Zaman sekarang ni boleh dikatakan hampir semua orang nak kelihatan cantik... Lihat saja dipasaran sekarang berlambak-lambak produk kosmetik dan supplement untuk jadi cantik, putih gebu, kulit flawless (ibarat bayi) tanpa sebarang jerawat atau jeragat, kurangkan berat badan, montok kan bentuk badan, kecikkan pinggang, nak tinggi dan macam-macam lagi... Majoriti porduk kecantikan jenis-jenis begini mudah popular dan sangat laris di pasaran... Itu belum termasuk jenis yang suntik menyuntik atau pembedahan... Itu namanya "beauty with pain", sanggup susah payah berhabis duit , tenaga dan sakit-sakit semata-mata nak cantik dan sempurna... Mungkin tahap obsess terhadap kecantikan akan makin menjadi-jadi bila seseorang tu dah ada teman istimewa... Kalau boleh biarlah orang yang dia sayang nampak dia sorang jer yang cantik dan bergaya... Semua tu mungkin sebab takut cinta hati tadi curang, atau berpaling tadah pada yang lain... Ini semua mungkin ada kaitan dengan anggapan sesetengah dari masyarakat kita bahawa :
"Orang yang cantik mudah dapat jodoh (berjodoh di usia muda)"
"Orang yang cantik mudah dapat jodoh yang orang tampan "
"Orang yang cantik mudah dapat jodoh lelaki yang baik, kaya, bertanggungjawab"
"Orang yang cantik hidupnya sempurna, bahagia "
"Orang yang cantik ramai peminat dan kawan"
"Orang yang cantik disayangi ramai dan popular"
Kadang-kadang terfikir juga oleh saya, mungkin sebab dikalangan kita nie banyak sanggat disoggokkan dengan cerita fantasi donggeng gadis cantik kemudian dapat berkahwin dengan putera raja contoh macam Cinderella.. Jadi sejak dari kanak-kanak lagi mindset kita dah setting bahawa nak dapat jodoh yang kacak persis putera idaman haruslah cantik...
Saya pula lebih percaya yang cinta yang sebenar iaitu cinta dengan hati yang jujur, tulus lagi ikhlas tak perlu pandang pada paras rupa fizikal pasangan. Kerana adalah amat mustahil bagi kita untuk kelihatan cantik dan berdandan rapi sepanjang masa. Takkan bila kita nak tidur kita perlu bermekap macam nak naik pentas? Takkan bila kita sakit, kita tetap nak set rambut dan mekap tebal-tebal ? Takkan bila usia kita semakin berganjak dan kulit mula berkedut setiap hari kita nak inject botok, makan supplement collagen (sebab terlampau obses sangat takut kedut, tak nak nampak tua) ?
Takkan setiap tahun nak buat plastic surgery nak repair bentuk badan, bentuk muka, tekstur kulit sebab kita dah beusia...? Sedarlah kita semua akan tua bila sampai masanya nanti (jika kita sempat merasa usia tua dan dipanjangkan usia hingga usia tua) ... Pada masa itu pasti kedutan dan uban tu perkara yang biasa...
Saya rasa cinta yang hanya pandang pada rupa paras fizikal semata-mata pasti sukar untuk bertahan dalam jangka hayat yang lama. Kerana apabila bentuk badan sudah berubah size, kulit sudah tak flawless macam dulu, wajah dah tak secantik macam masa mula-mula dating, rambut dah tak sempat nak set pergi saloon, mulalah pasangan tadi intai-intai orang luar yang lebih cantik dan anggun. Silap haribulan kalau orang luar lebih cantik, flawless, slim, putih gebu daripada pasangannya yang sedia ada, pasangannya itu akan ditinggalkan... Adakalanya pasangannya masih cantik jelita pun, si lelaki masih boleh curang dan pandang orang lain yang cantik jugak, sebab terlalu banyak pilihan yang cantik-cantik sampai rambang mata nak pilih!
Cinta yang sejati sepatutnya datang dari hati yang tulus ikhlas tanpa mengira paras rupa atau perubahan bentuk fizikal, perubahan kesihatan (kerana tak sepanjang masa kita akan sihat, pasti satu masa kita kan merasa tidak sihat ) pertambahan usia (sebab itu semua normal) ... Kerana cinta yang sejati perlukan kasih sayang, cinta, persefahaman, bertolak ansur, bertoleransi, saling percaya, bertanggungjawab, menjadi pendengar yang baik, menjadi penasihat yang baik, menjadi kekasih hati dan dalam masa sama menjadi sahabat baik... Kemudian barulah kita akan rasa bahagia, sebab kita bebas menjadi diri kita sendiri (diri kita yang sebenar). Sebab kita tahu yang pasangan kita memang sayangkan kita dan terima diri kita seadanya (sebab kita dapat rasa disayangi, dihargai tanpa perlu terlalu obsess untuk cantik sempurna sepanjang masa), kita juga yakin dengan diri sendiri (rupa fizikal diri sendiri).
nie Nick Vujivic
Dah jadi pakar motivasi dan dah banyak menghadiri forum
Sekarang dah ade buku kisah hidupnya sendiri
dah kahwin dengan wanita cantik dan dah ade anak yang comel
Sangat memberi inspirasi kepada saya...
Kerana beliau yang tak punya tangan dan kaki pun masih mampu hidup berdikari,
masih ada semangat yang tinggi dan yakin diri sendiri...
Dalam hidup ni kita kena yakin dengan diri sendiri, sayang diri sendiri, bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita, menghargai diri sendiri dan pedulikkan cakap-cakap belakang atau sesiapa saja yang mengejek-ngejek paras rupa kamu hingga membuat kamu merasa tertekan dan terpaksa untuk berhabis-habisan untuk kekal cantik walaupun sudah berusia 100 tahun! Usah begitu... Untuk kelihatan cantik tak salah, tapi biarlah berpada-pada... Sebelum nak ambil apa-apa supplement atau nak amalkan sebarang diet rujuk pakar terlebih dahulu... Kalau boleh janganlah sampai nak suntik botok atau buat bedah plastik... Belajarlah bersyukur dengan apa yang kita ada.. Percayalah pasti akan ada orang yang menyayangi dan menerima kamu apa adanya...
p/s: Coretan saya nie dikarang oleh saya sendiri selaku pemilik dan penulis blog (http://merpatiputih88.blogspot.com/). Kredit gambar google image . Sebarang kekhilafan harap dimaafkan. Saya dapat idea menulis coretan nie lepas tonton video nie:
Video nie pasal sepasang pasangan muda yang sanggup mekap muka jadi tua
untuk lihat perubahan wajah mereka apabila meningkat usia lanjut kelak...
Sweet kan? Kan best bila dapat jumpa pasangan yang tetap sayang kita
dan terima diri kita seadanya walaupun kita dah tua... Itulah bahagia... :)
5 comments:
assalamualaikum,
patutnya begitulah
tapi...zaman sekarang, ukuran cinta berapa tebalnya poket huh uhuhuhu
lelaki dan perempuan memang suka memandang paras rupa. sedap mata memandang. tapi dalam memilih pasangan, kita lebih mendengar kata hati. kalau hati dah suka, walaupun tak cantik/ hensem, on je
KucenMaster.blogspot.com
cantik itu subjektif. cantik pada kita tak semestinya cantik bagi orang lain.
to be honest, kite pun suka nak cantik tapi cantik takat mana jelah pun..hehe dah Allah bagi rupa begini,,sejauh mana usaha nak cantik pun rupa asal tetap macam ni ye dak?huhu
stakat makan supplemen, pakai produk okay lagi..tapi kalau dah tahap nak cucuk tang sana cucuk tang sini tu parah jugak ah..suatu hari nanti kita tua sama jugak ye dak?
btw, kite tersedu sikit tengok video pasangan ni,,rasa macam awwww..
lelaki tu sweet kot..setiap kali tengok bakal isteri dia berubah pun dia mesti kata u look great..
Biarlah cinta itu datang ikhlas dari hati... jika kerana paras rupa pasti ianya tak kekal lama...
kecantikkan pada pandangan mata orang tu tak sama... Jangan risau cuma perlu jaga diri Insya Allah ada orang melihat kita cantik. Tak nafikan orang cantik pada pandangan mata ramai orang ni dapat kelebihan tapi pada masa yang sama ada jugak keburukkan. Allah tu maha Adil
Post a Comment