Translate

Wednesday, May 9, 2012

Lelaki Merajuk....?

    Perkataan merajuk itu selalu saja cenderung ditujukan kepada perempuan...Ia bagai satu lumrah bila perempuan mempunyai sifat mudah sensitif, kerana sememangnya perempuan memang lembut dan sensitif hati nya berbanding lelaki...Kadang-kadang isu yang dianggap remeh temeh serta tak penting bagi lelaki tapi dianggap sangat penting bagi perempuan. Malah jika si lelaki tak peka ia akan menyebabkan si wanita tadi merajuk. Mungkin saja kata-katanya atau tingkah lakunya yang telah menguris hati wanita tadi atau mungkin juga kerana dia terlupa tarikh-tarikh penting (contoh:- tarikh anniversary , birthday..) Namun ada juga perempuan yang memang suka merajuk tanpa ada sebab yang kukuh, semuanya kerana nak kan perhatian si jejaka tadi...
(Merajuk tapi tetap comel...)

   Namun, apa pula yang akan berlaku jika lelaki yang merajuk...? Adakah salah jika lelaki merajuk? Adakah dia tak macho bila merajuk dan bersikap kebudak-budakkan / tak matang bila bersikap begitu...? atau salahkah jika lelaki merajuk lantas kerana bersikap sebegitu mereka (lelaki) di gelar berhati tisu (hati lembut) , mengada-ngada dan sebagainya..?


   Lelaki juga manusia, mereka juga punya perasaan marah, sedih, gembira dan lain-lain lagi sama seperti kaum wanita...Cuma bezanya jika kaum lelaki nie cuba mengekspresikan perasaan mereka ia disalah anggap dan disalah ertikan pula..Contoh jika lelaki menangis dianggap tak macho dan memalukan, jika lelaki merajuk dianggap sebagai tak matang..

(Yang ini memang betul-betul merajuk)

Ya, untuk pengetahuan kamu wahai gadis-gadis, orang lelaki juga perlukan kasih sayang dan perhatian sama seperti seorang wanita memerlukan kasih sayang dari jejakanya...Mereka (lelaki) juga pasti ingin rasa disayangi dan diberi perhatian, serta rasa diri diperlukan dalam hidup pasanggannya / diutamakan dalam segala hal, di beri ruang untuk memberi pendapat serta menegur mana yang kurang/ salah silap pasangan.. Mereka(lelaki) juga mahu rasa dihargai seperti di puji dengan kata-kata sebagai pembakar semangat,dan jika mereka sedang menghadapi situasi sukar mereka juga mahukan perhatian, sokongan ,kata-kata nasihat yang berguna  untuknya meneruskan kehidupan...Sekali-sekala tak salah jika kamu memberi hadiah kepada mereka (lelaki), bila tiba hari ualngtahun kelahiran atau apabila ulangtahun perkahwinan atau apabila si dia mendapat sesuatu yang mengembirakan contohnya kenaikan pangkat, emndapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan sebagainya...Sekali-sekala tak salah jika kamu(wanita) memberi kejutan yang mengembirakan buat mereka, mereka (lelaki) juga ingin rasa dimanja dan dihargai tapi mungkin mereka segan nak luah secara lisan..

Kamu (wanita) kenalah faham isi hati mereka (lelaki), jangan kamu hanya minta mereka(lelaki) faham kamu dan beri perhtaian sepenuhya kepada kamu , sayang kamu dan sebagainya sedangkan kamu langsung tak pernah menghargai mereka , serta tak penah pula kamu faham isi hati mereka..

(Merajuk tapi rambut tetap bergaya...Masih kelihatan tampan walaupun sedang merajuk!)


Mitos 1:- " Orang lelaki nie jangan dipuji, nanti diorang mulalah perasan dan cuba untuk curang"

(Serious ke...? habis tue yang perempuan asyik sibuk tiap-tiap hari mintak dipuji tue ape cerita pulak..? Kalau dah dia nak curang dia akan curang jugak walaupun tanpa kita puji...Tak salah kita puji, malah lebih baik memuji dari mengeji..)

Mitos 2:- "Jangan beri hadiah berupa pakaian (baju dll) , nanti kelak kasih sayangnya pun akan berubah-ubah dan cepat bosan macam pilih baju di dalam almari.."

(Oh really..? Hurm..Bagaimana pula dengan lelaki yang beri hadiah bunga kepada perempuan..? Bukankah bunga cepat layu? Jadi cintanya kepada kamu juga cepat layu..? Beri hadiah sebagai tanda kasih sayang dan tanda menghargai rasanya tak salah yang penting niat ikhlas. Takkan setiap  bulan si isteri boleh jer minta di beli hadiah dan segala macam barang-barang, tak dibelikan merajuk pula. Tapi bila tiba birthday si suami si isteri buat tak tahu saja..Alasannya tak tahu nak beli hadiah apa, nanti kalau bagi baju takut suami kahwin lagi satu! =P )

Mitos 3:- "Biar lelaki yang drive, orang perempuan duduk sebelah jer... Lebih baik begitu, nampak lebih romantic & sweet"

(Zaman sekarang niekan, perempuan pun dah boelh jadi pilot helikopter dan kapal terbang. Ada juga yang jadi driver lori besar dan bus. Mereka drive dengan selamat jer kan..Jadi takda masaalah rasanya untuk kamu(perempuan) pula yang memandu dan pasangan kamu pula yang duduk di tempat duduk penumpang. Apa yang penting kamu ada lesen memandu yang sah. Berilah peluang pada mereka pula hendak berehat dna tak salah sekali sekala si isteri pula yang drive kereta ke tempat kerja atau ketika bersiar-siar...Pasangan yang bertolak ansur adalah pasangan yang sangat manis! )


~Kesimpulannya lelaki juga perlukan kasih sayang dan perhatian. Maka tak salah jika mereka  (lelaki ) merajuk..~

P/s: Entry ini hanyalah luahan pendapat penulis blog ini semata-mata. Kredit gambar google image...
Entry ini adalah kesianmbungan dari entry tahun lalu:- lelaki menangis salah ke..?

9 comments:

slumberdek said...

sweet la bila lelaki merajuk.....kan. hehehhe

Ros said...

Assalamualaikum,

Ketiga tiga mitos tu kak Ros selalu ja dok buat....alhamdulillah perkahwinan kak Ros setakat ni amat bahagia dan dah betahan hampir 30 tahun...Ajal maut dan jodoh ni kat tangan tuhan...kita mesti berusaha untuk mencapai kejayaan dalam setiap perhubungan bukannya dok percaya kat mitos2 ni kan...Apa pun ia sebenarnya bergantung kat diri kita sendiri....

Jo-Blogger said...

sy singgah dan follow.

WuMing said...

WuMing memang tak berapa pandai pujuk...

merajuk bagi WuMing ada manisnya... tapi kalau banyak sangat... membosankan...

Lelaki juga manusia.. ada hati dan perasaan... batul tuu...

CIK CHIPSMORE said...

wink..wink..yang mitos tentang bgi pakaian tu selalu dngau la..xleh bg yg berbentok kain nnti hubungn putus tengh jalan..tp yg suami kawin lgi 1 tu xtau lak..hahaha

nekmo said...

huhu.. pasal mitos tu selalu dengar.. :) huhu....kadang2... merepek bagai.. hehe

Namee Roslan said...

hehe. saya selalu dengar perempuan kata naksepak kalau lelaki merajuk. tp sebenarnya laki pun perluka perhatian jugak. hehe. nak juga rse kena pujuk . :)) sebenarnya merajuk tu yg merapatkan hubungan balik. hehe

cimöt said...

mcm gedik je bile lelaki merajuk..but pd aku nothing wrong sebab lelaki merajuk lg sweet..hihiihi

Ai-Sis said...

setuju la sebab lelaki pon manusia biasa juga.memerlukan perhatian sama seperti wanita.jadi tak salah lelaki merajuk.dan lelaki merajuk itu sangat comel.comel macam saya #eh :D

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...