Hidup ini memang penuh dengan dugaan dan pancaroba..Hati dan minda haruslah kuat, agar teguh bertahan walaupun dugaan yang datang itu sangatlah besar dan agak dahsyat...Apa yang perlu ialah ketabahan, kesabaran, kecekalan dan kekebalan dalam menangani segala gelombang-gelombang badai itu..Mana ada manusia yang hidupnya tiada langsung masaalah..? Pasti hidupnya pernah sahaja di timpa dengan pelbagai dugaan dan masaalah..Nak berjaya juga bukanlah sesuatu perkara yang terlampau mudah. Pasti kamu perlu tempuhi segala pahit jerih oank berduri, barulah kejayaan itu rasaya akan jadi lebih manis dari gula batu! Hidup ini memang penuh dengan warna warni. Ada warna gembira, ada warna berduka dan bermacam-macam lagi..Semua itu yang pasti, akan memberi kita satu ilmu baru iatu pengalaman dan pengajaran...Belajarlah dari pengalaman yang kita pernah lalui, dan jangan pernah biarkan ia berlalu dan kesilapan itu di ulangi kembali..
Dengan adanya segala dugaan itulah yang mebuatkan kita menjadi individu yang kuat, kental dan cekal dalam menghadapi hari-hari depan yang belum pasti.Jangan anggap masaalah itu satu bebanan, tapi anggaplah ia sebagai satu cabran hidup. Iaitu cabaran yang boleh mematangkan kita dan cabaran yang mebuka ruang kejayaan kepada kita. Jangan anggap apabila kita di timpa kesusahan maka hidup kita sudah mati dan tenggelam. Apa yang kita perlu lakukan ialah bangkit kembali dan teruskan perjalanan. Hadapi segala rintangan itu dengan tabah. Serta berusahalah mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan permasaalahan itu. Tiada masaalah yang tidak boleh di selesaikan dan tiada penyakit yang tiada penawarnya kecuali kematian. Oleh itu berusaha lah mncari jalan keluar dari kepompong masaalah itu. Teruskan usaha dan teruslah berdoa tanapa pernah mengenal erti jemu atau putus asa.
Jangan kerana secebis masalaah kita sudah bersa goyah dan rapuh. Pasti di luar sana masih ramai lagi individu yang di timpa pelbagai dugaan hidup yang lebih berat dari kita. Belajarlah untuk bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan pernah berhenti berharap untuk terus berusaha dan berdoa kepada Yang Maha Esa. Jika kamu sedang kecewa luahkanlah ia walaupun harus mengalirkan air mata. Biarlah kamu nampak seolah-olah lemah, tapi sebenarnya jiwa kamu kental dan tabah serta yang paling penting tidak menyimpan dendam di hati. Luahkan sahaja emosi kamu itu, coretkan ia di atas kertas lalu bkarlah ia menjadi debu yang berterbangan. Jangan di pendam sahaja rasa itu beraja sendirian kelak ia merosak jiwa dan badan andai rasa sabar sudah tak dapat bertahan. Mintalah nasihat dan bimbingan dari mereka yang lebih mengerti dan berpengalaman. Agar kelak tidaklak kamu terkapai-kapai keseorangan.