Kawan ialah kawan yang biasa-biasa. Maksudnya dia hanya menjadi kawan awak sebab awak satu kuliah yang sama, satu kelas yang sama atau satu rumah yang sama atau duduk satu kawasan yang sama. Hubungan awak dan dia taklah seakrab mana dan tak lebih dari batas begitu.
Burung: Jom kita amik gambar kenangan... 1,2,3 senyum...
Tikus: Kau tak segan ke berkawan ngan aku nie ha... Dah lah hitam, hodoh dan busuk pulak tue...
Burung: Tak baik cakap macam tu, kau lah best friend forever aku.. (sambil peluk tikus guna sayapnya)
Tapi sahabat atau sahabat sejati ialah seseorang yang ada dengan awak di saat awak susah atau senang, kaya atau miskin, sihat atau sakit, gembira atau berdukacita , ketawa atau menangis. Pendek kata dia sentiasa ada. Seorang sahabat dia akan sentiasa beri pertolongan sedaya dan semampu yang dia boleh saat awak memerlukan dia, dan pertolongan dia tanpa perlu awak minta atau terpaksa merayu-rayu kat dia. Pertolongan itu tak semestinya dalam bentuk wang ringgit, kebendaan tapi ia juga termasuklah kata-kata nasihat, motivasi dan dorongan yang membakar semangat awak untuk meneruskan kehidupan.
Kambing: Gatal-gatal lah badan aku nie
Monyet: Meh sini aku check... Kot-kot ada kutu ke..
Kambing: Terima kasih nyet..
Monyet:Sama-sama. Bab cari-cari kutu nie kau serah jer kat aku...hehehehe
Seorang sahabat sejati takkan pernah memandang kasta kebendaan, wang ringgit, harta atau kedudukan dalam menjalinkan persahabatan. Apa yang penting ialah kejujuran dan keikhlasan dalam bersahabat. Iaitu bersahabat tanpa ada niat atau matlamat tertentu. Seorang sahabat akan menegur kesilapan dan kekhilafan sahabatnya (menegur tanpa menjatuhkan aibnya, iaitu menegur secara berhikmah). Ini kerana dia amat menyayangi sahabatnya itu dan dia tak mahu sahabatnya terus-terusan melakukan kesilapan dalam hidup yang boleh merosakkan diri mahupun masa depan sahabatnya tadi. Seorang sahabat yang baik akan sentiasa mendoakan yang baik-baik buat sahabatnya. Seorang sahabat yang jujur tidak pernah merasa iri hati melihat kelebihan atau kesenangan yang dimiliki sahabatnya, malah dia akan menjadikan kejayaan sahabatnya sebagai sumber inspirasi untuk dirinya berjaya kelak. Seorang sahabat yang jujur akan senang hati melihat sahabatnya gembira dan senang, dan dia akan merasa sedih apabila melihat sahabatnya mendrita atau merana.
Seorang sahabat tidak akan pernah mengkhianati sahabatnya. Apatah lagi memburuk-burukkan atau menyebarkan aib sahabatnya. Seseorang sahabat itu tidak akan pernah sama sekali memfitnah sahabatnya. Seseorang sahabat tidak akan pernah sesekali memutar belitkan cerita demi kepentingan diri sendiri dan menjatuhkan sahabatnya itu. Jika ada yang tak kena pasti di suarakan dan dibincangkan bersama. Seorang bergelar sahabat sejati tidak akan sesekali baling batu sembunyi tangan. Iaitu menjatuhkan sahabatnya sendiri di sebalik senyuman yang di ukirkan dan kebaikannya yang di lakonkan olehnya... Jika perkara-perkara seperti ini terjadi... Si dia tidaklah layak di gelar sahabat sejati.. Tetapi hanyalah layak digelar kawan biasa sahaja...
Seorang sahabat tidak akan pernah mengkhianati sahabatnya. Apatah lagi memburuk-burukkan atau menyebarkan aib sahabatnya. Seseorang sahabat itu tidak akan pernah sama sekali memfitnah sahabatnya. Seseorang sahabat tidak akan pernah sesekali memutar belitkan cerita demi kepentingan diri sendiri dan menjatuhkan sahabatnya itu. Jika ada yang tak kena pasti di suarakan dan dibincangkan bersama. Seorang bergelar sahabat sejati tidak akan sesekali baling batu sembunyi tangan. Iaitu menjatuhkan sahabatnya sendiri di sebalik senyuman yang di ukirkan dan kebaikannya yang di lakonkan olehnya... Jika perkara-perkara seperti ini terjadi... Si dia tidaklah layak di gelar sahabat sejati.. Tetapi hanyalah layak digelar kawan biasa sahaja...
Ayam: Dah petang dah nie aku kena balik, tapi kaki aku sakit nie...
Kucing: Takpe meh aku hantar kau balik. Cepat panjat, aku dukung kau..
Mencari kawan memang mudah tapi mencari sahabat sejati amatlah payah. Sahabat sejati nie susah nak jumpa, tapi saya yakin setiap orang pasti ada seorang sahabat sejatinya yang tersendiri. Jumlah kawan juga biasanya lebih banyak dari sahabat sejati.
Antara dua gambar di bawah kamu pilih yang mana sebagai ikon sahabat sejati?
1
2
P/s: Saya dapat ilham nak taip entry nie selepas nampak gambar ular dan tikus tue di google. Sebranag kekurangan atau kekhilafan harap dimaafkan. Good night everyone... :)
Sumebr gambar:Google image
6 comments:
nice!! hehehe
bagi saya kan.. sentiasa ikhlas nak berkawan dengan orang.. bila kita ikhlas, Allah mudahkan supaya kawan2 kita sayang kat kita jugak.. baru la ada erti 'persahabatan'..
Nabila Syifa: terima kasih :)
liyana shah: yup, betul tue... keikhlasan tue penting dalam persahabatan...
Assalamualaikum,,
Apa kabar..ingat lagi kiter? hehe...lama sgt tak berblog...
:)
Betul. Sahabat... Tapi kita juga tak boleh halang sahabat kita mencari kawan lain. Dia pun ada hak ke atas life dia. Saya selalu rasa macam sahabat saya, jadi dia hak saya. Bila dia ada kawan lain, saya cemburu. Tapi saya lupa, macam mana saya nak berkawan ramai, macam tu juga lah dia. :)
Saya rindu kan sahabat saya
Post a Comment