Translate

Showing posts with label driving. Show all posts
Showing posts with label driving. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

Bertolak Ansur Di Jalan Raya

Hai Semua...
         Seringkali kita dengar nasihat supaya memandu berhati-hati, atau pandu cermat jiwa selamat...Jangan memandu laju-laju, patuhi arahan jalan raya..Semua nie katanya boleh elakkan kemalangan..Hurm..tapi kalau kita jer yang memandu berhati-hati tapi pengguna jalan raya yang lain masih tak ikut undang-undang + pentingkan diri sendiri maka tak mustahil kes kemalangan makin meningkat...


~Perempuan kalau drive memang tak bagus...cuba tengok macam aku nie macho jer beb drive laju-laju pun.Ini baru di namakan cekap memandu..~

       Dalam entry ni saya akan berkongsi pandangan sebagai pemandu yang berulang alik pegi balik kerja sejauh 34km sekali jalan, jarak pegi balik kerja pegi dalam 68 km .Ya tiada pilihan lain untuk pergi kerja melainkan driving...Ini adalah luahan hati dan pendapat seorang gadis kecil (ya saya kecik, tak tinggi..sebab tuelah umur dah 23, ramai yang cakap namapk macam budak umur 16 / 17 tahun...huhuhu..=,=  ) yang baru driving secara rasminya selama lebih kurang 7 bulan...Ya, baru 7 bulan driving secara rasmi , walaupun dah dapat lesen dari tahun lepas...Memandu secara rasmi pun setelah memiliki kenderaan sendiri, kalau nak pinjam kereta orang memang tak lah..sebab tak berani, kalau calar ke ape kang susah lak kan....Masa baru beli kereta pun penakut nak drive..ehehe..

    Saya rasa bersyukur sebab selamat dari kecelakaan semalam...Semalam masa pulang ke  rumah, saya memang pening kepala tahap maksimum. Macam nak pengsan pun ade. Saya cadang nak drive dalam keadaan tenang jer, biar slow asal selamat..Tapi saya rasa "bengang" tahap melampau bila ada kereta kat belkang dok beam- beam lampu besau..Haishh..saya drive kat line kiri,iaitu line slow..tapi walaupun pening, saya drive takdelah slow mana, 80-90km/j..kira ok lah tue kan..tak laju, tak slow..benagang sangat sebab kereta tue tak masuk line kanan, dan asyik follow kereta saya jer..Geram punya pasal, dan tak tahan mata silau kena lampu keta dia, saya terus dirve laju sikit dalam 120-130km/j..Yeah..akhirnya berjaya "lari" dari kereta tue..Sampai kat tol dah ok lah sikit pening kepalanya..

~Silau mata kalau kena lampu selalu...huuu~

    Bila dah sampai kat satu kawasan perindustrian pulak, masa tue saya drive 60 km/j jer..lagipun takde kereta yang sibuk tayang lampu besar..So bolehlah memandu dengan senang hati..kat radio tetibe jer ada lagu nie "If I die young,bury me on satin, Land me down on the land of roses..." kemudian muncul tereller besau keluar dari simpang tak toleh kiri kanan terus keluar selaju-lajunya..Nasib baik sempat elak ke kanan, dan nasib baik kat kanan takde kereta..kalau tak...kalau tak...Kamu pikir lah sendiri ye...Mungkin hari nie saya dah Arwah ..

        Itu kes semalam petang, sebenarnya selalu jer jumpa pemandu yang macam nie..Keluar simpang tak toleh kiri kanan, u-turn kat tempat yang tak boleh u turn, parking kat tempat tak leh parking, drive  motor slow macam siput sedut tapi duduk line kanan..Ye saya tau motor dia tue besau macam dalam cerita maria-mariana tapi tak yah lah nak feeling jiwang bila tengah drive ye..kalau nak feeling sangat duduk line kiri..Ada pulak yang jalan kaki spesis suka berborak dengan kawan-kawan.. jalan lengang lenggok  ramai-ramai sampai 3-4 orang padahal jalan tue dahlah sempit dia pegi halang lagi..haisshhh..Ada kes, dia nak masuk lorong kita, kita pulak nak kena bagi dia laluan..patutnya dia tunggu kita,dah lah tak bagi signal siap hon kuat-kuat..Macam kereta dia jer ade hon..Ada pulak kes yang letak lampu yang macam  kelip-kelip dekat no plat kereta..Nie mesti kes nak elak dari kena kamera speed trap ar tue..tapi tahukah anda ianya sangatlah menyilaukan mata orang lain..
~Akulah pemandu yang paling "bagus sekali". kereta aku, suka aku lah nak drive macam mana pun..lantak lah nak ikut peraturan ke tak ..kalau accident pun  kereta aku, buka kereta kau..! lagipun kat rumah aku ada beerlambak lagi kereta kau tau tak..Kau ada..????~

      Kadang-kadang rasa sangat pelik dengan sesetengah kereta yang suka bukak lampu besau walaupun baru pukul 6 petang, ada tue tengah-tengah hari pun bukak lampu besar..Tapi bertambah pelik bila hari hujan lebat dia taknak bukak lampu..Ada yang spesis lampu merah main langgar jer, ada pulak yang jenis suka block jalan orang..Even lampu dah hijau semua kenderaan still tak leh nak bergerak  sebab kereta dia kepung jalan..Lepas tue buat muka selamba badak jer kan...yang jenis tak nak bagi signal tak yah cakap, memang hari-hari jumpa..Ada pulak yang jenis dah lah tak bagi signal, lepastue terus parking dekat simpang jalan kemudian terus bukak pintu dan terus lari dapatkan awek yang merajuk! Yang driving sambil mesej dan sambil bertelifon tak payah nak cerita lah tue memang dah jadi lumrah dah kot..Ada pulak yang drive laju-laju lepastue break kecemasan dan bukak lampu kecemasan..ingatkan si driver tue sakit ke ape, rupanya tengah bergaduh dengan awek..
~Driving nie adalah terapi untuk hilangkan stress, tapi kadang - kadang boleh betambah  tambah stress kau..~

      Semua perkara nie memang membuatkan saya rasa macam nak kena heart attack..Di akui juga, di kala memandu nie kita perlukan kesabaran yang sangat tinggi. Pendapat saya, kemalangan boleh  di elakkan atau di kurangkan jika kita semua yang menggunakan jalan raya nie bertolak ansur dna bekerjasama. Tak kira lah kereta kamu buatan seberang laut ke buatan dalam laut ke atau buatan tempatan ke, kita semua bayar cukai jaln tiap-tiap tahun kan..? Jadi kita semua kenalah bertanggungjawab dengan keselamatan jalan raya. Jangan memandu dalam keadaan marah, bengang , emosi tak menentu. sebab itu semua boleh mengakibatkan kemalangan..Jangan memandu dalam keadaan tidak sihat dan mengantuk, dapatkan tidur dan  rehat yang mencukupi, paling penting sekali ialah jaga kesihatan..Dan tolong jangan bergaduh ketika memandu. Anda memandu selamat, bermakna anda menyelamatkan nyawa orang lain..Sayangi nyawa anda dan pengguna jalan raya yang lain.....(^____^)



      Ps:- Entry ini adalah pendapat penulis blog ini. Credit gambar kepada Google Image..

Sunday, May 15, 2011

Buli Membuli Dijalan Raya


Kita semua adalah pengguna jalan raya. 
Ta kira lah sama ada menggunakan kereta, motor, lori, van, mpv,basikal dan tak terkecuali pejalan kaki..
Tapi pernah tak kita terfikir yang kita sedang di buli atau membuli ketika kita dijalan raya..?
Ok..
Sekrang nie saya akan terangkan satu persatu pasal kes buli membuli nie...


~Pejalan kaki~

Kekadang pejalan kaki nie menguji kesabaran pemandu-pemandu jugak..mana taknye melintas sesuka hati jer..
Pernah satu hari tue saya drive kat kawasan bandar, masa tue lampu traffic hijau..maknanya saya kena jalan..
Tengah jalan tue tetiba ada couple nie (muka macam budak sekolah lagi) main melintas jer..nasib baik lar saya drive secara berhemah. So, sempat lah tekan brek..walaupun hakikatnya kita takleh berhenti sebab lampu hijau..Tapi terpakse jgk berhenti..kat belakang dah lar lori trellar sikit punye besar..
Ada juga terdapat sesetngah pejalan kaki yang jalan ketepi  ketengah dan ade jugak yang jenis suka kepung jalan (jalan ramai-ramai sampai 3-5orang, abis terkepung jalan..)
Kalau kene  langgar salahan orang, tapi bila kita dah hon siap bagi lampu besar die wat tak tahu jer...
Kalau awak jumpe driver yang suka mengalah pada pejalan kaki (macam saya) tak per lah jugak, nie kalau kena driver yang tak menyabor-nyabor dan tengah laju semacam, mesti die tak dapat tekan break dan awak kena lenyek ye tak..?
Sekarang nie pejalan kaki kena berhati-hati jugak, bukan sebab takut kena langgar atau kena ragut dengan peragut jer, tapi sekarang nie dah ade pulak kes orang suka simbah-simbah asid kat perempuan dan kanak-kana..Haissh..Tak patut betullah..
Jadi hati-hati yer adik-adikku..

~Lori Dan Pemandu Lori~

Nie lagi satu, banyak juga ar kemalangan disebabkan lori-lori nie..
Mana tak nyer dah lar besar, masuk pulak jalan yang kecik-kecik..
 Jalan shortcut katanya..Tapi habis ranap jalan raya belubang sana, berlubang sini..
Bahaya kat penunggang motosikal dan boleh merosakkan tayar kenderaan lain jugak..
Bila lori  atau kenderaan besar yang sewaktu dengannya lalu kat jalan sempit kita-kita yang drive kereta atau motor nie terpaksa lar mengalah..
Yang paling saya tak suka pasal lori adalah bila dieorang keluarkan asap hitam banyak-banyak..
Wa..bertambah-tambahlah pencemaran udara..
Tak kesian kat orang laen kan..??

~Lampu signal Dan Lampu-lampu yang sewatu dengannya~


Sangat jarang nak jumpe kereta yang bagi signal..Terutama kalau kereta tue besar lagi mewah..
Kenapa saya cakap macam nie?
Sebab setiap hari saya akan berdepan dengan situasi macam nie..
Orang yang tak bagi signal nie boleh dianggap sebagai orang yang mementingkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain..
Sebab..
Tahukah anda banyak juga kemalangan yang berlaku sebab tak nak bagi signal?


~Hon~


Cerita pasal hon nie, kalau awak duduk kat Malaysia nie tak payah lah nak bagi hon selalu sangat bila ade silap sikit hon, silap sikit hon..
Kalau boleh sabar atau elakkan lah dari tekan hon..
Tapi kalau situasi tue dah memaksa sangat, baik hon jerlah dari berlaku kemalangan kan..?
Kenapa saya cakap macam nie..?
Sebab kat Negara nie kalau orang hon tanpa sebab yang betul-betul sebab mustahak mesti orang akan jeling awak balik..
Tak percaya?
Cuba buat..
Mesti orang yang awak hon tue siap jeling-jeling sampai nak terkeluar bijik mata tak pun mulut die terkumat-kamit membebel dan marah-marah..
Sebab orang kita paling tak suka kena hon..

~Parking~

Tolonglah jangan parking kenderaan sesuka hati..
Contohnya kat tepi simpang..
Bukan setakat kereta dan motor jer nak parking kat situ tapi van,lori dan bas pun nak parking jugak kat tepi simpang..
Dah lah simpang 4, ade pulak kenderaan yang tak bertanggungjawab parking macam gitu..
Kan menyusahan orang tue namanya.
Pernah tak terfikir yang cara awak parking tue menggangu penglihatan pemandu lain dan secara tak langsung boleh menyebabkan kemalangan?
Parking kat tempat tak boleh parking, daripada jalan tue besar jadi sempit sebab semua orang nak parking tepi jalan..Alasan, tempat parking kereta takde..
Oklah kalau tempat parking memang betul takde takpe. Alasan tue boleh lagi diterima..
Tapi kalau tempat parking tue banayak lagi, tapi tetap juagak nak parking tepi jalan sebab tak payah bayar dan sebab dekat..Alasan macam nie rasanya tak leh diterima..
Sebab secara tak langsung dah menyusahkan pemandu-pemandu lain dan secara tak langsung membahayakan kereta sendiri jugak..
Kenapa saya cakap macam nie..?
Sebabnya, kalaulah kenderaan awak tue orang langgar ke ape sampai kemik lepas tue orang tue cabut lari awak nak cari die macam mane..?
Mesti kalau tanya orang pun, orang tue akan cakap:- "Entahlah saya tak perasan pulak" (Lumrah, tak ramai yang sanggup nak jadi saksi..Leceh katanya, nak kena turun naik mahkamah..)

~Cermin Kereta~

Sekarang nie dah ade pulak kes orang baling batu atau telur kat cermin kenderaan dengan bertujuan untuk merompak..
Jadi hati-hati tau..
Kalau kenderaan yang kita pandu tu kena baling dengan telur, jangan sesekali bukak wiper..
Sebabnya telur bila kena puka dengan air maka ia akan jadi pekat..Secara tak langsung ianya akan menjejaskan penglihatan kita dan boleh menyebabkan anda kemalangan atau pun anda berhenti di tepi jalan kemudian anda dirompak..
Kalau kenderaan yang sedang dipandu dibaling batu, lebih baik jangan berhenti sebab berkemungkinan besar orang yang membaling tue bertujuan untuk merompak anda..Jadi lebih baik catat no kenderaan tue dan terus pandu kenderaan ke balai polis untu membuat laporan..
Kalau anda seorang perempuan, maka janganlah sesekali meletak handabag di tempat duduk penumpang. Sebab boleh jadi jika kenderaan anda cerminnya tak di tinted, maka jika ada orang jahat yang nampak kemudian pecahkan cermin kereta dan terus ambik beg tue..janganlah menyesal pulak...

~Penunggang Motosikal~

Saya tau awak boleh selit sana, selit sini..
Saya juga tau awak boleh drive lelaju bila motor tue dah di modified..
Tapi janganlah membahayakan nyawa awak dan orang lain ye..
Sayangilah nyawa anda...


 ~Pesanan saya kepada semua memandu lah dengan berhemah dan berhati-hati ye..~



Nota:- Ini hanyalah pandangan peribadi penulis mengenai isu ini. Segala Gambar adalah diperolehi darpada Google Image



Saturday, April 23, 2011

Kisah Burung Merpati...Oh Saya Terasa Sepi...


           Masa otw nak pegi kerja hari-hari saya akan nampak dua ekor burng merpati tengah berdating kat atas jalan raya...Dah tue wat selamba jer tak nak blah dari situ  atau terbang pegi tempat lain...last-last saya terpaksa hon jer die..mesti kalau ade orang nampak akan gelak-gelakkan saya kan..? ye ar yang pegi hon burung tue dah kenapa..? sebabnya...saya nie pencinta haiwan..dan saya dah janji pada diri saya takkan bunuh atau aniaya haiwan...mereka pun nak hidup jugak kan macam kita..Tapi kira nasib mereka baiklah tak dek keta at belakang saya..So, boleh ar saya elak dari melanggar mereka...
           Bila saya hon die buat muka selamba dan wat muka macam mengejek lagi sambil tengok muka saya maybe dalam bahasa die mungkin dieorang cakap macam gnie:-


"Cuba you tengok that girl tue, cian kan die xde boyfriend..."
"Eh, mane you tahu die single mingle...?"
"Cuba lah you tengok die tue, nyanyi  sambil drive..da bpe ari I pesan die nie bile kat radio ade lagu cam tangkap jiwang ala-ala orang frust mesti buka kuat-kuat pastu nyanyi ngan penuh pengahayatan gtue...tue dah membuktikan yg this girl mmg single..."
"Owh..mcm gtue..eh meh lah kita ketepi sikit nanti tak memasal jer kena langgar denagn budak nie.."
"Berani lar die langgar awek I yang cute nie..I calar-calarkan keta die nanti..!"
"Oh...Thats why lah I luv u so much...you are my hero ..."

Saya  cakap dalam ati
"Sayes burung dua ekor nie xnak belah pulak die...lain kali klu nak berdating tue boleh tak jgn duduk tengah-tengah jalan...pegi lah duduk kat atas pokok ke tak pun wayar letrik ke..."
*********
Itu tadi cerita time pegi kerja..Time balik kerja pulak mesti jem..Faham-faham jer lah..kereta makin banyak...tue belum termasuk motor , lori, bas dan lain-lain..
Bila toleh kanan orang tengah berbual-bual dengan husband n wife die...ade anak-anak kat belakang..
Bila toleh kiri pasangan bercinta tengah happy berbual-bual, mungkin bercerita pasal kerja..
Wah bestnye......ermm..please jgn wat jealous lah pulak yer..!
So then, cam biase untuk tenangkan pikiran bukak jer lah radio..
Ermm....terasa sepi pulak kan....

********
Ok, last night saya mimpi ade 4 orang twins yang comel kat seat belakang kereta saya..
Saya bawak diaorang jalan-jalan....
Nie merupakan kali kedua saya mimpi  macam gnie..
Ape makne nye eh..???
Sape bebudak tue..?
Future baby saya ke......?
Eh!
hehehehehe....(^_^)

Tuesday, April 12, 2011

Kisah Si Pemandu Yang Memandu Kereta...


Drive kereta nie pada saya tak lah susah mana pun...
Cuma yang membuatkan "susahnya" ialah keadaan jalan yang sempit, berlubang-lubang, pemandu-pemandu lain yang tak ikut peraturan..
Sekarang saya nak cerita pasal pengalaman saya drive kereta...
Dalam keadaan hujan yang lebat mencurah-curah ke bumi, saya drive sorang-sorang...
Ok jer... walaupun mula-mula ade perasaan gementar..
Ada sebijik kereta warna merah nie, flat kereta die "dari negara seberang laut" . Die nie punya lah bagi signal kanan sampai 20minit..tapi last-last masuk lorong kiri...
Dah lah bawa kereta slow semacam lepastue makan jalan orang pulak tue..
Saya drive slow mase nampak die bagi segnal nak masuk lorong saya, tapi bila dah lama sangat saya pun masuk lorong kanan (lorong paling laju)
sempat lah saya toleh kat kereta tue..
Nak tau tak ape die buat...?
Ya, sedang berpacaran rupanya..
Patutlah signal kanan atau kiri pun dah tak reti nak beza...
Rupanya ade aweks kat sebelah...
Rasa masa tue nak aje  saya cakap kat mamat tue:
"Hello Bro, U lain kali kalau nak berpacaran pegi lar mana-mana tempat dan jangan nyusahkan pemandu-pemandu lain yer..."

Sampai kat satu kawasan nie lain pulak ceritanya..
Ade sebijik kereta "buatan temapatan", flat kereta "buatan tempatan"..
Tapi kereta warna merah jugak..!
Yang nie masuk lorong orang laju jer, langsung tak bagi signal..lepastue boleh pulak dia berenti kat lorong kecemasan dan buka lampu kecemasan...
Padahal masa tu dah tak hujan pun....
Saya try lah toleh, kot-kot si driver nie kena heart attack ke ape..So, boleh lah  saya tolong call kan Ambulans...
Nak tahu apa yang saya nampak...?
Ya, keadaan yang sama...berpacaran dalam kereta..bila dah hilang kawalan macam orang mabuk tue yang terus buka lampu emergency..
Mcama ape jer kan perangai dieorang nie...
Nyusahkan orang kan..?

***********

Besarkan jalan, tambah jalan..sebab kenderaan makin hari makin bertambah..
Lepas nie kalau dah tak ade kawasan nak buat jalan raya macam mana pulak ye...?
Agaknye lepasnie kita semua drive kereta terbang lah kowt...
Senang sikit tak jem..heheheh...(^_^)

Saturday, February 26, 2011

Setelah Hampir Setahun Tak Pegang Stereng....


Ini Adalah kisah aku memandu pagi tadi...
Setelah 10 bulan aku tak drive kreta akhirnye pagi tadi dapat juga aku drive selepasa aku dapat lesen..
Yup, aku memang dah ade lesen sejak tahun lepas...
Tapi...Malangnya aku tak pernah drive lepas aku dapat lesen tue...
So, aku decide untuk masuk kelas kemahiran memandu hari nie & esok..
Walaupun harga nye agak mahal hingga cekik tulang...
Tadi pagi masa mula-mula pegang streng tue aku tak der rase nervous macam mase mule-mule aku blajar drive tahun lepas...
Mase tue pegang stereng pun tangan & kaki aku dah sejuk gile macam ice kat kutub tue...
Sebenarnya aku ingat nak pegi meronda kat town..
Tapi di sebabkan aku telah tersalah masuk lorong masa kat highway tue..
So aku terus jer lar drive pergi tempat kerja aku..
Cikgu aku tue cakap " Jauhnya tempat kerja awak nie..bila nak sampai nie...nie awak ingat tak jalan...? saya memang tak pernah pegi tempat nie.."
Aku cakap balik kat dia "Tempat nie memang jauh...Jangan risau, saya ingat jalan...Mesti sampai dengan selamat punye..." (dengan penuh confident tue..huhuhuhu....)
Akhirnya aku sampai kat kawasan tempat kerja aku tue..
Tapi yang paling tak boleh blah aku boleh pulak parking kat bangunan pejabat lain..
"Nie ke bangunan tempat awak?" 
"Err..Eh..tersalah masuk lorong lar..Bangunan saya yang depan sane tue...Kene reverse n turn semula nie " 
"Hahahaha..Bangunan pejabat sendiri pun lupa...?" (tak memasal jer kene gelak)
Tapi yang penting aku dapat drive dengan jayanya hari nie & aku masih ingat lagi ape yang cikgu aku nie pernah ajaran kat aku masa tahun lepas...
Tapi..masa perjalanan nak balik tue sampai jer kat tol lepas bayar duit tol tue enjin boleh termati lah pulak.. Adeh! bengang nye....
Semuanya sebab aku sibuk tengok kereta yang kat belakang aku sambil berangan...
Kereta tue jenama kereta idaman aku sejak aku kecik lagi, yang drive nye perempuan..
Aku pikir dalam hati..
" Kalaulah aku yang dok dalam keta tue & drive..Wow..mesti best gile..! Err..Tapi bila lah agaknye aku mampu nak beli keta macam tue punye mahal..? Entah-entah bila aku dah pencen baru dapat drive keta tue kowt..hurmm.."
(aku pun terbayang aku duduk kat seat driver kereta tue..tetibe..Teeennnnn...habis melayang semua mimpi indah di siang hari aku tue...
Moral:- Lain kali jangan berangan bila tengah drive...hehehehehe...


Masa dalam perjalanan balik tue ada lah sebijik lori tak berapa nak besau nie tetibe jer potong jalan aku..dah tue jalan dah lah slow gila..Aku potong jer dia balik semula coz aku memang tak suka bila ade yang potong jalan aku pastue drive slow gile ...mengangu jer..



Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...