kamu, kemudian dia memusnahkan harapan kamu itu. Lantas dengan itu kamu pun kecewa dan mula lah nekad mahu melakukan perkara-perkara yang tak speatutnya seperti membunuh diri atau melakukan perbuatan yang sia-sia keatas diri sendiri.Semua ini kerana kamu berfikir hanya pasnagan kamu sahaja lah yang boleh membuat kamu bahagia, tanpa dia maka hidup ini dah tak bermakan dan pasti kamu menderita.

~Cintai Diri Sendiri~

   Kita kena sayang dan cintakan diri  sendiri dahulu sebelum membeir rasa sayang kepada orang lain. Dan perkara yang paling utama sekali adalah mencintai Allah melebihi cinta kita kepada orang-rang yang kita sayang dan segala apa jua isi di dalam bumi ini. Maka dengan itu barulah kita akan memperolehi kebahagiaan yang sejati. Perasaan bahagia dan gembira itu boleh di pupuk dan boleh di bentuk. Bagaimana...?  Caranya ialah dengan menghargai dengan segala apa yang berada di sekeliling kita. Buat perkara yang kita minat dan suka, iaitu perkara yang boleh membuatkan kita rasa gembira (asalkan perkara itu tak menyalahi undang-undang).Berusaha untuk menjadi insan yang berjaya dalam pelajaran dan kerjaya, lantas itu dapat membuat kita menjadi insan yang berjaya dan gembira kerana beroleh kejayaan dan impian kita tercapai.Macam-macam lagi yang boleh membuatkan kita gembira, bukan hanya mempunyai kekasih hati sahaja kita boleh gembira. Jadi jangan terlalu kecewa apabila hubungan itu berakhir.

~Jangan Terlalu Kecewa~

   Ya, perpisahan itu memang menyakitkan. Tapi perlu ke kamu bazirkan air mata dan bazirkan masa dengan meratap dan menangis mengenangnya....? Semua itu untuk apa? Kerana kecewa..? Adalah dengan terus-terusan menangis maka kamu akan beroleh kebahagiaan? Adakah dengan menyimpan dendam kamu akan gembira..?  Pasti kamu tidak akan gembira dan sentiasa bermuram + sedih kerana kamu sentiasa memikirkan kekecewaan masa lalu, terlalu meratapi pemergian orang yan kamu sayang. Bukalah mata, masih banyak lagi perkara yang boleh membuat kamu gembira. Bukalah mata, masih ramai lagi insan-insan yang menyayangi kamu, keluarga kamu, teman-teman kamu. Mereka semua sayangkan kamu. Kamu juga jangan pernah lupa yang Allah sentiasa berada di sisi kamu dan Dia juga sentiasa menyayangi kamu. Maka dengan itu kenapa perlu sedih jika memegang status single dan tak punya kekasih hati..?

~Berilah Cinta Kepada Orang Yang Tepat~

   Berilah cinta kepada orang yang tahu menghargai dan tahu menyanagi diri kita serta menerima diri kita dalam hidupnya. Jika kamu berpisah dengan dia, itu bukan bermakna hidup sudah berakhir dan itu bukan  bermakan kamu harus terus kecewa dan menutup hati untuk jodoh sebenar kamu. Berfikiran postivie lah selalu, terima hakikat bahwa kamu dan dia sudah tidak ada jodoh. Mungkin ini adalah yang terbaik buat kamu dan dia. Cuba kamu fikir, jika kamu bersama dia tapi itu hanya menambah kelukaan dan kekecewaan di hati kamu lantas untuk apa hubungan itu di teruskan? Maka lebih baik kamu berpisah dan kecewa sekarang daripada kamu mendapat kekecewaan yang lebih mendalam. Satu hari nanti pasti kamu akan berjumpa insan yang paling tepat buat diri kamu.


~Bahagiakan Diri Sendiri~
~I'm Single And I'm Happy~

   Akhir kata, berusaha lah mencapai kebahagiaan diri kamu sendiri dengan berusaha sebaik mungkin dan berdoa agar  cita-cita dan impian tercapai. Jangan bazirkan usia remaja dengan meratap dan menangis. Masa remaja adalah waktu untuk kita membina jambatan hidup yang lebih kukuh apabila kita sudah dewasa kelak. Maka waktu muda remaja ini adalah lebih baik kita gunakan untuk menuntut ilmu dan mengumpul seberapa banyak pengalaman hidup. Anggaplah perpisahan dengan bekas kekasih adalah satu proses tumbesaran diri kamu untuk mematangkan fikiran dan hati kamu supaya menjadi lebih berhati-hati, lebih menghargai dan lebih matang dalam bertindak.

    Jangan sedih-sedih ye..Senyum selalu, hadapi hari-hari mu dengan tabah..I Smurf You ♥...

Nota:- Ini adalah sepenuhnya pandangan picisan penulis blog ini.Sebarang kekurangan haraplah di maafkan. Credit gambar, google image.

16 comments:

farah hanna said...

ye2...saya pown solo lagi..heppi je pown..hihihi :)

Namee Roslan said...

hehe, lebih banyak perkara yang bisa membahagiakan ! tak semestinya harus berpacaran :) kawan2 pun bisa buat kita ketawa/ even baca blog orang pun buat saya terhibur :)

Aina said...

Insha Allah jodoh tu ada. Cuma belum dipertemukan oleh Dia pada masa sekarang...

aniki said...

single lagi syok tak pening pala..nak buat ape pun tak payah repaot2,tipu..hahaha..suka entry ni

Unknown said...

i am single for more than 7 years, n i got kawan yg menjadi teman di setiap waktu :)

Nyamuk Terbang said...

jodoh pertemuan di tgn tuhan

ILA HonEyBuNNy said...

sesuai untk sapa2 y tgh bersedih skrg d tglkan...

Allah tahu y terbaik untuk kita....suka entry neh...

Nur Syazana Mohammed Sani said...

naa gembire ta semesti nye kene ber couple ,. couple nie ta semua indah tao ,.

http://syazanasani.com

Unknown said...

cinta pad manusia bkn segala2nya..cintai la tuhan nescaya kamu akan dpt cinta manusia..

myzziema said...

bercinta tak perlulah all out. serah semuanya kepada Allah. kalau ada jodoh, ada lah kan. cinta hakiki, cinta kepada Allah Taala :)

Awie Omar said...

Aku single dan aku bahagia. PEACE.

Ikbal Rizki said...

Pacaran setelah menikah lebih baik... ^_^

aiEz said...

jodoh itu tetap ada,cepat@lambat jer,yg penting usah berputus asa...:)

Hana Soffelia said...

Manusia tak pernah puas. Yang bujang, ditanya bila nak kahwin, yg kahwin ditanya bila nak dpt anak, Yg beranak satu ditanya bila nak tambah lg.

AH, BIARKAN JE. ^_^

Sya_Merpati Putih 88 said...

mizz_blur :- tau takpe kan..single pun boleh jer happy..=)

Namee Roslan :-yup, stuju dgn namee... yg penting kt kena tau ape yg boleh buat kt gembira,bila kt gembira maka kt akn bahagia..(^___^)

Aina :- yup, jodoh pertemuan Allah yang tentukan,lmbat atau cpt pasti akn tiba..sy, masih maish menunggu jodoh..

aniki :- kan..tak yah nk msg2 ble nak gi mane2..lambat reply msg kne marah...ble single tak yah nk pening2 hal nie..freedom..=)

Saiazuan :- wow..more thank 7 years...? lama tue..yup, persahabatn tue lebih penting..sahabat sejati akn berada dgn kt sentiasa...

Nyamuk Terbang :- yup,kt hanya merancang..tapi segalanya tuhan yang tentukan..

ILA HonEyBuNNy :- sesuatu berlaku tu pasti ade sebabnye kn..kalau kt takde jodoh dgn seseorng tue pun pasti ada hikmah di sebaliknya..

terima kasih (^__^)


Nur Syazana Mohammed Sani:- yup, kadang-kadang tue ianya lagi banyak pahitnya...

tOyO & .m y z. :- sy setuju, jangan melebihkan cinta kpd manusia berbanding cinta kt kpd tuhan..

Awie Omar :- me to..I'm single & I'm Happy..(^___^)

Ikbal Rizki :- ya, saya setuju dengan pendapat kamu...cinta selepas nikah lebih membahagiakan dan lebih tenang..

aiEz :- yup, pasti akan datang, tp kt juga kena berusaha utk mendpatkanya..

Hana Soffelia :- yup, ini semua asam garam kehidupan..manusia mmg sentiasa mahu betanya itu dan ini..

Run Away said...

singel pun hapy apa...;d....

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...