Ibu,
Terima kasih kerana telah melahirkan dan membesarkan ku....
Ibu,
Terima kasih kerana sentiasa menjaga ku di waktu sihat dan sakit...
Ibu,
Terima kasih kerana sentiasa menjadi sahabat sejati yang sudi mendegar luahan isi hati..
Ibu,
Terima kasih kerana sentiasa memberi kata-kata semangat, nasihat dan motivasi...
Ibu,
Di saat ku terjatuh kamu memberi kekuatan pada ku untuk bangkit semula..
Ibu,
Di saat ku kecewa kamu sentiasa memujuk hatiku supaya menjadi insan yang penyabar dan memaafkan..
Ibu,
Kamu ibarat pelita penyuluh kegelapan,
Kamu ibarat tongkat untuk ku berpaut,
Kamu ibarat payung untuk ku berteduh,
Kamu ibarat kapal untuk ku belayar menempuh arus ombak hidup,
Ibu,
Kamu terlalu istimewa buat diriku,
Tiada galang gantinya dan cuma kamulah satu...
Dan tidak dapat ku bayangkan hari-hari ku tanpa seorang ibu disisi,
Tanpa doa ibu mithali pasti hari itu terasa kosong,
Jika kamu tiada lagi,
Pasti hidupku berlagu sunyi bertemankan sepi,
Maka kuatkanlah semangat kamu wahai ibu ku...
Kerana setiap kesakitan itu pasti ada penawarnya...
Ku berdoa semoga ibu dipanjangkan usia, sembuh dan sihat seperti sediakala...
P/s:- Puisi ini adalah hasil nukilan dan idea sepenuhnya dari saya selaku pemilik dan penulis blog ini ( http://merpatiputih88.blogspot.com). Hak Cipta Terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali. Puisi ini saya tujukan khas buat ibu saya, semoga beliau cepat sembuh dari penaykit yang dihidapinya dan tabah menghadapi dugaan demi dugaan...
P.P/s: Maaf kerana sudah terlalu lama tidak update blog ini, dan sudah terlalu lama tidak menyinggah ber- blog walking membaca blog kamu semua... Saya agak sibuk kebelakangan ini, jika ada masa terluang pasti saya akan update macam dulu-dulu... Terima kasih buat kamu-kamu yang sudi berkunjung ke blog saya yang tidak seberapanya ini walaupun sudah bersawang labah-labah blog saya ini... :') :)
No comments:
Post a Comment