Translate

Showing posts with label review filem. Show all posts
Showing posts with label review filem. Show all posts

Monday, July 18, 2011

Juvana Dah Tamat....






Drama Juvana nie dah pun tamat bersiaran tadi...
Saya memang suka drama yang macam nie, yang banyak pengajaran walaupun banyak babak gaduh...
Takpe, saya pun memang suka tengok cerita yang ada lawan-lawan nie, barulah trill kan...
Takkan lah nak jiwang 24 jam, huhuhuhu....(^_____^)
Episode terakhir nie memang the best....
Drama nie banyak pengajaran sebenarnya...
Setiap watak pelajar  yang  ada dalam cerita nie ade cerita tersendiri (kisah silam masing-masing kenapa mereka sampai masuk sekolah juvana)...
Cerita nie sangat berkait rapat dengan isu gejala sosial remaja masa kini yang makin meruncing..
Dan perkara ini di garap dengan baik melalui drama bersiri ini...
Sekalung tahniah ingin saya ucapkan buat penulis skrip dan pengarah drama ini juga tenaga kerja nya..
Tahniah juga kepada semua para pelakon yang berjaya menghidupkan watak masing-masing...
Saya suka ending cerita nie, selepas 10 tahun Daim akhirnya jadi cikgu dekat sekolah tue...
Nie boleh dijadikan contoh buat  remaja di luar sana yang merasakan diri mereka tak boleh berjaya, tapi sebenarnya mereka punya potensi untuk menjadi orang yang berjaya, tapi sayangnya mereka tak tahu macam mana nak capai kejayaan...
Situasi nie berlaku pada watak Daim, yang mana dia dah berasa sangat putus asa apabila di masukkan ke dalam sekolah juvana dan  seringkali di buli  dnegan teruk, hinggalah Cikgu Zakiah memberikan Daim kata-kata motivasi dan nasihat, dari situlah baru Daim sedar akan potensi dirinya....
Rakan-rakannya yang lain pun menunjukkan reaksi positif untuk berubah kearah kebaikkan akhirnya kecuali watak Botak...

Nie blog Daim atau nama sebenarnye Zahiril adzim:-


P/S:-Entry ini adalah pandanagan peribadi saya terhadap drama bersiri Juvana ini, gmabar adalah ehsan Google Image...

Nota:- Apa yang baik kita jadikan pengajaran, yang buru kita jadikan sempadan...


Saturday, May 28, 2011

Nur Kasih The Movie Memang Terbaik.....(^_____^)


 Pada 3.00 petang tadi saya pegi tengok cerita nie dengan dua orang best friend dari zaman sekolah saya...
Semangat untuk tengok filem nie meluap-luap sebab kami bertiga memang minat dengan drama bersiri Nur Kasih..
Lebih-lebih lagi bila filem nie dapat komen-komen yang positif dari kalangan rakan-rakan saya di Fb..
Lepas tengok filem nie , Saya rasa nak bagi 4 bintang daripada 5 bintang...
Filem nie adelah kesinambungan dari Drama Bersiri Nur Kasih yang di siarkan di TV3..
Drama Nur kasih tue di tonton oleh 19 juta penonton(fuhh ramai betul, memang meletup-letup kat tv mase tue..)
Maybe, sebab tuelah filem nie di siarkan pada 19 Mei kot...
Ok , kepada sesiapa yang tak pernah berpeluang nak tengok drama bersiri Nur Kasih kat Tv3 tue,bolehlah baca sinopsis penuh Drama Nur Kasih (Sinopsis Drama Nur Kasih-tv3)
Filem nie memang menyentuh perasaan dan best sangat-sangat..yang penting dalam filem nie terdapat banyak massage dan pengajaran yang ingin di sampaikan kepada penontonnya ianya bolehlah dijadikan sebagai pedoman, panduan dan pengajaran..
Selain daripada itu filem nie boleh dikategori kan sebagai filem cinta yang Islamik tapi tak boring dan ianya jugak romantik...(hehehehe..saya suke...)
Massage yang disampaikan secara mudah dan bersahaja dalam dialog-dialog dan babak-babak dalam Filem nie memang mudah dan senang difahami oleh semua lapisan masyarakat...
Elemen suspen dalam filem nie memang digarap dengan baik,jalan cerita dia pun menarik disamping pemilihan lokasi yang mempunyai pemandangan menarik dan berseni  bagi latar cerita nie...
Sinematografi die memang menarik secara keseluruhan..
*

*

*


~ Meh Layan Trailer cerita  nie~







~Jom Layan Lagu Tema Dia Pulak~







Oh ya, Filem nie hanya ditayangkan DI PAWAGAM SAHAJA. Jadi, marilah beramai-ramai tonton  filem nie ye..


P/s:-Rasa tak puas tengok cerita nie tadi, rasa nak tengok lagi jer....(^____^)








Thursday, March 24, 2011

Haiwan Buas Pun Punya Perasaan Kasih Sayang....


Siapa kata haiwan buas lagi ganas tiada perasaan kasih sayang?
Kadang-kadang saya terfikir kenapa mansia masih sanggup membuang bayi, mendera kanak-kanak, mendera haiwan..? kemana pergi nya kewarasan akal kiat sebagai manusia? kemana [ergi nya perasaan kasih dan belas kasihan kita..?


Jumaat lepas saya tengok filem  nie kat TV3..
-Ianya sangat-sangat sedih..
Filem nie mengisahkan dua ekor anak harimau kumal dan sagha..
Cerita nie sangat tragis..
Terdapat banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada filem ini...
Filem ini mendidik penonton mengenai perasaan kasih sayang...
Walupun mereka nie harimau, tetapi mereka tetap menyayangi adik-beradik mereka dan tak sanggup untuk mencedarakan apatah lagi membunuh darah daging sendiri...
Tapi manusia hari ini....?
Yang terlalu sibuk dengan dunia moden dan globalisasi..
Kenapa  mesti terhapus perasaan kasih sayang itu..?
Hingga sanggup  membunuh darah daging sendiri kerana mengejar kemewahan dan berebut harta? Meninggalkan mereka terontang kanting seorang diri..?
Meninggalkan ibu bapa sendirian di pusat rumah orang tua-tua..?
Ada pula yang lebih hina lagi keji sanggup membuang bayi yang di lahirkan kedalam tong-tong sampah..
Bukankah mereka tidak bersalah? 
Mengapakah bayi-bayi itu harus menangungnya...?
Bukankah menjadi kewajipan orang dewasa menjaga dan mendidik mereka agar mereka tidak akan mengulangi kesilapan yang sama iaitu berbuat zina diatas muka bumi..?


_senyum buaya_
_"Hai...Encem tak saya..? saya ramai aweks tau..."
_Emak dan anak gajah_
_Anak gajah:-"mak kita nak kemana nie..?"_
_Emak Gajah:- "Kita nak pegi shopping complex...sebab rumah kita dah takde...so kita pegi shopping dulu untuk rumah baru kita ye nak.."_
_Rimau :-"Pergh..Rumah aku dah takde...abis ranap semua harta benda aku..takleh jadi nie...nanti korang, aku ngamuk nanti tuggulah.."_


Haiwan-haiwan buas dikatakan kejam apabila memusnahkan tanaman di kebun / ladang milik manusia..
Mereka dikatakan jahat apabila memakan haiwan ternakan milik manusia...
Mereka diatakan kejam apabila memusnahkan kediaman milik manusia..
Mereka dikatakan kejam apabila membaham manusia hingga mati..

Tapi...
Tahukah kita..
Bahawa ..
Semuanya kita yang mulakan dahulu..?
Manusia memusnahakan habitat asal mereka..
Manusia memusnahkan sumber makanan meraka..
Manusia mebunuh keluarga dan keturunan mereka...


Ingin saya bertanya sekali lagi..
Siapakah yang lebih kejam....???

Sayangilah haiwan dan cintailah alam sekitar...
Kerana mereka juga makhluk Tuhan yang berkongsi planet Bumi ini bersama-sama kita..
Mereka juga berhak untuk hidup aman dan damai....


Entry adalah pendapat penulis blog ini. Credit gambar google image

Monday, March 21, 2011

Filem Hikayat Merong Mahawangsa Memang Best!!




Filem nie memang sangat-sangat best..
Kira ta rugi duit lar kalau tengok..
Kelmarin, masa hari sabtu 19hb March 2011 saya pegi tgk citer nieh dengan kawan baik saya...
Penuh 1 pangggung wayang..
Ade yang datang satu keluarga, ada yang datang dengan member, ade yg datang dengan gf/bf memasing...
Nasib baik kitaorang dah tempah tiket awal-awal, kalau tak tak tahu lah dapat tengok ker tak mvie nieh...
Nie pun rase macam nak pegi tengok lagi sekali jer...
Walaupun ianya filem sejarah tapi langsung tak membosankan dan tak boring....
Malah sure sesape yang tengok tak kan ngantok...
Sesape yang suke filem-filem yang ber genre love/romance, action movie yang banayak babak lawan-lawan/  filem pengembaraan pasti suke filem nie..
sebab selain memaparkan kisah benar sejarah bangsa dan ketamadunan tetapi ianya di selitkan dengan element-element lain yang boleh menarik minat golngan muda (macam saya) memnntn filem nie tanpa rasa jemu dan mengatok... 
Buktinya, mase saya tengok cerita nie kebanyakkan penontonya adalah generasi muda remaja (macam saya..hehhehe...)
Sekalung tahniah patut di ucapkan kepada pengarah, penerbit, kru-kru yang terlibat, pelakon-pelakon filem nie..
Marilah kita bersama-sama menonton filem nie beramai-ramai..


Amacam teruja tak tengok trailer filem nie..?
So, tunggu ape lagi..?
Patsikan yang original say no to cetak rompak ...

Monday, March 14, 2011

Turn Left Turn Right-Mesti Kena Beli DVD Filem nie


Turn Left Turn Right

Filem nie adalah antara filem ber genre romantic yang saya paling minat...
Kenapa..?
Sebab jalan cerita dia menarik dan sangat-sangat membuat saya tertarik..
Juga tak di lupakan Hero filem nie yang boleh membuat hati si gadis tertawan.. 
Siapa lagi kalau bukan hero kegemaran ku Takeshi Kaneshiro...cute kan die..?(^_*)
Heroin filem nie Gigi Liung...
Filem nie diambil dari novel graphic (manga komik ..) yang di tulis oleh Jimmy Liao...
Pengarah filem nie Jonnie Tao dan Wai Ka-Fai...
Filem nie telah di terbitkan pada tahun 2003 (masa saya form 3..)
Filem nie mengisahkan dua individu yang duduk di sebuah apartment yang sama tapi tidak pernah tahu yang mereka tinggal berjiran..
Mereka saling mencintai dari zaman sekolah dan telah terpisah selama 8 tahun tetapi malangnya mereka tidak pernah meluahkan isi hati (cinta yang terpendam)..
Setelah 8 tahun terpisah akhirnya mereka tinggal berjiran dan sering pergi kemana-mana ke tempat yang sama tetapi tidak pernah dapat sekalipun berjumpa..
Lebih malang mereka tidak pernah tahu yang orang yang di cintainya itu wujud di tempat yang sama malah dekat tetapi mereka tidak berjumpa....
Secara tak sengaja mereka terjumpa di sebuah taman
Si gadis sangat meminati bidang penulisan
Si Jejaka sangat meminati muzik
Dalam pertemuan yang singkat itu mereka sempat bermain Mary Go Round
(Saya nak sangat naik benda nie dari kecik..tapi sampai sekarang tak dapat nak naik...huhuhuhu....)
Pada pertemuan itu mereka sempat betukar-tukar no telefon tetapi pada masa itu hujan lebat jadi kertas yang no telefon yang tertera pada kertasa itu tidak dapat dilihat dengan jelas...
Setelah pertemuan itu mereka terpisah sekali lagi..
Mereka sebenarnya tidak terpisah, tetapi mereka tidak tahu yang mereka tinggal berjiran dan tidak pernah dapat berjumpa walupun mereka berada di lokasi yang sama..
Mereka cuba menghubungi no telefon masing-masing tetapi gagal..
Sebagai tanda kenang-kenangan mereka mengagkut kuda Mary Go Round itu dan di simpan di apartman masing-masing..
Adakah akhirnya mereka dapat bertemu?
Adakah cinta terpendam antara merka akan terjalin?
Atau mungkinkah mereka akan terpisah lagi buat selama-lamanya?
Adakah mereka perlu menunggu 8 tahun lagi untuk berjumpa..?
.
.
.
.
.
Sebenarnya Saya dah tengok cerita nie dah 3 kali kat tv..
tapi rasa tak puas kalau tak der dvd crita nie..
So, saya decide untuk cari dvd cerita nie jugak...
Saya mesti kena dapatkannya jugak!


Monday, July 12, 2010

LAGENDA BUDAK SETAN

Pada pendapat sy...cerita nie mmg best...
sedih &amat  romantik gtue...
tp yg x bestnye..
sad ending lah pulak...
so kita tunggu je lah sanbungan dari filem nie yerp..
syabas dan tahniah patut di ucapkan pada...
para pelakonnye..
Lisa & Farid Kamil (kerana berjaya membawa watak dengan berkesan)..
namapk natural n serasi sangat gandingan mereka berdua nie...
Que Haidar ( kerana berjaya melakonkan watak antagonis denagan jayanye)...
antara dialog yg sy suka...
"lelaki yang sejati adalah lelaki yg setia pada cinta"..
sy rasa memang rugi sesiapa yg x tengok citer nie..
jgn beli cd cetak rompak tau..huhuhu..

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...