Translate

Monday, February 27, 2012

Hidup Nak Yang Sempurna?


Jika di beri pilihan pasti semua mahaukan hidup dia sentiasa sempurna... Tak kiralah lah dari segi kerjaya, kewangan, keluarga, kawan-kawan, atau kehidupan harian..Kalau di beri pilihan pasti semuanya mahu hidup mewah, rumah besar, kereta besar, boleh melancong pergi oversea setiap bulan...Boleh travel sana sini, boleh shopping tanpa perlu ada rasa risau duit dalam poket tak cukup..Kalau di beri pilihan mesti semuanya mahu kan keluarga yang bahagia, takda gaduh-gaduh, takda sengsara, takda derita, semuanya aman harmoni ajer.. Kalau di beri pilihan , pasti semuanya mahu teman yang ramai, yang boleh teman kemana ajer, kawan-kawan yang sekepala dan macam-macam lagi...Jika di beri pilihan pasti semuanya mahu hidup dalam bahagia, tak nak ade masaalah, tak nak ade kena marah / kena tengking / kena maki..Siapa jer yang nak ade masaalah? Pasti semua  tak suka masaalah..Kalau boleh setiap hari  yang di lalui haruslah happy-happy jer..takda masam, takda muram, takda benda yang boleh buat rasa sedih atau marah..

   Begitu kah kita yang hanya mahukan kesempurnaan dalam hidup...? Kita kah itu yang hanya mahu sempurna itu dan ini  hingga kadang kala kita terlupa dan terleka seketika dengan nikmat yang telah Allah SWT bagi..Janganlah mengeluh bila di timpa masaalah dan janglah menyalahkan takdir bila berlaku sesuatu..Belajarlah untuk bersyukur dengan nikmat yang kita miliki ini.  Dan janganlah hanya tahu mahu meminta itu dan ini sedangkan apa yang telah di beri tak pernah pula kita hargai dan tak pernah pula kita syukuri.

    Setiap yang kita lalui itu pasti ada hikmah dan sebabnya yang tersendiri...Jika hidup ini terlalu sempurna sampai langsung tiada masaalah pun tidak boleh juga. Kerana masaalah itulah yang membuatkan kita lebih matang dan lebih sabar serta lebih tabah dalam menjalani hidup yang kita lalui setiap hari. Belajarlah dari pengalaman yang kita lalui agar kita tak ulangi kesilapan yang sama lagi. Hidup ini memang penuh warna warni. Ada warna suram, ada warna kelam, ada warna ceria. Tahukah kita yang warna-warna inilah yang sebenarnya boleh menceriakan hidup kita dan seterusnya menjadikan kita berjaya? Pasti dunia kita akan terasa bosan jika kita lalui perkara yang sama setiap hari sepanjang hayat kita. Semuanya pasti akan kelihatan mendatar, dan tiada satu pun perbezaan. Pasti hidup pun sudah tidak ada semangat lagi. Maka sebab itulah adanya warna-warna dalam hidup, tangis / tawa / duka / ceria /amarah itu lah yang membuatkan hidup kita lebih berwarna. Maka kita dapatlah belajar benda yang baru, serta belajar pengalaman yang baru setiap hari.

     Jika semuanya pro dan tiada yang kontra pasti tidak seronok. Kerana semuanya sama. Begitu  jugalah dengan hidup, jika semuanya  berjalan lancar dan langsung tiada masaalah tiba masa masaalah kecil datang maka kita pun jadi gelabah dan tak tahu cara nak selesaikan masaalah itu. Berbeza pula  jika kita sentiasa berdepan situasi sukar dnegan pelbagai masaalah pasti jika ada berjuta rintangan yang datang pun masih kita boleh tempuhi dengan hati yang tabah.

     Kenapa masalah dan dugaan perlu ada...? Kerana ia mengajar kita erti bersyukur dalam hidup  dan kerana ia mengajar kita erti kesabaran dan ketabahan. Contohnya, jika kita menghadapi kesusaha hidup, kita dilanda masaalah kewangan maka di situlah kita belajar mensyukuri setiap sen yang kita miliki dalam poket kita dan ketika itulah kita belajar erti bersyukur untuk setiap sesuap makanan yang kita makan. Ketika itulah kita tahu erti susah payah untuk mencari rezeki, maka kita pun tidak berhentilah berusaha dan terus berdoa untuk sentiasa mendapat rezeki. Kita pun akan jadi lebih sabar dan tabah kerana kita tahu bukan senang untuk jadi senang. Kita juga tahu yang nak dapat apa yang kita impikan perlukan  usaha yang berlipat ganda , doa yang tanpa henti dan kesabaran yang tidak terperi. Setelah segala usaha kita itu, pasti akan ada kejayaan yang kita miliki, InsyaAllah jika kita ikhlas pasti urusan kita lebih di permudahkan. Mungkin agak sukar untuk kita miliki apa yang kita impikan itu. Tapi sedarlah bahawa dengan kesukaran itulah yang boleh mengajar kita erti bersyukur dan menghargai setiap apa sesuatu yang telah kita miliki. 

Last but not least:-
 ♥It's not how good you are, It's how good you want to be...♥
~I'm just an imperfect person that trying to be perfect but I know I just can't do that~

Mari tonton video ini:-


Ps:- Entry hanyalah pendapat biasa coretan hasil dari pengalaman hidup sendiri dan ini hanyalah pendapat semata-mata..Credit gambar google image..Credit video youtube:-nick vujivick ...Dah lama rasanya tak menaip entry panjang-panjang begini..hehehhe..;)

12 comments:

sea_lavender said...

semua org nk sempurna.. mereka merasakan itu yg terbaik.. sbnr bersederhana la yg terbaik krn kta mampu kenal erti bersyukur dan muhasabah diri..sempurna 1 mustahil buat hamba Allah.. krn Hanya Dia Maha Sempurna.. namun ble brpasangan saling melengkapi terbina kesempurnaan semntara~~

AienAiril said...

salam ziarah. perkongsian yg menarik btw jemput lawat disini dan dapatkan barangan muslimah dan koleksi buku2 menarik dr ustaz riduan serta hadiah istimewa.semoga mendapat manfaatnya~ :)
http://e-storebasyirah.blogspot.com/p/pembukaan-e-store-basyirah.html

Unknown said...

Hidup macam roda. Pusing-pusing.

♥ sitifarhana ♥ said...

stiap mnusia takkan selamanye smpurna..

btw, kagum dgn nick vujicic..tgk,org tak smpurna pon boleh berjaya..

LAici KAng Ais said...

xbest jgk lau sempurna.no challenging.hee

FR said...

nick vujicic ni sangat positif kan T____T

dulu ada tengok satu video dia, dia cakap selama ni dia bertahan atas dunia ni pun sebab agama dia.

jadi sepatutnya kita lebih yakin dan positif drpd dia :>
lagipun kalau kita tak bljar dr dugaan, kita pun tak mmpu kot nk terukan hidup bila ada dugaan lain :>

ILA HonEyBuNNy said...

setiap masalah ada jalan penyelesaian dan buat diri kita matang...

ila sukakan usaha y berterusn..jika kita usaha..hasilnya pun menggembirakan hati kita kan...

Unknown said...

life would be too boring if everything is perfect :)

Namee Roslan said...

takde hidup yang sempurna pun.sebenarnya kekurangan hidup tu yg buat kita terus usaha kan.kalau sempurna, takdela cabaran lg..

Unknown said...

Nick Vujicic adalah seorang jutawan...dgn keadaan die begitu die leh jd jutawan kan...kita yg smpurna xleh jd jutawan? sy nk kongsikan rahsia jadi jutawan... dtg ke seminar sy free je :)

Mishter Izwän said...

semua org nk kehidupan yg sempurna..
tp kadg2 kesempurnaan tuh msti tak berkekalan, terima je la seadanya

senyumSOYA said...

betul..xda dugaan dan cabarab tu buat kita bersyukur dan muhasabah dengan diri ^^ kan akak~

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...