Terluka kerana cinta itu biasa...
Aku dah penat nak "jatuh" cinta...
"Jatuh" cinta buat aku terasa sakit...
Indah yang dikhabarkan hanya sementera...
Tapi sakit, sengsara, derita sepanjang masa...
Jadi untuk apa lagi aku "jatuh" cinta...?
Untuk sakit hati lagi?
Untuk kecewa sekali lagi...
Sungguh aku dah penat hendak lalui semua itu lagi..
Melalui fasa berkenalan hingga terputus cinta...
Aku Penat...
Penat nak bereksperimen kemudian gagal lagi...
Kerana dulu aku juga pernah terluka seperti kamu...
Aku tahu apa yang kamu rasa...
Kecewa dan kecewa kerana ditinggal cinta lama...
Aku juga sudah penat nak "jatuh" cinta kemudian terluka lagi...
Tapi cinta kamu terlalu istimewa untuk dilepaskan pergi...
Kerana dari saat pertama bertemu aku sudah dapat rasa keserasian cinta kita...
Sebab itu aku tidak mahu mengalah untuk mendapatkan cinta kamu...
Disaat hatiku terluka dan kecewa...
Kamu hadir membawa sinar dan harapan baru...
Hadirnya kamu membawa makna baru dalam hidupku..
Hadirnya kamu menceriakan hari-hariku yang dulunya kelam dan suram...
Cinta dari kamu membuat aku merasa erti bahagia bila disayangi...
Dulu aku hanya melihat dan membaca kisah bahagia orang lain...
Tapi saat ini aku dapat merasaai erti bahagia itu bersama kamu...
Hadirnya kamu berjaya membuat aku tersenyum semula...
Aku tidak mahu berjanji aku tidak akan kecewakan kamu...
Kerana aku tak mahu menjadi munafik bila gagal menepati janji..
Namun itu tidak bermakna cinta aku kepada kamu itu palsu dan dusta belaka...
Tapi itu adalah kerana aku hanya manusia biasa...
Aku juga punya banyak kekurangan dalam diri ini yang perlu diperbaiki...
Aku harap kamu boleh menjadi payung pelindung buat diri ini...
Aku harap kamu dapat membantu memperbaiki kekurangan diriku...
Nasihatilah aku, tegurlah aku jika aku ada tersilap dan tersalah langkah...
Jika kau tanya kenapa aku jatuh cinta kepada kamu...
Aku tidak dapat memberi sebarang jawapan...
Kerana cinta itu sukar untuk digambar dengan kata-kata...
Kerana ia terlalu indah dan terlalu istimewa...
Kamu mungkin bukan cinta pertama buat aku...
Begitu juga dengan diriku...
Tapi itu bukan bermakna cinta kita tidak istimewa...
Bahagia itu dapat kita rasa bersama kini dan harap ia kekal selamanya...
Aku harap cinta kita akan berkekalan hingga ke Jannah akhirnya...
Tajuk Lagu: Babak Cinta (O.S.T Drama Bukan Bidadari TV3)
Penyanyi Tengku Adil
Nota: Puisi ini adalah sepenuhnya ciptaan dan idea saya selaku pemilik dan penulis blog ini (https://merpatiputih88.blogspot.com). Sebarang kekhilafan harap dimaagkan. Sebarang bentuk penerbitan semula dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali.Hakcipta terpelihara...
Sumber gambar: google image...
P/s: Sebenarnya saya dah lama nak buat cerpen bersiri tajuk macam nie, tapi tak ade masa...
Daripada terbiar jadi draft ajer lebih baik saya ubah ianya jdi puisi sketsa... Pendapat saya, setiap dari kita pasti akan berjumpa jodoh masing, masing... Cepat atau lambat masanya pasti tiba juga... Jadi jangan putus asa, kerana setiap orang berhak untuk rasa bahagia... Btw, kalau ada yang tanya terciptanya puisi ini adakah ia petanda saya sedang dalam mood bunga-bunga cinta... Tidak sama sekali... Saya masih single dan masih tercari-cari cinta sejati.. huhuhuhu... :p
3 comments:
Mengingatkan saya pada satu quotes, "You can have a rainbow without storm."
Moga bertemu cinta sejati yang akan bimbing ke jalan Allah. :)
Hai cik Merpati Putih, hati penuh puitis ya? Selamat berpuasa tahun ini semoga sentiasa ceria selalu! Salam pagi dari http://harinumunirah.blogspot.com/
Hai cik merpati lawa blog awak selamat berkawan
Post a Comment