Bila sebut saja tentang cinta ramai yang sudah dapat agak, entry nie mesti jiwang berjela-jela... Baris ayat yang disusun mestilah berbunga-bunga... Malas saya nak buat mukadimah panjang-panjang... Kita terus ajer ke topik utama yang kita nak bincangkan...Hehehehe... :p
Apa yang disebut cinta?
Cinta itu apa sebenarnya?
Cinta itu bagaimana rasanya?
Siapa yang mencinta dan dicinta?
Mari kita kenal dulu serba sedikit tentang cinta
Baiklah, bila disebut tentang cinta ia berhubung kait dengan hati dan perasaan. Kasih sayang yang lahir dari hati kita tak boleh paksa atau desak. Ia lahir dan hadir secara semulajadi tanpa kita sedar dan tanpa sebab sebenarnya. Sebab apa? Sebab cinta itu boleh hadir pada insan yang jarak tempat tinggalnya jauh beribu kilometer malah ada yang merentas benua dan lautan (jadilah macam dalam drama cinta antara benua). Cinta itu jugak boleh hadir tanpa mengira paras rupa fizikal seseorang seperti warna kulit, ketinggian, berat badan dan sebagainya. Cinta jugak boleh hadir tanpa mengira agama, bangsa, bahasa, keturunan, darjat, pangkat, harta, gred gaji, tahap pendidikan, usia, kecenderungan minat hobi dan sebagainya. Cinta itu boleh hadir walaupun awak dan dia itu banyak sangat perbezaan dan walaupun banyak pihak yang menentang awak tetap masih boleh sayangkan dia tanpa peduli cakap-cakap orang. Cinta itu boleh lahir dalam hati walaupun awak dan dia belum pernah bercakap secara bersuara, atau belum pernah berjumpa atau sudah sekian lama tidak bersua muka.
Itu adalah cinta.
Tapi bagaimana nak kekalkan rasa cinta yang ada itu?
Pasti setiap dari kita mahukan cinta itu terus berkembang mekar dan bukannya layu...
Sebenarnya ada dua kata kunci iaitu:
Jujur
Ikhlas
Oh jadi adakah setia dan percaya tak penting?
Bukan bermaksud begitu, setia dan percaya itu akan hadir selepas datangnya jujur dan ikhlas...
Jujur:
-Perlulah jujur dengan segala perbuatan, tingkah laku, dan tutur kata kita kepada pasangan
-Jangan di bibir kata lain di hati kata lain pulak! Heh :p
-Jangan berpura-pura atau hipokrit...
-Jangan paksa diri kalau tak cinta, cinta biar dengan jujur bukan dengan bohong.
-Jadi karekter diri kita sendiri (jangan depan pasangan kita perangai lain, belakang pasangan kita lain pulak perangai)
-Apa-apa kekurangan pada hubungan kita cubalah dibawa berbincang dari hati ke hati. Haruslah saling terima teguran dan memaafkan kesilapan masing-masing. Serta berusaha untuk memperbaiki diri masing-masing agar dapat memperbaiki hubungan itu.
-Jika ada apa-apa perkara yang berbangkit yang boleh menimbulkan rasa cemburu, curiga, marah, benci, bengang, sentap juga perlu lah diluahkan secara berterus terang dan kalau boleh biarlah bersemuka serta bincang baik-baik. Oh ya, tapi perlulah jaga adab apabila berterus terang, jangan sampai ianya seperti menyimbah minyak ke dalam lohong api yang sedang marak pulak, karang makin terbakar pulak! Kalau nak berterus terang tu kenalah tengok masa dan keadaan jugak ye, serta jangan lupa kawal intonasi suara...
-Jika ada apa-apa kelemahan pasangan kita yang membuatkan kita kecewa dengan dirinya, atau apa-apa perangai, tingkah laku, tutur katanya, fizikalnya atau penampilannya yang kita rasakan kurang sesuai serta boleh diperbaiki eloklah berterus terang. Tapi semasa berterus terang tu perlulah jaga perasaan pasangan kita jugak. Perlulah jaga adab ketika berterus terang. Biarlah berdua antara kita dengan dia sahaja. Jangan sesekali kita beritahu orang sana sini tentang kelemahan pasangan kita itu, jangan kita update status kat facebook bila tak puas hati dengan perangai dia tapi bila berdepan kita berpura-pura semuanya ok...
-Jika kita ada masaalah atau hubungan kita bersama pasangan kita itu dirasakan sedang bermasaalah, berterus teranglah. Agar segala punca masaalah boleh dikenal pasti, dan masaalah itu boleh diselesaikan. Adalah lebih baik kita berterus terang dengan pasangan kita, daripada kita jaja cerita masaalah kita itu kepada orang lain. Ianya secara tak langsung memberi ruang kepada si batu api yang sentiasa tak gembira melihat kita gembira bersama pasangan. Si batu api akan menggunakan peluang keemasan ini untuk terus menghasut kita supaya meninggalkan pasangan kita dan menambahkan masaalah yang kita ada dengan menambah rasa marah, benci dan curiga Ianya juga seolah-olah membuka ruang dan peluang yang amat luas buat si perampas, kerana apabila dia telah mengetahui segala masaalah kita bersama pasangan dan segala kekurangan yang kita miliki dia pula akan curi peluang ini untuk merampas kedudukan kita dalam hati orang yang kita cintai itu.
-Jujurlah dan berkata benarlah dengan pasangan. Segala apa yang kita hadapi perlulah dibincang dan diselesaikan dengan elok. Jangan sesekali mencari alasan untuk curang hanya kerana pasangan kita itu punya kekurangan. Sedangkan selama ini kita sendiri pun tidak pernah berterus terang dengan pasangan kita tentang apa yang kita kurang berpuas hati atau kurang berkenan. Itu tidak adil namanya bila ada masaalah atau kekurangan pasangan terus ambil keputusan untuk curang, tanpa beri peluang untuk pasangan berubah kearah lebih baik dan tanpa pernah berbincang dari hati ke hati.
-Jika kita ada masaalah atau hubungan kita bersama pasangan kita itu dirasakan sedang bermasaalah, berterus teranglah. Agar segala punca masaalah boleh dikenal pasti, dan masaalah itu boleh diselesaikan. Adalah lebih baik kita berterus terang dengan pasangan kita, daripada kita jaja cerita masaalah kita itu kepada orang lain. Ianya secara tak langsung memberi ruang kepada si batu api yang sentiasa tak gembira melihat kita gembira bersama pasangan. Si batu api akan menggunakan peluang keemasan ini untuk terus menghasut kita supaya meninggalkan pasangan kita dan menambahkan masaalah yang kita ada dengan menambah rasa marah, benci dan curiga Ianya juga seolah-olah membuka ruang dan peluang yang amat luas buat si perampas, kerana apabila dia telah mengetahui segala masaalah kita bersama pasangan dan segala kekurangan yang kita miliki dia pula akan curi peluang ini untuk merampas kedudukan kita dalam hati orang yang kita cintai itu.
-Jujurlah dan berkata benarlah dengan pasangan. Segala apa yang kita hadapi perlulah dibincang dan diselesaikan dengan elok. Jangan sesekali mencari alasan untuk curang hanya kerana pasangan kita itu punya kekurangan. Sedangkan selama ini kita sendiri pun tidak pernah berterus terang dengan pasangan kita tentang apa yang kita kurang berpuas hati atau kurang berkenan. Itu tidak adil namanya bila ada masaalah atau kekurangan pasangan terus ambil keputusan untuk curang, tanpa beri peluang untuk pasangan berubah kearah lebih baik dan tanpa pernah berbincang dari hati ke hati.
Ikhlas
-Cinta biarlah dengan seikhlas dan setulus hati. Ha...Bacalah madah yang saya buat nie...hehehe..:-
"Cinta hanya kerana paras rupa yang cantik atau tampan pasti takkan kekal lama sebab yang cantik atau tampan itu pasti akan dimamah usia tua dan akan muncul garis-garis kedut di wajahnya. "
"Cinta hanya kerana tubuh badannya yang langsing pasti takkan kekal lama, kerana yang langsing itu apabila bertukar menjadi gempal dan buncit pasti cinta itu akan hilang."
"Cinta kerana nafsu semata-mata pasti takkan kekal lama, kerana apabila nafsu itu berpindah pada insan lain pasti cinta itu juga berpindah. Apabila apa yang dihajati oleh nafsu telah terlaksana pasti cinta itu dibiar layu sendiri sampailah cinta itu mati dengan sendiri."
"Cinta semata-mata kerana wang, harta atau darjat pasti takkan kekal lama, kerana apabila wang, harta dan darjat itu sudah tiada maka cinta itu juga boleh lenyap dengan sendirinya."
"Biarlah cinta dengan seikhlas dan setulus hati. Jangan cinta kerana terpaksa atau dipaksa, terdesak atau mendesak."
"Cinta itu saling melengkapi apa yang kurang, cinta itu saling mengisi kekosongan yang ada disegenap ruang..."
"Jika kita boleh terima kelebihan pasangan kita, terima lah kelebihan itu bersama-sama kekurangan yang ada pada dirinya sekali. Kita semua manusia biasa, tiada yang terlalu sempurna dalam diri manusia biasa. Setiap orang biasa pasti ada kekurangan. Setiap orang biasa juga tak lepas dari kesilapan. Jadi jangan diungkit-ungkit kesilapannya yang lalu dan jangan dijaja-jaja kekurangan dirinya. Tapi bimbinglah dia, nasihati dan tegurlah dia dengan cara berhemah. Jangan terlalu mencari kelemahan dan kekurangan pasangan kita sehingga menutupi segala kelebihan yang dia ada, jasa, bakti dan pengorbanan dia kepada kita. Sedangkan kita sedar, diri kita juga bukanlah sempurna 100% tiada kelemahan dan tiada kekurangan. Jangan banding-bandingkan pasangan kita dengan orang lain, kerana setiap individu ada karekter mereka yang tersendiri. Sebaiknya hargai pasangan kita seadanya..."
"Cintailah pasangan kita disaat senang dan susah, kaya dan miskin, berharta dan tidak berharta. Cintailah pasangan kita disaat dia muda sehinga dia tua Cintailah pasangan kita disaat wajahnya licin sehingga wajahnya penuh kedut. Cintailah pasangan kita disaat dia senang dan susah, disaat dia bahagia dan berduka, disaat dia gembira dan menderita. Cintailah pasangan kita disaat dia sihat dan sakit, malah cintailah dia sehingga ke akhir hayatnya. Jadilah peneman saat dia mahukan teman, jadilah pendengar yang setia saat dia mahukan kamu sebagai pendengar segala masaalahnya. Jadilah pemberi nasihat, pembakar semangat saat dia jatuh, sedih dan kecewa, jangan pula kamu menambah masaalah dan beban yang dia ada serta melemahkan semangat dia. Jadilah penimpan rahsia yang boleh dipercaya, jadilah seorang yang beramanah saat dia berikan kamu amanah. Jadilah pencinta yang jujur dan ikhlas mencintainya."
"Jika kamu benar mencintainya kamu bukan hanya perlu sayang dirinya, tapi kamu perlulah menyayangi dan menghormati ibu bapanya serta keluarganya. Kamu perlulah boleh menerima rakan-rakannya, hobi dan apa yang dia suka (asalkan ianya bukanlah hobi yang melanggar syariat) "
Apabila kamu dan dia saling jujur, barulah boleh ada rasa percaya di dalam diri masing-masing. Jika cinta itu hadir dari hati yang ikhlas, barulah rasa bertolak ansur itu akan ada dan barulah setia itu akan wujud.
Coretan ini hanyalah sekadar nukilan dan pandangan peribadi sepenuhnya oleh saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com/) Sebarang kekurangan harap dimaafkan... Tercetusnya ilham nak menulis artikel ini di blog saya selepas saya terbaca satu artikel berkaitan pasangan yang curang (Tajuknya: Pengakuan Suami Curang) di sebuah akhbar tempatan beberapa jam yang lalu...
Akhir kata, semoga kita semua beroleh cinta yang bahagia kekal hingga akhir hayat seperti gambar dibawah ini...ehehehe..:) ;)
6 comments:
Aku rasa tak ramai yang faham erti cinta sebenarnya. It's not really about to be loved and to love someone. ia satu perasaan yang sukar dimengertikan. Tapi perlu ada usaha untuk kekalkan kesinambungan rasa cinta itu.
Dan ya... aku setuju dengan entri ini. :)
sweet gitu... susah sebenarnya nak faham makna cinta yang sebenar...
Sy dan suami pun selalu tak sependapat dgn cinta... Begitu juga ikhlas, perbahasan yg x pernah sudah antara kami berdua.... Hahaha
Apa yg pasti rasa cinta adalah satu anugerah yg Allah berikan kepada seluruh manusia. Tanpa rasa cinta akan tempanglah naluri seseorg itu. Hargai cinta dan berikan cinta dgn ikhlas dan jujur...
cinta kepada yang satu dan kekasihNya adalah cinta yang mengatasi segala-galanya. tafsiran cinta is so deep. ada yang cinta tapi sebenarnya obsesi :)
baru jumpa blog ini
salam perkenalan,
Nabihah
Semua tentang cinta disimpulkan dengan baik.. You see, those you mention dalam entry ni, yang dah berkahwin pun boleh praktikkan.. especially part komunikasi antara pasangan untuk ekspress kan kejujuran dalam hubungan..
But most of all.. cinta mesti datang dari Allah.. inn shaa Allah.. Hubungan itu akan dilindungi..
nice write up sis..
www.darleenramli.blogspot.com
Post a Comment