Translate

Sunday, March 10, 2013

Cerpen: Bukan Masa Mencari Salah..


Di dalam sebuah kampung terdapat sebuah kelurga yang sangat kaya raya..
Pada pandangan masyarakat di situ merekalah keluarga yang paling bahagia dan gembira..
Mereka punya hampir segalanya....
Harta, wang yang melimpah ruah, suami isteri yang tampan dan cantik, punya empat orang  anak, tiga daripadanya lelaki manakala yang bungsu sekali perempuan..Semua anak-anak mereka punya paras rupa yang elok dan bijak pandai berlaka..Segalanya boleh dikatakan sempurna...
Kedua suami isteri ini dikagumi masyarakt kampung kerana rajin menderma dan beramal jariah...
Rajin bersedekah dan menghulur bantuan pada yang memerlukan..
Tidak pula harta dan wang yang menjadikan mereka sombong atau riak..
Malah mereka sangat berbudi bahasa, sopan santun dan merendah diri...

Namun mereka sering khuatir memikirkan perangai anak-anak mereka yang kian membesar itu...
Anak-anak lelaki mereka dari kecil sering berebut hal yang remeh temeh, sehingga sering juga mereka bergaduh sampai bertumbuk hingga cedera!
Langsung tiada kata sepakat, sering meyalahkan dan sering mencari salah antara satu sama lain...
Masing-masing ego dan suka meninggi diri, suka bermegah dengan kelebihan dimiliki...
Langsung tiada ciri-ciri seorang pemimpin yang disegani untuk menerajui syarikat gergasi milik kedua ibu bapanya kelak..
Hanya si bongsu sahaja yang mencontohi sikap ibu bapanya. Rajin membantu,tekun berusaha, sentiasa mahu mencari ilmu,, bersopan santun, berbudi bahasa, dan lebih matang dalam berfikir dan membuat keputusan berbanding abang-abangnya..

Pada satu hari, pasangan suami isteri itu keluar kota selam dua hari atas urusan kerja.
Pembantu rumah, tukang kebun mereka pula pulang bercuti ke kampung.
Maka tinggallah empat beradik yang sedang meningkat remaja itu di rumah agam yang serba mewah itu.
Pada si anak sulung di wasiatkan agar menjaga adik-adik dan keselamatan rumah itu.

***

Tiga jam berlalu..maka semua anak-anak lelaki merungut sebab lapar, habis di selongkar peti ais dan lamrai dapur mencari makanan..Lalu si sulung menjerit memanggil si bongsu.

"Ucu! Ucu!!"

"Ucu!! Kau ni mana??" pekik si along  sekali lagi..

"Ya, along...kenapa..?" si bongsu berlari-lari mendekati abang-abangnya..

"Kau ni pekak ke apa along panggil lambat kau nak sahut..? Dah lah lembab terhegeh-hegeh pulak tu!!" tempelak abang ngah.

"Entah, tau lah dia tu anak emas mama dan papa..Apa yang bagus sangat dekat budak kecik ni sampai dia jadik anak emas aku tak tahulah..!!" sampuk abang nombor tiga, si uda.

Si bongsu sudah mula membuat riak muka ingin menangis kerana dipekik dan ditempelak abang-abang kandung sendiri. Sedih dan sayu rasa hati anak gadis berusia 13 tahun itu.

"Hey kau tak payah nak nangis boleh tak ?? Tak payah nak buat drama air mata kat sini tahu! Menyampah aku tengok muka cengeng kau tu! Dasar budak suka mengada-ngada! Mentang-mentanglah mama dan papa sayangkan kau lebih!!!" Tengking si Angah sambil menolak adik bongsunya itu sampai jatuh tersungkur.

"Dah berhentilah menangis! Benci aku tengok orang guna air mata nak mintak simpati ni! Kami bertiga ni lapar. Aku nak kau masakkan apa-apa yang boleh di makan. Ingat mama dan papa tak ada kat rumah, bibik pun tak ada. Jadi kau jangan nak mengada , nak jadi budak manja! Dua hari ni aku nak kau jadik bibik kat rumah ni!! Masak, kemas rumah dan basuh baju kita orang!!" Si Along mula memberi arahan itu ini..

"Cepatlah masak sana! Tercegat lagi kat situ buat apa?" Herdik si uda.

Si adik bongsu mula beredar ke dapur untuk memasak. Walaupun usianya baru 13 tahun dan dia anak bongsu kesayangan keluarga, Tapi itu tidak bermakna dia tak tahu memasak. Mujurlah dia rajin belajar memasak dengan ibunya dan rajin membantu di dapur. Jadi apabila mama tiada di rumah begini bolehlah dia gunakan skill memasaknya itu.

Lima puluh minit kemudian. Si bongsu telah siap memasak. Semua juadah telah terhidang di atas meja.Ada ayam goreng rempah, sambal udang, ikan siakap tiga rasa, tomyam campur, sayur campur, kangkung tumis belacan dan nasi putih semaunya membangkitkan selera.

"Along, Angah, Uda mari makan. Ucu dah siap masak dah ni...." Si bongsu mengajak abang-abangnya untuk makan bersama.

Ketiga-tiga abangnya bergegas menuju ke meja makan.

"Banyaknya lauk kau masak. Aku ingat kau tak reti masak tadi." Ujar si abang yang sulung.

"Apa along ingat ucu ni tak reti masak ke? Ucu nie tak adalah macam sesetengah orang tu... Tahu nak cari salah orang jer, padahal diri sendiri tak matang langsung..." si bongsu bernada sinis menempelak ketiga-tiga abangnya.

"Kau perli siapa ni hah Ucu??! Kecik-kecik dah pandai biadap!"Jerit si angah. Ringan sahaja tangannya menampar wajah adik bongsunya itu

"Kenapa mesti nak terasa. Ada sebut nama ke?" Si bongsu tak mahu menggalah.

"Dah lah tu!  Kau orang boleh tak berhenti bergaduh? Aku tengah lapar ni. Jom lah kita makan." Ujar si Uda cuba untuk tenangkan situasi.

"Nasib baik kau ada Uda, kalau tak aku rasa macam nak campak ajer budak kecik nie keluar dari rumah nie. Biar padan muka dia. Tak respect lansung dengan kita abang-abang dia ni." Ujar si Along.

Mereka tiga berdik menikmati makanan-makanan itu yang sudah terhidang di atas meja dengan berselera sekali. Masing-maisng smepat memuji masakkan adik bongsu mereka itu, tapi pujian itu hanyalah di dalam hati. Tidak terucap di mulut untuk memuji, masing-masing terserlah punya ego yang tinggi. Si bongsu langsung tidak makan dan terperuk di dalam bilik menangis. Langsung tiada seorang pun abang-abangnya yang bertanya kenapa dia tak makan, jauh sekali memujuk.


Sedang sibuk melayan perasaan duka dia terdengar bunyi bising di kawasan belakang rumah. Si bongsu menjengah keluar tinngkap, dia terlihat kelibat tiga orang manusia yang berpakaian serba hitam, bertopeng dan membawa beberapa senjata. 'Ini mesti perompak! Ya Allah selamatkanlah kami' ujar hati kecil si bongsu. Dia lalu bergegas ke tingkat bawah, berlari-lari menuruni anak tangga.

"Along, Angah, Uda ! Ada perompak nak masuk rumah kita!" Jerit si bongsu bersemangat memberitahu abang-abangnya.


"Kau ni Ucu, tak payah nak berlakon boleh tak? Mana ada perompak tengah-tengah hari macam ni. Lagipun kampung kita ni aman, kau tahukan? Mana pernah ada kes rompak-rompak, curi-curi kat sini." Sergah si Uda.

"Entahnya, nak berdrama swasta pulak dia dekat sini. Tadi dah lah menangis macam budak tadika. Sekarang nak cakap rumah kita kena masuk perompak pulak. Entah-entah kau yang mengigau ni Ucu! Itulah tidur tengah-tengah hari lagi,kan dah mimpi benda mengarut." Sampuk si Along.

"Betul, tadi Ucu dengar ada bunyi-bunyi bising kat belakang rumah. Ucu jengah tingkap, ternampak kelibat tiga orang manusia bertoping pakai baju serba hitam dan bersenjata tenagh cuba nak masuk rumah kita ni. Sumpah Ucu tak bohong! Along, Angah, Uda tolonglah percaya cakap Ucu ni." Si bongsu cuba menarik perhatian abang-abangnya.

"Alah tak usah percaya sandiwara budak kecik yang gedik ni Along. Dia ni bukan boleh percaya. Mengarutlah."


Tiba-tiba loceng penggera keselamatan rumah mereka berbunyi dengan kuat. Masing-masing panik dan memandang sesama sendiri.

"Along apa yang bau hangit ni?" Tanya si  Uda.

"Yelah along, macam bau benda terbakar" Tambah si Angah pula.

"Aku ada bau jugak ni. Kau orang ada bakar apa-apa ke tadi?" Soal si Along pada adik-adikknya.

"Mana ada. Si Ucu lah tadi memasak kat dapur tu ha..Entah-entah dia yang tak tutup dapur gas tu."Ujar si Uda.

"Tolong jangan nak fitnah Ucu boleh tak. Ucu dah tutup api dapu tu tadi." protes si Ucu.

"Baik kalau kau tak nak mengaku. Jom kita cari mana tempat yang terbakar kat rumah kita ni. Kalau aku tahu kau puncanya nahas kau!" Gertak si Along pada adik bongsunya itu.

Mereka empat beradik berjalan menuju ke dapur tiada kesan terbakar. Dapur gas juga terpadam. Si bongsu tersenyum sinis ke arah abang-abangnya itu. Mereka pun berjalan sekeliling rumah mencari-cari di mana kesan terbakar.  Sampai di kawasan stor belakang rumah, pintu stor telah tebuka luas. Pelik jadinya sebab setahu mereka pintu itu sentiasa berkunci. Mereka bergegas masuk ke dalam, etlihat banyak barang berselerak. sebahagian dari barang yang berada di runga itu telah tiada dan kelihatan api mula marak membakar ruangan itu.

"Angah, Uda kau orang cakap dengan aku betul-betul. Tadi masa aku bakar sampah dekat depan tu, betul ke engkau orang tak ada bawak unggun api tu ke sini? Entah-entah ni kerja kau dua orang! Curi barang dalam stor papa ni kemudian jual untuk bagi awek-aek engkau ornag hadiah kan dan bakar stor ni supaya semua orang tak ada bukti kan??!" Jerit si Along kepada dua ornag adik-adiknya untuk minta penjelasan.

"Apa Along ni. Cakap baik-baik sikit jangan nak pakai serkap jarang kalau tak ada bukti tahu! Jangan nak fitnah kami pulak!" Jerkah si Angah.

"Kami tak curi dan kami tak bakar stor ni! Jangan nak fitnah kami berdua lah Along! Kami tak gila sampai tahap nak mencuri harta mama dan papa sendiri macam yang Along fikirkan tu! tah-entah ni semua Along punya angkara! Along kan suka merokok, merokok pulak nak sembunyi-sembunyi takut mama dan papa tahu. Mana tahu stor ni memang port tempat Along merokok. Bila dah kantoi terbakar stor ni Along nak tuduh-tuduh kami pulak? Ingat kami tak tahu tembelang Along tu!" Pekik si Uda, cuba membela dirinya dan si angah.


"Jadi kau dua orang nak tuduh aku pulak lah ye? Kau  nak cakap aku punca tempat ni terbakar? Mana bukti kau nak tuduh-tuduh aku hah? Mana bukti kau nak cakap aku merokok, mana bukti kau nak cakap aku punca tempat ni terbakar??! Jawablah kenapa diam?!!" Jerit si Along.

"Sudahlah tu Along, Angah, Uda ! Kamu bertiga ni boleh tak kalau sehari tu tak bergaduh berebut siapa lagi hebat, siapa yang menang ? Ni bukan masanya untuk kita cari siapa yang salah. Sepatutnya kita adik beradik kena selamatkan rumah kita dari terus terbakar bukan bergaduh macam ni! " Ujar si Ucu.

"Kau tu budak kecik apa kau tahu??" Soal si Anagh yang enggan mengalah.

Si Ucu sudah berlalu dari situ membiarkan abang-abangnya yang degil itu bergaduh sesama sendiri. Dia terus bergegas mencari alat pemadam api. Tegesa-gesa dia berlari ke stor itu semula untuk memadamkan api. Api itu tidak lah begitu marak seperti tadi tapi masih degil untuk padam, seperti degilnya abang-abangnya yang ego tak mahu mengalah dan tak mahu berhenti bergaduh itu. Dia berari semula ke bilik mandi mencari baldi dan mengisi air paip sebanyak mungkin. Digagahi jua dirinya untuk mengangkat baldi seberat itu padahal dia hanyalah gadis yang bertubuh kecil. Abang-abangnya langsung tidak berganjak, hanya memerhati jauh sekali mahu menolong. Setelah berkali-kali berusaha akhirnya api itu padam juga. Mujur rumah mereka tidak terbakar, nasib baik juga mereka adik berdik selamat dari menjadi mangsa kebakaran.


Beberapa minit kemudian mama dan papa mereka muncul di depan pintu rumah. Alangkah terkejutnya mereka semua, kerana sebelum ini dikhabarkan mama dan papa akan pergi dua hari. Ini tidak sampai tujuh jam mama dan papa sudah balik..??

"Papa kecewa dengan sikap kamu bertiga along, angah, uda. Dalam keadaan rumah hampir dimasuki perompak dan terbakar pun kamu bertiga boleh bergaduh lagi ye? Nasib baik ada Ucu. Papa harap kamu bertiga insaf dengan kejadian ini." ujar papa mereka dengan nada kesal.

"Macam mana pap tahu pasal kejadian tadi? Ucu yang mengadu kat mama dan papa ke?" Tanya si Along.

"Tak,bukan Ucu yang bagi tahu kami. Tapi kami yang mengintip perbuatan kamu semua daripada tadi. Sebenarnya mama dan papa dah lama rancang benda ni. Kami buat semua ni untuk uji kamu semua. Papa dan mama tak sangka kamu bertiga sanggup berkasar begitu sekali dengan adik kamu yang bungsu. Sepatutnya kamu sebagai abang kena jaga dia, bukan buli dia. Sepatutnya bila stor ni terbakar, kamu tolong lah padam kan api. Ini tidak, sibuk bertengkar sepanjang masa. Papa harap kamu dapat ambil pengajaran dari peristiwa ni. Leapas ni papa taknak tengok lagi kamu adik berdik bergaduh, bermasam muka, berebut sesuatu sampai sanggup berpukul dan bermusuh. Papa nak kamu buang ego kamu tu jauh-jauh. Kamu adik berdik kalau ada masaalah kena berbincang dan bukannya bergaduh macam budak-budak kecik begini. Faham tak apa yang papa cakap ni?" Terang papa mereka panjang lebar.

"Kami faham papa, kami janji tak buat lagi." ujar mereka adik berdik.

"Ucu, along , angah dan uda nak minta maaf sebab tak jaga Ucu. "

"Tak apalah Ucu maafkan..."


Mulai saat itu hubungan  mereka adik beradik menjadi begitu akrab sekali dan mereka hidup dnegan aman harmoni, seperti keluarga bahagia yang lain...


Nota kecil: Cerpen tidak seberapa ini adalah ilham saya sendiri. Terciptanya cerpen ini berdasarkan ilham yang saya perolehi di dalam mimpi. Kandungan cepern ini taida kena mengena dengan sesiapa samaada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia, ia  hanyalah cereka khayalan saya selaku penulisnya. Hakcipta terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang.


Pesanan:

Seharusnya apabila sedang dilanda musibah atau masaalah, kita hendaklah mencari solusi agar keluar dari permasaahan itu. Usah menuding jari, usah menyalahkan insan lain dan usah mencari slaah manusia lain. Apa yang lebih berfaedah ialah kita berbincang , bersepakat dan bersama-sama menyelamatkan nyawa, harta benda dari pupus dimamah musibah itu.








4 comments:

syiela said...

bangusnya cerpen pengajaran ni dear....

moga terus bersemangat untuk berkarya :)

Anonymous said...

singgah saje..xbaca lg..busy sikit..mlm ni inshaa Allah singgah baca lg.. =)

Namee Roslan said...

selalu saya fikir, mana lah kamu dapat ilham untuk menulis. talented betul :)

Maria Menado~ said...

happy ending. hehe.

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...