Translate

Saturday, March 29, 2014

Tanggungjawab Kita Sebagai Penulis...

Dewasa ini terlalu ramai manusia-manusia yang punya social media untuk berhubung...
Zaman sekarang kalau kamu tak tahu ape itu Facebook, Twitter, Blog, WhatsApp dan sebagainya kita boleh dikategorikan sebagai "manusia yang agak ganjil"..

    Zaman sekarang jugak dah ramai penulis blog, tumbuh macam cendawan selepas hujan. Dan ramai jugak manusia-manusia di luar sana yang suka salahkan penulis blog, kutuk-kutuk penulis blog. Katanya, kita-kita yang tulis blog nie takde life! suka kritik, suka sebarkan fitnah / gosip / khabar angin etc.. Tak semua penulis blog begitu, ada ramai lagi yang tulis benda yang baik-baik, nasihat-nasihat... Tapi mungkin blog mereka kurang dikenali... Almaklumlah... manusia kadangkala mudah rasa bosan dan mengantuk bila membaca bahan bacaan yang berfaedah, tapi laju jer dan sangat bersemangat bila baca gossip! Sebut pasal gossip / fitnah dan khabar angin,  secara sedar atau tak perkara-perkara tersebut bukan sahaja boleh dilakukan oleh penulis blog sahaja ye... Ia juga boleh dilakukan oleh pengguna rangkaian social media yang lain, macam Facebook, Twitter dan sebagainya serta tak ketinggalan rangkaian  mainstream media sedia ada.. Malah ada yang lebih teruk, tapi nampaknya penulis blog lebih di "highlight kan".


                    Soalnya adakah tanggungjawab untuk menulis sesuatu yang bermanfaat hanya terletak pada bahu seorang  penulis di mainstream media dan penulis blog sahaja..? Jawapannya tidak. Sebab zaman sekarang hampir semua orang pasti punya social media dan secara tak langsung kamu juga boleh menulis apa sahaja di rangkaian social media kamu itu ...


          Sedarkah kamu, tak semua perkara kita boleh tulis untuk tatapan umum? Kerana ada sesetengah perkara yang berlaku pada diri kamu atau orang-orang di sekeliling kamu tidak patut kamu kongsi kan ceritanya dengan sesiapa sekalipun. Jangan  ceritakan semua perkara, kerana nanti takut hilang privacy pada kisah hidup kamu. Ingat sebelum nak "post" sesuatu perkara kamu perlu fikir semasak-masaknya, gunakanlah akal bijaksana yang telah dikurnia dan hati kamu yang penuh kasih sayang itu untuk menilai dan menimbang tara apa yang kamu bakal "post" kan di social media kamu atau mainstream media yang kamu gunakan.                


              Perlu diingatkan tak semua pembaca kita mempunyai gaya fikiran yang sama dengan kita, dan tak semestinya apa yang kita nak sampaikan benar-benar boleh difahamkan oleh pembaca-pembaca kita. Jadinya, kebarangkalian untuk sesuatu yang kita tuliskan itu disalah ertikan atau disalah tafsirkan oleh pembaca-pembaca kita adalah tinggi juga. Makanya, kamu kena berhati-hati. Contohnya:- Mungkin kamu menulis sesuatu yang positif, tapi kamu telah disalah anggap hingga kamu dikritik dan kamu di hentam teruk dengan pelbagai kritikan negatif. Mungkin kamu berniat mahu menulis sesuatu yang bermanfaat , tulisan motivasi / dakwah / nasihat-menasihati tapi kamu telah dianggap poyo dan cuba menunjuk-nunjuk atau berlagak macam budak baik pula. Perkara seperti ini terjadi adalah kerana "kita melihat perkara yang sama, tapi cara kita menilai berbeza..." Setiap manusia punya gaya mentafsir dan memahamkan sesuatu maksud secara berbeza. Maka hati-hati dengan apa yang cuba kamu sampaikan.



             Menjadi seorang penulis kamu perlu tahu dan faham apa yang kamu mahu sampaikan.  Jika kamu sendiri pun tidak faham apa yang kamu tuliskan maka bagaimana pembaca-pembaca kamu mahu faham apa yang kamu tulis? Menjadi seorang penulis juga bermakna kamu perlu bertanggunjawab dengan setiap patah butir huruf dan perkataan yang kamu tuliskan atau kongsikan hingga membentuk segaris ayat untuk dibaca oleh pembaca-pembaca. Ingat, sebelum kamu nak "share" sesuatu berita atau cerita sila pastikan ianya adalah sesuatu yang benar dan punya bukti kukuh. Bukanlah gossip murahan mahupun khabar angin, berita palsu yang boleh menjerumuskan kepada  fitnah.



         Janganlah tulis atau kongsikan cerita gossip, khabar angin, fitnah, mengumpat , menghina... Jika kamu marah luahkan secara berdepan (tapi bersabar serta mengawal kemarahan adalah perkara yang lebih baik) ,  kalau marah atau tak puas hati dengan sesiapa jangan tuliskan di social media. Ia ibarat kamu meluahkan amarah kamu kasi satu dunia tahu, dunia ni bulat, pusing-pusing kamu jumpa si dia semula. Jadi silalah berfikir sebelum menulis sesuatu. Jangan gunakan social media untuk buat sesi mari mengumpat / menghina / mengetawakan / mengejek-ngejek  orang bersama kamu. Ingatlah yang jari jemari kita kelak akan menjadi saksi atas segala perbuatan yang kita buat. Mahukah kita menambah beban dosa pada jari jemari kita untuk menjadi saksi yang kita banyak menaip perkara-perkara berbaur fitnah, umpatan, menghina,  maki hamun, mengejek dan menyakiti hati orang..? Jadi sekali lagi sila berfikir dengan matang.



       Tahukah kamu akan terma "Jika mahu menilai sesorang, nilailah melalui cara dia menulis". Kerana cara kamu menulis itu gambaran apa yang terbuku di dalam hati dan minda kamu serta secara tidak langsung ianya juga menggambarkan bagaimana cara kamu berfikir dan tahap kebijaksanaan kamu dalam mengawal emosi. Dan secara tak langsung ia juga menggambarkan siapa kamu sebenarnya. Pernah tak amu dengar terma "Tulisan itu lebih tajam dari pedang" ? Ya, tulisan itu boleh dibaca berulang-ulang kali dan ianya boleh memberi pengaruh yang kuat juga kepada pembaca-pembaca kamu untuk percaya / dipengaruhi akan apa yang kamu tuliskan.  Jadi bertanggungjawablah dengan apa yang kamu tuliskan. Ingat jangan sampai apa yang kamu tuliskan itu mengguris hati dan perasaan sesiapapun, jangan memalukan / membuka aib diri kamu sendiri atau sesiapapun, dan  jangan sampai menyakiti. Jangan  menulis sesuatu yang membawa unsur-unsur negatif, menyentuh sensitivity mana-mana pihak dan jangan menulis seuatu yang berbaur lucah.   Maka dengan itu, hati-hatilah semasa kamu menulis sesuatu, tak kiralah kamu menulis sebagai penulis berkaliber di mainstream media atau sekadar pengguna social media... Adalah lebih baik kita gunakan idea yang telah dikurnia kepada kita untuk menulis dan jari jemari kita ini untuk menaip sesuatu yang bermanfaat buat pembaca-pembaca kita. Jangalah sampai tulisan kita itu boleh menambahkan beban dosa kita dan mengheret kita untuk dikenakan tindakan undang-undang. Perlu diingat juga tulisan kita ini boleh diakses oleh sesiapa sahaja pada bila-bila masa, serta boleh juga di print screen dan di save sebagai bahan bukti . Walaupun kita sudah tiada lagi (meninggal dunia) tapi tulisan kita ini masih booleh dibaca, jadi ingatlah adakah kita mahu tulisan kita yang berbaur negative itu terus dibaca apabila kita sudah taida dan sekali gus mencemarkan nama baik kita dan waris kita kelak..?Akhir kata, marilah menulis dengan kasih sayang...



P/s: Salam takziah buat semua ahli keluarga mahupun sahabat handai penumpang dan crew MH370.
       Semoga sabar dan tabah selalu...
       Untuk kita semua: Janganlah sebarkan berita yang tiada bukti asas, khabar angin , mahupun spekulasi
        yang akhirnya membawa kepada fitnah... Tolong.... Jagalah hati mereka-mereka yang terlibat...
     
Nota: Ini adalah sekadar luahan pandangan dan penadapat saya selaku pemilik dan penulis blog ini:
          http://merpatiputih88.blogspot.com . Sebarang kekurangan harap dimaafkan
Kredit gambar :google image


4 comments:

reenapple said...

Susah nak puashkan hati semua orang. Tulis saja apa yang hati mahu. Tapi itupun kena fikir baik buruk. Itu aku sekarang.

kindergartenlibrary said...

kita tulis apa je yang kita nak tulis .. org mdah sgt nak terasa even bukan tuju kat dia .

sobri yaacob said...

saya setuju..

ya pnulis blog kena beretika.. jgan tulis ikut suka hati je.. etika kena ada

Unknown said...

LOL. Real life, jadi hipokrit. The internet, jadi direct n 'kerek'...

jaga hati org vs tak jaga hati org

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...