Maju..?
Siapa yang tak mahu maju..???
Kaya...
Pasti ramai orang yang mahu kaya...
Berjaya..
Pasti semua orang mahu berjaya...
Ya, berjaya di dunia dan di akhirat sana...
Bahagia...
Semua orang impikan rasa bahagia...
Jadi kenapa masih terjelopok duduk termangu di situ..???
Kata dari awal tadi kamu mahu maju..???
Maju...
Bukan mudah mahu maju...
Jika mahu berubah pun payah...
Jika terdengar kritikan jua melatah...
Jika mendengar nasihat juga kamu mahu bantah...
Maka bagaimanakah kamu mahu maju...?
Jika malas usaha tapi hanya mengharap dan meminta-minta...
Kamu selalu mengharap diri ditolong oleh orang yang suka menolong..
Sedangkan kamu sendiri kejam dengan diri kamu...
Kerana kamu tidak mahu menolong diri kamu sendiri..
Kamu sering minta belas ikhsan orang lain sedangkan kamu tidak pernah ikhsan pada diri kamu sendiri..
Kamu tidak akan maju jika hari-hari kamu dipenuhi warna hitam kelam berarus negatif...
Tiada satu perkara pun kamu lihat ia baik...
Semuanya buruk di mata kamu..
Jadi bagaimana mahu maju..?
Usaha malas, doa jua malas...
Mencari ilmu malas, membaca pun malas..
Berfikir malas, bergerak dan bertindak pun malas..
Tiba-tiba bermimpi mahu berjaya..???
Saya pasti cita-citamu itu takkan ke mana-mana..
Bagaimana mahu dicapai bulan dan bintang,
Jika impian hanyalah bersandarkan mimpi siang bersama bayang-bayang..??
Apabila kamu usaha dan kamu gagal mencapai impian kamu mengeluh, kamu bersungut, kamu cepat pula berputus asa...
Apabila kamu tersilap langkah, kamu gemar menuding jari mencari salah insan lain..
Tiada pula daya usaha mahu muhasabah diri mencari sisi negatif diri kamu itu dan tiada langsung daya usaha untuk berubah ke arah yang lebih baik..
Yang kamu tahu hanyalah mencari salah, mencari gaduh , menyelar dan menyakiti...
Kamu menjadi manusia penakut tidak mahu berdebat apatah lagi bersaing secara sihat..
Kamu lebih gemar bersaing sambil berbunuh hancur lebur...
Menikam dengan penuh helah, biar si pesaing itu tersungkur..Baru puas hati kamu!
Kamu menjadi manusia yang penuh rasa benci, berlandaskan dendam kesumat, dengki dan iri hati..
Kamu sakit mata melihat orang lain telah maju mencapai kejayaan..
Tapi kamu sendiri langsung tiada usaha mahu berjaya..
Yang kamu tahu hanya mahu menjatuhkan orang yang telah berjaya itu..
Busuk sungguh hati kamu ternyata penuh hasad dengki di situ,
Cucilah hati kamu,
Audit diri kamu,
Nilai lah diri kamu,
Bersihkan cara fikiran kamu itu,
Sayangilah diri kamu,
Sayangilah masa depan kamu,
Muhasabah diri kamu atas kesilapan / kekhilafan masa lalu kamu..
Usahlah kamu menjadi insan yang suka menghakimi, menilai, menjatuh hukum pada insan lain..
Sedangkan diri kamu tidak pula pernah kamu nilaikan..
Usahlah kamu berdengki dengan kejayaan insan lain..
Percayalah setiap insan pasti boleh berjaya dengan usaha dan doa tanpa mengenal erti jemu dan putus asa...
Jika pesaing kamu boleh berjaya, kamu juga boleh berjaya...
Malah mungkin lebih berjaya jika kamu berusaha tanpa erti putus asa..
Yang baik pada sisi pesaing jadikan contoh tauladan buat diri kamu, sebagai pembakar semangat kamu untuk berusaha,
Yang negatif pada diri pesaing kamu jauhilah, ambil ia sebagai ikhtibar..
Kamu takkan maju jika kamu terus berbohong, berdusta, guna taktik kotor tipu helah, tidak amanah, tidak jujur...
Kamu tidak akan maju jika kamu tidak punya nilai jujur pada diri sendiri, sayang pada diri sendiri...
Kamu tidak akan maju jika kamu masih duduk termangu sambil menongkat dagu sambil berangan-angan ada pari-pari yang mahu datang membantu...
Kamu tidak akan maju jika kamu terus duduk diam membisu, membeku tanpa mahu bergerak dan berusaha sendiri kerana malas menguasai diri..
Kamu tidak akan maju jika terus menangisi masa lalu yang telah lepas, tanpa mengambil ikhtibar daripadanya dan tanpa ada usaha mengubah masa depan menjadi lebih indah..
Kamu tidak akan maju jika kamu hanya sibuk memerhati sisi negatif insan lain, sibuk merencana misi melunaskan geram oleh kerana hasad dengki kamu kepadanya, tanpa langsung kamu fikirlkan masa depan kamu, tanpa kamu fikirkan usaha untuk majukan diri kamu..
Kamu tidak akan maju jika kamu masih malu untuk bertanya, malu mahu memberi pendapat atau idea..
Tapi dalam masa sama tidak malu pula memgkritik dan menghakimi..
Kamu tidak akan maju jika cara kamu berfikir masih ditakuk lama...
Masih enggan berfikir masa depan..
Masih enggan berusaha majukan diri ke selangkah kehadapan mencapai kejayaan...
Kejayaan, bukan mudah untuk berjaya...
Kerana pasti ada jalan onak berliku yang perlu kamu lalui sebelum kamu dapat merasai erti sebuah kejayaan itu..
Apa yang lebih perlu kamu tahu,
Untuk berjaya itu perlu samangat azam yang jitu, perlu ada usaha tanpa kenal erti jemu, perlu sentiasa berdoa selalu, perlu adan nilai tidak kenal erti putus asa, tidak patah semangat sebelum berjuang...
Doa aku untuk kamu..
Semoga kamu berjaya dalam hidupmu...
Semoga segala cita-cita dan kamu tdapat kamu miliki satu hari nanti..
p/s: Coretan entry panjang lebar ini adalah sepenuhnya luahan pendapat saya selaku pemilik blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com). Idea untuk menulis coretan panjang ini datangya dari mimpi..Dan kemudian saya taip semula disini..sebrang kekhilafan harap dimaafkan..
Kredit gambar:google image...