Translate
Tuesday, July 10, 2012
Kejahatan Mulut: Mengumpat vs Memfitnah..
Mulut gunanya untuk apa...?
Ya ia berguna untuk makan makanan dan juga untuk berkata-kata....
Tapi adakah kita berhati-hati melalui percakapan kita...?
Barangkali apa yang kita cakapkan itu boleh melukai hati insan lain...
Adakah kita ambil peduli tentang itu atau kita hanya berkata ikut sedap rasa kita...?
Mengumpat:
Apabila kita bercakap perkara yang buruk-buruk, perkara yang negatif tentang sesorang itu.Samaada dengan niat untuk menjatuhkan dia atau sebab kita memang tak suka dia jadi semua benda yang dia buat serba tak kena di mata kita. Ada saja silap dirinya yang kita nampak, maka dengan itu kita suka pula buat ketupat aka mengumpat atau bergosip bersama jiran tingkap kaki gossip..
Bila kamu mengumpat, kamu akan rasa puas hati bila dapat bercerita tentang keburukkan orang yang kita tak suka itu, kalau boleh biarlah semua orang tahu perangai buruknya dan lebih baik lagi jika dia disisihkan. Ada juga golongan yang suka mengumpat tapi hanya sekadar suka-suka mengisi hobi dimasa lapang katanya..Eh ada pula yang begitu ya..? apa kata kamu cari sikit hobi yang lebih berfaedah..Kerana hobi suka bergossip dan mengumpat itu akan hanyan menambahkan beban dosa yang kamu pikul sahaja..
Memfitnah:
Adalah apabila kamu tidak tahu perkara itu betul tapi kamu telah dengan mudah menyebarkan cerita tersebut tanpa kamu kaji asal-usul cerita itu bermula, tanpa kamu selidiki kebenarannya dan tanpa kamu tahu apa yang berlaku sebenarnya serta tanpa ada bukti-bukti yang kukuh. Kamu cepat membuat andaian tentang sesuatu perkara yang kamu dengar / lihat dan biasanya andaian itu adalah kearah yang negatif berlaka.
Hati-hati wahai sahabat boleh jadi cerita yang kamu sebarkan itu tidak benar maka kamu telah diklasifikasikan sebagai penyebar fitnah pula..Fitnah nie lebih mudah dikenali sebagai berita yang tidak benar, berita palsu, berbentuk parsangka andaian, tuduhan keatas seseorang itu dengan atau tanpa niat untuk menjatuhkannya. Fitnah juga amat berbahaya kerana ia boleh saja mengaibkan individu yang difitnah itu, malah ada yang terpaksa menderita menangung aib sepanjang hidupnya. Angakara fitnah ini juga boleh terjadi permusuhan, penceraian, dan pergaduhan tak kurang juga hingga di bawa kes saman-menyaman di mahkamah. Maka berhati-hatilah, jangan sampai memfitnah...
Kesimpulannya daripada kamu asyik sibuk mengumpat pasal dirinya, bukankah lebih baik kamu face-to-face sahaja dengan individu tersebut. Beritahu pada dirinya apa sikap-sikap,perangai atau cara percakapannya yang negatif itu. Cuba kamu nasihati dan tegur secara lembut dirinya, beritahu dia tentang kelemahan dirinya itu dan ajak dia supaya berubah memperbaikinya...Sama ada dia nak dengar atau tidak itu terpulang pada dirinya, yang penting kamu sudah beri nasihat dan daripada kamu mengupat dapat dosa lebih baik kamu beri nasihat, maka kamu dapatlah tambah-tambah pahala... =)
Kita sebagai manusia dikurniakan akal fikiran yang bijak lagi waras, jadi gunakan ia sebaiknya..Jangan gunakan akal kita untuk menjalankan misi-misi menjatuhkan orang lain dengan menyebarkan fitnah. Jangan mudah percaya sesuatu perkara sehingga ia terbukti benar, kerana bimbang kelak ia adalah fitnah. Usah lagi membuat andaian "kalau tiada angin masakan pokok bergoyang, jika tidak betul masakan ramai orang yang berkata begitu? " Adaian sebegini salah berlaka, kerana fitnah itu boleh sahaja diada-adakan, benda yang tak berlaku pun boleh dikata berlaku, benda yang kita tak cakap pun boleh dikata kita yang cakap, perkara kecil ditokok tambah dan sengaja di putar belitkan..Jadi usah terlalu cepat percaya pada sesuatu berita, siasat dahulu kebenarnnya. Dapatkan bukti dna dapatkan penjelasan dari orang yang menyebar cerita dan ornag yang sedang menjadi mangsa cerita itu..
p/s:-Entry ini adalah sekadar perkongsian idea daripada penulis blog ini mengenai isu ini . Kredit gambar google image..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Special Notes For My Dear Darling
"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,
Your voice is sweet like music that calms my lonely world,
Your hands is my protection from hurt deep down inside,
9 comments:
ayat2 kat atas tu membuatkan diri terfikir sesuatu.. kerana mulut itu mampu membinasakan sebuah kehidupan.. terima kasih awak,
astagfirullah! dosa besar menfitnah.. :(
diam ja xpa kan? x reti nak ckp face to face ..heee~
sebab tu la ada perumpamaan..kerana mulut badan binasa. kadang2 kita bercakap hal orang tapi kita tak sedar....esok lusa kita terkena balik.
hari hisab nanti, mulut dikunci, anggota lain menjadi saksi. mulut hanya berkuasa di dunia saja. salah guna mulut, dunia boleh jadi tunggang langgang :)
kadang2 mulut mendahului akal.cakap ikut sedap mulut je tanpa fikirkan perasaan orang lain....
lebih baik diam kan ^_^
Ingat! Jangan Bergosip Atau Bercerita!
Kerana Ia Sangat Keji...
" Sudahkah Anda Cermin Dirimu Sendiri...?
Sebelum Engkau Bercerita Keburukan Orang??? "
Ingat! Jangan Bergosip Atau Bercerita!
Kerana Ia Sangat Keji...
" Sudahkah Anda Cermin Dirimu Sendiri...?
Sebelum Engkau Bercerita Keburukan Orang??? "
Mengadu domba merupakan perbuatan yang boleh mengakibatkan persengketaan dan perbalahan antara dua belah pihak. Sikap suka menyampaikan cerita atau menyampaikan percakapan satu pihak kepada pihak yang lain dengan tujuan yang tidak baik sehingga menimbulkan perasaan tidak senang di hati pihak yang lain, dan akhirnya membawa kepada perselisihan faham antara kedua belah pihak adalah sama dengan menabur fitnah.
Dalam peristiwa Isra‘ dan Mi‘raj, Rasulullah S.A.W telah menyaksikan segolongan lelaki dan wanita yang memotong satu potongan daging daripada salah seorang dari mereka. Kemudian mereka meletakkan potongan daging tersebut pada mulut salah seorang dari mereka dan berkata kepadanya: “Makanlah sepertimana yang aku makan”. Rasulullah S.A.W bertanya: “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril A.S menjawab: “Mereka inilah pengumpat, pencela serta pengadu domba”.
Post a Comment