Hati itu sudah mati,
Kosong , gelap dan sunyi,
Merekah hati itu, kontang penuh gelisah,
Tanpa cahaya keimanan hati itu tersasar jauh,
Sudah lama tidak dirasai tikar sejadah,
Sudah lama dia lupa ayat-ayat indah dari kitab teragung,
Sudah lama lidahnya tidak menutur zikir-zikir penenang jiwa,
Sudah terlalu lama dia meninggalkan semua itu,
Wajahnya semakin kelam,
Hatinya dan jiwannya sudah lama sengsara,
Kerana terlalu taksub mengejar kemewahan dunia,
Dia lupa pada Tuhan Yang Maha Esa,
Dia fikir kemewahan adalah bahagia yang abadi,
Tapi dia silap,
Rupanya kini dia hilang mencari jati diri,
Dia berpaling pada generasinya,
Dia tidak mahu mereka mengulangi kesilapan masa mudanya,
Tapi mungkinkah mereka mengerti akan semua ini…?
Atau mereka jua akan mengikuti jejak sesatnya nanti…?
Dia kini semakin gusar memikirkan itu semua….
Jika dia menghembuskan nafas terakhir nanti…
Siapakah pewarisnya yang akan menguruskan jenazahnya nanti…?
Tanpa cahaya keimanan, bolehkah mereka hidup dalam dunia yang penuh kekeliruan ini…?
p/s:- Puisi ini adalah ciptaan sepenuhnya penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com).
Hak cipta Terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang.
Gambar adalah hiasan yang diperoleh daripada google image.
8 comments:
Sebuah puisi yang bagus
dah lame sy tak berpuitis..huhuh...rindunya...
nice poem sis :)
best kan bole luahkan kata2 mcm tu dr hati sndri ..
jelez btul , hihihi
tp dah boleh bc pun ckup syukur dah .. at least ada org mngingatkan :)
hati2 dalam menjaga hati dan iman kita...;-)
bestnya pandai karang puisi...
sedap puisi ni..
Blogg ahmad :- Terima kasih sbb sudi membaca puisi yang tak seberapa ini...
SoLy SoLicious:- Wah...minat berpuisi jugak..buatlah satu puisi ut mengubat rindu awk tue.....
fathiahRAIHANA :- Thanks ..=)
ILA HonEyBuNNy:- Yup, betul tue..
best jugak, sbb dpt luahkan isi hati dan idea yg kita ada...
Aina:- Terima kasih....=)
jarang sekali saya membaca puisi :) tp puisi yang awak karang ni, saya baca, sungguh bermakna. must came truly from ur heart kan :)
Namee Roslan :- thanks sbb sudi bace puisi saya..terharu rasanya..=)
~yup, sy buat nie dari hati, ikhlas buat renunagan & peringatan bt pembaca dan diri sy sendir jugak..smoga ia bermanfaat..
Post a Comment