Translate

Friday, May 24, 2013

Yayang, Si Kucing Manja Kini Sudah Tiada....


Ini Yayang...
kucing yang kami sayang...
Minggu lepas dia sihat saja...
Ceria berlari sana sini...
Tapi minggu ini dia demam...
Hari ini  24.5.2013 (Jumaat) dia telah pergi buat selamanya....(T___T)
Dia nie kucing yang sangat manja...
Even dia nie kucing jantan sebenarnya, tapi dia suka merajuk dan sensitif...
Setiap hari mesti nak minta kita dukung dia...
Bila balik kerja mesti nak kena dukung dia bawa ronda-ronda keliling rumah...
Kalau tak manja-manja kan dia, mesti dia merajuk...Boikot taknak makan...
Nak tidur pun suka kita tepuk-tepuk badan dia, dodoi kan dia...
Lagu yang dia suka ialah lagu Sayang - Shae...
Bila kita tengah nak siapkan kerja, baca buku, atau online dia mesti nak duduk atas riba kita...
Dia nie suka sangat kalau orang peluk dia, manja-manja kan dia...
Pernah kami balik kampung dua hari, dan dia nie merajuk langsung taknak makan makanan yang kami tinggalkan, cuma mimun air jer...Bila kami dah sampai rumah baru dia makan...Tu pun maisn buat muka merajuk...







Nie gambar-gambar  yayang dengan minmin..
Mereka berdua nie rajin bergaduh...
Pantang berjumpa mesti nak bergaduh...
Masing-masing saling jealous & sibuk berebut nak minta dokong + manja-manja..
Tapi hari-hari terakhir sebelum yayang pergi, mereka nie berbaik-baik..
Siap boleh tidur sama-sama & peluk-peluk lagi...
Mungkin dia dah tau yang dia akan berpisah buat selamanya..
Sekarang kat rumah nie cuma ade seekor kucing jantan yang masih kecil nama dia minmin...
Minmin nie anak kepada kucing saya  Momo yang dah pergi buat selamanya pada bulan Januari yang lalu...

Tuesday, May 21, 2013

Konsep Persahabatan...

Hai awak semua...
Ape khabar..?
Semoga sihat sentiasa hendaknya...
Dalam entry ni saya akan ceritakan konsep persahabat mengikut diri saya..
Kiranya konsep persahabatan menurut pandangan kacamata dan naluri hati saya...
Chewah...siap berkonsep-konsep segala kan...:p


~~~

Jika kamu mahu mencari sahabat usah pilih-pilih..
Jika kamu mahu bersahabat, usah terpisah kerana jurang yang tercipta...

Diriku ini bila bersahabat, diriku tidak kisah jika kamu dan diriku berbeza pendapat, berbeza minat,  berbeza hobi, berbeza kefahaman politik, berbeza agama, berbeza taraf ekonomi, berbeza taraf pekerjaan, berbeza taraf pendidikan, berbeza bangsa, berbeza latarbelakang, berbeza asal usul, berbeza tempat...

Diriku ini bila mahu bersahabat, diriku tidak kisah akan rupa fizikal diri kamu (kerana pada pendapat diriku hati yang ikhlas lebih penting...diriku jua bukanlah seorang yang terlalu sempurna dari segi fizikal..maka siapalah aku mahu menilai rupa luaran kamu itu..?), diriku tidak kisah tentang latar belakang perangai lampau kamu (kerana pada pendapat diriku, semua manusia biasa sama saja, tidak ada yang terlalu maksum sampai tak pernah buat salah silap. Jadi siapalah diriku untuk menghukum kamu..?)

Pada pendapat diriku ini seorang sahabat  itu  ialah seseorang yang ikhlas dan  jujur dalam menjalinkan ikatan persahabatan...Dia tidak hipokrit, tiada niat tersembunyi mahu menajdi sahabat kamu..Dia tidak juga menjadi duri dalam daging atau gunting dalam lipatan...

Seorang sahabat yang baik ialah, Seorang sahabat yang boleh menjadi pendegar yang setia apabila kamu sedang dilanda masaalah..Seorang sahabat yang boleh memberi nasihat, tunjuk ajar, teguran apabila kamu membuat silap atau tersilap langkah.. Seorang sahabat yang boleh memberi kamu kata-kata semangat, dorongan dan motivasi apabila kamu sedang dilanda masaalah...Seorang sahabat yang menayayangi diri kamu, mengambil berat akan diri kamu, perihatin akan diri kamu, mempunyai persaan simpati dan empati terhadap kamu..Seorang sahabat yang boleh ketawa dan menangis bersama..Seorang sahabt yang saling membantu dan saling memberi pertolongan bila perlu...Seorang  sahabat yang setia bersama walaupun pelabagai fitnah datang mahu memisahkan persahabatan kamu berdua...Seorang sahabt yang walaupun sudah jarang berjumpa tetap saling bertanya khabar berita..Seorang sahabat walaupun telah terpisah jauh dan telah lama tidak berhubung tetapi masih berhubung ikatan hati, tetap masih saling merindui dan mengigati..


Kenapa apabila mahu bersahabat mahu pilih-pilih rupa fizikal, bangsa, warna kulit, size badan...???
Kenapa apabila mahu bersahabat mahu pilih-pilih taraf keluarga, pendidikan, ekonomi  dan kerjaya...???
Kenapa bila bersahabat semua benda harus sama..? Minat sama, hobi sama , pendapat mesti nak kena sama , parti politik pun mesti jugak kena sama..??
Kalau tak sama pemikiran, tak sama minat, maka persahabatan yang telah bertahun-tahun lamanya itu mahu dibiarkan musnah hancur lebur begitu sahaja ke..??
Hanya kerana kamu berbeza pendapat, hanya kerana kamu berbeza parti politik kamu mahu bermusuh dan bermasam muka 24/7... ???

Sedarlah kamu yang kita semua masih tinggal di bumi yang bentuknya sfera ini ..
Kita semua masih bekongsi tempat di bumi ini...
Kita tidak boleh hidup seorang diri, maka haruslah bersahabat...
Mungkin kita berbeza itu ini..
Tapi usah kerana perbezaan itu kita mahu menjadi musuh pula..
Terapkan nilai toleransi..
Saling mengasihi bukan saling membenci...
Kita sebagai manusia memang tercipta berbeza rupa paras, berbeza etnik, berbeza  bangsa ,berbeza keturunan, berbeza jua cara berfikir dan minat..
Tapi sedarkah kamu, jika kita semua tercipta sama dari segala segi, tidakkah hidup ini akan menjadi bosan..?
Kita tercipta berbeza begitu agar kita saling mengenali antara satu sama lain..
Saling merapatkan ukhwah..
Bukan mencipta jurang yang berbelah...
Kita semua ini saling perlu memerlukan...
Bersahabat itu lebih baik dari bermusuhan..



P/S: sekian sahaja coretan dari syaa..entry ini adalah sepenuhnya pendapat peribadi saya selaku pemilik dna penulis blog ini..maaf jika ada terkurnag kat mana-mana..
btw, jom tgok video ni :-

  ~Teman Sejati-Brothers~




Tuesday, May 14, 2013

Sayang Mak....

Emak, banyak mengajar ku erti hidup...
Emak, telah banyak mendidik ku untuk sentiasa tabah dan sabar dalam hadapi dugaan hidup..
Emak, selalu berpesan usah putus asa, usah patah semangat..
Emak, walaupun dia tidak sihat tapi sentiasa terlihat sihat dan ceria..
Emak, walaupun menghidap penyakit berbahaya(kanser) tetap kuat semangat, sabar dan tabah sentiasa..
Emak, walaupun dirinya sendiri tidak sihat tetap sentiasa ambil berat akan diriku...
Emak, selalu sayang diriku ini yang merupakan satu-satunya anak yang dia masih ada...
Emak, kadangkala terlihat terlalu protective terhadap diriku, terlalu risau andai perkara buruk menimpa diriku, kadangkala suka mengawasi diriku, dijaganya diriku dengan elok, sering berhubung dengan ku sentiasa, jika diriku hendak kemana-mana harus diberitahu awal-awal, jika belum sampai ke rumah harus diberitahu kenapa lewat dan kenapa di luar lama sangat..
Mungkin semua itu kerana dia takut kehilangan anaknya ini seperti kehilangan anak lelakinya buat selamanya pada 31.08.1997...
Mungkin peristiwa itu menyebabkan emak seorang protective teradap diriku ini...
Walaupu apapun yag terjadi ku tahu emak sentiasa sayang diriku...
Aku jua sayangkan emak selalu...
Dari dulu, kini danselamanya...
Maafkan anakmu ini emak, kerana kadangkala  diriku ini sering degil , keras kepala , keras hati, nakal sewaktu kecil...
Maafkan ku sekali lagi kerana banyak jua membuat kamu terguris hati...
Daku mohon sejuta ampun dan maaf dari kamu emak yang amat ku sayangi...

~Saya dan Emak_Stulang Laut,Johor Bahru_2011~

12.05.2013 (Ahad)
Hari itu hari ibu...
Kami berangkat pulang ke kampung sekali lagi, atas undangan kenduri kahwin..
Tak sempat nak sambut hari ibu meriah-meriah...
Cuma semasa pulang ke rumah hanya sempat singgah ke Pizza Hut untuk rai hari ibu...
Esoknya barulah sempat beli 2 pasang kain baju kurung sebaga hadiah hari ibu...

Tuesday, May 7, 2013

Trauma..


Risau..Bimbang..Trauma...Phobia...
Terlalu banyak perkara yang aku fikirkan....
5.5.2013, rumahku dimasuki pencuri ketika kami sekeluarga pulang ke kampung..
Rumah bagaikan kapal karam..
Bersepah sana sini...
Rumah kami yang usang yang telah dimamah anai-anai juga menjadi sasarannya..
Dimanakah peri kemanusiaan orang itu..????
Dan barang-barang yang hilang adalah berbagai-bagai dokumen-dokumen penting  peribadi milikku dan sedikit bahan kerja...dan juga gambar aku...
Kenapa mesti dia ambil semua itu...????????
Aku jadi blurr dan tertanya-tanya...
Adakah aku memang menjadi sasarannya...??
Apakah salah dan silap ku pula???
Aku tidak pernah berdendam pada sesiapa..
Aku juga tidak pernah mengkhinati atau menyimpan dendam kesumat pada sesiapa..
Aku tak pernah menjadi gunting dalam lipatan sesiapa...
Jadi kenapa mesti aku..??????????
Kenapa mesti diambil barang-barang itu, sedangkan ada lagi barang lain yang ku kira jauh lebih bernilai...??
Kenapa mesti dokumen aku??? dan lebih hairan gambar aku..?????
Apakah tujuannya...???
Aku pun tidak tahu...
Aku cuma harap agar dia pulangkan kembali...
Tapi jika tidak mahu, jangan lah dianiaya apa2 milikku itu..
Jika aku ada salah silap, aku mohon kemaafan..
Aku jadi bimbang..
Mata pun tak mahu nak pejam..
Minda ku telah terbang melayang entah kemana...
Harap tidak ada perkara buruk berlaku pada diriku pula...


p/s: Maafkan saya kerana menulis dengan ganti nama "aku"..maafkan saya kerana bunyinya agak kasar..
Maafkan saya andai ada silap dan salah saya..Sekali lagi saya mohon maaf andai ada terkasar, terkurang bahasa, tersilap tersalah tingkah laku dan sebagainya..

Sunday, May 5, 2013

Selamat Mengundi - PRU13...




05.05.2013 (24 Jamadilakhir 1434 Hijrah)
SELAMAT MENGUNDI...
Pilihan ditangan kita..
Undilah yang terbaik untuk kebaikan negara dan kesejahteraan kita semua...
Berfikirlah sebelum mengundi jangan ikut emosi..
Jangan kerana berbeza fahaman politik kita jadi manusia hilang budi bahasa..
Jangan kerana politik kita sampai nak bergaduh, caci maki sana sini...
Sebelum berbuat / berkata sesuatu fikirkan lah dahulu..
Di saat2 akhir begini sebagai muslim rasanya adalah wajar untuk buat Solat Sunat Istikharah dan Solat Sunat Hajat..
Berdoalah demi kesejahteraan negara yang tercinta itu lebih baik dari kita asyik berbalah sahaja semata-mata..
Bukalah minda dan hati kita...
Fikirlah demi kebaikan negara..
Doa yang baik-baik buat negara...
Bertindak dengan bijak & yang terbaik buat negara kita...
Kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, pasti mahukan yang terbaik baut negara..
Kita pasti mahukan Negara yang aman makmur, sejahtera sentosa sentiasa, berkembang maju ekonominya, kukuh kewangannya, membangun maju dari segi ekonomi dan nilai-nilai rohani / moral (keagamaan) seiring langkah kehadapan...
Jadi untuk itu pilihlah yang terbaik..
Jika ada antara kita yang berbeza, usah dicipta sengketa,usah bermusuh, usah bermasam muka...
Kerana setiap orang itu penilaian, pendapat  dan kefahamannya berbeza..
Belajarlah menghormati pendapat insan lain juga..
Akhir kata dari saya, selamat mengundi buat anda semua...


P/s: Ini adalah coretan terakhir saya selaku pemilik & penulis blog ini berkenaan undi menjelang PRU pagi ini..Selamat mengundi buat anda semua yang saya hormati...(^__^)
ini adalah sambungan dari entry ini: Saya dah besar, Saya dah boleh mengundi..
Kredit Gambar: google..

Saturday, May 4, 2013

Luka Lama....



Sakit rasanya bila kau tak dihargai...
Sakit rasanya bila janji diberi dimungkiri...
Sakit rasanya bila setia dibalas dengan curang...
Jujur dibalas dengan hipokrit...
Sakit rasanya bila kau diperlihat bagai si setia yang bodoh menjadi setia...
Yang nyata setia kau itu hanyalah sia-sia..
Kerana telah terlalu setia pada yang tidak setia...
Lalu buat apa lagi kau menangis buat diri dia..?
Yang sudah ternyata sudah curang di depan mata..???
Datang dengan janji setia..
Pergi tanpa sebarang kata..
Begitu mudah beralih arah berpindah cinta...
Jika sudah memang tidak cinta usah berjanji setia...
Jika memang cinta itu tiada, usah kata cinta sayang dari mula...
Kelak nanti ada hati yang merana dan terluka...
Oleh kerana manusia hipokrit yang suka bermuka-muka..




 
If you, if you could return
Don't let it burn, don't let it fade
I'm sure I'm not being rude
But it's just your attitude
It's tearing me apart
It's ruining everything


And I swore, I swore I would be true
And, honey, so did you
So why were you holding her hand?
Is that the way we stand?
Were you lying all the time?
Was it just a game to you?


But I'm in so deep
You know I'm such a fool for you
You got me wrapped around your finger,
Do you have to let it linger?
Do you have to, do you have to
Do you have to let it linger?

Oh, I thought the world of you
I thought nothing could go wrong
But I was wrong
I was wrong

If you, if you could get by
Trying not to lie
Things wouldn't be so confused
And I wouldn't feel so used

But you always really knew
I just want to be with you

And I'm in so deep
You know I'm such a fool for you
You got me wrapped around your finger, 
Do you have to let it linger?
Do you have to, do you have to
Do you have to let it linger?

And I'm in so deep
You know I'm such a fool for you
You got me wrapped around your finger,
Do you have to let it linger?
Do you have to, do you have to
Do you have to let it linger?

You know I'm such a fool for you
You got me wrapped around your finger, 
Do you have to let it linger?
Do you have to, do you have to
Do you have to let it linger?


p/s:Jujur diluah, kata-kata pembuka itu adalah tulisan contengan pada serpihan diari lama yang telah dikoyak..Tetiba teringat bila terdengar lagu Linger versi Estranged..Dulu semasa coretan itu ditulis lagu Linger versi penyanyi asal The Cranberries sedang bernyanyi dicorong radio...Lagu ini antara yang paling ku suka sebenarnya...Masih ingat coretan lama itu biarpun telah lama dilupus tapi masih tak pupus dari memori..  Entahlah kenapa usah ditanya..:p

Friday, May 3, 2013

Muhasabah Diri...


Manusia, 
Adakalanya kita ini cepat menghukum manusia lain,
Tapi dalam masa sama kita tidak gemar apabila diri dihukum oleh manusia lain,
Adakalanya kita ini cepat mengkritik manusia lain,
Tapi kita jua tak gemar dikritik, pabila ditegur atau dinasihat kita marah,
Manusia,
Adakalanya kita gemar menggunakan emosi dan ego melebihi akal dan hati yang dikurnia,
Hingga kita sanggup dengan sengaja membuat luka dihati insan lain dengan kata-kata kita,
Hingga kita sanggup aniaya insan lain dengan gerak geri perilaku kita..
Manusia,
Adakalanya kita lebih gemar mengguna lidah penuh kudis dendam iri hati,
Tapi tidak gemar pula gunakan lidah demi berbakti dan berbudi,
Manusia,
Adakalanya gemar menghukum dan mecari salah keliling,
Tapi sangat sukar mencari salah sendiri,
Seperti salah dirinya itu mahu disorok dalam lubang cacing,
Salah insan lain seperti mahu heboh satu dunia biar berdering ibarat loceng yang bising...




Manusia,
Adakalanya kita apabila senang  dan lapang lupa tanggungjawabya,
Apabila susah dan sempit baru mengingat tanggungjawabnya,
Manusia,
Adakalanya apabila kita gembira dan ceria lupa bersyukur akan nikmat bahagia,
Tapi apabila sedih dan menangis gemar pula menyalah takdir yang tertulis buat dirinya,
Manusia,
Adakalanya apabila "terjatuh" mudah patah semangat dan mudah pula putus asa,
Manusia,
Kadang apabila punya kuasa disalahguna pula,
Lebih suka menindas dari menjalan tanggungjawabnya,
Tapi apabila sudah hilang kuasa barulah terfikir akan amanah yang telah dibiarkan bernanah,
Manusia,
Kadangkala apabila tidak dapat apa yang dicita-cita salahkan takdir salahkan sana-sini,
Tapi apabila cita-cita itu diperoleh tidak bersyukur pula malah gemar bermegah sana sini,
Manusia,
Kadang apabila diberi nikmat kaya dan mewah suka bermegah pula,
Tapi hendak menghulur derma jadi kedekut pula,
Gemar memandang hina pada si miskin,
Adakalanya duit buat dia buta mata gelap hati sampai menjadi manusia penuh tamak dan dengki,


Manusia,
Tiada manusia biasa yang terlepas dari silap dan salah, dosa atau noda dunia,
Tapi jangnlah kamu berdiam diri sahaja hanya duduk di tempat sama,
Berubahlah kearah kebaikan untuk masa depan,
Usah malu untuk berubah menjadi lebih baik,
Usah malu untuk untuk bertaubat,
Usah malu untuk memohon maaf,
Usah malu untuk menjadi manusia yang pemaaf,
Usah malu untuk menjadi baik,
Tapi malu lah jika sudah tahu pendosa tapi tetap mahu terus menjadi insan pendosa,
Tapi malu lah jika tetap tidak punya malu melakukan dosa malah bermegah pula,
Tapi malu lah jika tetap sombong dan ego tak mahu minta ampun dari-Nya Tuhan Yang Esa,
Tapi malulah jika sudah tahu bersalah tapi tidak mahu mengaku salah malah tidak mahu meminta maaf,
Manusia,
Ketahuilah oleh kamu yang hidup ini tidak lah lama,
Hidup ini hanya pinjaman sahaja,
Esok lusa apabila nyawa sudah bercerai dengan badan,
Esok lusa apabila sudah tiada nafas lagi dan kamu sudah mati adakah kamu sudah sedia?
Adakah kita sudah sedia...???
Adakah sudah cukup bekalan kita...???
Apakah sudah cukup amal ibadah dan kebajikan kita..???




p/s: Entry ini sepenuhnya luahan ikhlas dari hatiku, maaf dariku andai ada gaya penulisanku yang menguris hati kamu... Maaf sekali lagi andai ada silap dan salahku.. Diriku ini  jua hanya manusia biasa yang tak lepas dar silap dan dosa..Marilah sama-sama kita saling memaafi dan saling merenung kembali kekhilafan diri / menilai diri sendiri..Semoga bertemu lagi esok hari..Semoga bertambah lagi idea penulisanku untuk dikongsi bersama kamu...Andai diri ku sudah tiada lagi jadikan  tulisan ku ini sekadar kenang-kenangan sahaja buat tatapan kamu semua..


Kredit gambar:- google image..

Wednesday, May 1, 2013

Puisi: Seorang Pekerja Yang Bekerja...



Seorang pekerja haruslah sentiasa beramanah dalam menjalankan segala tugas yag diamanah,
Haruslah rajin dalam bekerja,
Haruslah jujur dalam setiap kerja,
Sentiasa tekun dalam usahanya,
Terima teguran dan nasihat untuk membina kerjanya,
Apabila dikiritik tabahkan hatinya dan sabar,
Terima kritikan dengan positif dan usaha untuk perbaiki diri agar lebih berjaya,
Tidak membodek orang atasan untuk kepentingan peribadi pula,
Apabila sudah menjadi orang atasan tidak menindas orang bawahannya,
Sentiasa bekerja sama bersama rakan sekerja,
Sentiasa berfikiran positif dan bermanis muka,
Sentiasa bersemangat untuk bekerja,
Sentiasa berusaha untuk majukan kerjanya,
Seorang pekerja yang bekerja itu tulang belakang sesebuah syarikat,
Seorang pekerja yang bekerja itu tunggak penjana ekonomi negara,
Seorang pekerja yang bekerja itu pemangkin kemajuan negara,
Seorang pekerja yang bekerja itu penentu masa depan dirinya, keluarganya dan negaranya,
Seorang pekerja yang bekerja pasti boleh berjaya dengan usaha...
Akhir kata dari saya,
Selamat hari pekerja buat mereka yang bergelar pekerja...



p/s: Puisi ini adalah sepenuhnya nukilan saya selaku pemilik dan penulis blog ini. Hak cipta terpelihara, dilarang menerbitkan semula.
Kredit gambar: google image...

Happy Labor Day Everyone..Good Night..(^__^)

WW#18: Habiskan Duit Lebih Mudah


\





p/s: sumber gambar google image..
Selamat berjimat cermat..huhuhu.. :p

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...