Translate

Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Monday, May 16, 2016

Hidup Kita Taklah Sesempurna Drama TV

   Jika diberi kesempatan untuk memilih jalan hidup yang bakal / akan kita lalui, pasti kita akan pilih yang paling sempurna bukan...? Semunaya serba sempurna dan indah belaka. Senang lenang, langsung tak susah. Tapi takdalah cabarannya. Mana ada manusia yang hidupnya langsung takda masaalah... ? Tapilah selalunya dalam filem atau drama tv jalan cerita pun macam dah cliche sangat. Kadang-kadang terlalu sempurna pun ada. Nah, kat bawah nie saya dah senaraikan ciri-ciri kesempurnaan hidup seperti yang selalu tergambar dalam drama tv / filem:


1. Baru habis belajar dah dapat jawatan besar & gaji besar (CEO)



    Ini bergantung pada rezeki masing-masing. Kalau family kamu memang ada business besar, maka senanglah nak dapat peluang kerja dekat company family sendiri. Kalau kamu anak orang berpengaruh senang nak dapat jawatan besar. Pendek kata tak payah susah-susah macam orang lain nak kena berpehempas pulas cari idea nak buat resume & cover letter, dan tak payah tiap-tiap hari nak cari kerja dekat website-website pengiklanan kerjaya / suratkhabar. Tapi berapa ramai yang nasibnya sebaik ini? Zaman sekarang nie ramai graduan susah dapat kerja. Saya pun pernah melalui situasi itu. Hari-hari tengok kat website jobstreet etc dan suratkhabar semata-mata nak tengok jawatan kosong lepas tu apply. Pusing kawasan industri dan bandaraya cari-cari kerja kosong dan direct hantar resume. Pergi interview sana sini. Semua tu saya dah lalui.. Jadinya tak salah pun bermula dari jawatan rendah dahulu, cari pengalaman. Lepastu bila kamu dah ada pengalaman boleh apply kerja jawatan idaman kamu tu


2. Baru kerja dah pakai kereta besar dan kereta import (BMW , Mercedes)



    Kalau dalam drama tv tu kereta watak utama mesti nak besar ajer. Kerja tak sampai sebulan dah keluar kereta mewah. Ok, kalau kamu  berasal dari keluarga kaya raya dan korporat memang tak mustahil. Mungkin jugak gaji kamu besar, jadi setakat nak bayar duit kereta ape adehal ye tak? Small matter jer... Reality nya berapa ramai yang bernasib baik begini? Berapa ramai yang lepas habis study terus dapat kerja yang gaji besar? Reality nya ramai jer yang baru-baru nak mula kerja terpaksa share kenderaan dengan kawan,  naik kenderaan awam, naik motor biasa ajer atau guna kereta keluarga yang dah lama digunakan. Lepas dah dapat gaji barulah menabung kumpul-kumpul duit, barulah lah boleh beli kereta tempatan. Kalau nasib baik baru dapat kereta import.





3. Rumah besar dan mewah (bungalow / villa mewah)


     Nie lagi satu hal, kalau dekat dalam drama tv tu baru jer kerja / kahwin terus duduk rumah mewah bungalow / villa terus, paling kurang pun condominium. Kiranya rumah pertama terus rumah mewah. Rumah-rumah biasa nie tak main. Amboi... Ini pun bergantung rezeki jugak. Kalau dah family kaya, atau gaji besar, ada business yang masyukk memang logik sangat. Reality nya bagi kita yang berasal dari family biasa-biasa dan gaji biasa-biasa nie bukan mudah nak beli rumah mewah sebagai rumah pertama. Ramai jer orang yang baru nak mula kerja yang duduk dengan keluarga ataupun menyewa ramai-ramai dengan kawan-kawan tak pun sewa bilik jer. Ramai jugak yang dah nak kahwin tapi masih tercari-cari rumah yang sesuai untuk duduk lepas kahwin. Rumah sewa pun makin lama makin mahal. Nak beli rumah pun harga rumah makin mahal.  Mujur zaman nie ada skim Rumah Mampu Milik. Nak beli rumah pun kena standby booking fees, legal fees dan deposit tu semua. Tu semua memerlukan duit, dan perlulah disimpan. Jadi tak salah pun kalau mula-mula duduk rumah sewa, lepas tu beli rumah kecil pun takpe, bila dah ade duit lebih baru duduk rumah size sederhana, kalau ade rezeki baru upgrade jadi rumah mewah.    


 4. Pasangan cantik + tampan



       Ini biasa, sebab biasanya watak hero dan heroin mesti nak yang tampan + cantik, kira sama cantik sama padan bak pinang dibelah dua gitu. Hakikatnya, kita tak boleh menilai tahap keserasaian dan kebahagiaan pasangan tu berdasarkan rupa paras sema-mata. Siapa kita nak menilai orang lain? Sudah terlalu sempurna sangatkah kita?


 Akhir kata, walaupun hidup kita taklah sesempurna seperti senarai di atas, tapi itu tak bermakna kita tak boleh hidup bahagia. Bahagia itu subjektif. Hiduplah secara sederhana mengikut kemampuan kita. Jika dikurniakan rezeki lebih tak salah untuk hidup mewah (ikut kemampuan). Tapi, usah dipaksa untuk kelihatan sempurna di mata masyarakat hingga sanggup bergolok bergadai, hutang keliling pinggang semata-mata nak nampak gah dan mewah. Mungkin jalan hidup kita agak sukar dan taklah mewah atau kaya raya seperti drama tv. Tapi itu semualah yang akan menjadikan kita seorang insan yang berdikari, sabar , tabah dan cekal serta tahu menghargai kehidupan. 


Entry ini hanyalah ilham picisan saya selaku pemilik dan penulis blog ini. Selamat malam... Sumber gambar  : google image.

    


Sunday, May 15, 2016

Cerita Pendakian Gunung Arong

11/05/2016 , 04/Syaaban/1437H, Rabu
    Saya bersama rombombangan yang terdiri dari rakan-rakan persatuan di tempat kerja telah mendaki Gunung Arong yang terletak di Mersing Johor. Kami tidur  di chalet yang disediakan di Teluk Gorek Chalet &  Camp Site, Teluk Resang, Mersing, Johor. Kami ahli-ahli tidur di dorm, meriah lah kan.. Pagi tu pukul 4.30 pagi saya dah terjaga dan terus mandi dan bersiap-siap untuk solat subuh dan siapkan diri dan barang yang perlu dibawa. Pukul 7.30 kami semua sarapan di tempat yang disediakan. Kemudian kami naik kenderaan yang disediakan melalui jalan kampung menuju ke kaki Gunung Arong. Di situ kami diberikan penerangan mengenai proses pendakian, keselamatan semasa pendakian dan kami memulakan proses senaman regangan sebagai persediaan sebelum mendaki. Seterusnya bacaan doa sebelum mula pendakian. Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan dimana setiap kumpulan terdiri dari lebih kurang 7 orang peserta (tak termasuk tour guide ). Saya termasuk dalam kumpulan ketiga iaitu kumpulan terakhir..


Atas puncak Gunung Arong, Mersing, Johor...
-click pada gambar untuk besarkan size gambarnya-

                          Semasa peroses pendakian untuk naik ke puncak dan turun dari puncak gunung ini saya betul-betul terkesima melihat trek pnedakian ini. Ia membuatkan saya terfikir sejenak mengenai kebesaran Allah SWT..  Mana tidaknya, treknya yang membentuk seperti tangga itu terbentuk dari akar-akar pokok balak di dalam Hutan Simpan Gunung Arong itu sendiri. Manakala pokok-pokok yang sederhana besar dan kecil yang berdiri teguh di sepanjang trek itu bolehlah kita guna untuk berpaut. Ianya tersusun sangat  cantik. Pokok-pokok yang bersaiz besar pula bolehlah jadi tempat untuk kita bersandar sementara mencari nafas menghilangkan kelelahan. Terdapat juga pokok yang tumbang, tapi ianya bukan sia-sia. Ia boleh jadi tempat untuk kita duduk sebentara sambil minum air untuk menghilangkan dahaga. Subahanallah... Sangat cantik. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

              Semasa awal pendakian laluan agak curam / menegak iaitu 45 darjah lebih kurang, kemudian tidak terlalu curam, landai dan curam semula apabila semakin hampir ke puncak. Setibanya di puncak gunung kamu akan dapat lihat pemandangan yang Subhanallah sungguh cantik dan tak dapat lihat di tempat lain! Hanya di Gunung Arong! Puncak Gunung Arong menghadap laut dan kamu dapat lihat pemandangan Teluk Gorek dari puncaknya. Di atas puncak gunung ini terdapat pondok untuk berteduh, berehat atau nak berhenti makan sekejap sambil seflie-selfie berlatarbelakangkan pemandangan pun boleh. Lepas itu kamu akan melalui kawasan jabatan kayu, di sini juga boleh kalau nak ambil gambar sebanyak yang boleh. Kemudian kamu akan melalui permukaan yang landai, agak curam, semakin curam. Jangan bimbang kerana tali yang terikat di pokok sepanjang trek ada disediakan dikawasan yang curam itu. 

         Di kawasan yang curam tadi terdapat gaung / cerun di kiri  kanannya. Di sini lah kita dapat berfikir tentang keindahan alam ciptaan Allah SWT.  Bayangkan jika tiada akar-akar pokok yang membentuk seperti tangga dan pokok sederhana besar yang boleh kita paut? Pasti kita sudah jatuh ke bawah. Setibanya di bawah, kita perlu melalui kawasan di tepi pantai. Kalau airnya cetek jalan ajer kat pasir pantai, tapi kalau airnya agak dalam kita perlu jalan atas batu-batu besar di tepi pantai. Ya, ada laluan alternatif. Usah bimbang. Lihat, setiap kejadian alam yang diciptkan oleh Allah SWT banyak manfaatnya buat kita.  Kemudian, kita perlu merentas muara sungai. Mujur semasa proses merentas muara sungai nie airnya tak dalam sangat hanya paras pinggang sahaja. Itu pun saya dah seram. Maklumlah saya nie memang ada fobia dengan air. Maklum dulu pernah lemas. Huhuhu... Alhamdulillah... Akhirnya saya selamat juga sampai Chalet walaupun menjadi peserta yang paling lambat! Huhuhu... Maklumlah saya nie ada masaalah Achrophobia tahap teruk. Naik tangga pun gayat! Kira bila dah mendaki gunung ni macam satu pencapai besar!  Huhuhu.... Masa nak turun  boleh pulak bahu kanan sakit. Lepas tu kaki kiri dan kanan pulak kebas. Akhirnya cramp dari pinggang hingga ke kaki. Mungkin sebab salah step masa turun. Yelah turun dah macam nenek kebayan dah... Maklum terlalu gayat. Huhuhuhu... Sampai sekarang pun kaki masih lagi sakit.

   Jutaan terima kasih buat semua sahabat-sahabat yang menyertai ekspedisi kali ini. Tanpa kamu semua yang sudi membantu dan memberi sokongan kepada saya pasti puncak Gunung Arong tidak akan dapat saya jejaki. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan. Budi baik kamu semua  tak dapat saya balas. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.

        Untuk melihat pemandangan yang sebegini cantik kamu perlu melalui rintangan,halangan, cabaran ketika proses pendakian untuk sampai ke puncak... Begitu juga ketika proses turun dari Gunung ini... Begitulah kehidupan kita sehari-hari.. Untuk mendapatkan apa yang kita inginkan perlu lah ada doa dan usaha tanpa mengenal erti jemu.. Dalam hidup ini jangan pernah berputus asa, jika ingin menjadi insan yang berjaya.. Sebaliknya asam garam, dan pahit manis kehidupan itu akan membuatkan kita lebih dewasa.. Tidak ada bumi yang tidak ditimpa hujan, tidak ada manusia yang tak pernah ada masaalah..Tapi setiap masaalah ada penyelesaiannya... Jika kita impikan hidup indah sahaja, tidak adalah "adventure" dalam hidup... Hidup ini adalah satu pengembaraan. Sepanjang proses itu kita akan melalui berbagai-bagai ranjau, dugaan dan halangan... Tapi kita perlu hadapinya dengan sabar, tenang dan semangat juang yang kental tanpa mengenal erti putus asa. Jangan pernah takut untuk gagal, kerana jika kamu terlalu takut untuk memulakan langkah kamu takkan kemana-mana. Jangan berundur setelah memulakan langkah, sebaliknya hadapilah segala halangan dan cabaran yang mendatang dengan berani kerana pasti keindahan yang menantimu kelak dikemudian hari.   Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Macam pokok yang tumbang tu boleh jadi tempat untuk duduk-duduk. Jadi jika sedang melalui dugaan hidup.. Tenang saja, pasti ada keindahan yang akan kamu lihat kemudian hari... 

Sekian coretan dari saya seorang yang punya masaalah Acrophobia (phobia tempat tinggi) sejak 1997...
-seorang budak degil yang tak pernah kenal erti putus asa- NZS-


p/s: Coretan ini ditulis sepenuhnya dari pengalaman saya selaku pemilik dan penulis blog ini :
http://merpatiputih88.blogspot.my/ sebarang kekhilafan atau kekurangan harap dimaafkan.

p/s: Ini adalah pengalaman kali pertama saya mendaki gunung.

Wednesday, April 13, 2016

Angan Dalam Mimpi atau Impian Penuh Harapan?


            Al kisah di sebuah perkampungan moden yang terletak di tengah kota metropolitan yang sebra sibuk. Di sana tinggal seorang gadis miskin yang tinggal bersama keluarga kecilnya. Sejak dari kecil hingga dewasa kisah hidupnya penuh warna warni, suka  dan duka. Walaupun punya banyak kisah duka dan pelbagai rintangan yang berlaku dalam hidupnya tetapi dia tak pernah berputus asa. Meski ditolak hingga jatuh, dia bangun kembali dengan semangat yang kental. Dia punya cita-cita dan wawasan yang tinggi. Adakalanya dirasakan cita-citannya itu terlalu tinggi hingga tak mudah digapai. Suara di sekelilingnya pula menganggap impiannya itu tak ubah bak angan-angan mat jenin atau lebih tepat mimpi di siang hari yang tak mungkin akan terjadi. Hanya segelintir saja dari suara itu yang menyokong dan memberi kata semangat. Kata-kata sinis dan sindiran mereka tidak pula dijadikan pematah semangatnya... Tetapi dia jadikan itu sebagai pembakar semangat, ibarat api obor yang menyuluh malam yang kelam begitu bersemangat membara dalam diam. 



                      Kini dia sudah mula mengatur langkah dengan laju dan enggan berhenti. Langkahnya yang penuh semangat juang itu kini semakin berani untuk memburu mercu impian yang telah sekian lama dicita-citakan. Bagi pendapat dirinya jika tidak berani melangkah sekarang, jadi bila lagi mahu bermula? Dia perlu melakukan anjakkan paradigma untuk mengubah nasib dirinya dan membela nasib keluarganya. Dia tidak mahu menjadi gadis yang hanya bergantung harap penuh pada "putera impian sekalian gadis". Tapi dia mahu menjadi gadis berwawasan yang berdikari demi mencapai impian dan cita-cita sendiri sementara menunggu kehadiran "putera impian" itu. Dia sedar akan hakikat kehidupan realiti taklah seindah kisah-kisah dongeng atau novel cinta yang pernah dibacanya.  Jika  di dalam buku cerita watak wanita yang asalnya susah terus berubah 360 darjah menjadi kaya raya dan hidup dilimpahi kebahagiaan "happy ending" bila bertemu putera impian. Hakikat realiti hidup sebenar pasangan berumah tangga taklah terlalu indah seperti itu. Hakikat hidup  juga taklah mudah begitu. Dia sedar akan hakikat dirinya berasal dari keluarga miskin sahaja. Jadi dia harus tetapkan matlamat dan usaha untuk menjadi insan yang berjaya. Dia mahu berbakti kepada keluarganya dan mahu membahagiakan mereka selagi masih punya waktu yang  tersisa. Itu sahaja harapannya.


P/s: Entry ini hanyalah kisah fiksyen  pendek. Tiada ada kena mengena antara yang hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Ianya hanyalah kisah rekaan supaya menjadi sumber inspirasi buat yang membacanya . Ianya adalah sumber ilham dan pandangan saya selaku pemilik dan penulis blog ini :
http://merpatiputih88.blogspot.my/. Selamat membaca dan selamat malam buat semua...

Sumber gambar: google image

Tuesday, April 12, 2016

Secantik Rama-Rama...


Wanita seharusnya berdikari...
Wanita seharusnya punya kredibiliti,
Wanita seharusnya dilengkapi ilmu,
Wanita seharusnya bercita-cita tinggi,


               Masih ingatkah  lagi tentang kitaran hidup sang rama-rama yang kita pelajari di sekolah dulu? Rama-rama yang terlihat cantik itu asalnya dari ulat! Ia duduk dalam kepompong dan setelah itu muncul sayapnya yang penuh warna-warni cantik. Maka jadilah ia rama-rama yang cantik!


Lalu, apa yang kita boleh pelajari dari kitaran hidup rama-rama?


                Nak berjaya itu bukan mudah. Ia perlu doa, usaha, cita-cita dan ia perlu pengorbanan, ketekunan dan kesabaran. Kita tak boleh mengubah diri kita tanpa adanya usaha. Sedangkan rama-rama yang asalnya dari ulat itu pun betapa di dalam kepompongnya barulah ia menjadi rama-rama yang cantik. Kita perlukan anjakan paradigma dalam hidup. Sampai bila kita mahu berada ditakuk sama? Kita perlukan kemajuan dalam hidup. Untuk itu, cita-cita / impian itu penting. Timbalah ilmu  / kemahiran sebanyak boleh. Tetapkan matlamat kewangan dan kerjaya / business serta kehidupan kamu.  Buat sesuatu yang boleh membahagiakan diri kamu dan manfaatkanlah masa / usia kamu sebaiknya. Berbaktilah dan bahagiakanlah kedua ibu bapa kamu dan keluarga kamu. Tetapkan niat yang betul. Gantungkan cita-cita kamu setinggi boleh. Pedulikan jika ada suara-suara langau yang mengejek cita-cita kamu. Sebaliknya teruskan berdoa, berikhtiar, berusaha dengan gigih dan bertawakkal. Buktikan pada dunia kamu boleh berjaya. 


              Dalam kehidupan serba mencabar ini buktikan yang kamu boleh "survive".  Jika ada dugaan dan cabaran kehidupan yang datang kepada kamu,  bersabar dan cuba fikirkan jalan keluar. Kerana setiap masaalah ada penyelesaiaannya, setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati, kerana kematian itu pasti dan kita semua akan mati. Usah putus asa. Usah disalahkan takdir yang sudah tercatat, usah disalahkan Tuhan yang mencipta kita. Mungkin disebalik dugaan itu ada kemanisan hidup dan pengalaman baru yang kita perolehi yang boleh mematangkan kita.  


          
Jadi, Adakah kamu masih mahu menjadi seperti  si ulat beluncas yang enggan berubah atau menjadi rama-rama?



p/s: Entry ini adalah ilham dan pandangan peribadi saya selaku pemilik dan penulis blog ini:
 http://merpatiputih88.blogspot.my/ sebarang kekhilafan dan kekurangan haraplah dimaafi. Akhir kata, selamat malam buat semua...

Sumber gambar: Google image

Sunday, October 18, 2015

VIRAL Di Internet: Baik Vs Buruk

Hai Semua... Apa khabar?
Saya harap awak semua sihat-sihat sahaja...
 

     Zaman sekarang nie siapa yang tak reti guna komputer, laptop, net book, tablet, smart phone akan dianggap sebagai manusia yang ketinggalan zaman.  Di zaman ini boleh dikatakan semua benda guna kan internet. Teknologi / Internet nie sebenarnya bagus dan boleh menjimatkan kos, masa dan tenaga. Teknologi / Internet  jugak bagus untuk kembangkan business, tingkatkan potensi jualan dan sebagainya. Tapi dalam masa sama, kita sebagai pengguna teknologi / internet  perlulah bijak dalam menggunakannya.  Jika kita guna untuk tujuan kebaikkan maka jadi baiklah ia begitulah sebaliknya.

               Contoh kalau dulu kita nak makan atau nak bungkus makanan mesti kena pergi kat restoran / kedai makan. Tapi zaman sekarang nie, sesape yang jenis workaholic kerja bertimbun-timbun yang perlu disapkan dan takde masa nak pergi beli makanan. Ia bukan satu masaalah lagi. Order jer secara online. Siap boleh delivery sampai ke pejabat. Ha... kan mudah.  Tak payah lagi susah-susah nak kena cari parking kereta, nak kena beratur lagi kat kedai makan nak cari makanan, bila dah siap beli kena hadap traffic jam lagi. Contoh lain kalau kita nak bayar segala jenis bil, bayar hutang, menderma, nak transfer duit dari satu bank ke bank yang lain semuanya boleh buat secara online jer. Jimat masa, duit dan tenaga. 



             Berbalik kepada topik asal mengenai "Viral di internet" nie, kalau awak semua perasan sejak dua menjak nie boleh kata semua benda nak jadi viral. Adakalanya benda tue belum tentu sahih lagi tapi cuma dengar cerita dari sebelah pihak jer terus heboh kat semua social media yang ada dalam internet nie.  Benda yang viral kat social media (internet) nie pun adakalanya siap dipanjang kan sampai masuk ke mainstream media macam surat khabar, berita kat radio dan berita kat tv. Boleh dikatakan viral yang tercetus kat social media (internet) akan menjadi heboh bukan jer heboh kat tempat tu jer tap satu dunia! Ha.. Nampak tak betapa besar impak / kesan nya viral kat social media (internet) nie ? 


       Viral kat social media (internet) nie dah makin menjadi-jadi pulak sekarang nie. Tak kira lah isu kecik atau besar kalau boleh semua nka jadik viral. Ada viral kat social media (internet) nie terjadi secara tak sengaja, dan ada pula yang dirancang secara sengaja. Sesuatu Viral yang terjadi kat social media(internet) ada jugak yang beri impak posistif contoh untuk tujuan lariskan produk / sebagai marketing untuk business yang sedang berjalan, dan ada pulak yang jenis memang nak jadi famous. Lepas dah famous macam-macam peluang rezeki datang berderu-deru. Itu dari sudut positif, ia memang bagus. 




                   Dari sudut negatif pulak bila viral yang tercetus di social media (internet) nie melibatkan berita yang palsu, berita kecil yang sengaja ditokok tambah supaya semua orang nak tahu, fitnah, membuka aib orang. Kadang tu orang yang baca berita viral nie pulak jenis baca tajuk jer, jalan cerita tak baca habis lagi tapi terus komen berdentum-dentum menghentam / megutuk dan terus share kat semua media social. Bila ada orang lain yang betulkan keadaan sebenar, terus padam balik benda yang dia dah share tu. Tapi impaknya pada orang yang dah terbaca benda yang di share macam mana? Kadang tue dengar sebelah pihak jer, takde rasa nak semak benda tu sahih / benar atau tak terus copy paste dan share selagi boleh. Katanya "sharing is caring" , share tanda perihatin. Tapi bagiamana pula jika berita yang di share tu tidak benar, fitnah dan memuka aib orang? Adakah ia juga sebagai tanda perihatin kita terhadap sesuatu isu? Bila sesuatu isu yang di viral kan itu sebenarnya adalah palsu dan ia telah dihebohkan ke semua social media yang ada di internet, ia secara tak langsung telah menyebabkan banyak pandangan negatif, dan kegusaran di hati serta kebimbangan melampau kepada orang yang membaca berita itu.


                          Contoh bila ada sekeping gambar konon ditempat itu ada penunggu (hantu), walhal gambar yang teserbar meluas itu sebenarnya adalah gambar orang yang sedang menuju ke masjid untuk solat subuh. Bukankah berita tadi telah mencetuskan rasa bimbang, dan takut kepada penduduk setempat?   Contoh lain bila berita (yang benar) kanak-kanak hilang, kemudian ada pula berita palsu tapi dah disebar meluas yang kata kanak-kanak itu telah di culik dan dibawa lari ke negara lain,  sekarang sedang menjadi pemungut sedekah. Apa awak rasa, jika awak kehilangan ahli keluarga dan diberi khabar duka begitu? Padahal berita itu tidak benar. Contoh lain ada pula yang jenis suka sebar aib orang, contoh bila tak puas hati dengan cara orang itu bercakap atau tingkah lakunya atau cara dia berpakaian terus ambil gambar orang itu secara curi dan sebar di semua media social yang ada. Selepas itu habis orang itu (orang yang di aibkan) terus menerus di kritik, di cerca dan di hina. Soalnya begitukah cara kita untuk memberi teguran? Bukankah teguran secara bersemuka adalah lebih baik, jika tak mampu bersemuka sekalipun dan hanya berhubung melalui social media sahaja, bukankah orang yang menegur itu boleh menghantar mesej secara personal di dalam inbox orang yang ingin ditegur?  Bukankah teguran itu perlu secara berhikmah (iaitu menegur bukan dengan cara mengaibkan orang yang ditegur) ?


                                       Contoh lain, jika terlihat kereta yang di parking senget (terkeluar dari petak parking) atau kereta yang di parking di tepi jalan dan bukan di kawasan parking kemudian terus ambil gambar secara curi dan share di semua media social. Manalah tahu pada waktu orang itu mencari parking dia tak jumpa sebab parking penuh dan dia ada urusan kecemasan lalu terpaksa parking tepi jalan atau orang itu terlalu tergesa-gesa kerana urusan kecemasan hingga tak sempat nak parking betul-betul masuk petak parking.  Bukankah gambar yang telah di share tadi telah menjadi fitnah dan mengaibkan orang?  
     

                                       Akhir kata dari saya, berhati-hatilah dengan setiap ungkapan kita mahupun tulisan yang kita taip di social media ini. Tulis yang baik-baik maka akan jadi baik lah ia begitulah sebaliknya. Sebelum kita ingin share sesuatu di social media ini, apa salahnya jika kita semak dahulu kebenarannya, takut nanti ianya palsu dan fitnah. Jika perkara itu benar sekalipun, fikir baik-baik apakah impaknya kelak bila kita share berita itu di social media. Jika ia nanti kelak banyak beri impak yang buruk dan negatif contoh mengaibkan orang, adalah lebih baik kita elak untuk share berita tersebut.


P/s: Entry ini adalah sepenuhnya idea saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Sebarang kekhilafan atau kekurangan harap dimaafkan.
Sumber gambar: Google image

Sunday, October 4, 2015

Beza Kawan Dan Sahabat

Apa beza kawan dan sahabat?

Kawan ialah kawan yang  biasa-biasa. Maksudnya dia hanya menjadi kawan awak sebab awak satu kuliah yang sama, satu kelas yang sama atau satu rumah yang sama atau duduk satu kawasan yang sama. Hubungan awak dan dia taklah seakrab mana dan tak lebih dari batas begitu. 

Burung: Jom kita amik gambar kenangan... 1,2,3 senyum... 
Tikus: Kau tak segan ke berkawan ngan aku nie ha... Dah lah hitam, hodoh dan busuk pulak tue...
Burung: Tak baik cakap macam tu, kau lah best friend forever aku..  (sambil peluk tikus guna sayapnya)


                   Tapi sahabat atau sahabat sejati ialah seseorang yang ada dengan awak di saat awak susah atau senang, kaya atau miskin, sihat atau sakit, gembira atau berdukacita , ketawa atau menangis. Pendek kata dia sentiasa ada. Seorang sahabat dia akan sentiasa beri pertolongan sedaya dan semampu yang dia boleh saat awak memerlukan dia, dan pertolongan dia tanpa perlu awak minta atau terpaksa merayu-rayu kat dia. Pertolongan itu tak semestinya dalam bentuk wang ringgit, kebendaan tapi ia juga termasuklah kata-kata nasihat, motivasi dan  dorongan yang membakar semangat awak untuk meneruskan kehidupan.

Kambing: Gatal-gatal lah badan aku nie
Monyet: Meh sini aku check... Kot-kot ada kutu ke..
Kambing: Terima kasih nyet..
Monyet:Sama-sama. Bab cari-cari kutu nie kau serah jer kat aku...hehehehe 


           Seorang sahabat sejati takkan pernah memandang kasta kebendaan, wang ringgit, harta atau kedudukan dalam menjalinkan persahabatan. Apa yang penting ialah kejujuran dan keikhlasan dalam bersahabat. Iaitu bersahabat tanpa ada niat atau matlamat tertentu. Seorang sahabat akan menegur kesilapan dan kekhilafan sahabatnya (menegur tanpa menjatuhkan aibnya, iaitu menegur secara berhikmah). Ini kerana dia amat menyayangi sahabatnya itu dan dia tak mahu sahabatnya terus-terusan melakukan kesilapan dalam hidup yang boleh merosakkan diri mahupun masa depan sahabatnya tadi. Seorang sahabat yang baik akan sentiasa mendoakan yang baik-baik buat sahabatnya. Seorang sahabat yang jujur tidak pernah merasa iri hati melihat kelebihan atau kesenangan yang dimiliki sahabatnya, malah dia akan menjadikan kejayaan sahabatnya sebagai sumber inspirasi untuk dirinya berjaya kelak. Seorang sahabat yang jujur akan senang hati melihat sahabatnya gembira dan senang, dan dia akan merasa sedih apabila melihat sahabatnya mendrita atau merana.

  Seorang sahabat tidak akan pernah mengkhianati sahabatnya. Apatah lagi memburuk-burukkan atau menyebarkan aib sahabatnya. Seseorang sahabat itu tidak akan pernah sama sekali memfitnah sahabatnya. Seseorang sahabat tidak akan pernah sesekali memutar belitkan cerita demi kepentingan diri sendiri dan menjatuhkan sahabatnya itu.  Jika ada yang tak kena pasti di suarakan dan dibincangkan bersama. Seorang bergelar sahabat sejati tidak akan sesekali baling batu sembunyi tangan. Iaitu menjatuhkan sahabatnya sendiri di sebalik senyuman yang di ukirkan dan kebaikannya yang di lakonkan olehnya... Jika perkara-perkara seperti ini terjadi... Si dia tidaklah layak di gelar sahabat sejati.. Tetapi hanyalah layak digelar kawan biasa sahaja...


Ayam: Dah petang dah nie aku kena balik, tapi kaki aku sakit nie...
Kucing: Takpe meh aku hantar kau balik. Cepat panjat, aku dukung kau..

                  Mencari kawan memang mudah tapi mencari sahabat sejati amatlah payah. Sahabat sejati nie susah nak jumpa, tapi saya yakin setiap orang pasti ada seorang sahabat sejatinya yang tersendiri. Jumlah kawan juga biasanya lebih banyak dari sahabat sejati. 


Antara dua gambar di bawah kamu pilih yang mana sebagai ikon sahabat sejati?
1

2



P/s: Saya dapat ilham nak taip entry nie selepas nampak gambar ular dan tikus tue di google. Sebranag kekurangan atau kekhilafan harap dimaafkan. Good night everyone... :)

Sumebr gambar:Google image

Sunday, September 27, 2015

Jerebu Kelabu

Hai semua!
Apa khabar korang semua ? Sihat?
Macam mana keadaan cuaca kat tempat korang? Jerebu ke tidak?



Kat Jaybee (Johor Bahru) nie cuaca jerebu tengah teruk...
Kelam, macam mendung nak hujan tu tapi tak mendung pun... JEREBU...
Berkabus macam kat Cameron Highland tapi bukan kabus pun...  JEREBU...

             Jerebu ni berpunca dari kebakaran hutan di negara jiran tetangga... Kesannya bukan sahaja kat negara jiran tetangga (tempat yang hutan terbakar jer) tapi asap dan debu jerebu tu terbang sampai ke sini... Impaknya bukan sahaja pada pencemaran pemandangan, pencemaran udara sahaja tapi ia juga membahayakan kesihatan... Bukan itu sahaja, dengan cuaca berjerebu nie membahayakan aktiviti harian jugak macam nak driving tapi sebab penglihatan yang tergangu boleh mengundang bahaya dia tas jalan raya. Yalah, kalau dah jarak penglihatan pun makin terbatas dan cuaca berkabus dengan debu jerebu memang bahaya. Bukan jer bahaya untuk pengguna kenderaan darat, tapi kenderaan laut dan kenderaan udara jugak akan merasai impak yang sama jugak. 


                  Sebab bakar hutan, buat penceraman udara tu impaknya dirasai semua golongan. Kita semua sebagai manusia berhak untuk hidup dalam udara yang sihat persekitaran yang sihat. Tapi itu semua perlukan kerjasama dari kita semua penduduk planet Bumi. Kalau sorang dua jer yang berkeras nak jaga alam sekitar tapi yang lain makin buat kemusnahan alam berleluasa pun tak boleh jugak. Fikir semula,:

-Adakah untung hasil bakar hutan tu boleh bayar balik kerugian orang lain yang perjalanannya  (pengguna kenderaan darat, laut dan udara) yang tergangu sebab jerebu? 

-Adakah hasil keuntungan bakar hutan tu boleh bayar balik kesihatan orang lain dan hidupan lain yang terganggu dan terancam akibat jerebu? Serta adakah ia boleh bayar balik nyawa yang terancam akibat jerebu?

-Adakah hasil keuntungan bakar hutan tu boleh bayar balik sumber rezeki orang lain(contoh peniaga yang berniaga di tempat terbuka dan nelayan)  yang terganggu dan terjejas akibat jerebu?

-Adakah hasil keuntungan bakar hutan tu boleh bayar balik ketenteraman orang lain yang terganggu akibat jerebu dalam melakukan aktiviti hariannya?


                    Lihat sekeliling kita yang terganggu teruk akibat jerebu. Pasti kita ada jawapannya.               Disaat   begini pasti kita sangat rindu dengan udara dan pemandangan yang cantik dan indah. Disaat begini baru kita rasa "tak best" dan "boring" sebab tak dapat nak buat aktiviti outdoor secara bebas (contoh bersiar-siar, berkelah, memancing, lepak dengan kawan-kawan dekat kedai makan tepi jalan, jogging, dan sebagainya). Kalau sebelum nie kita boleh keluar rumah tak payah susah-susah pakai topeng muka. Sekarang dah kena pakai topeng muka pulak! Itulah akibat dan harga yang perlu kita bayar bila kita tak jaga dan tak hargai keindahan alam sekitar dan memusnahkan keindahan alam.

     Jadi, nak soal semula nie:

Penting atau tidak jaga alam sekitar?


p/s: Entry ini hanyalah pandangan peribadi saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.my/) sebarang kekhilafan harap dimaafkan.
Sumber gambar: goolgle image



Thursday, September 24, 2015

Puisi: Perjalanan


Perjalanan hidup penuh warna-warni...
Ada dugaan dan cabaran yang menanti...
Ada onak duri yang perlu dirempuhi...
Semua itu harus kau lalui...
Walaupun ia akan membuatkan kau jatuh terluka...
Kadangkala kau juga merasa hampa dan kecewa..
Bila apa yang kau hajati tidak berjaya kau miliki...
Usah putus asa...
Usah mudah berpaling berundur semula dari cita-cita...
Teruskan usaha...
Mungkin hari ini engkau kecewa...
Mungkin hari ini kau jatuh dan terluka...
Tapi esok mungkin ada bahagia...
Jadi teruslah melangkah...
Usaha berhenti di tengah-tengah...
Usah mengalah dan menyerah kalah...
Teruslah maju ke depan sampai segala  impian berjaya kau miliki...


P/s: Puisi yang tidak seberapa nya ini adalah nukilan dan idea dari saya sepenuhnya selaku penulis dan pemilik blog (http://merpatiputih88.blogspot.my/) . Sebarang kekurangan harap dimaafkan.             Hak Cipta Terpelihara.Tidak dibenarkan diterbitkan dimana-mana.


Friday, August 21, 2015

Soalan-Soalan Cepu Emas

                     

Biasanya bila kita pergi menghadiri majlis-majlis tertentu seperti majlis jamuan hari raya, kenduri kendara tak kira lah kenduri kahwin atau kenduri kesyukuran atau kenduri arwah sekalipun, mesti akan keluar soalan cepu emas seperti:-

Bila nak kahwin?
Bila nak ada anak?
Bila nak tambah anak lagi?
Ada anak perempuan jer...? Bila nak dapat anak lelaki pulak?
Bila nak dapat menantu?
Bila nak dapat cucu?
Bila nak beli rumah sendiri? 
Bila nak beli kereta?

               Yelah, secara positive  nya mungkin soalan di atas ditanyakan sekadar menjadi modal berborak setelah sekian lama tak berjumpa. Tapi kalau dah tiap-tiap kali jumpa asyik nak tanya soalan sama orang yang ditanya pun bosan jugak nak dengar soalan sama. Apa ke yang bertanya tak penat-penat menyoal dan terus menyoal...? Ada pulak yang menyoal berbaur sindiran sinis seperti:

Bila nak makan nasi minyak? bila nak kahwin nie...? Takkan tak laku-laku lagi kot? Tak takut membujang sampai tua ke?

Saya masa umur sebaya macam awak dah ada anak dua... Awak kahwin pun belum... Kesian..

Saya sekarang nie anak-anak semua dah besar-besar... Awak dah kahwin lama sorang anak pun tak keluar lagi... Mandul ke?

Saya anak ramai... Memang keluarga baka keturunan subur-subur, tak payah nak buat macam-macam rawatan atau makan macam-macam supplement pun senang jer dapat anak...

Saya sekarang nie dah ada tiga buah rumah... Awak bila lagi nak beli rumah? Takkan nak duduk menyewa sampai ke mati..?



           Pendapat saya, setiap orang punya rezeki yang berbeza-beza, punya jalan cerita hidupnya berbeza-beza juga... Walaupun kita nie kembar sekalipun tak semestinya rezeki dan nasib kita akan sama. Buat orang yang terus-terusan disoal bersabarlah... Usah dilayan kritikan manusia yang suka berbangga dengan apa yang dia ada dan persoal orang yang tak ada apa yang dia ada. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Teruslah berdoa, berusaha dan berikhtiar serta abaikan sahaja kritikan dan soalan berbaur sindiran sebegitu. Usah terlalu difikirkan sampai menggangu hati perasaan,serta fikiran dan kesihatan kita. Kita berhak untuk hidup dengan tenang, sihat, gembira dan bahagia walaupun kita juga punya kekurangan itu.

                 Kita kena luaskan pandangan kita terhadap maksud rezeki. Rezeki bukan hanya pada wang ringgit,tahap pendidikan, rumah, tanah, kereta, anak dan pasangan hidup sahaja, tapi rezeki meliputi kesihatan, keselamatan, ketenangan dan sebagainya. Mungkin kamu belum berkahwin  usah bersedih, gunakan waktu ini untuk tingkatkan ilmu agama/ akedemik / kemahiran-kemahiran serta perkukuhkan kerjaya / business. Zaman solo adalah waktu yang sesuai untuk meluangakan lebih waktu bersama ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan. Apa kata kamu pergi bercuti bersama keluraga / rakan rakan, selain boleh mengurangkan stress manalah tahu kamu bertemu jodoh pula nanti. Jika kamu belum lagi dikurniakan anak usah bersedih, sebaiknya gunakan waktu yang ada ini untuk ber honeymoon, bercuti , bersantai berdua bersama pasangan. Lakukan sahaja hobi kamu berdua sebagai aktiviti bersama. Pasti hubungan kamu berdua bertambah erat dan romantis.


          Buat yang menyoal, kamu perlu sedar semua rezeki itu datang dari Allah SWT.  Ya, kita sebagai manusia memang boleh merancang dan boleh berusaha, tapi tak semua apa yang kita rancang dan kita usahakan akan menjadi dan jika ia menjadi pun tak semua boleh dapat dengan mudah. Ujian dan cabaran setiap orang itu berbeza dengan kamu. Kamu mungkin punya kelebihan di satu bahagian tetapi kamu juga punya kekurangan di satu bahagian yang lain, begitulah juga dengan orang yang kamu soal itu. Kamu juga perlu sedar segala apa yang kamu ada hari ini ialah rezeki dan nikmat dari Allah SWT, hargailah ia semua sebagai satu anugerah dan amanah dari Allah SWT... Janganlah pula kamu terlalu riak dan bongkak meninggi langit atas rezeki dan nikmat yang kamu terima itu kerana kamu juga hanya manusia biasa sahaja. Bukankah daripada kamu terus menyoal dan menyindir orang yang soal, lebih baik kamu beri nasihat dan kongsikan pengalaman kamu serta beri kata-kata semnagat dan motivasi kepada mereka ini? Bukankah begitu lebih baik daripada kamu terus-terusan menyindir dan menyakiti hati si pendengar dan menambah dosa kamu pula...?

P/s: - Coretan ini hanyalah sekadar pendapat peribadi saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com/) sebarang kekhilafan harap dimaafkan. Sumber gambar: google image.

Monday, May 18, 2015

Cinta Yang Tak Pandang Kecantikan Fizikal...

           

        Zaman sekarang ni boleh dikatakan hampir semua orang nak kelihatan cantik... Lihat saja dipasaran sekarang berlambak-lambak produk kosmetik dan supplement untuk jadi cantik, putih gebu, kulit flawless (ibarat bayi)  tanpa sebarang jerawat atau jeragat, kurangkan berat badan, montok kan bentuk badan, kecikkan pinggang, nak tinggi dan macam-macam lagi... Majoriti porduk kecantikan jenis-jenis begini mudah popular dan sangat laris di pasaran... Itu belum termasuk jenis yang suntik menyuntik atau pembedahan... Itu namanya "beauty with pain", sanggup susah payah berhabis duit , tenaga dan sakit-sakit semata-mata nak cantik dan sempurna... Mungkin tahap obsess terhadap kecantikan akan makin menjadi-jadi bila seseorang tu dah ada teman istimewa... Kalau boleh biarlah orang yang dia sayang nampak dia sorang jer yang cantik dan bergaya... Semua tu mungkin sebab takut cinta hati tadi curang, atau berpaling tadah pada yang lain... Ini semua mungkin ada kaitan dengan anggapan sesetengah dari masyarakat kita bahawa :

"Orang yang cantik mudah dapat jodoh (berjodoh di usia muda)" 
"Orang yang cantik mudah dapat jodoh yang orang tampan "
"Orang yang cantik mudah dapat jodoh lelaki yang baik, kaya, bertanggungjawab"
"Orang yang cantik hidupnya sempurna, bahagia " 
"Orang yang cantik ramai peminat dan kawan" 
"Orang yang cantik disayangi ramai dan popular"

        Kadang-kadang terfikir juga oleh saya, mungkin sebab dikalangan kita nie banyak sanggat disoggokkan dengan cerita fantasi donggeng gadis cantik kemudian dapat berkahwin dengan putera raja contoh macam Cinderella.. Jadi sejak dari kanak-kanak lagi mindset kita dah setting bahawa nak dapat jodoh yang kacak persis putera idaman haruslah cantik... 



      Saya pula lebih percaya yang cinta yang sebenar iaitu cinta dengan hati yang jujur, tulus lagi ikhlas tak perlu pandang pada paras rupa fizikal pasangan. Kerana adalah amat mustahil bagi kita untuk kelihatan cantik dan berdandan rapi sepanjang masa.  Takkan bila kita nak tidur kita perlu bermekap macam nak naik pentas? Takkan bila kita sakit, kita tetap nak set rambut dan mekap tebal-tebal ? Takkan bila usia kita semakin  berganjak dan kulit mula berkedut setiap hari kita nak inject botok, makan supplement collagen (sebab terlampau obses sangat takut kedut, tak nak nampak tua)  ?
Takkan setiap tahun nak buat plastic surgery nak repair bentuk badan, bentuk muka, tekstur kulit sebab kita dah beusia...? Sedarlah kita semua akan tua bila sampai masanya nanti (jika kita sempat merasa usia tua dan dipanjangkan usia hingga usia tua) ... Pada masa itu pasti kedutan dan uban tu perkara yang biasa...


         Saya rasa cinta yang hanya pandang pada rupa paras fizikal semata-mata pasti sukar untuk bertahan dalam jangka hayat yang lama. Kerana apabila bentuk badan sudah berubah size, kulit sudah tak flawless macam dulu, wajah dah tak secantik macam masa mula-mula dating, rambut dah tak sempat nak set pergi saloon, mulalah pasangan tadi intai-intai orang luar yang lebih cantik dan anggun. Silap haribulan kalau orang luar lebih cantik, flawless, slim, putih gebu daripada pasangannya yang sedia ada, pasangannya itu akan ditinggalkan... Adakalanya pasangannya masih cantik jelita pun, si lelaki masih boleh curang dan pandang orang lain yang cantik jugak, sebab terlalu banyak pilihan yang cantik-cantik sampai rambang mata nak pilih!



              Cinta yang sejati sepatutnya datang dari hati yang tulus ikhlas tanpa mengira paras rupa atau perubahan bentuk fizikal, perubahan kesihatan (kerana tak sepanjang masa kita akan sihat, pasti satu masa kita kan merasa tidak sihat ) pertambahan usia (sebab itu semua normal) ...  Kerana cinta yang sejati perlukan kasih sayang, cinta, persefahaman, bertolak ansur, bertoleransi, saling percaya,  bertanggungjawab, menjadi pendengar yang baik, menjadi penasihat yang baik, menjadi kekasih hati dan dalam masa sama menjadi sahabat baik... Kemudian barulah kita akan rasa bahagia, sebab kita bebas menjadi diri kita sendiri  (diri kita yang sebenar). Sebab kita tahu yang pasangan kita memang sayangkan kita dan terima diri kita seadanya (sebab kita dapat rasa disayangi, dihargai tanpa perlu terlalu obsess untuk cantik sempurna sepanjang masa), kita juga yakin dengan diri sendiri (rupa fizikal diri sendiri). 
nie Nick Vujivic
Dah jadi pakar motivasi dan dah banyak menghadiri forum
Sekarang dah ade buku kisah hidupnya sendiri
dah kahwin dengan wanita cantik dan dah ade anak yang comel
Sangat memberi inspirasi kepada saya...
Kerana beliau yang tak punya tangan dan kaki pun masih mampu hidup berdikari,
masih ada semangat yang tinggi dan yakin diri sendiri...

            Dalam hidup ni kita kena yakin dengan diri sendiri, sayang diri sendiri, bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita, menghargai diri sendiri dan pedulikkan cakap-cakap belakang atau sesiapa saja yang mengejek-ngejek paras rupa kamu hingga  membuat kamu merasa tertekan dan  terpaksa untuk berhabis-habisan untuk kekal cantik walaupun sudah berusia 100 tahun! Usah begitu... Untuk kelihatan cantik tak salah, tapi biarlah berpada-pada... Sebelum nak ambil apa-apa supplement atau nak amalkan sebarang diet rujuk pakar terlebih dahulu... Kalau boleh janganlah sampai nak suntik botok atau buat bedah plastik... Belajarlah bersyukur dengan apa yang kita ada.. Percayalah pasti akan ada orang yang menyayangi dan menerima kamu apa adanya...

p/s:        Coretan saya nie dikarang oleh saya sendiri selaku pemilik dan penulis blog (http://merpatiputih88.blogspot.com/). Kredit gambar google image . Sebarang kekhilafan harap dimaafkan.  Saya dapat idea menulis coretan nie lepas tonton video nie:

 

Video nie pasal sepasang pasangan muda yang sanggup mekap muka jadi tua
untuk lihat perubahan wajah mereka apabila meningkat usia  lanjut kelak...
Sweet kan? Kan best bila dapat jumpa pasangan yang tetap sayang kita
dan terima diri kita seadanya walaupun kita dah tua... Itulah bahagia... :)


Wednesday, February 25, 2015

Jatuh Cinta



Biasa orang sebut jatuh cinta atau bahasa inggeris falling in love....
Mungkin sebab itu cinta ini boleh jadi bahagia dan boleh jadi sakit...
Ibarat bunga mawar , cantik dan wangi tapi penuh duri pada tangkainya...
Silap hari bulan tangan kamu yang terluka bila menyentuhnya..
Begitu jugaklah dengan cinta, adakalanya boleh buat kamu bahagia, ketawa, gembira tapi adakalanyn boleh buat kamu berduka lara, sedih dan menangis hiba...
Bila dilihat semula pada perkataan "jatuh" atau "falling" itu pun mempunyai maksud tersirat iaitu: Cinta itu hadir bersama risikonya yang tersendiri, risiko untuk kamu kecewa dan sakit disamping rasa bahagia yang kamu harapkan...Tersilap langkah pasti hati kamu pula yang akan patah dan gundah gulana kerana terluka oleh kerana cinta..

Cinta itu boleh jadi bahagia:-
Bahagia bila orang kamu sayang terima diri kamu seadanya dan seikhlas hati...
Bahagia bila orang yang kamu cinta itu memahami kamu dalam apa jua situasi...
Bahagia bila orang yang kamu sayang sentiasa menemani kamu dalam apa jua situasi, tak kira susah, senang, sakit , sihat, ketawa atau tangis...
Bahagia bila orang yang kamu sayang sentiasa menjadi peneman, dan pendengar setia saat kamu berada dalam situasi yang sukar atau getir, dia jugalah yang selalu bagi kamu nasihat membakar semangat...
Bahagia bila orang kamu cinta juga mencintai dan menyayangi kamu sama seperti kamu cinta dan sayang dia..


Cinta itu boleh jadi sakit:-
Sakit bila kamu jatuh "gedebuk", hingga buat hati kamu itu terluka dan terhiris...
Sakit bila kamu ditinggalkan dan dilukai oleh orang yang kamu cintai...
Sakit bila dibohongi oleh orang yang kamu sangka sayangkan kamu tapi sebenarnya penuh pura-pura dan cintanya hanyalah palsu...
Sakit bila orang yang kamu sayang hanya mahu bersama kamu saat kamu bahagia, gembira tapi tinggalkan kamu sendirian saat kamu sakit, sedih atau merana...
Lebih sakit bila kamu terlalu obsess sayang dan cintakan dia, kamu terlalu percaya hinggalah kepercayaan yang kamu berikan itu langsung tak dihargai malah dikhinati pula...
Lebih parah lagi bila walaupun kamu telah banyak kali terluka dan kecewa dengan sikap dan tingkah lakunya kamu tetap berikan dia peluang berulang-ulang sebab cinta dan sayang terlalu sukar untuk dibuang, tapi akhirnya kamu juga kecewa berulang-ulang...







Namun, walaupun pelbagai risiko yang bakal dilalui dan walaupun telah sering kali dilukai dan dikecewakan seseorang itu sanggup saja untuk terima risiko sakitnya cinta demi kerana harapannya untuk mendapatkan cinta yang bahagia... Kata akal dan hati selalu saja berbeza, hati tetap masih mahu menaruh harapan sedangkan akal kita telah terfikir yang kita bakal dikecewakan kelak... Mungkin sebab itulah ramai orang anggap cinta itu buta...


Tapi janganlah sampai kita menjadi buta kerana cinta... Janganlah terlalu obsess mengejar cinta manusia, kerana semuanya hanyalah sementara... Cintalah kepada yang lebih utama iaitu Allah SWT... Berilah cinta kita sepenuh dan seikhlas hati kepada-Nya kerana kita tidak akan pernah merasa dikecewa oleh-Nya seperti mana manusia mengecewakan kita...


p/s: Ini hanyalah nukilan idea dan pendapat saya selaku penulis dan pemilik blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com/) Sebarang kesilapan atau kekurangan harap dimaafkan.  Kredit gambar google image.

Tuesday, February 10, 2015

Cara Untuk Berdepan Dengan Kritikan Pengkritik

Hai semua... Apa khabar? Harap Semuanya sihat sahaja

       Berbalik kepada topik asal, saya tulis entry nie sebab bila saya lihat kat statistik blog saya nie ramai yang datang ke blog saya nie melalui ejen carian google dan keyword yang dicari adalah berkenaan tajuk berikut:

Cara berdepan dengan orang yang suka mengutuk
Cara menghadapi pengkritik
Cara nak hilangkan stress
Cara hilangkan stress
Amalan untuk kurangkan stress
Sabar itu indah

Jadinya entry nie ditulis sebagai jawapan kepada persoalan yang dilontarkan pembaca blog saya (blog yang tak seberapa nie).


              Kita kena faham dalam dunia nie tak semua orang akan suka / bersetuju dengan apa yang kita buat, dan ada orang yang boleh jadi tidak bersetuju dengan cara kita atau tindakan kita atau idea kita. Adakalanya benda yang orang tak suka / tak setuju tu bukan bermaksud ianya adalah salah, malah adakalanya ianya adalah sangat baik, tapi kadangkala kita jadi hairan kenapa masih ada yang tak sependapat dengan kita? Keadaan akan menjadi lebih buruk bila orang yang tak sependapat dengan kita tu pukul canang kisah kita, dan beritahu kat semua orang tentang kelemahan / kekurangan diri kita (adakalanya benda yang dia pukul canang itu boleh jadi ianya fitnah semata-mata yang sengaja direka ceritanya supaya orang lain turut tidak bersetuju dengan cara kita). Kita jadi tertanya-tanya kenapa semua ini terjadi?

Kritikan oleh pengrkiritik terbahagi kepada dua iaitu:

1.  Kritikan yang membina
        Iaitu si pengkritik mengkritik bukan dengan niat untuk mencari silap dan salah kita semata-mata, tapi dia sebenarnya mahu memberi teguran dan nasihat atas kekhilafan atau kekurangan yang ada pada diri kita agar boleh kita perbaiki di masa akan datang. Tegurannya itu jujur, ikhlas semata-mata mahu melihat kita berjaya dan menjadi orang yang lebih baik di masa depan. Dari tegurannya itu juga membuka ruang untuk kita menjadi manusia yang lebih sabar, tabah dan kuat. Dia juga tidaklah semata-mata mengkritik sebaliknya memberikan pandangan dan cadangan yang mungkin boleh kita aplikasikan dalam kehidupan kita.

              Dia juga menasihat kita dengan cara yang berhemah iaitu tidaklah "menasihat kita di depan ramai orang", tidaklah juga menjerit-jerit atau meninggikan suara hingga semua orang boleh dengar nasihat yang ingin disampaikan kepada kita. Dia juga tidaklah menyindir atau menyelar kita secara terang-terangan di media social hingga boleh dibaca ramai orang atas alasan ingin memberi nasihat. Sebaliknya tegurannya itu mungkin dibuat secara bersemuka dan tidaklah didepan khalayak ramai, atau boleh jadi dia menghantar mesej atau email secara private dan tidaklah didedah kan secara terbuka di media social.

2. Kritikan untuk menjatuhkan
          Iaitu si pengkritik memang berniat untuk mencari silap dan salah kita serta segala kekurangan dan kelemahan diri kita seolah-olah mahu dibongkarkan secara keseluruhannya. Adakalanya pengkrtiki jenis ini suka tokok tambah cerita kelemahan diri kita (yang tak ada sengaja diadakan iaitu fitnah) semuanya agar orang lain percaya akan semua yang dia kata dan mengajak orang lain supaya memusuhi dan membenci kita. Semuanya di lakukan adakalanya tanpa sebab yang kukuh dan boleh jadi juga si pengkrtik itu memang tidak menyukai diri kamu secara keseluruhannya sebab itulah apa saja yang dilakukan kamu nampak cacat saja di mata dia. 

        Mungkin  boleh jadi juga ianya di sebabkan oleh sikap iri hati, dengki dan tamak yang bersarang dalam dirinya, iaitu tak mahu kamu lebih dari dia. Mungkin kamu ini punya banyak kelebihan yang membuatkan si pengrkitik jenis ini berasa tercabar dan iri hati misalnya: kamu pelajar yang paling pintar dan idea-idea kamu kebanyakkanya bagus, kamu ketua yang baik, kamu pekerja yang rajin dan cekap (bagi apa aje kerja semua boleh settle dengan cepat) kamu disenangi orang sekeliling, kamu ada kelebihan mungkin dari segi rupa paras / gaya, wang ringgit dan harta benda
                

Ingat pesan ini:


"Walau apa pun jua kritikan yang datang kita kena hadapi ia dengan tenang, cool , sabar... Anggap saje semua kritikan yang dilontarkan itu (samaada yang membina atau menjatuhkan) itu sebagai pemangkin untuk kita menjadi orang yang lebih berjaya masa depan."

Seharusnya kamu yang dikritik haruslah ambil langkah-langkah berikut bila dikritik oleh pengkritik:

1. Tenang dan Sabar. 

2. Muhasabah diri semula (renungi semula apa kekurangan / kekhilafan yang ada pada diri kamu ,serta cubalah perbaikinya)

3. Lihat kelebihan, kritiviti, bakat, kekuatan dan potensi yang ada pada diri kamu. Cuba gilap semua itu dan lakukannya dengan penuh minat serta bersungguh-sungguh tanpa putus asa sampai kamu berjaya.

4. Berfikiran positif. Jangan serabutkan kepala kamu untuk fikir apa yang orang akan kata dan benda-benda yang useless. Jangan sempitkan hati kamu untuk balas dendam semula. Tetapi seharusnya kamu harus fikir apa yang harus kamu buat untuk majukan diri kamu, dan kamu harus ajar hati kamu untuk menjadi tenang... Biarkan saja  orang yang  nak cakap negatif atau fitnah kamu, yang paling penting kamu kena buktikan yang walau kamu dikeji, dikritik , dicaci macama sekalipun tapi kamu tetap kuat, sabar dan tenang serta akhirnya kamu menjadi insan yang berjaya malah lebih berjaya dari sebelum ini.

5. Memegang slogan "Hidup bukan untuk dipuji, dan tidaklah mati kerana dikeji"

6. Sentiasa mempunyai semangat juang yang tinggi serta sentiasa bermotivasi.

7. Ingat : "Rezeki kita bukan ditentukan oleh manusia, tetapi rezeki kita di tentukan oleh Allah SWT"



   Sekian saja ulasan dan pandangan saya berhubung topik ini. Harap ianya sedikit sebanyak dapat membantu.  Oh ya, kamu juga boleh baca entry-entry lama saya yang berhubung kait dengan topik ni di sini:





p/s: Entry ini adalah pandangan dan idea sepenuhnya saya selaku pemilik dan penulis blog blog ini
(http://merpatiputih88.blogspot.com). Sebarang kehilafan mohon dimaafi, gambar ehsan google..  Akhir kata, terima kasih sebab sudi berkunjung dan baca blog picisan saya nie

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...