Translate

Monday, March 5, 2012

Duit Vs Kebahagiaan


    Dalam hidup nie, duit memang penting. Hampir semua benda memerlukan duit, tapi perlu diingat yang tak semua perkara boleh dibeli dengan duit. Termasuklah bahagia, ia memang tak boleh dibeli dan tak boleh dinilai dengan duit. Tapi ramai yang berkata, untuk mendapatkan kebahagiaan kita perlukan duit. Kerana kata mereka untuk dapatkan apa yang kita impikan memang merlukan duit, jadi selepas apa yang kita impikan menjadi kenyataan barulah kebahagiaan itu akan kita miliki. Kata mereka lagi hidup haruslah berpaksi pada realiti, kalau tak punya duit mana mungkin perut bakal diisi, dan adalah mustahil untuk kita shopping itu ini. Mungkin barangkali kerana itulah ada orang yang sanggup melakukan apa saja demi duit, kononnya untuk mencapai rasa bahagia. Tapi bahagiakah nanti jika wang di peroleh dari hasil yang keji? Wang dari sumber haram, adakah hidupnya akan berkat???


   Sebenarnya bagi diriku, duit dan bahagia itu kedua-duanya penting untuk hidup. Jadi kita perlu tahu cara yang untuk mendapatkan kedua-duanya dengan saluran yang betul (halal) dan berkat untuk hidup kita di hari-hari yang seterusnya. Jika kita fikir hanya duit sahaja yang boleh buat kita bahagia, ternyata kita salah sama sekali. Kerana adakah orang yang mempunyai kekurangan dari segi kewangan (miskin) maka hdiupnya langsung tidak pernah nada rasa bahagia atau gembira? Adakah kita fikir yang orang yang hidupnya mewah duduk di dalam rumah besar serta punya kenderaan mewah untuk dipandu maka hidupnya tersangat bahagia?

       Ada orang yang walaupun hidupnya susah dan tidaklah mewah tapi dia bahagia. Bahagia itu dimilki kerana dia sentiasa bersyukur dengan setiap apa yang diperolehi dan dia tak pernah merungut-rungut meyalahkan takdir hidupnya, dia juga tak berhenti berusaha untuk meneruskan kehidupan dan mencari rezeki untuk sesuap nasi, memperoleh rezeki dari hasil yang halal ternyata hidupnya berkat. Walaupun mungkin dia tak punya wang banyak dan dia perlu bersuah payah unuk mendapatkan rezeki tapi dia puas dengan rezeki yang dimili hasil dari kudrat dan tenaga sendiri melakukan kerja yang halal. Walaupun dugaan datang bertubi-tubi, tapi kesabaran dan ketabahannya tetap tersemat di hati, dan dia kuat menempuhi hari hari yang penuh liku dengan hati yang tenang. Maka dengan itulah dia bahagia walaupun wang didalam poketnya kurang.


   Orang yang kaya raya pula tak semestinya akan bahagia, bila mana dia sentiasa berasa tidak cukup itu dan ini, ada sahaja yang kurang di matanya dan ada sahaja rungutannya, langsung tidak bersyukur dengan apa yang ada di dalam gengamannya malah sibuk pula mengejar-ngejar perkara yang belum pasti menjadi miliknya. Hidupnya senang terasa susah, bila mana dia tak mempunayai tahap kesabran dan ketabahan yang tinggi untuk menghadipi dugaan yang datang dalam hidupnya. Malah menyalahkan takdir pula. Hidupnya pasti tiada keberkatan bila dia memberi makan makanan dari wang yang haram untuk mereka-mereka yang berada di bawah tanggungjawabnya dia. Halal atau haram sudah tak di endahkan lagi, katanya itu semua di lakukan demi melihat orang-orang di bawah jagaannya dia bahagia. Tapi bahagiakah nanti bila rezeki itu di peroleh dari sumber keji?
 

Miskin atau kaya, mewah atau sederhana, kita semua berhak untuk memperolehi rasa bahagia..Apa yang penting ialah kita harus bersyukur dengan setiapn sen yang ada di dalam dompet kita dan berusahalah untuk menambahkan nilainya itu dengan cara yang halal agar kita memperoleh rasa bahagia itu walaupun kita terpaksa bersusah payah emmerah keringat.

P/s:- Entry hanyalah luahan pendapat penulis blog ini semata-mata.Credit gambar:-google image

12 comments:

sea_lavender said...

hidup bersderhana itulah yg terbaik..
kerana kte akan kecapi bahagia dngn tenang dan kepuasan atas usaha ~~
hanya Allah Yang Maha Kaya

sopiah said...

Duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit. Setuju ^_^ Yang miskin taks semestinya selalu bersedih dan yang kaya tak semestinya selalu ketawa. Kalau reti bersyukur dan tak lupa diri, kebahagiaan tu sendiri akan tiba. :)

Unknown said...

hidup sederhana ga best.. tak yah pk macam2..

Unknown said...

Kita semua sedia ada tahu mengenai soal keberkatan dalm mencari rezeki. cuma kita kadangkala sengaja buat2 lupa untuk ambil tahu apa tu dosa dan pahala yang kita kutip untuk kita bawa kemudian hari nanti.Nice explaination.. saya bagi 5 bintang..ini baru dikatakan entri blogger
Entri yang berkaitan:
Kenapa Hidup Kita Tidak Tenang

Ros said...

Salam,

Apa pun biarlah bersederhana....

Hana Soffelia said...

Duit menjamin kebahagian tetapi duit juga menjadi perosak kebahagian. So berpada-padalah dalam memiliki kedua-duanya. ^_^

Cik Amni said...

bahagia itu dihati.. kadang nampak kadang sembunyi.. orang yg bersyukur, kaya ke miskin, dia akan bahagia.. yang jadi tak bahagianya bila tak dapat, tapi semua nak.. org kata ukur baju dibadan sendiri.. heheheh..

syiela said...

duit bukan segalanya
walau apapun duit amat diperlukan
jadi besyukur dengan apa yg ada

Falling . said...

dunia skrg, lau tade duit susah . tp kalau senang atau mewah, anggap aja tu bonus dr tuhan . slg kita hdp berpegang pd kesederhanaan, insyaallah semuanya berjalan lancar .

ILA HonEyBuNNy said...

bila org ada duit kaya raya..diorg beli kebahagiaan...tapi sbnrnya bahagia itu xkekal..

biarlah sederhana jnji bahagia n sennag hati..;)

apa guna kaya tapi tak bahagia kan..;)

Sya_Merpati Putih 88 said...

sea_lavender:- yup, bersederhana itulah yg sebaik-baiknya..takperlu pembaziran dan takperlu menunjuk2..jika ade kelebihan hulurkan lah bantuan bg yg memerlukan..

Yong Sofea : betul sy setuju dgn pendapat awk..yg penting kena hargai apa yg kt ade dan bersyukur..

Muhammad Saiazuan Norhalik: tahu takpe...bila dah jadi terlampau kaya pun susah, nk jln2 pun takut n nk kena ade bodyguard lah.. susah jugak..

AR-Mujahid:yup betul tue..sbb saja buat2 tak tahu kerana katanya mahu cari duit utk hidup sehari2...maka semuanya boleh..tp mereka lupa hidup nie sementara saja..
~btw, terima kasih ~(^___^)

Ros:- yup sy setuju..kalau nk bermewah2 samapai nk buat benda2 yg tak halal utk dptkn kemewahan utk apakn..

Hana Soffelia : sangat setuju dgn kak hana..kt perlukan duit dan rasa bahagia..dua2 penting..=)

Cik Amni :- nice words...sy suka dan setju dgn pendapat awk...(^___^)

syiela :-yup, kadang2 dunia sekarang nie mengajar kt utk jadi lebih materialistik..


.cik gugu..: stuju..yg penting kt kena usaha utk dptkn duit dan yg lg penting ialah usaha kt itu bukanlah usaha yg dilarang..biar kt susah nk dptkn duit janji ianya halal..

ILA HonEyBuNNy: yup, sangat setju...(^___^)

Unknown said...

suka ya lagu terbang bersamaku??duit penting zaman skrg,sbb bkn pkai sistem butter dah..bhgia pnting sbg manusia yg ada perasaan..

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...