Translate
Thursday, December 31, 2009
Pengalaman Di Ragut!!!!
Pada waktu itu,10. Dec.2009,6.00 petang ketika penulis sedang berjalan kaki pulang kerumah bersama rakan selepas habis waktu kerja di tempat praktikal penulis. Ketika itu kami sedang berbual-bual dan berguaru senda, kawasan disitu juga agak sepi. Tiba-tiba datang motosikal dari arah belakang lalu meragut beg penulis. Tetapi si peragut tidak sempat meragut kerana penulis berjaya menarik balik tersebut kemudian penulis terjatuh. Kemudian motorsikal si peragut terhuyung hayang lalu termati enjin secara tiba-tiba. Penulis bersama rakan langsung tidak menjerit meminta pertolongan atau membaling batu ke arah peragut kerana jarak antara kami tak sampai 50 meter . Kami juga tidak merakan gambar peragut menggunakan telefon bimbit. Kami merasa sangat tergamam dan telupa semua perkara, terasa seperti di awang-awangan. Peragut itu kemudian pergi meninggalkan kami. Penulis kemudian dibawa rakan kerumahnya yang berhampiran dengan lokasi kejadian sambil menenangkan penulis. Kemudian dihantar pulang kerumah oleh dia dan keluarganya. Pada malam itu penulis membuat laporan polis kerana takut keselamatan penulis terancam lagi. Kerana peragut tersebut sudah mengeacam wajah kami, kerana pada ketika motosikalnya terberhenti dia menoleh kearah kami dan sempat memerhatikan kami. Tapi penulis tidak dapat mengecam wajah peragut. Penulis hanya mengecam no flat motor,warna motor,warna baju & selur, warna halmet, susuk tubuh dan warna kulit peragut. Tapi malangnya penulis diberitahu pegawai polis terbabit bahawa no flat yang digunkannya adalah no flat palsu iaitu no flat itu adalah milik kereta wira. Peragut tersebut tidak dapat dikesan hingga kini. Apapun penulis sangat berterima kasih kepada sahabat penulis berserta pasukan polis yang telah memberi bantuan. Penulis juga berasa sangat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana tiada kejadian yang lebih teruk berlaku dan tidak mengalami sebarang kecederaan atau kerugian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Special Notes For My Dear Darling
"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,
Your voice is sweet like music that calms my lonely world,
Your hands is my protection from hurt deep down inside,
No comments:
Post a Comment