Translate

Friday, June 5, 2015

Apa Yang Kita Nak Vs Apa Yang Kita Dapat





            Dalam hidup nie ramai antara kita yang inginkan kesempurnaan. Ada juga antara kita yang merasa erti bahagia itu adalah apabila kita dapat semua apa yang kita impikan. Tapi hidup nie tak lah semudah itu. Begitu juga dengan impian ada impian yang sudah terlaksana, ada yang masih belum terlaksana. Sama juga dengan rezeki, rezeki kita tak sama dengan orang lain. Mungkin seseorang itu sangat beruntung dapat sambung belajar dan dapat kerja yang diidamkan, ada pula orang lain yang sebaliknya. Iaitu mungkin dari segi pendidikan akademik kurang bernasib baik, tapi dia punya kelebihan tersendiri iaitu meminati kemahiran dan bakat, dan jika kemahiran dan bakat itu dikembangkan dan diasah dengan baik maka dia akan jadi orang yang berjaya juga.

                 Ada juga orang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi tapi sukar memperolehi kerja dalam bidang yang sebenar. Gagal temuduga kali pertama tak bermaksud kamu akan menjadi penganggur sampai bila-bila. Cuba lagi, perbaiki teknik ketika sesi temuduga, pelajari cara-cara buat resume dan cover letter yang betul. Tapi jika gagal juga? Tak mengapa, jangan putus asa. Cabang untuk mendapat rezeki itu luas, tak semestinya rezeki tu datang hanya bila kita bekerja dibawah orang iaitu kita jadi pekerja. Mungkin rezeki dia itu lebih kepada menjadi siswazah yang menjadi usahawan yang berjaya, mungkin bidang perniagaan yang dipilih tak sama dengan kursus yang dipelajari. Tapi itu tak bermakna kita tak boleh berjaya. Jika ada minat, usaha, kesungguhan dan kemahiran itu semua bukan lah perkara mustahil. Di zaman sekarang nie kita kena cepat rebut peluang, nak dapat kerja zaman sekarang nie pun bukannya senang.

Perkara pokoknya di sini, kita kena tahu potensi sebenar diri kita. Iaitu:

Apa yang kita minat?
Apa yang kita menjadi impian / cita-cita kita?
Apa kemahiran / bakat yang kita ada?
Apa pengalaman yang kita ada?
Apa pendidikan yang kita ada?

              Dari potensi diri kita itulah barulah kita boleh kembangkan ia menjadi pemangkin untuk kita berjaya kelak. Contoh jika kamu ada tanah yang luas dan subur milik keluarga, dan kamu minat bidang pertanian, kamu suka tanam pokok. Jadinya di sini minat , kelebihan dan pengalaman yang kamu ada adalah dalam bidang pertanian. Oleh itu kamu bolehlah pergi kursus-kursus untuk menjadi usahawan dalam bidang pertanian seterusnya menjadi usahawan dalam bidang pertanian.





     Gambar yang pertama kat atas nie menunjukkan wanita yang punya suami kaya dan mewah tapi suami kurang masa hingga kurang kasih sayang yang diberi kepada si isteri tadi. Manakala wanita lagi satu pula, suami sederhana dan tak kaya tapi punaya banayak masa untuk diluang bersama, penyayang serta romantik. Gambar yang kedua pula menunjukkan lelaki yang hidup serba kekurangan tapi punya ramai anak, hidupnya tak sunyi sebab ada ramai anak tapi dia sangat mengimpikan untk jadi kaya dan mewah. Manakala lelaki lagi satu pula kaya dan mewah tapi hidupnya sunyi tanpa ada seorang anak dan dia sangat mengimpikan kehadiran seorang anak sebagai peneman, penghibur kala sunyi dan pewaris perniagaan.

 "Ada orang yang diuji dengan kekayaan  dan ada orang yang diuji dengan kemiskinan"

"Jika kita rasa rezeki kita kurang, usah mengeluh  sepanjang masa... Tapi belajar lah bersyukur apa yang kita ada yang mungkin orang lain tidak ada..."

"Jika kita ada lebihan rezeki, berkongsilah pada yang kurang... Usah kedekut untuk hulurkan sedekah... Usahlah riak kerana itu semua hanyalah pinjaman..."


      Begitulah kehidupan, ia tak lah sesempurna seperti yang kita impikan. Mungkin rezeki kita lebih condong kepada satu arah, tapi dari segi lain kita kurang. Jadi jangan sesekali bezakan dan soalkan rezeki yang kita miliki dengan rezeki yang orang sekeliling kita miliki. Sebab dia mungkin ada apa yang kita tak ada, tapi kita juga mungkin ada apa yang dia tak ada. Jadi sebaiknya sebagai manusia kita harus belajar erti bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT atas segala limpah rahmat dan kurniadari-Nya kepada kita selama ini. 




     Maksud rezeki itu luas, ia tak terbatas kepada persoalan tentang harta, kemewahan, pangkat, jawatan sahaja. Rezeki itu juga termasuk pendidikan, pasangan, anak-anak, kesihatan, keselamatan, kebahagaian, ketenangan / kedamaian hati. Sihat itu adalah rezeki, dengan tubuh badan dan akal yang sihat banyak perkara boleh kita lakukan. Bayangkan jika nikmat kesihatan itu ditarik dan kita koma tak mampu bergerak, adakah pada waktu itu baru kita merasai dan menghargai yang sihat itu juga adalah satu rezeki? Jika kita telah punya soul mate (suami/ isteri), hargailah kerana ia juga adalah rezeki kepada kita, mungkin  kamu bertuah kerana berjodoh awal ada orang lain diluar sana yang belum lagi bertemu jodoh malah tercari-cari soul mate nya... Jika kita sudah ada anak, tak kiralah lelaki atau perempuan, ramai atau hanya seorang, hargailah dan didiklah dia sebaik mungkin. Anak juga adalah rezeki dan amanah yang diberi kepada kita untuk didik dan disayangi... Masih ramai insan diluar sana yang belum ada zuriat malah selalu mengimpikan kehadiran zuriat kerana hiudpnya terlalu sunyi. Ketenangan, kedamain dan selamat juga adalah rezeki. Bayangkan jika kita berada dalam keadaan yang bahaya setiap hari seperti peperangan. Adakah kita boleh lakukan urusan harian seperti membeli belah, pergi kerja dengan senang hati? Pastinya tidak. 

    




     Oleh itu kita haruslah buka mata dan minda kita seluas-luasnya tentang maksud rezeki. Belajarlah erti bersyukur atas apa yang kita miliki. Serta berdoa dan berusahalah bersungguh-sunggun tanpa mengenal erti jemu dan putus asa untuk mendapatkan apa yang kita impikan. Jika ia masih belum kita dapatkan, usah berputus asa. Percayalah Allah SWT ada percangan yang lebih baik buat kita, malah lebih baik dari apa yang kita inginkan / apa yang kita cita-citakan.


p/s:  Coretan saya nie dikarang oleh saya sendiri selaku pemilik dan penulis blog (http://merpatiputih88.blogspot.com/). Kredit gambar google image . Sebarang kekhilafan harap dimaafkan.

1 comment:

Anonymous said...

Info yang bagus.

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...