Translate

Showing posts with label puisi (kehidupan/ kejayaan). Show all posts
Showing posts with label puisi (kehidupan/ kejayaan). Show all posts

Saturday, October 1, 2016

Perempuan Kental


Perempuan...
Jangan terhegeh-hegeh menagih cinta pada yang belum pasti...
Jangan dikejar pada yang tak sudi...
Daripada asyik memikir jodoh yang belum tiba... 
Lebih baik persiapkan diri terlebih dahulu....
Lebih baik tetapkan matlamat dalam hidup ini... 
Dekatkan diri dengan Tuhan...
Berbaktilah pada ibu ayah dengan penuh perhatian...
Tingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran...
Tambahkan pengalaman...
Perkukuhkan kerjaya atau perniagaan...
Sediakan aset untuk masa depan...
Persiapkan simpanan kewangan...
Ya, bina empayar kejayaan kamu sendiri...
Belajar hidup berdikari...
Agar tidaklah mudah diperlekehkan kemudian hari...
Jadi perempuan kena kental...
Usah putus asa...
Tapi harus tetap berusaha...
Jika jatuh, harus bangkit lagi...
Berdiri dan terus berlari...
Tetaplah terus melangkah usah berhenti...
Berjalanlah maju ke depan dan bukan mundur ke belakang...
Jika ada suara langau yang kata kau tak boleh berjaya biarkan saja...
Pekakkan saja telinga...
Buktikan pada mereka kau juga mampu berjaya...
Satu hari kelak, kamu pasti akan bertemu bahagia...
Perempuan, untuk itu sayangilah dan hargailah dirimu...
Kerana dirimu istimewa...
Perempuan, dirimu itu ibarat mutiara berharga..
Yang tersorok jauh di dasar lautan...
Perempuan, dirimu itu ibarat permata berkilauan..
Yang tersimpan jauh di dalam bumi...
Perempuan, usah biarkan dirimu dipijak dan ditendang...
Perempaun, usah biarkan dirimu diperlekeh dan ditindas...
Perempuan, usah biarkan dirimu tidak dihormati dan tidak dipandang...
Perempuan, tetaplah terus tabah dan sabar menghadapi dugaan hidup...
Perempuan, Tetaplah teus cekal dan kental menharungi hidup..
Pandanglah ke hadapan  wahai perempuan...
Usah tunduk lagi...
Majulah melangkah...
Usahlah berhenti...


p/s: Puisi ini adalah ilham sepenuhnya saya selaku pemilik dan penulis blog ini: (http://merpatiputih88.blogspot.com/). Sebarang bentuk penerbitan semula dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Hak cipta terpelihara.

Sumber gambar : Google image...






Thursday, September 24, 2015

Puisi: Perjalanan


Perjalanan hidup penuh warna-warni...
Ada dugaan dan cabaran yang menanti...
Ada onak duri yang perlu dirempuhi...
Semua itu harus kau lalui...
Walaupun ia akan membuatkan kau jatuh terluka...
Kadangkala kau juga merasa hampa dan kecewa..
Bila apa yang kau hajati tidak berjaya kau miliki...
Usah putus asa...
Usah mudah berpaling berundur semula dari cita-cita...
Teruskan usaha...
Mungkin hari ini engkau kecewa...
Mungkin hari ini kau jatuh dan terluka...
Tapi esok mungkin ada bahagia...
Jadi teruslah melangkah...
Usaha berhenti di tengah-tengah...
Usah mengalah dan menyerah kalah...
Teruslah maju ke depan sampai segala  impian berjaya kau miliki...


P/s: Puisi yang tidak seberapa nya ini adalah nukilan dan idea dari saya sepenuhnya selaku penulis dan pemilik blog (http://merpatiputih88.blogspot.my/) . Sebarang kekurangan harap dimaafkan.             Hak Cipta Terpelihara.Tidak dibenarkan diterbitkan dimana-mana.


Tuesday, December 9, 2014

Kosong...


Hati ini kosong...
Jiwa ini sepi..
Aku cakap jujur tidak bohong...
Aku lihat sekeliling semua telah berpunya...
Satu demi satu sahabat-sahabatku terpisah denganku...
Dulu... Kami selalu bergurau ketawa dan bersiar-siar bersama...
Dulu... Kami selalu isi masa lapang sama-sama...
Kini semuanya tak macam dulu...
Dulu itu hanya tinggal kenangan...
Kini aku seorang di sini...
Menunggu apa aku pun tak pasti...
Merindui apa dan siapa aku pun tak mengerti...
Sekarang aku harus terima ini usia dewasa bukan remaja lagi...
Di usia ini kau akan sunyi apabila satu demi satu sahabat memulakan langkah baru...
Ternyata kita semua punya laluan hidup yang berbeza...
Bagaimana rapat pun persahabatan kita, perpisahan itu adalah pasti...
Suka atau tidak harus kita hadapi...
Tapi hati ini masih lagi meratapi kesunyian ini...
Aku mahukan seseorang namanya pendengar setia...
Aku perlukan seseorang namanya pembakar semangat saat aku patah sayap...
Aku inginkan seseorang yang boleh aku kongsi suka, duka, ketawa dan airmata bersama...
Aku perlukan seseorang yang akan menemankan aku sampai tua...
Masih adakah cinta sejati di luar sana untuk aku ini???
Masih adakah ia?


Puisi ini adalah nukilan saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com)
Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali. Hak cipta terpelihara.

Friday, October 24, 2014

Puisi: Jagalah Hati...




     
Jagalah hati kita...
Jangan sampai ia terluka dan remuk...
Jangan biarkan ia kecewa, menderita dan merana...
Jangan biarkan ia mengantung harapan pada yang tak sudi...
Jagalah hati kita...
Janganlah simpan dendam di dalamnya...
Janganlah simpan amarah dan benci lama-lama...
Jangan ada hasad dengki dan iri hati di dalamnya...
Jagalah hati kita...
Supaya kita sentiasa mempunyai rasa simpati dam empati...
Sentiasalah simpan rasa belas kasihan...
Jagalah hati kita...
Harus sentiasa ada rasa ikhlas di hati kita...
Harus sentiasa memaafkan setiap kesalahan orang kepada kita...
Harus sentiasa meminta maaf kepada orang yang terluka kerana kita....
Harus sentiasa berterima kasih atas setiap kebaikan orang walaupun cuma sebesar zarah...
Harus sentiasa mengenang kebaikan budi pekerti oran dan membalas kebaikkanya itu...
Harus sentiasa menghulurkan bantuan dan pertolongan walaupun dilihat kecil...
Harus sentiasa bersedekah dan memberi walaupun sedikit...
Jagalah hati kita...
Senyumlah sentiasa...
Usah dilemparkan rasa amarah dan benci pada orang yang tak punya salah pada kita...
Jagalah hati kita...
Kerana kelak kita akan sentiasa mejaga hati insan disekeliling kita...
Jagalah hati kita...
Dekatkan hati kita dengan Tuhan...
Latihlah hati kita agar sentiasa berzikir dan berselewat...
Latihlah hati kita agar sentiasa bertaubat atas segala kesalahan dan kesilapan yang kita buat...
Selalu lah ingat akan kematian...
Sentiasa lah membaca dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan...
Jagalah solat dalam kehidupan harian...
Kerana hanya dengan cara ini kebahagiaan sebenar akan kita dapatkan...




  Q:-     Apa dia benda yang boleh jadi paling baik dan yang boleh jadi paling buruk dalam diri manusia....?

A:- Hati...  Kerana hati boleh menjadi baik dan boleh menjadi sebaliknya iaitu buruk dan tidak baik bergantung kepada tuan empunya hati itu sendiri...  Jadi kesimpulannya amatlah penting untuk kita menjaga hati...  Akhir kata salam Jumaat buat semua... :)




P/s: puisi ini adalah luahan idea saya selaku pemilik dan penulis blog ini... http://merpatiputih88.blogspot.com/
segalah hak cipta adalah terpelihara...  Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali...

Kredit gambar: Google image

Thursday, May 29, 2014

Puisi Buat Ibu...




Ibu,
Terima kasih kerana telah melahirkan dan membesarkan ku....
Ibu,
Terima kasih kerana sentiasa menjaga ku di waktu sihat dan sakit...
Ibu,
Terima kasih kerana sentiasa menjadi sahabat sejati yang sudi mendegar luahan isi hati..
Ibu,
Terima kasih kerana sentiasa memberi kata-kata semangat, nasihat dan motivasi...
Ibu,
Di saat ku terjatuh kamu memberi kekuatan pada ku untuk bangkit semula..
Ibu,
Di saat ku kecewa kamu sentiasa memujuk hatiku supaya menjadi insan yang penyabar dan memaafkan..
Ibu,
Kamu ibarat pelita penyuluh kegelapan,
Kamu ibarat tongkat untuk ku berpaut,
Kamu ibarat payung untuk ku berteduh,
Kamu ibarat kapal untuk ku belayar menempuh arus ombak hidup,
Ibu,
Kamu terlalu istimewa buat diriku,
Tiada galang gantinya dan cuma kamulah satu...
Dan tidak dapat ku bayangkan hari-hari ku tanpa seorang ibu disisi,
Tanpa doa ibu mithali pasti hari itu terasa kosong,
Jika kamu tiada lagi,
Pasti hidupku berlagu sunyi bertemankan sepi,
Maka kuatkanlah semangat kamu wahai ibu ku...
Kerana setiap kesakitan itu pasti ada penawarnya...
Ku berdoa semoga ibu dipanjangkan usia, sembuh dan sihat seperti sediakala...



P/s:- Puisi ini adalah hasil nukilan dan idea sepenuhnya dari saya selaku pemilik dan penulis  blog ini                ( http://merpatiputih88.blogspot.com). Hak Cipta Terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali. Puisi ini saya tujukan khas buat ibu saya, semoga beliau cepat sembuh dari penaykit yang dihidapinya dan tabah menghadapi dugaan demi dugaan...

P.P/s: Maaf kerana sudah terlalu lama tidak update blog ini, dan sudah terlalu lama tidak menyinggah           ber- blog walking membaca blog kamu semua... Saya agak sibuk kebelakangan ini, jika ada masa terluang pasti saya akan update macam dulu-dulu... Terima kasih buat kamu-kamu yang sudi berkunjung ke blog saya yang tidak seberapanya ini walaupun sudah bersawang labah-labah blog saya ini... :') :)

Sunday, October 27, 2013

Puisi :- Kerana Duit...



Kerana duit manusia sanggup merompak,
Kerana duit manusia sanggup menembak,
Kerana duit manusia sanggup bergaduh,
Kerana duit manusia sanggup mencuri,
Kerana duit soal halal dan haram ditolak ke tepi,
Kerana duit judi dan rasuah makin berleluasa setiap hari,
Kerana duit manusia boleh jadi hilang punca,
Kerana duit manusia lebih rela jadi hamba dunia,
Kerana duit manusia menjadi tamak haloba,
Kerana duit manusia sanggup merampas,
Kerana duit manusia sanggup menyeksa malah membunuh,
Kerana duit kadangkala akal seperti berada di telapak kaki,
Kenapa manusia sibuk benar mengejar duit..?
Katanya tanpa duit hidup seperti tak bererti,
Kerana kita hidup dalam dunia realiti,
Semuanya ada harga dan nilai untuk berjual beli,
Semuanya itu kau harus bayar setiap hari,
Tiada yang percuma...
Sebab kau akan disanjung tinggi bila kau berduit,
Sebab kau akan dipandang rendah bila kau tiada duit,
Itulah harga yang kau harus bayar bila hidup dalam dunia yang mengejar duit..
Jadi aku tidak hairan dengan kes-kes jenayah dewasa ini...
Sebab semuanya KERANA DUIT!


Puisi ini adalah hasil karya sepenuhnya saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Hakcipta terpelihara, tidak dibenarkan sebarang bentuk penyiaran semula.

p/s : Esok hari isnin, selamat bekerja, selamat mencari duit..Semoga bertambah murah rezeki...

Saturday, October 5, 2013

Puisi: Nota Untuk Hati...




Aku hanya manusia biasa...
Walaupun selalu dilihat sabar, kuat dan tabah...
Tapi terkadang aku ini lemah juga...
Selalu juga aku terjatuh...
Tapi aku cekalkan saja hati ini untuk bangun kembali...
Walaupun hati ini tidaklah sekuat mana...
Tapi aku tabahkan saja untuk hadapi semua ini...
Apabila diri ini terasa rapuh dan patah semangat,
Lalu aku tepuk hati kemudian aku kata padanya:
"Kau harus sabar, kau harus kuat, kau harus tabah"
Kerana aku percaya yang dalam hidup ini dugaan dan cabaran adalah perkara biasa...
Kau harus percaya yang setiap masalah yang hadir itu membuatkan kau lebih kreatif berfikir..
Kau harus tahu setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya yang kau harus cari sendiri..
Mungkin tanpa dugaan dan cabaran yang berliku itu kau takkan tahu apa itu erti kuat dan sabar...
Mungkin dalam hidup kau itu kau harus tempuh onak duri berliku yang penuh suram dan kelam...
Selepas semangat tidak putus asa dan terus cekal berusaha kau akan nampak lorong cahaya...
Maka di situlah kau akan menjadi  seorang yang lebih menghargai kejayaan yang kau miliki,
Tanpa ada sikap angkuh atau sombong meninggi diri...
Percayalah kejayaan selepas pelbagai cabaran pasti akan terasa lebih manis dan indah..
Maka hadapilah hidup ini dengan tabah dan usah sesekali melatah...


P/s: Puisi ini adalah nukilan saya sendiri selaku pemilik dan penulig blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali. Hakcipta terpelihara.



Nota kecil: puisi ini diilhamkan pada 30.09.2013, tapi terlewat untuk di publish kan di sini..

semoga kita semua menjadi insan yang  tabah dan sabar menghadapi hidup yang berliku dan ada akhirnya akan mencapai apa jua impian kita dan pada akhirnya akan bertemu jalan bahagia buat selamanya....Sebelum meninggalkan coretan ini, mari tonton video yang menarik ini..Saya baru jumpa di youtube hari ini..Ia sangat menyetuh hati saya, hingga boleh mengalirkan air mata..Ia sangat bagus dan baik serta bermanfaat untuk ditonton...



Don't Be Sad: Allah Knows



Antara yang dikata dalam video ini adalah:


"In times of trials and tribulation,

You have a decision to make,
Either you can get closer to Allah SWT,
And that is your way to paradise,
Or you can decide to live with your pain,
Seek the pity of people,
And let the pain get worse,
And create you own destruction,
He who has Allah has everything..."

"Don't ever be sad, 

Because Allah with you,
This life is not worth being sad,
So you should always smile,
Even sometimes you feel upset..."

ayat-ayat ini mebuatkan saya rasa kuat dan tabah semula... :') 

Semoga anda semua juga tabah sentiasa... :)





Kredit Gambar: Google image

Kredit Video : Youtube:  SoldierofAllah2

Monday, September 30, 2013

Puisi: Kita Hanya Manusia Biasa...


Kita ini manusia biasa...
Tidak terkecuali dari noda dan dosa...
Terkadang seakan tergelincir...
Lalu membawa kita hampir tersasar dari jalan kebenaran...
Jiwa muda kadangkala menjadikan kita alpa dan lupa....
Seakan asyik dan terbuai dengan nikmat dunia yang kononnya indah...
Menyebabkan kita tersungkur dengan kekhilafan diri sendiri...
Mujur jua  cepat tersedar dari kealpaan dalam nikmat dunia yang sementara itu...
Kini kembalilah ke jalan kebenaran itu...
Kembali kepada hakikat Allah SWT itu Tuhan yang satu...
Allah SWT itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang...
Lalu usah malu untuk meminta ampun dan bertaubat serta meminta pertolongan dari-Nya..
Usah dipedulikan kata-kata dan persepsi manusia kepada kita...
Usah malu untuk menjadi lebih baik...
Tapi malulah jika kamu masih enggan berubah menjadi yang lebih baik...
Usah terlalu ditangisi kesilapan lalu...
Tapi cubalah untuk belajar sesuatu dari kesilapan lalu kamu itu...
Usahlah diulangi kesilapan itu kembali...
Berjanjilah dengan diri sendiri untuk berubah ke arah kebaikan...
Hidup ini indah andai kau tahu apa itu erti mensyukuri nikmat yang telah diberi...
Hidup ini indah andai kau tahu menghargai setiap detik saat yang berlalu itu..
Usahlah disia-siakan setiap hembus nafas dan denyut nadi jantungmu itu..
Setiap masa itu haruslah diisi dengan perkara bermanfaat untuk dirimu di dunia dan di akhirat...
Kamu pasti merasai nikmatnya...
Bersyukur atas segala nikmat limpah rahmat kurnia-Nya..
Tidak kah kamu merasa diri kamu terasa kerdil sekali di dunia ini..?
Jika dihitung dan dicongak kembali,
Maka sudah cukupkah bekal amal ibada dan kebajikkan kamu sepanjang hidup didunia ini..?
Lalu bersediakah kamu menghadapi saat kematian nanti...???

P/s: Puisi yang tidak seberapanya ini diilahmakan oleh saya iaitu pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Hak cipta terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali..

kredit gambar: google image

Sunday, August 18, 2013

Puisi: Rakus Dengan Kuasa



Antara kuasa dan tanggungjawab...
Aku rasa ramai orang yang pilih kuasa...
Apabila kuasa sudah ada, tanggungjawabnya entah kemana...
Adakala apabila sudah diberi kuasa amanah itu terbiar kaku begitu sahaja..
Janji bertabur manis kini sudah tiada manisnya...
Kuasa kadangkala membuat manusia menjadi angkuh dan alpa...
Kuasa yang dimegah kadangkala membutakan mata hati...
Kuasa dan harta kadangkala membuatkan manusia lupa pada Tuhan yang lebih berkuasa...
Adakalanya kuasa yang dia ada bukan dipegang dengan amanah...
Tapi ia longgar dengan ikatan janji yang kian bernanah...
Kuasa yang ada hanyalah untuk bermegah...
Apabila sudah tidak lagi punya kuasa diri sudah mula terasa terhina...
Lalu nywa-nyawa insan yang buang dia dari kuasa mahu dibunuh sahaja...
Dipandangnya insan itu tanpa ada harga...
Dibunuhnya insan-insan itu bagai haiwan yang tiada rasa belas kasihan...
Akal yang dia punya barangkali sudah mati...
Hati yang dia ada barangkali sudah tidak bernafas lagi...
Sebab itulah dia sanggup membunuh demi kuasa...
Demi merebut kembali kuasa dan dia rela lakukan apa sahaja...
Dia seronok memandang ribuan tubuh manusia mati bergelimpangan..
Dia gembira bila semakin ramai "musuh" yang terkorban...
Dia bangga apabila mendapat kuasa itu kembali...
Walaupun kuasa itu dirampas dengan usaha yang paling keji sekali..
Tapi dia sudah tidak peduli lagi..
Pada dia apalah erti hidupnya tanpa kuasa, nama pengaruh dan harta benda...
Tapi aku rasa mungkin dia lupa akan satu perkara...
Satu hari nanti dia juga kan meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya..
Satu hari nanti dia juga akan terbaring kaku di dalam keranda..
Satu hari nanti semua tanggungjawabnya yang tidak ditunai dengan amanah akan disoal..
Satu hari nanti ketamakan dirinya akan memakan diri...
Pada hari itu menangislah dia meminta tolong...
Pada hari itu tercampaklah dia sendiri...
Kerana hari itu dia sudah tidak punya kuasa yang dimegah lagi...
Pada hari itu barulah dia mahu menyesali akan perbuatannya yang lalu...
Tiada apa yang lebih berkuasa melainkan Tuhan Yang Maha Esa...


P/s: Puisi ini adalah ilham sepenuhnya saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com)  Sebrang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali. Hak Cipta Terpelihara.

Kredit gambar: google image

Nota: Marilah kita mendoakan yang terbaik buat saudara kita yang berada di Mesir...Semoga konflik yang sedang berlaku di negara itu segera bernoktah. Semoga segala kekejaman itu berakhir dan semoga keadaan di sana akan kembali pulih seperti sedia kala hendaknya..

Tuesday, July 23, 2013

Terbang


Jika semalam kita berduka,
Jika semalam kita bermuram sahaja,
Jika semalam kita sengsara,
Jika semalam kita menderita,
Jika semalam kita terasa patah,
Jika semalam kita terasa lemah,
Tapi....
Jangan jadikan hari  ini seperti semalam,
Kerana...
Hari ini tak sama dengan semalam...
Hiduplah kita hari ini dengan pengajaran dari hari semalam yang boleh membuat kita lebih bersemangat untuk tempuhi sepanjang 24 jam dalam hari ini dan hari-hari setreusnya yang bakal menjelma...

Semalam yang kecewa usahlah ditangisi...
Usahlah telampau dikesali...
Kerana adalah mustahil kita boleh kembali pada hari semalam untuk membetulkan apa yang kita rasa tak betul, untuk mengubah apa yang kita rasa patut kita ubah...Kecuali jika kita ini Doraemon..!
Tak guna jika kita hanya menangis, meratap dan menyesal tanpa belajar untuk berubah kearah yang lebih baik demi menjamin hidup yang lebih indah dengan masa depan yang lebih cerah...
Hari ini kita corak lah semula warnanya...
Hari ini kita hidup dengan hati kental dengan semangat kuat...
Usah menoleh ke belakang lagi...
Tapi majukan langkah ke depan...
Pandang ke belakang sesekali agar kita tak ulangi kesilapan yang sama dikemudian hari..
Pagi ini gariskan senyuman diwajah kita...
Kerana wajah kita berhak untuk tersenyum...
Kerana hati kita berhak untuk rasa apa itu bahagia...
Ceriakan hari kita...
Barulah kita punya semangat untuk terus susun cita-cita...
Aturkan impian dan cita-cita kita...
Iringkan ia dengan doa dan usaha tanpa erti jemu atau putus asa
Jika ada usaha pasti tercapai jua impain kita...
Tidak ada yang mustahil melainkan kita sendiri yang menjadikan impian kita itu mustahil...
Jika masih tidak berjaya,
Usah mencari salah, menuding jari...
Tapi kita perlu audit diri kita sendiri...
Kita perlu cuba untuk  terus berusaha lagi dan lagi...
Kenapa kita memilih untuk menjadi manusia lemah lagi lembik dalam menempuh hidup..?
Kita ini punya akal fikiran, jadi gunakan ia sebelum bertindak...
Kita semua punya kelebihan masing-masing yang mungkin terlindung disebalik kekurangan yang kita ada...
Jadi gunakan ia sebagai pemangkin semangat untuk kita berjaya...
Guanakan ia untuk kebaikan diri dan manusia disekliling kita...
Kelebihan itu usahlah disalah gunakan untuk perkara yang salah...
Kita kena possitif setiap hari...
Berfikir secara kreatif dan positif...
Bertindak dengan tindakan yang positif...
Barulah menajmin kehidupan kita hari ini yang lebih indah dan ceria...
Semalam yang suram berhak untuk diubah agar lebih berwarna pada hari ini...
Semalam yang sendu berhak untuk diubah menjadi ceria pada hari ini...
Jadi terbang lah dengan gembira...!
Jika terjatuh, jangan lemah untuk bangun semula!



p/s: ditulis sepenuhnay oleh saya selaku pemilik dan penulis blog ini...maaf jika punya kekurangan..Akhir kata,semoga hidup kamu lebih ceria...

Tuesday, June 4, 2013

Puisi: Kopi


Semalam kelam tanpa warna...
Semalam pudar tanpa cahaya....
Semalam yang kelabu dalam beku..
Semalam yang menangis...
Semalam yang diam membisu...
Aku harapkan esok ada warna...
Aku mahukan esok ada cahaya...
Semoga esok tidak lagi beku membisu...
Semoga esok lebih ceria penuh gelak tawa....
Semoga esok tiada lagi tangisan di tepi mata...
Aku hanya menikmati kopi putih,
 Sambil memandang ke awan kelam yang jernih...
Ku lihat ada bintang dan bulan tersenyum padaku...
Dingin bayu malam itu ku biarkan sahaja...
Kerana aku tahu dingin itu takkan lama...
Kerana pasti esok akan muncul mentari..
Sekarang kamu semua sudah menutup mata...
Tapi aku masih di sini perlu selesai banyak perkara...
Perlu di siapkan semua kira-kira...
Tapi pena ini menarik hati aku untuk menulis puisi...
Lalu ku coretkan puisi ini...
Di tengah malam begini...
Aku sedang menghirup kopi...
Sambil fikiran melayang memikir masa depan yang tak pasti...
Kadang-kadang aku takut untuk menjengah masa depan...
Tapi aku tahu masa depan akan aku hadapi jua...
Aku, kopi dan masa depan...
Mungkinkah esok akan ada senyuman...???

P/s: Hanya sekadar coretan puisi ilham saya selaku penulis & pemilik  blog ini (http://merpatiputih88.blogpot.com). Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan diterbitkan semula...

Kredit Gambar: Google Image...

Wednesday, April 17, 2013

Susah Hendak Maju Jika...


Maju..?
Siapa yang tak mahu maju..???
Kaya...
Pasti ramai orang yang mahu kaya...
Berjaya..
Pasti semua orang mahu berjaya...
Ya, berjaya di dunia dan di akhirat sana...
Bahagia...
Semua orang impikan rasa bahagia...
Jadi kenapa masih terjelopok duduk termangu di situ..???
Kata dari awal tadi kamu mahu maju..???
Maju...
Bukan mudah mahu maju...
Jika mahu berubah pun payah...
Jika terdengar kritikan  jua melatah...
Jika mendengar nasihat juga kamu mahu bantah...
Maka bagaimanakah kamu mahu maju...?
Jika malas usaha tapi hanya mengharap dan meminta-minta...
Kamu selalu mengharap diri ditolong oleh orang yang suka menolong..
Sedangkan kamu sendiri kejam dengan diri kamu...
Kerana kamu tidak mahu menolong diri kamu sendiri..
Kamu sering minta belas ikhsan orang lain sedangkan kamu tidak pernah ikhsan pada diri kamu sendiri..
Kamu tidak akan maju jika hari-hari kamu dipenuhi warna hitam kelam berarus negatif...
Tiada satu perkara pun kamu lihat ia baik...
Semuanya buruk di mata kamu..
Jadi bagaimana mahu maju..?
Usaha malas, doa jua malas...
Mencari ilmu malas, membaca pun malas..
Berfikir malas, bergerak dan bertindak pun malas..
Tiba-tiba bermimpi mahu berjaya..???
Saya pasti cita-citamu itu takkan ke mana-mana..


Bagaimana mahu dicapai bulan dan bintang,
Jika impian hanyalah bersandarkan mimpi siang bersama bayang-bayang..??
 Apabila kamu usaha dan kamu gagal mencapai impian kamu mengeluh, kamu bersungut, kamu cepat pula berputus asa...
Apabila kamu tersilap langkah, kamu gemar menuding jari mencari salah insan lain..
Tiada pula daya usaha mahu muhasabah diri mencari sisi negatif diri kamu itu dan tiada langsung daya usaha untuk berubah ke arah yang lebih baik..
Yang kamu tahu hanyalah mencari salah, mencari gaduh , menyelar dan menyakiti...
Kamu menjadi manusia penakut tidak mahu berdebat apatah lagi bersaing secara sihat..
Kamu lebih gemar bersaing sambil berbunuh hancur lebur...
Menikam dengan penuh helah, biar si pesaing itu tersungkur..Baru puas hati kamu!
Kamu menjadi manusia yang penuh rasa benci, berlandaskan dendam kesumat, dengki dan iri hati..
Kamu sakit mata melihat orang lain telah maju mencapai kejayaan..
Tapi kamu sendiri langsung tiada usaha mahu berjaya..
Yang kamu tahu hanya mahu menjatuhkan orang yang telah berjaya itu..
Busuk sungguh hati kamu ternyata penuh hasad dengki di situ,
Cucilah hati kamu,
 Audit diri kamu,
Nilai lah diri kamu,
Bersihkan cara fikiran kamu itu,
Sayangilah diri kamu,
Sayangilah masa depan kamu,
Muhasabah diri kamu atas kesilapan / kekhilafan masa lalu kamu..


Usahlah kamu menjadi insan yang suka menghakimi, menilai, menjatuh hukum pada insan lain..
Sedangkan diri kamu tidak pula pernah kamu nilaikan..
Usahlah kamu berdengki dengan kejayaan insan lain..
Percayalah setiap insan pasti boleh berjaya dengan usaha dan doa tanpa mengenal erti jemu dan putus asa...
Jika pesaing kamu boleh berjaya, kamu juga boleh berjaya...
Malah mungkin lebih berjaya jika kamu berusaha tanpa erti putus asa..
Yang baik pada sisi pesaing jadikan contoh tauladan buat diri kamu, sebagai pembakar semangat kamu untuk berusaha,
Yang negatif pada diri pesaing kamu jauhilah, ambil ia sebagai ikhtibar..
Kamu takkan maju jika kamu terus berbohong, berdusta, guna taktik kotor tipu helah, tidak amanah, tidak jujur...
Kamu tidak akan maju jika kamu tidak punya nilai jujur pada diri sendiri, sayang pada diri sendiri...
Kamu tidak akan maju jika kamu masih duduk termangu sambil menongkat dagu sambil berangan-angan ada pari-pari yang mahu datang membantu...
Kamu tidak akan maju jika kamu terus duduk diam membisu, membeku tanpa  mahu bergerak dan berusaha sendiri kerana malas menguasai diri..
Kamu tidak akan maju jika terus menangisi masa lalu yang telah lepas, tanpa mengambil ikhtibar daripadanya dan tanpa ada usaha mengubah masa  depan menjadi lebih indah..
Kamu tidak akan maju jika kamu hanya sibuk memerhati sisi negatif insan lain, sibuk merencana misi melunaskan geram oleh kerana hasad dengki kamu kepadanya, tanpa langsung kamu fikirlkan masa depan kamu, tanpa kamu fikirkan usaha untuk majukan diri kamu..
Kamu tidak akan maju jika kamu masih malu untuk bertanya, malu mahu memberi pendapat atau idea..
Tapi dalam masa sama tidak malu pula memgkritik dan menghakimi..
Kamu tidak akan maju jika cara kamu berfikir masih ditakuk lama...
Masih enggan berfikir masa depan..
Masih enggan berusaha majukan diri ke selangkah kehadapan mencapai kejayaan...
Kejayaan, bukan mudah untuk berjaya...
Kerana pasti ada jalan onak berliku yang perlu kamu lalui sebelum kamu dapat merasai erti sebuah kejayaan itu..
Apa yang lebih perlu kamu tahu,
Untuk berjaya itu perlu samangat azam yang jitu, perlu ada usaha tanpa kenal erti jemu, perlu sentiasa berdoa selalu, perlu adan nilai tidak kenal erti putus asa, tidak patah semangat sebelum berjuang...
Doa aku untuk kamu..
Semoga kamu berjaya dalam hidupmu...
Semoga segala cita-cita dan kamu tdapat kamu miliki satu hari nanti..


p/s: Coretan entry panjang lebar ini adalah sepenuhnya luahan pendapat saya selaku pemilik blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Idea untuk menulis coretan panjang ini datangya dari mimpi..Dan kemudian saya taip semula disini..sebrang kekhilafan harap dimaafkan..

Kredit gambar:google image...

Monday, March 25, 2013

Jangan Pernah Salahkan Takdir...


Apabila kita dilanda kesedihan ramai diantara kita yang seperti mahu menyalahkan takdir...
Apabila kita tak dapat apa yang kita impikan ramai juga dikalangan kita yang menyalahkan takdir...
Tapi bila kita mencapai kejayaan, kita seperti lupa pula untuk bersyukur atas kurniaan Allah SWT kepada kita...
Ini kerana kita percaya kejayaan itu datang atas dari hasil usaha kita sendiri dan bukannnya dari takdir yang tertulis untuk kita sejak azali...
Lalu kita menjadi manusia yang leka akan nikmat dunia...
Terlalu mengagung-agungkan kesempurnaan hidup di dunia..
Hingga menyebabkan kita terlupa akan ada kehidupan yang lebih abadi selepas kematian...


     Buat adik-adik yang baru mengambil result peperiksaan SPM mahupun STPM, sekiranya adik gagal peroleh keputusan cemerlang pada peperiksaan kali ini bukan bermakna kehidupan adik akan musnah sama sekali! Gagal dalam peperiksaan bukan bermakna adik akan menjadi manusia yang gagal dalam kehidupan..!!! Jangan lah adik menyalahkan takdir... Tapi perbaikilah kesilapan adik itu, demi  untuk mencapai kejayaan pada hari esok....Mungkin kurang berjaya pada peringkat sekolah bukan bermaksud adik akan menjadi manusia yang gagal pada peringkat IPT (universiti / kolej) mahupun kerjaya...Ramai dikalangan orang yang bergelar jutawan bukanlah dari kalangan pelajar pintar di sekolah...


      Tapi itu bukan bermaksud ilmu dan menuntut ilmu itu tidak penting...Ilmu itu cabangnya luas..
Jangan sempitkan fikiran kita dengan fahaman ilmu hanya boleh diperoleh di sekolah semata-mata...
Ilmu boleh diperoleh dari bacaan bahan ilmiah, dari pengalaman hidup dan dari guru yang mengajar kita ( tak semestinya di sekolah). Misalnya kita belajar memasak dari ibu di dapur, setiap hari memasak tanpa rasa jemu sejak dari umur belasan tahun hingga dewasa. Apakah apabila bertahun-tahun belajar memasak tidak boleh menjadikan kamu pakar dalam bab masak-memasak walaupun kamu tidak punya Ijazah dalam bidang masakan..?? Jadi dengan kemahiran yang kamu ada dalam bidang masakan itu bolehlah kamu mula berniaga misalnya.



     Setiap dari kita ini punya bakat dan kelebihan masing-masing. Mungkin adik tidak boleh menjadi orang yang terlalu pintar dalam ilmu akademik. Tapi adik punya kelebihan lain iaitu dibidang teknikal misalnya. Adik, ketahuilah oleh kamu yang cara kita belajar berbeza-beza. Ada manusia yang memang dilahirkan boleh belajar secara teori dan ada pula jenis yang lebih ke arah teknikal dan ada juga yang ke arah seni. Jadi kenali cabang ilmu / kerjaya  yang adik minati. Usaha sehabis baik untuk mencapai kejayaan adik itu. Jangan putus asa. Usah malu dan takut untuk gagal. Orang yang takut gagal dan malas untuk bangun dari kegagalan akan menjadi manusia yang gagal untuk selamanya. Manakala orang yang tabah berjiwa kental yang tak gentar dengan cabaran mahupun kegagalan akan menjadi manusia yang berjaya satu hari kelak.


   Buat adik-adik lepasan IPT yang masih mencari-cari peluang kerjaya yang diimpikan tapi masih gagal. Telah beratus kali menghadiri temuduga tapi masih gagal mendapat kerja untuk menbantu ibu bapa. Masih buntu memikir masa depan yang kelihatan  seperti kian suram. Usahlah berhenti berusaha adikku. Sebaliknya asahlah skill adik-adik ketika menghadiri temuduga. Perbaiki resume dan imej serta cara ketika di interview. Asah bakat berkata-kata yang boleh memikat hati si penemuduga untuk mengambil adik bekerja, usah malu tak bertempat ketika menghadiri temuduga. Tapi jangan pula adik-adik menipu ketika ditemuduga. Jika masih gagal mendapat kerjaya diidamkan, tak mengapa. Mulakan dari kerjaya rendah dahulu. Tidak mengapa andai adik terpaksa bekerja berjawatan rendah dan menerima gaji lebih rendah daripada kelulusan dan kelayakan, asalkan kerja itu halal dan boleh menampung kos kehidupan buat sementara waktu (sementara menunggu kerjaya yang diimpikan).


   Jika masih gagal juga bolehlah mula berniaga. Percayalah 9/10 punca pendapatan adalah daripada perniagaan. Senarai manusia yang bergelar jutawan juga adalah dari kalangan ahli perniagaan. Tapi apabila mula berniaga usahalah berdengki dan beriri hati dengan pesaing. Harusnya amalkanlah persaingan yang sihat. Usahalah sehabis baik untuk mempromosikan dan memasarkan produk/perkhidmatan yang ditawarkan itu tanpa rasa jemu dan penat . Adat orang berniaga ada naik turunnya. Ramai dikalangan usahawan yang berjaya pada hari ini adalah terdiri dari mereka yang berniaga kecil-kecilan, ada juga yang menerima bermacam dugaan dalam perniagaan hingga menyebabkan perniagaan hampir muflis. Tapi berkat usaha dan doa tanpa jemu mereka berjaya pada hari ini. Usahlah kamu berfikir berniaga satu hari dan terus jadi jutawan. Untuk mencapai tahap berjaya itu perlukan masa, cepat atau lambat kamu kenalah berusaha.



Percayalah adik-adikku, kejayaan itu tidak boleh dicapai hanya dengan sekelip mata sahaja. Kejayaan itu takkan datang bergolek dengan mudah tanpa kamu menempuh cabaran yang payah itu dengan tabah. Apa yang penting untuk mencapai sebuah kejayaan itu adalah "CUDT". Iaitu CITA-CITA, USAHA , DOA & TAWAKAL...



Tiada manusia biasa yang tidak pernah buat silap,
Tiada manusia biasa yang tidak pernah berbuat dosa,
Usah kerana silap kita itu hingga menyebabkan kita mahu menuding jari mencari salah insan lain pula,
Apa yang lebih  penting ialah belajar dari kesilapan yang pernah kita buat di masa lampau,
Ambil ikhtibar dan pengajaran dari masa lalu,
Agar kita tidaklah berbuat kembali silap yang sama pada hari ini..
Usah salahkan takdir yang tertulis,
Kita ini kan manusia selaku khalifah muka bumi...
Kita ini kan manusia yang punya akal fikiran untuk berfikir dengan matang...
Jadi teruslah maju melangkah kedepan,
Sebelum memulakan langkah mencapai impian haruslah berfikir dengan tenang,
Usah ikut emosi kerana kelak memakan diri,
Apabila ditimpa kesusahan dan dilanda dugaan yang banyak,
Usah berhenti melangkah memajukan diri,
Usah duduk diam termenung hanya mematungkan diri,
Tapi berfikirlah mencari solusi,
Pasti ada jawapan disebalik persoalan,
Pasti ada jalan penyelesaian disebalik masaalah yang melanda diri kamu...
Percayalah yang setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi,
Mungkin kita menangis hari ini, tapi kita akan menjadi manusia yang bahagia esok hari...
Jadi jangan pernah menyerah kalah dalam hidup...



p/s: Entry ini adalah sepenuhnya coretan dan nukilan saya selaku pemilik dan penulis blog ini(http://merpatiputih88.blogpsot.com) ia hanyalah berbentuk pendapat dan pandangan peribadi saya. Salah dan silap harap dimaafi. Harap boleh memberi inspirasi kamu yang sedang sedih meratapi nasib hidup.. jangan salahkan takdir..!

Credit gambar google image..

Wednesday, February 27, 2013

Semoga Hari Ini Lebih Indah...





Belajar dari pengalaman, 
Belajar dari kesilapan,
Masa silam yang kelam bukan untuk dikesali atau ditangisi,
Tapi masa silam yang kelam itu haruslah diperbaiki,
Agar hidup menjadi lebih cerah esok hari,
Berhenti menangisi kesilapan,
Berhenti menuding jari apabila berlaku kesilapan,
Tapi berfikirlah untuk mencari solusi disebalik kesilapan itu...
Semoga kehidupan kita hari ini lebih indah dari semalam,
Semoga hari ini lebih cerah dari semalam yang kelam....


p/s: Hanya coretan ringkas dari saya buat tatapan kamu semua, juga nasihat buat diri saya sendiri jua...Mendapat ilham mencoret tulisan ringkas ini beberapa saat yang lalu, sebelum lelap mata..

kredit gambar: google image..


Salam sayang, semoga bertemu di lain masa...xoxo..:)

Monday, February 25, 2013

Puisi: Menghukum Dan Dihukum



Melihat dengan mata,
Mendengar dengan telinga,
Menghukum dengan mudah...
Semudah satu dua tiga....
Kamu manusia suka menghakimi,
Lagak mahu menjadi hakim tidak bergaji,
Suka berhabis waktu dengan mengumpat dan mengeji,
Hati kamu pula penuh hasad dengki,
Hati kamu itu penuh nanah bersulamkan iri hati,
Itulah dia hati yang telah mati,
Mati tanpa rasa belas ehsan pada manusia yang kamu hakimi,
Sedangkan kamu juga tidak pernah mahu memahami,
Malah tidak pernah mahu menasihati,
Terus saja dikeji dan dihukum begitu kejam sekali,
Mudah kamu berkata itu ini,
Kerana kamu tidak berada di situasi itu dan di ketika itu,
Banyak benar yang salah di mata kamu,
Entah apa yang betul aku jua tidak tahu,
Seperti kamu sahajalah manusia yang sempurna,
Ya, kamu sahaja lah manusia yang tidak punya cacat celanya,
Silap kamu disorok di kaki lima,
Silap orang dibuka dijaja merata-rata!


P/s: Puisi ini adalah coretan ilham sepenuhnya saya selaku penulis dan pemilik log ini(http://merpatiputih88.blogspot.com). Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan puisi ini di siarkan semula dalam apa jua medium.

Kredit gambar : google image...

Thursday, January 10, 2013

Puisi: Tabah Yang Indah...


Hidup ini indah,
Namun dalam keindahan itu terselit dugaan yang datang menerjah,
Apabila dugaan datang dalam hidupmu kau janganlah melatah,
Harusnya kau laluinya dengan tabah,
Laluilah setiap liku-liku dugaan itu dengan jiwa yang kental,
Hati haruslah cekal,
Semangat haruslah kebal,
Jangan mudah menyerah,
Jangan cepat mengaku kalah,

Kadangkala kau jua perlu tutup telinga bila terdengar kata sinis,
Hati haruslah kuat,
Jangan mudah koyak,
Jangan mudah patah,
Jadikan kata sinis itu sebagai penguat semangat pencetus kejayaan,
Jangan jadikan kata sinis itu sebagai pemusnah masa depan,
Hidup kau maka kaulah jua yang mencorakknya,
Pastikan memilih corak yang sesuai,
Agar setiap usaha yang kau semai,
Akan membuahkan hasil yang boleh dituai,
Masa ini bukan masa untuk dibuang sahaja,
Tapi setiap masa ini penentu masa depan kau jua,
Dalam membuat pilihan usah tersilap langakah,
Kerana kelak hidup kau juga yang patah tebelah-belah,
Maka sabar dan tabahlah selalu,
Biarkan kisah suram yang kusam itu berlalu,
Biarkan ia menjadi pengajaran dalam hidupmu,
Agar ia boleh mendewasakan kamu,
Agar ia boleh mematangkan kamu,
Tapi hari ini dan masa depan haruslah kau tempuhi,
Gagahkan jiwa dan semangat kamu setiap hari,
Berbekalkan azam yang terpatri disanubari,
Berlandaskan usaha dan doa yang tak pernah bertepi,
Pasti kejayaan akan menjadi milik mu nanti,
Pasti ia manis untuk dimiliki,
Maka tabahlah selalu,
Kerana tabah itu membuahkan hasil yang indah...


Nota: Puisi ini adalah sepenuhnya hasil nukilan saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com) Hak Cipta Terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali. Terhasilnya puisi ini beberapa saat yang lalu, iaitu ketika saya sedang menyiapkan tugasan yang perlu disiapkan...Semoga awak semua yang membacanya akan setiasa tabah dalam kehidupan...Serta semoga sentiasa ceria walau apa pun dugaan yang menimpa, saya doakan semoga kerjaayan bakal menjadi milik awak jua satu hari nanti...Bak kata pepatah Inggeris: " If you wish a life without pain, You'll never see the beauty of a rainbow after the rain.." 
Maka teruskan berjuang!(^___^)♥


P/s:Mari dengarkan lagu kegemaran saya(Suka sangat lirik dia♥):-
Pelita by A.P.I


Monday, September 24, 2012

Puisi: Menembak Bintang, Mencapai Impian...


Lihat di luar jendela,
Langit malam gelap gelita,
Tanpa cahaya dari purnama,
Bintang pun enggan menampakkan muka,
Lalu malam semakin kusam,
Tembak ke bintang di dada langit yang tinggi,
Oh rupanya bintang sedang bersembunyi,
Cita-cita, adakalanya kau tak pasti adakah ia akan jadi realiti,
Kalau kamu mahu tahu tembak saja impian kamu,
Sasaran biar kena,
Peluru dan pistol mesti sedia,
Jangan hanya angan-angan kosong sahaja,
Jika sasaran kau tersasar,
Usah gentar,
Usah berundur walaupun setapak,
Mara kehadapan dengan seribu pengharapan,
Maju kehadapan dengan semangat setinggi impian,
Usah berpaling untuk berputus asa,
Kerana esok masih ada...


P/s: Puisi ini adalah sumber ilham dan hasil karya dari penulis blog ini. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah di larang sama sekali. Hak Cipta Terpelihara. 

Sunday, August 5, 2012

Puisi: Jika Esok Tiada Lagi Buatku...



Hari-hari yang berlalu terasa begitu pantas...
Seiring pertambahan usia...
Kadangkala membuatku bertanya sendiri...
Sudah cukupkah bekal ku untuk alam akhirat nanti...?
Sudah cukupkah amal ibadah ku selama aku di muka bumi ini...?
Pabila dihitung tambah tolak darab dan bahagi...
Rupanya banyak juga masa usia muda ini ku bazirkan begitu sahaja...
Mengejar dunia semata-mata membuatkan hati kosong entah tercampak kemana...
Wang di tangan tidak terasa apa...
Cuma memberi rasa pedih bukan bahagia...
Aku terfikir lagi...
Jika saat nafasku sudah terhenti,
Adakah aku sudah bersedia menghadapi sebuah kenyataan yang pasti lagi hakiki...?
Dunia yang indah kadangkala membuai aku ke fantasi...
Adakalanya aku terleka dengan kecantikan dunia yang sementara ini...
Sehingga membuatku cuai dan culas akan perintah-Nya,
Ya Allah ampuni aku...
Aku hambamu yang banyak khilaf selama aku di dunia,
Ya Allah ampuni aku,
Kerana terkadang aku seakan-akan sayangkan 'dunia' melebihi cinta ku kepada-Mu,
Ya Allah Ampuni aku,
Kerana terkadang aku seakan tidak menghargai nikmat usia yang aku punya,
Ya Allah ampuni aku,
Kerana adakalanya aku tidak menghargai nikmat kesihatan yang di beri oleh-Mu,
Ya Allah aku bersyukur kerana aku masih diberikan peluang untuk bernafas lagi,
Terima kasih Ya Allah kerana telah menyedarkan aku dari mimpi indah ini...
Peluang kedua ini akan aku gunakan sebaik mungkin,
Akan aku cuba dan terus mencuba memperbaiki kelemahan dan kekhilafan diri,
Aku risau, masih adakah esok untuk aku...?
Jika esok tiada lagi buatku, maka sempatkah aku melakukan itu semua...?
Jika esok tiada lagi untukku, adakah aku sudah bersedia...?


P/s: Puisi ini adalah ilham penulis blog ini, sebarang betuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali, hak cipta terpelihara...Kredit gambar google image...

~Sekadar renungan bersama...Kita berada di golongan yang mana? 
Sudah bersediakah kita menahadapinya?~

Nota kecil: 
       Ilham menulis puisi ini terbit tatkala diri ini melalui sendiri pengalaman bertapa sukarnya untuk bernafas sehingga diri tidak sedarkan diri (pengsan) dan terpaksa pula di kejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans pada 22.jun.2012. Pengalaman itu sukar untuk dilupakan kerana itulah pengalaman pertama pengsan begitu, pengalaman pertama meniaki ambulans dan itulah kali pertama rasa susah untuk bernafas sehingga terasa semacam sudah nazak. Ketika itu diriku terfikir adakah hari ini aku akan meninggal dunia..? Diri ini bersyukru kerana masih diberi kan kesempatan untuk bernafas dan terus bernyawa..
      Punca yang menyebabkan berlaku sebgitu adalah kerana terlebih oksigen di dalam badan sehingga menyebabkan sistem pernafasan gagal berfunsi secara normal, ditamba pula denagn diriku yang sukar untuk minum air masak / air mineral, itulah punca kurangnya air dalam badan hingga menyebabkan dehydration dan terpaksa pula dimasukkan air kedalam badan sebanyak 3 bekas melalui tiub yang terpasang di tangan kanan (tak tahu ape nama saintifik dia =,=" ). Tapi Alhamdulilah, diri ini bolehpulang kerumah selepas beberapa jam terlantar di katil wad kecemasan itu..Lega kerana tidak perlu terlantar di wad pesakit..
   Buat teman semua, bersyukurlah dengan nikmat kesihatan dan nikmat nyawa serta pernafasan kamu itu..Hargai ia dan manfaatkan ia sebaik-baiknya..Sekian dari ku...Moga bertemu lagi..
Oh ya, selamat berpuasa dan maaf zahir batin....(^___^) Maafkan diriku andai kata cara penulisan ku pernah mengguris hati kamu..Terima kasih kerana sudi singgah membaca ke sini di saat ku tidak update sebarang entry disebabkan terlampau busy dengan kerja...

Sunday, June 3, 2012

Mengejar Mimpi Di Atas Pelangi....



Tinggi awan di langit biru...
Begitulah tingginya cita-cita ku terpahat di situ...
Aku tahu bukna mudah mengapai pelangi...
Aku tahu ia jauh dan sukar digapai dengan jari jemari...
Tapi akan aku buktikan mimpi akan jadi realiti...
Dengan azam, kesungguhan usaha tanpa henti ini...
Dengan berkat doa dan tanpa pernah menoleh untuk rasa putus asa...
Aku yakin satu hari nanti aku akan berjaya tiba di kemuncak kejayaan itu...
Aku yakin pelangi cita-citaku bukanlah bayangan semata...
Aku yakin ia akan ku miliki...
Aku aku kejar cita-citaku itu...Ya pasti!



Ps:- Puisi ini adalah ilham sepenuhnya milik penulis blog ini, sebarang bentuk penerbitan semula adalah diranag sama sekali..Hak Cipta Terpelihara. kredit gambar google image.

Monday, May 21, 2012

Aku Cinta Malaysia...



Ini negara aku...
Tempat lahirku...
Di sini aku dibesarkan dan didik dengan bermacam ilmu...
Di sini juga aku belajar erti hidup....
Di sini juga aku belajar erti kasih sayang dan hormat menghormati...
Aku sayang negara ku ini...
Jadi akan aku curahkan segala kudrat bakti yang aku ada...
Segalanya untuk tanah airku ini yang aku cinta...
Semuanya untuk memastikan negara aku ini aman sentosa sentiasa,
Semuanya supaya negara ku ini semakin maju dan berkembang pesat hendaknya...
Oh bukan maju dari ekonomi sahaja,
Tapi maju juga dari segi pembangunan nilai rohani dan insaniahnya juga...
Majulah kau terus maju,
Wahai negaraku yang ku cinta selalu...
Bersatulah kau wahai semua isi di tanah airku,
Janganlah kau bermusuh berpecah belah dan bermasa muka begitu,
Bersatu padulah kau  dan semoga aman harmoni selalu,
Eratkan ukhwah kita bersama,
Bersama kita berjalan seiring melangkah ke depan tanpa rasa ragu,
Semoga kejayaan, kemajuan dan keamanan milik kita selalu...


p/s:- Puisi ini adalah hasil nukilan sepenuhnya milik penulis blog ini. Hak cipta terpelihara, sebarang bentuk penerbitan semula adalah dialrang..kredit gambar google image....


mari tonton video klip ini...Ape-ape pun sebagai rakyat Malaysia kitya tetap sayang Malaysia dan Malaysia tetap di hati kita..

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...