Duit...
Memang sangat penting dalam kehidupan harian...
Tapi persoalannya...
Adakah kita bijak mengawalnya...?
Atau kita sendiri terperangkap olehnya...?
Hingga kita sanggup menjadi hamba duit, iaitu sanggup menghalalkan apa sahaja demi untuk mendapatkan sekeping not yang namanya duit...
BOROS
Janganlah kita keterlaluan dalam berbelanja hingga menjadi seorang yang boros...
Beli lah barang-barang keperluan dahulu kemudian barulah membeli barang-barang yang kita mahu..
Utamakan apa yang perlu...
Jangan membeli dalam kuantiti yang terlalu banyak hingga berlaku pembaziran...
Seboleh-bolehnya elakkan dari membeli barang-barang yang tidak membawa faedah dan keuntungan...
Sempena nak raya nie, sama-samalah kita berjimat cermat...
Jangan sampai boros hingga sanggup berhutang dengan "Along" atau ceti haram kerana kelak memakan diri...
Elakkan dari amalan berhutang sana-sini, kerana takut di khuatiri kita tak mampu membayarnya nanti..
Masih ramai lagi saudara se Islam kita yang masih tak mampu menyambut hari perayaan dengan bermewah..
Sedangkan kita sibuk bermewah-mewahan apabila berbuka puasa dan menyambut hari raya...
Tapi adakah kita sedar nasib mereka yang tidak mampu itu...?
Sebaik-baiknya duit lebihan itu di zakatkan dan di dermakan kepada yang memerlukan...
Salahkah kita nak berbelanja...???
Jawapannya tak salah..
Asalkan ia tak membebankan kewangan kita sendiri...
Bagi yang belum bekerja, jangan sampai sikap boros kamu membebankan ibu bapa kamu...
Sebab bukan senang untuk mendapatkan sekping not yang namanya duit..
Jadi hargailah duit...
Bagi yang sudah bekerja, jangan sampai sikap boros kamu itu, kamu sanggup menebalkan muka berhuatng sana sini dnegan bos , rakan-rakan mahupun adik beradik...
Lebih parah jika kamu pengguna kad kredit, dan kamu "kurang bijak" menggunakannya ...
Hingga selepas itu nama kamu di senarai hitamkan kerana "muflis" akibat dari hutang kad kredit..
Ramai juga golongan muda hari ini yang berstatus "muflis" dan namanya telah di senarai hitamkan atas sifat boros mereka sendiri..
Lihat bertapa ruginya kamu apabila nama kamu disenarai hitam, kamu sudah pasti tidak dapat ke luar negara, tidak dapat membeli aset (rumah, hartanah, kenderaan) dan pelbagai lagi kesusasahan yang terpaksa kamu tanggung...
KEDEKUT
Dalam mengamalkan sifat berjimat cermat dan bijak mengawal kewangan jangan pula kmau bersifat kedekut!
Jangan pula terlalu berkira untuk mengeluarkan derma apabila terlihat orang yang memerlukan bantuan...
Jangan sesekali kedekut untuk mendermakan tenaga dan ilmu yang kamu ada untuk membantu orang-orang yang memerlukan...
Jangan bersifat kedekut untk mendoakan kesejahteraan sesama manusia...
Jika kamu tidak mampu menderma dari segi wang ringgit mahupun harta benda, dermalah tenaga , ilmu yang kamu ada ...
Jika kamu terlihat orang tua sedang memawa barang yang berat jangan kedekut tenaga untuk membantu...
Jika kamu mahir dalam sesuatu bidang ilmu, sedangkan rakan kamu sangat lemah dalam pelajaran, jangalan kamu bersifat kedekut untuk berkongsi ilmu...
Kepandaian dan kebijaksanaan kamu itu apalah ertinya jika tidak kamu kongsikan kepada mereka yang memerlukannya..
Jangan pernah lupa untuk mengeluarkan zakat ...
Ianya bagi membantu saudara se Islam kita yang memerlukan...
Jangan kedekut untuk menghulurkan sumbangan...
Kerana sumbangan kamu itu begitu besar nilainya bagi mereka yang sangat memerlukan bantuan...
Sumbangan yang di hulurkan biarlah ikhlas, jangan pula di ungkit-ungkit meminta balasan...
Bukankah lebih baik jika kita dapat berkongsi apa yang kita ada (kemewahan, ilmu dan tenaga) kepada golongan yang memerlukan...
Janagn pula hanya menderma apabila tiba musim bulan Ramadhan sahaja, tetapi di bulan lain bersifat kedekut untuk memberi sumbangan..
P/s:- Entry ini adalah pendapat peribadi penulis blog ini semata-mata...Gamabar yang terpapar adalah hiasan dan di perolehi daripada google image...
8 comments:
ya...kalau membeli..biarlah ikut keperluan bukan kehendak dan beli ikot kemampuan kita...jangan terllau boros amalan syaitan...hehe
xsuka jugak orang yg kedekut ilmu neh...then ungkit2 lak apa kebaikan dia buat...mcm xikhlas lak...hurm...
salam..
sikap terlalu kedekut dan terlalu boros amalan yg tak baik..bersederhana lagi elok dan dituntut..
sebenarnya..lagi banyak duit kita lagi tinggi sifat boros dan kedekut. sebab di tahap itu lah segalanya melebihi keprluan.
perkara biasa...ramai yag boros dalam memenuhi keperluan diri tapi kedekut dalam menambahkan amalan sedekah jariah
memng ada pbezaan antara boros dan kdekut..
tapi pling penting jganlah kita menjadi mangsa kpa duit..biar kita mgawal duit bkn duit yg mgawal kita :)
ILA HonEyBuNNy:- yup, betul tue bairlah bersedarhana & elakkan pembaziran..
~huhuhu, sy pun tak berkenan dgn org yg kedekut ilmu nie..
sekamar rindu:- yup, mmg betul sy stuju dgn pendapat awk..=)
Namee Roslan:- biasanya , realiti yg berlaku mmg mcm gtue..tak tahu nak kata ape..
irwan miswan :- betul tue..tahu tak pe...
sobri yaacob:- sgt setuju dgn pendapat awk..yup, tak patut kt biarkn duit mengawal hidup kt..
keroro kedekut :P
sergeant keroro:- eh, jangan kedekut2 lagi tau...ehehhe...:p
Post a Comment