Translate

Saturday, May 12, 2012

Ibu Yang Ku Sayang....

2010-Emak di operate dan disahkan menghidap breast cancer stage 4...Bila dapat tahu berita itu luluh hati saya, kerana pada ketika itu kami tahu yang emak ada kanser pun ketika beberapa jam dia bakal menjalani pembedahan kecil..Sedangkan sebelum itu tiada tanda-tanda dia menghidap kanser, malah dalam ahli kelurga juga tiada yang terkena kanser...Kalau nak ikutkan dari segi pemakanan pun dia sentiasa jaga juga, dan kurang amakan makanan yang banyak bahan pengawetnya...Lepas operation emak duduk dekat wad dalam dua minggu kemudian baru pulang ke rumah dan jalani rawatan susulan di hospital...

2010-2011- Ulang alik ke hospital dan klinik berdekatan untuk buat pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan iaitu chemotherapy, radiotherapy, physiotherapy dll...Kesan dari chemotherapy tue rambut dia gugur dan dia kurang / malah seperti tak de selera nak makan..Emak seorang yang kuat semangat dan sangat postif, walaupun penyakit kanser tue bahaya tapi dia masih cekal dan kuat semangat + sabar dan tabah hadapi semua nie...Tapi sekarang nie dah ok, dan kalau lihat seperti emak bukan pesakit kanser, kelihatan ceria dan gembira sentiasa...Walaupun dalam hati sedang risau, tapi dia takpernah tunjuk riak wajah duka...

Penghujung tahun 2011:- Doctor beritahu yang dia suspect emak seperti terkena kanser hati..kerana kelihatan seperti ada dua ketulan ketumbuhan didalam hatinya..tapi tak tahu sama ada itu kanser atau sekadar ketumbuhan biasa...


11.05.2012(jumaat) Saya teman emak pergi hospital untuk dapatkan keputusan  pemeriksaan kesihatan. Saya tersangat risau, takut apa yang bakal Doctor akan cakap itu bakal mengundang rasa duka. Alhamdulilah, hasil dari ujian kesihatan dan scan awal bulan kelmarin menunjukkan yang dia tiada kanser hati, malah ketulan tue juga sudah tak kelihatan jelas lagi...Jadi tidak perlulah dia untuk menjalani operation sekali lagi pula..Berkat doa, dan tidak pernah jemu makan ubat-ubatan modern + tradisi maka ketumbuhan itu sudha tiada..Bersyukur pada Allah SWT kerana menerima doa saya...Saya berjanji yang saya akan gunakan kesempatan yang saya ada sekali lagi ini untuk berbakti kepada emak sebaik mungkin. Saya akui kadangkala saya anak yang agak degil dan agak keras kepala, tapi saya berazam untuk berubah menjadi  anak yang lebih baik untuk emak...


     Saya takkan sia-siakan waktu yang masih ada ini begitu sahaja..Malah saya akan gunakannya sebaik mungkin untuk menyayangi emak setulus hati...Saya tak dapat bayangkan macam mana kalau saya hidup tanpa emak disisi.. Kerana emaklah sumber inspirasi yang tak pernah jemu memberi motivasi, kata-kata semangat, kata-kata nasihat, teguran , didikan, bimbingan malah tak pernah jemu membantu dan merawat saya dari lahir hinga kini...Emak yang sentiasa curahkan kasih sayangnya kepada saya, emak yang sentiasa ceriakan hari-hari saya walaupun dia sendiri sedang berduka.. Malah emak jugaklah yang sentiasa menyokong saya, memberi saya semangat semula ketika saya sudah tak punya semangat dan sudah putus asa..Sebab semangat emaklah saya masih bertahan hingga kini... Setiap jasa dan pengorbanan emak kepada saya takkan dapat terbalas oleh saya walau dengan apa jua cara sekalipun...


Maafkan anakmu ini kerana kerap kali melukai/menguris hati mu wahai ibu..Maafkan anak mu ini kerana kadangkala ku seprti tak punya waktu cukup untuk ibu...Jika ku tidak sihat atau sedang berduka ibu sentiasa menemaniku...Tapi anakmu ini jarang menemani ibu ke hospital atau klinik, kerana keterbatasan waktu dan kesempitan masa serta sibuk dengan urusan kerjaya...Namun ketahuilah wahai ibu walau bagimana pun ankmu ini takpernah lupa pada mu, malah anakmu ini tak pernah lupa untuk mendoakanmu..Ku doakan ibu sentiasa sihat sentiasa hendaknya..

Pesanan buat kalian:-sayangilah ibu ayah selagi kita masih diberi masa bersama mereka..

Dengarkan lagu  ini (semoga kita tidaklah menjadi anak-anak yang lupakan jasa ibu ayah)-

4 comments:

Aleen Aiden said...

teringat arwah kakak alin yg terpaksa ulang alik hospital since awal tahun lepas sampai awal tahun ni. dia meninggal dunia lebih kurang 2bulan lepas. :(

Aina said...

mak awak macam mak saudara akak juga. dia kena breast cancer.sangat tabah dan cekal walaupun menderita sakit nak kena buat kimo dan semua rawatan tu.kalau jumpa selalu ceria, tak mcm org sakit pun...

Selamat hari ibu untuk mak awak..:)

Solihin Zubir said...

sedih...

Alhamdulillah mak anda kembali beransur pulih..

semoga beliau terus sihat dan sihat hingga ke akhir usia.. semoga Allah memanjangkan umur beliau agar menjadi ibadah kepadanya..

hargailah ibu kita sepanjang masa..

Unknown said...

Alhamdulillah . berkat doa anda dan juga keluarga . :)

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...