Translate
Wednesday, February 27, 2013
Semoga Hari Ini Lebih Indah...
Belajar dari pengalaman,
Belajar dari kesilapan,
Masa silam yang kelam bukan untuk dikesali atau ditangisi,
Tapi masa silam yang kelam itu haruslah diperbaiki,
Agar hidup menjadi lebih cerah esok hari,
Berhenti menangisi kesilapan,
Berhenti menuding jari apabila berlaku kesilapan,
Tapi berfikirlah untuk mencari solusi disebalik kesilapan itu...
Semoga kehidupan kita hari ini lebih indah dari semalam,
Semoga hari ini lebih cerah dari semalam yang kelam....
p/s: Hanya coretan ringkas dari saya buat tatapan kamu semua, juga nasihat buat diri saya sendiri jua...Mendapat ilham mencoret tulisan ringkas ini beberapa saat yang lalu, sebelum lelap mata..
kredit gambar: google image..
Salam sayang, semoga bertemu di lain masa...xoxo..:)
Monday, February 25, 2013
Puisi: Menghukum Dan Dihukum
Melihat dengan mata,
Mendengar dengan telinga,
Menghukum dengan mudah...
Semudah satu dua tiga....
Kamu manusia suka menghakimi,
Lagak mahu menjadi hakim tidak bergaji,
Suka berhabis waktu dengan mengumpat dan mengeji,
Hati kamu pula penuh hasad dengki,
Hati kamu itu penuh nanah bersulamkan iri hati,
Itulah dia hati yang telah mati,
Mati tanpa rasa belas ehsan pada manusia yang kamu hakimi,
Sedangkan kamu juga tidak pernah mahu memahami,
Malah tidak pernah mahu menasihati,
Terus saja dikeji dan dihukum begitu kejam sekali,
Mudah kamu berkata itu ini,
Kerana kamu tidak berada di situasi itu dan di ketika itu,
Banyak benar yang salah di mata kamu,
Entah apa yang betul aku jua tidak tahu,
Seperti kamu sahajalah manusia yang sempurna,
Ya, kamu sahaja lah manusia yang tidak punya cacat celanya,
Silap kamu disorok di kaki lima,
Silap orang dibuka dijaja merata-rata!
P/s: Puisi ini adalah coretan ilham sepenuhnya saya selaku penulis dan pemilik log ini(http://merpatiputih88.blogspot.com). Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan puisi ini di siarkan semula dalam apa jua medium.
Kredit gambar : google image...
Thursday, February 14, 2013
Alahai Si Romeo Sambut Valentine Day....
Hari nie hari valentine day kan..?
Kita di momokkan hari ini adalah hari kasih sayang sedunia...
Makanya katanya, kau sebagai jejaka sejati haruslah beri bunga pada gadis-gadis yang kau sayang dan cintai..
Sebagai lambang tanda cinta kasih kau pada gadis itu..
Jangan hanya hadiahkan sekuntum bunga, tapi kau haruslah jua beri hadiah besar-besar yang mewah lagi mahal atau sekurang-kurnagnya coklat sebagai pemanis muka...
Kau sayang dekat makwe , aweks (girlfriends)..?
Maka hari ini kau sanggup keluarkan duit lebih untuk belanja makwe(girlfriend) makan dekat restoran mewah atau hotel mewah..Nak nampak gempak dan romantik katanya..
Bagi kau yang bekerja, sanggup berjimat cermat berhari-hari, hidup hanya makan maggie kari semata-mata nak belanja awek (girlfriend) makan dekat tempat berbintang-bintang, hadiahkan barang yang mewah-mewah, teman si awek berbelanja sana sini konon shopping untuk hilangkan stress diri..
Padahal kau jua yang stress bila lihat bill macam nak pitam...
Semput sesak nafas macam nak sakit jantung, lalu kau tekan dada yang kian sakit picit kepala yang semakin pitam..
Kau bebel dalam hati : "Susah-susah aku kerja OT siang malam, kerja part time nak kumpul duit beli kereta sport, sekarang senang-senang aweks dan scandals aku habiskan duit aku..."
Tapi itu hanyalah monolog dalam hati kau, tidak terkeluar pula di kerongkong...
Enggan kau di gelar tak macho, kedekut dan tak sayang awek maka kau diamkan saja...
Kau lah mat romeo sejati punya awek(girlfriend) cantik , seksi yang ramai boleh bikin engkau senang hati...
Padahal engkau jua kadangkala tidak mengerti, awek itu hanya mahu duit mu saja buat penghibur hati..
Jika kau sudah papa kedana habislah semua awek kau itu cabut lari...
Tinggal lah engkau bersama poket kosong...
Masa itu barulah engkau hendak termenung...
Masa itu barulah engkau hendak meraung..
Lalu engkau kata "Awek aku tak guna, kikis duit aku saja!"
Ha...!
Sekarang padan muka engkau, siapa suruh pasang awek(girlfriend) ramai-ramai...
Daripada kau sibuk mengorat gadis cantik disana-sini,
Bukan ke lebih elok engkau benikah sahaja, duit pun sudah cukup jadi apa tunggu lagi..?
Pasti kisah cinta kau jua lebih diberkati, bila ia tersimpul terpatri rapi dalam ikatan suci...
Alahai jejaka romeo...
Adakah hari valentine ini kau mahu menjadi romeo lagi...?
Masih tak serik-serik diri dikecewai...?
Alahai valentine day, itu hanya leburkan masa dan duit poket kau sahaja..!
Daripada kau sibuk bazirkan duit berbelanja aweks(girlfriend) dan scandals lebih baik kau gunakan duit itu untuk menderma kepada insan-insan yang memerlukan bantuan sewajarnya iaitu mereka yang berada nunu jauh di Palestine sana...!
P/s: Entry ini adalah keseluruhannya adalah cetusan idea dari saya sendiri. Ia hanyalah luahan pendapat saya iaitu seorang gadis biasa yang tidak bersetuju untuk menyambut hari valentine dan tidak pernah menyambut hari valentine seumur hidup..! Maaflah jika ada yang terguris hati kat mana-mana...kredit gambar google image..
Pendapat saya, cinta tak boleh diukur dengan emas,hadiah mewah, bunga ros dan sebagainya..Cinta itu lebih nilainya daripada nilai harga hadiah-hadiah itu...Dalam cinta haruslah ada jujur, setia, toleransi, persefahaman, bertolak ansur dan amanah..Itulah nilai yang lebih berharga berbanding dengan hadiah-hadiah atau bunga...:)
Katakan Tidak Pada Valentine Day
Labels:
cinta,
isu semasa,
lelaki,
love,
puisi cinta,
puisi(cinta)
Tuesday, February 12, 2013
Cinta Tidak Sempurna
Cinta...Cinta yang sering kita membaca kisah cinta semuanya sempurna...
Paling tidak pun hampir sempurna...
Dalam kita mencari-cari pasangan hidup, ada diantara kita yang inginkan kesempurnaan pada pasangan...Walhal dia sendiri tahu yang tiada manusia yang sempurna 100%, tiada manusia biasa yang tidak punya kekurangan langsung, dan tidak ada manusia biasa yang tak pernah melakukan kesilapan atau dosa..
Ada juga yang diantara kita tidak kisah soal kesempurnaan ini, malah sudi menerima pasangannya seadanya tanpa pernah membandingkan pasangannya dengan orang lain, atau mahu pasangannya "menjadi orang lain", dia yakin cintanya kukuh dan apalah kiranya kekurangan pasangan nya itu sedangkan cinta mereka terbina utuh dan tidak pula goyah...
Tapi malangnya ada pula insan-insan lain di sekeliling yang terlebih sudu dari kuah dalam menilai pasangan itu...
Tapi malangnya ada pula insan-insan lain di sekeliling yang terlebih sudu dari kuah dalam menilai pasangan itu...
Antara kata-kata sinis yang sering di dengar ialah apabila berlaku 11 situasi berikut:
1.Lelaki kaya dan kacak + perempuan miskin dan cantik
= Si Perempuan kaki kikis, Si perempuan mata duitan...Si perempuan gunakan kecantikan untuk pikat lelaki..
2. Lelaki kaya dan kacak + perempuan miskin dan tak berapa cantik:
=Si perempuan kaki mak esah (bomoh), sebab itulah muka tak cantik pun boleh dapat lelaki kacak yang kaya! Nie mesti si lelaki dah terkena ilmu guna-guna mandrem nie...
3.Perempuan kaya, cantik tapi berusia + Lelaki miskin, kacak dan muda...
=Si lelaki nak kikis duit perempuan tu ajer...! tak pun jadi anak ikan ker...Macam mak dengan anak..
4. Lelaki kaya dan berusia + perempuan muda, cantik
=Sugar daddy nie...si perempuan berkawan sebab harta +duit ajer..! Macam atuk dengan cucu..
5. Perempuan cantik + lelaki kacak = Sesuai! Sepadan..Pinang di belah dua..!
6. Perempuan cantik lelaki tak kacak atau Lelaki kacak + perempuan tak cantik = Tak sesuai! Macam beauty and the beast!
7. Perempuan bijak, bekerjaya, kaya dan cantik + Lelaki bijak, bekerjaya, kaya dan kacak
=Sangat sepadan! Confirm bahagia hingga akhir hayat..Kalau dapat anak mesti pandai-pandai dan cantik +kacak...
8. Perempuan bijak ada PHD, bekerjaya, kaya dan cantik + Lelaki berpendidikan SPM,tak kaya dan tak kacak atau Lelaki bijak, bekerjaya, kaya dan kacak + Perempuan berpendiidikan SPM, tak kaya dan tak cantik
= Tak sepadan langsung macam langit dengan bumi! ish...Tak sesuai...!
9 . Perempuan tinggi + Lelaki rendah atau Lelaki tinggi dan perempuan rendah
=Macam kakak dengan adik, macam abang dengan adik perempuan tak abis SPM..!
10. Lelaki kulit putih + perempuan kulit gelap atau Perempuan kulit putih + lelaki kulit gelap..
=Tak sesuai...macam kuda belang, hitam putih...!
11. Perempuan berketurunan bergelar dan berdarjat + lelaki keturunan biasa atau Lelaki berketurunan bergelar dan berdarjat + Perempuan biasa
=Tak setaraf langsung..! etc etc..(mula start dialogdalam filem ibu mertuaku atau fielm antara dua darjat)
Inilah dia stigma negatif yang sering sangat kita dengar..Tapi boleh ke kebahagiaan pasanagn tersebut kita ukur berlandaskan kemewahan dna kesempurnaan duniawi semata-mata..?
Persoalannya siapa kita untuk menghukum sesuai atau tidak mereka itu ....?
Adakah kita ini sudah cukup sempurna sehingga terlalu mengejar cinta yang sempurna...?
Adakah kita ini sudah cukup sempurna untuk menilai diri orang lain / pasangan lain tidak sempurna / tidak sesuai itu ini..?
Layakkah kita untuk mengeluarkan kata-kata sinis yang nyata menikam hati mereka yang mendengar..?
Mari kita fikirkan dan renungkan sejenak bersama...
1. Jika benar cinta itu tulus dan jujur dari hati yang murni ia tak pandang segala kesempurnaan itu, ia hanya padang hati...
2. Jika benar kamu mencintai seseorang itu, jangan hanya kamu cintai dia ketika dia muda, cantik , berkedudukan, kaya raya, berharta saja..Tapi cintailah dia pabila waktu dia sudah tua, berkedut, miskin , kehilangan kerjaya , kehilangan kedudukan (pangkat) dan hartanya...
3. Jika benar cinta jangan hanya cintai orang itu disaat dia senang sahaja, tapi cintailah dia di saat dia dilanda masalah, kesusahan atau musibah juga..Jadilah peneman yang sentiasa setia disisi memberi dorongan dan kata-kata motivasi untuk dia kembali berjaya lagi...
4. Jika benar cinta, janganlah cintai dia dikala dia sihat sahaja, tapi cintailah dia apabila dia sakit juga..Jadilah peneman yang setia membantu dia merawat dan melawan penyakitnya itu..
5. Jika benar cinta, cintailah dia, dirinya dan segala apa yang ada pada dirinya..Jangan hanya cinta pada kelebihan yang dia punya tapi cintailah juga kekurangan yang dia ada...Kerana tiada manusia biasa yang sempurna...Janganlah membandingkan dirinya dengan insan lain dan janganlah menyuruh dia berubah menjadi insan lain (mengikut kehendak kita)..Terima lah jua masa lampaunya dia, usah di ungkit-ungkit untuk menambah luka di hatinya dia..
6. Jika benar cinta, terimalah seluruh ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya dan juga segala apa yang digemarinya dan di minatinya (selagi tak melanggar undang-undang negara dan hukum agama). Janganlah kamu meyuruh dia mengutamAkan kamu hingga dia perlu meyisihkan keluarganya dan sahabatnya...Janganlah kamu menghina keluarganya atau sahabatnya atau apa yang diminatinya itu....
P/s: Keseluruhan entry ini hanyalah pendapat saya selaku penulis blog ini...Mohon maaf andai ada tersilap atau terkurang...Terlintasnya idea untuk menulis entry ini selepas saya mendengar lagu lama yang saya minati : As Long As You Love Me , Nyanyian Backstreet Boys.. Kredit gambar google image. kredit video: youtube..
~lagu fav. saya~(^___^)
sebenarnya entry ini adalah sambungan daripada entry:
Ciri-ciri perempuan yang lelaki tertarik
11 ciri-ciri lelaki yang perempuan suka
sebenarnya entry ini adalah sambungan daripada entry:
Ciri-ciri perempuan yang lelaki tertarik
11 ciri-ciri lelaki yang perempuan suka
Tuesday, February 5, 2013
Usia Meningkat Tapi Belum Berkahwin...?
Kamu masih single...?
Ramai kawan-kawan sudah berkahwin...?
Setiap hujung minggu diisi dengan pergi jemputan kahwin...?
Maka setiap kali itulah kamu akan ditanya:
"Bila nak kahwin...?
Bila nak makan nasik minyak..?
Bila nak bagi kad undangan kahwin kamu pulak...?"
Ya, kalau sekali sekala soalan itu ditanya tak mengapalah ye..Tapi kalau dah hampir setiap hari...Hurm..Pedih juga telinga mendengarnya...Itu belum termasuk komen-komen itu ini..Kepada mereka-mereka yang dah berkahwin pada usia muda, tolonglah jangan terlalu kerap bertanyakan soalan sebegitu pada rakan seusia kamu yang belum tamatkan zaman bujangnya lagi...Bukan apa, cuba kamu bayangkan kalau dalam sehari dapat 4 jemputan kenduri kahwin, maka setiap kali pergi jemputan mesti kena soal macam-macam...Jadinya pasti rakan kamu itu sudah tiada mood nak pergi kenduri kahwin lagi..Pasti dia berkata begini di hatinya... " Lebih baik tak pergi, nanti kalau pergi macam-macam kena soal.." Nak bertanya tu boleh, tapi usahlah terlampau kerap. Jagalah adab ketika bertanya, jangan pula bertanya soalan sebegitu dengan nada berbentuk sindiran..Ya, mungkin kamu sekadar bergurau. Namun hati kecil insan lain kita tak tahu kan...Jadinya, perlu lah juga kita menjaga hati insan lain jika kita mahu insan lain menjaga hati kita juga...
Perspektif negatif yang kita sering dengar untuk orang yang belum berkahwin ialah :
"Forever Alone"
"Kurang kasih sayang"
"Sepi dan selalu sunyi"
"Terasing"
"Takda life dan hidup membosankan"
"Takda masa depan cerah"
"Bakal masuk rumah orang tua-tua"
Perspektif ini sebnarnya tak semestinya 100% betul dan ia tak juga bermaksud perspektif tersebut salah! ya, ada benarnya..Tapi cuba kamu fikir sejenak...Kenapa mesti nak sedih, rasa terasing, rasa sunyi, rasa macam "forever alone" tu semua..? Sedangkan kamu masih punya keluarga dan kawan-kawan disekeliling kamu...!
Berikut sedikit tips untuk kamu yang masih single agar lebih ceria dan bahagia..(^___^):-
Berikut sedikit tips untuk kamu yang masih single agar lebih ceria dan bahagia..(^___^):-
1. Dekatkan Diri Dengan Tuhan
Rajin-rajinlah bersolat dan sentiasalah berdoa agar kamu dikurniakan jodoh yang baik , pasangan yang soleh dan baik serta bakal anak-anak yang soleh sebagai penyejuk mata, penawar hati yang duka. Jika kamu punya rezeki yang lebih, apa kata kamu pergi mengerjakan Umrah atau Haji.
2. Luaskan Pergaulan, Tambah Kenalan Dan Tambahkan Ilmu Pengetahuan
Untuk mengelakkan rasa sunyi tu, cubalah kamu luaskan pergaulan. Sertailah aktiviti-aktiviti sekitar komuniti kediaman / di tempat kerja /kampus , kamu juga boleh masuk persatuan-persatuan kebajikan atau NGO contoh seperti MAKNA, Aman Palestine Malaysia, Mercy Malaysia dan sebagainya..Kamu juga boleh sertai bengkel-bengkel kemahiran seperti automotif, komputer, menjahit, andaman, kelas kek dan sebagainya..Selain dapat tambah ilmu, kamu juga dapat manfaatkan ilmu tersebut untuk buka perniagaan sendiri misalnya tak pun buat sebagai kerja sampingan (boleh tambah duit poket). Selain itu kamu juga bolehlah menghadiri kursus/ seminar berkaitan keagamaan / motivasi / kepimpinan/ kerjaya /pernaigaan / pembentukan imej. Kursus sebegini adalah bermanfaat untuk diri kamu. Bagi kamu yang berhasrat untuk sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi seperti Ijazah, Master atau Phd, bolehlah berbuat demikian.Yelah sementara masih single, senang nak bahagi masa..Jadi manfaatkan masa yang ada untuk tambahkan ilmu pengetahuan. Apabila kamu menyertai kursus /bengkel / seminar, pasti kamu akan menambahkan lagi bilangan rakan dan kenalan. Selain dari boleh tambah kawan, mana tahu ada jodoh kamu disitu..(ehehehe..)
3. Tingkatkan Kerjaya , Tambahkan Pendapatan
Setiap hari kamu haruslah berusaha untuk majukan diri dalam kerjaya kamu. Usaha sehabis baik untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dan dikagumi. Mungkin satu hari nanti usaha kamu akan berhasil bila kamu dinaikkan pangkat..Bagi kamu yang punya pernigaan sendiri, cuba sehabis baik untuk memajukan business kamu itu..Selain itu, kamu juga bolehlah mencuba pelbagai peluang kerjaya sampingan atau business part time...Kamu pasti tahu yang bila nak kahwin mesti nak pakai duit banyak.Yelah orang sekarang hantaran pun 10K (baca:10 ribu) keatas..Jadi bagi kamu yang lelaki haruslah bekerja keras untuk kumpul duit sebanyak mungkin! Biar nanti mak mertua bukak mata luas-luas, yelah dapat menantu kaya siapa yang tak bangga kan..? Sebenarnya, kamu harus sedar yang dalam kehidupan sekranag mempunyai tahap keduudkan kewanagn yang baik adalah yang terbaik. Cuba kamu bayangkan kalau kamu berjaya memiliki rumah, kereta, ada perniagaan yang boleh dibanggakan, telah mengerjakan umrah dan haji, dapat pergi melancong kemerata tempat dan dapat memiliki ijazah sebelum mencapai usia 30 tahun. Pasti ia akan dikagumi, malah kamu sendiri pasti akan berasa bahagia (walaupun belum berkahwin) kerana kamu telah capai cita-cita semasa kecil kamu! Ya, manfaat kan setiap detik usia kamu untuk mencapai cita-cita yang kamu impikan terlebih dahulu, sayangilan diri sendiri terlebih dahulu. Majukan diri kamu, dan buktikan kamu juga mampu gembira dan memiliki rasa gembira walaupun kamu terlewat berkahwin.
4. Keluarga Angkat atau Haiwan Peliharaan
Kamu masih single, berjauhan dengan keluarga dan selalu merasa sunyi..? Tips untuk hilangkan sedikit rasa sunyi bila berada dirantauan atau bila jauh dengan kelurga adalah kelurga angkat..Yup, carilah mak atau ayah angkat, abang atau kakak atau adik angkat atau kamu boleh juga pelihara anak angkat, ia bagus untuk praktis kemahiran keibuaan atau kebapaan kamu...Kalau kamu rasa leceh nak ada keluarga angkat nie, apa kata kamu pelihara haiwan kesayangan contohnya seperti kucing, arnab, hamster dan lain-lain..
5. Pergi Beriadah , Bersenam , Bersukan Dan Melancong
Jika hari-hari bekerja kamu terasa letih, tiada salahnya untuk kamu pergi keluar bersiar-siar beriadah atau bersukan. Ia amat baik untuk kesihatan diri kamu juga, ia juga boleh menambahkan stamina badan kamu.. Yalah seperti yang kita selalu dengar "Badan Sihat Otak Cergas". Janganlah sibuk bekerja dijadikan alasan untuk kamu malas bersenam atau emlakukan aktiviti riadah. Kamu stress?? Sentiasa murung, sentiasa moody..?Apa kata kamu pergi bercuti, melancong kemana sahaja, jika punya rezeki lebih pergilah melancong keluar negara. Pergi bercuti nie bagus juga untuk rehatkan badan dan minda selepas penat bekerja, boleh hilangkan stress..
6. Hobi Berfaedah
Kamu bosan hujung minggu tak ada buat aktiviti apa dekat rumah..? Buatlah hobi baru (jika tak pernah ada hobi) . Contohnya seperti melukis atau menulis atau bermian alat muzik (ketiga-tiga jenis hobi nie, kalau kamu pandai manfaatkannya boelj jadi pendapatan sampingan tau..Kalau ada bakat boleh buat komik atau novel atau mini album ke apa..), sukan permotoran -kereta dan motor (Kalau kamu minat berlumba tak salah, yang kamu penting nak berlumba biarlah diatas litar ye,.Ingat nyawa diutamakan kesihatan diri didahulukan..), memancing atau bermain bola sepak / rugby dan lain-lain lagi hobi. Jika kamu nak tahu dari hobi kamu itu jugak, kamu boleh sertai persatuan yang berkaitan dengan minat kamu itu. Contoh hobi mengambil gambar, kamu boleh masuk persatuaan jurugambar amateur misalnya..Masuk persatuan nie, bagus juga sebab kamu boleh berkongsi idea dan pendapat + boleh asah bakat dan skill yang kamu ada ke tahap yang lebih baik. Selain dari itu manalah tahu boelh bertemu jodoh dengan pasangan yang punya minat yang sama dengan kamu..ehehehe..:)
7. Sentiasa Berfikiran Positif
Jika ada sesiapa yang terdekat dnegan kamu bertanya soalan pasal kahwin usahlah kamu marah-marah. Biarkan saja mereka bertanya. Sematkan dalam hati jodoh kamu pasti akan ada jua, cuma lambat atau cepat kamu tak pasti. Jadi kesimpulanya janganlah stress snagat memikirkan soal jodoh. Senyum selalu, ceiakan wajah kamu, pasti hari-hari kamu akan jadi ceria...Pancarkan aura positif pada wajah maka kehidupan kamu seharian pasti akan lebih ceria, dan bahagia..
P/s: Entry ini adalah pendapat spenuhnya saya selaku pemilik dan penulis blog ini(http://merpatiputih88.blogspot.com). Tercetusnya idea untuk menulis entry ini apabila saya sering ditanya dengan soalan "bila awak nak kahwin?" dan sebagainya..Oh ya , umur saya ketika entry ini ditaip 24 tahun 6 bulan..dan masih single! huhuhu..Mungkin sebab ramai dikalangan rakan sebaya telah menamatkan zaman bujang, maka saya sering ditanya soalan sebgitu.. Kepada kamu yang masih single, jangan rasa sedih dan jangan rasa "forever alone"...Sebab kamu ada banyak lagi perkara yang boleh buat kamu bahagia..Mungkin jodoh kamu lambat sedikit,itu saja.
kredit gambar: google image
Subscribe to:
Posts (Atom)
Special Notes For My Dear Darling
"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,
Your voice is sweet like music that calms my lonely world,
Your hands is my protection from hurt deep down inside,