Translate

Sunday, March 25, 2012

Perempuan, Antara Plastik Dan Materialistik...

Hello semua...Apa khabar...? Selamat berhujung minggu...!
Ok untuk topik hari ini saya ingin ketengahkan pasal perempuan yang plastiK dan perempuan yang materialistik. Siapakah mereka-mereka ini...???


1.Perempuan Yang Plastik.

    Dia seorang yang hipokrit dan tiada identiti yang sebenar. Tidak di ketahui dia ini berperangai baik atau buruk kerana dia sangat pandai berpura-pura dan sangat pandai berdusta / menipu / bercakap putar belit . Dari segi imej, dia tak pernah bersyukur dengan apa yang di milikinya malah sangat suka tambah / ubah apa yang tak sepatutnya. Contohnya sanggup berhabisan wang ringgi semata-mata mahu cantik. Ya, normal perempuan mahu kelihatan cantik, tapi jika sampai cucuk botok dan segala cucuk-cucuk , bedah plastik, makan segala macam ubat terlarang , pakai susuk dan sebagainya rasanya itu adalah tak patut sama sekali. Perempuan plastik lazimnya tak rasa yakin dengan penampilan dirinya sendiri sebab itulah dia sanggup buat apa sahaja demi untuk ubah dirinya menjadi seperti orang lain. Dia juga suka menampilkan penampilan imej palsu yang ternyata sengaja dibuat-buat, demi meraih perhatian ramai (mahu jadi popular kononya). Perempuan seperti ini adalah palsu, iaitu palsu dari segi imej luaran malah palsu juga dari segi perangainya.



2.Perempuan Yang Materialistik

    Oh ya, duit memang penting untuk hidup tapi jangan sampai jadi hamba duit. Perempuan yang materialistik memang sanggup jadi hamba duit. Ya, sanggup lakukan apa sahaja demi mendapatkan duit. Tak kiralah kerja yang dilakukannya halal atau haram semuanya di tolak ketepi, asalkan dia dapat duit yang boleh membahagiakannya...Ya, duit boleh di bawa pergi bershopping barang-barang yang mewah lagi mahal-mahal belaka. Bolehlah di tayang-tayangkan depan rakan-rakan nanti. Perempuan seperti ini memang suka shopping, dan habiskan masa + duit di shopping mall. Barang-barang yang di beli pula haruslah ada jenama. Kedai-kedai yang di kunjungi pula haruslah ternama dan dikenali ramai. Kereta dan rumah juga semestinya mewah, pendek kata semuanyalah nak nampak mewah dan gah sahaja! Jika dia tak mampu memenuhi impian dia dalam berbelanja mewah dengan wang sendiri, maka dia sanggup lakukan apa sahja demi dapatkan kemewahan itu, walaupun dia terpaksa menjadi perempuan simpanan. Bagi gadis seperti ini, duita adalah segalanya, dari segi sikap pula sudah semestinya boros. Takda duit takda cinta, takda duit dunia pasti sengsara.



    Akhir kata, tak semua perempuan itu berperangai plastik atau materialistik. Masih ramai lagi perempuan yang tidak bersikap begitu. Jika kamu (lelaki) berkata yang semua hati perempuan memang boleh di beli dengan duit + kemewahan kamu memang silap! Taak semua berperangai seperti itu, duit memang penting tapi jangan jadi kelabu mata kerana duit. Masih ramai lagi perempuan yang tidak lah begitu menitik beratkan isu mewah-mewah nie, dan masih ramai juga yang suka bersederhana dalam berbelanja. Jika kamu (lelaki) mengatakan bahawa perempuan memang suka berperangai plastik, tak boleh di percaya tak setia dan macam-macam lagi. Ternyata kamu silap! kerana masih ramai lagi perempuan yang baik-baik malah jujur, setia dan ikhlas. Mungkin kamu(lelaki), belum lagi berjumap wanita seperti itu. Semoga kamu(lelaki) akan berjumpa perempuan yang baik-baik sebagai pendaping hidup kamu (isteri).

P.s: Entry hanyalah sekadar luahan pendapat dan idea baisa dari penulis blog ini. Sebarang kesilapan mohon di maafkan.Kredit gambar: googloe image.

Thursday, March 22, 2012

Puisi: Cinta Gila Di Zaman Remaja...



Wahai remaja muda belia,
Zaman muda zaman kau mengejar cita-cita,
Zaman ini jugalah kau mula belajar mengenal cinta,
Mencuba untuk bercinta dengan orang yang kau cinta,
Cinta itu kadangkala membuatkan kau buta,
Tak tahu nak nilai intan atau kaca,
Kau tidak nampak realiti,
Yang kau nampak hanyalah fantasi angan dalam mimpi,
Semuanya indah bagai bintang bersinar di langit tinggi,
Kerana cinta kau itu kau abaikan buku-buku di meja,
Yang kau tatap setiap hari muka buka pula,
Kau mula terpengaruh dengan janji manis si dia,
Katanya dia cintanya pada kau cinta sejati,
Lalu hati kau melayang di langit tinggi,
Cair di sentuh dengan segala puji dan janji itu ini,
Cinta kau yang sedang bahagia pun di uji,
Ibu ayah melarang tak mahu kau berjumpa si dia lagi,
Tapi kerana janji-janji yang telah tersimpul mati,
Kau sanggup lari sekuat hati,
Konon demi mengejar cinta sejati,
Kau sanggup tolak tepi maruah dan harga diri,
Bergambar berkepit mengalahkan suami isteri,
Bangga bila di puji -puji,
Katanya mereka kau pasangan yang paling secocok dan romantis sekali,
Kau dan si dia pun semakin hanyut di buai mimpi indah itu,
Seronok bercengkarama hingga ke dinihari,
Seronok berparti kesana-sini,
Setelah perut kau membesar dan lahirlah bayi yang tak berdosa itu,
Kau buang pula ia di tong sampah atau di kaki lima,
Kau abaikan dan tinggalkan dia tanpa rasa apa-apa,
Sama seperti kau tolak tepi buku-buku semasa kau seronok bercinta,
Bila perkara begini dah terjadi  kau nak menyesal pun dah tak berguna lagi,
Ingatlah wahai remaja,
Jika engkau mahu bercinta,
Jangan sampai kau jadi buta atau jadi gila pula,
Janganlah kau menghinakan diri demi  kerana cinta,
Janganlah kau abaikan masa depan demi kerana cinta,
Janganlah kau sakiti hati ibu ayah demi kerana cinta,
Dan yang paling penting janganlah kau abaikan agama demi kerana cinta,
Kejarlah cita-cita terlebih dahulu wahai remaja!


Puisi ini adalah hasil nukilan penulis blog ini. Hak cipta terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah di larang sama sekali.

P/s: Sebenarnya saya mahu buat entry lengkap berkaitan isu remaja, tapi nampaknya kesuntukkan waktu, jadi buat masa nie saya buat puisi dahulu manakala entry lengkap berkaitan isu remaja ini akan di buat kemudian...(Bersambung...)

Tuesday, March 20, 2012

Puisi:- Jendela Mata...


Melihat dari jendela,
Jendela luas terlihat dunia,
Penuh warna penuh cerita,
Ada suka dan ada duka,
Ada tangis dan ada tawa
Termenung memikirkan masa,
Yang datang dan yang belalu,
Begitu pantas penuh cerita,
Letih dengan resam dunia,
Ada duri yang pilu,
Ada ombak dan badai yang bergulung,
Namun hidup harus digagahi jua,
Harus di lalui relati itu kerana ia bukannya mimpi,
Melihat dari jendela,
Jendela mata penuh cerita,
Kelihatan ceria namun ada derita,
Kelihatan tenang namun ada amarah yang melanda di jiwa,
Melihat dari mata bukanlah dari telinga pula,
Pandang dengan mata hati bukan dengan mata kasar sahaja,
Pandang dengan mata akal bukan hanya mata emosi sahaja,
Jangan salahkan mata yang melihat bila kau gagal berfikir guna akal yang kau punya,
Bukalah jendela mata dan pandanglah dengan seikhlas hati yang kau punya...


Ps:- Puisi ini  adalah hasil nukilan penulis blog ini. Hak Cipta Terpelihara. Dilarang membuat sebarang bentuk penerbitan semula.




Monday, March 19, 2012

Surat Untuk Pembaca

Assalamualaikum, Hai semua....Apa khabar?


  Rasanya tak pernah sekalipun saya menulis surat untuk kamu yang sudi membaca tulisan dan contengan ku di teratak merpati yang usang ini kan. Jadi di kesempatan ini saya ingin coretkan beberapa perkara melalui warkah saya ini.

   Hurm...rasanya sejak masuk tahun 2012 nie entry dekat blog nie macam dah semakin berkurang. Kalau kamu tanya saya kenapa? Pasti jawapan klise yang saya akan bagi ialah sibuk dengan urusan harian. Tapi hakikatnya memang begitu,agak sibuk dan bila balik rumah pun dah penat apatah lagi nak menaip entry panjang-panjang pun rasanya macam malas walaupun idea tue sentiasa ada. Cumanya masa seolah-olah cemburu. Tapi tak mengapa, Saya janji mugkin  lepas nie saya akan aktif blogging macam tahun lepas. Jika masa suntuk mungkin saya akan buat entry yang auto publish ajer..Berkenaan blogwalking, saya tak boleh nak terlalu beri harapan dan berjanji yang saya nakan pergi ke blog kamu-kamu dan kamu setiap hari. Tapi jika saya "sign-in" blogger.com nie saya akan cuba untuk berkunjung sedaya yang mungkin juga mengikut masa yang saya punya. 

  Untuk pengetahuan kamu, selain dari suka menulis saya juga suka membaca. Jadi sebab itu saya suka baca tulisan-tulisan orang lain juga di blog milik mereka. Bagi diri saya sendiri pula, menulis blog nie hanyalah hobi saya di masa lapang, kerana dengan menulis saya dapat berkongsi pendapat berkenaan pelbagai perkara dengan orang yang sudi membacanya. Mungkin ada yang tertanya "kenapa entry di blog ini biasanya di "update" pada malam hari atau diawal pagi / dinihari?". Ianya adalah kerana dari jam 8.30 pagi-5.30 petang setiap isnin hingga jumaat adalah waktu kerja saya. Maka saya hanya akan update blog di luar waktu kerja , iaitu selepas saya pulang ke rumah atau seblum saya bertolak ke tempat kerja. Ya, saya hanya akan update entry  apabila saya berada di rumah. Itulah sebabnya mengapa blog ini tidak dapat mengeluarkan entry yang banyak-banyak dalam satu hari seperti blog-blog lain. (Jeles tengok orang yang boleh update 10 entry sehari! huhuhu...)

   Pendapat saya tentang penulisan blog, setiap orang ada cara penulisan mereka yang tersendiri untuk diterjemahkan dalam blog milik mereka, mengikut konsep dan citarasa yang mereka kehendaki. Setiap penulis itu juga ada kelebihan dan kekurangan mereka yang tersendiri. Mungkin gaya penulisan saya juga kurrang diminati atau mungkin juga mebuatkan kamu berasa bosan untuk mebacanya. Apa  yang saya boleh katakan ialah, saya kan cuba memperbaiki gaya penulisan dari semasa ke semasa. Makanya jika ada terkurang atau tersilap di mana-mana saya harap kamu sudilah menegurnya. Penulisan itu juga mencerminkan identiti si penulisnya dan ketahuailah oleh kamu yang saya tak boleh jadi orang lain + saya hanyalah manusia biasa yang takkan sempurna. Jadi saya mohon ampun dan maaf jika sepanjang saya menulis di sini ada membuat kamu terasa hati atau etrsinggung atau sebagainya.



Akhir kata dari saya, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya, terima kasih kerana sudi mebaca tulisan-tulisan yang saya catitikan di blog usang ini. Terima kasih yang tak terhingga. Terima kasih juga kerana sudi berkongsi pendapat dan terima kasih kerana sudi berkawan dengan saya disini.

Sekian,
Salam sayang dan selamat malam!
~Senyum-senyum selalu~(^____^)

Yang ikhlas:-
merpatiputih88 

Saturday, March 17, 2012

Sayangi Diri Sendiri...


     Pernah tak dalam hidup kamu, kamu terfikir untuk jadi orang lain? Pernah tak dalam hidup kamu, kamu persoalkan apa yang kamu ada dan membanding-bandingkannya dengan apa yang orang lain ada? Jika pernah ternyata kamu memang tak pernah sayangi diri sendiri. Ianya adalah kerana kamu sendiri tidak boleh menerima diri kamu, jadi bagai mana orang lain mahu menerima kamu. Jika kamu tidak pernah ada rasa sayang pada diri kamu jangan haraplah kamu akan dapat rasa sayang dari orang yang ada di sekeliling kamu itu!

      Jika kamu sedang dilanda masaalah yang besar sekalipun janganlah sesekali kamu cuba merosakkan masa depan kamu apatah lagi mencederakan diri sendiri. Hargailah tubuh badan kamu itu, jagalah kesihatan kamu dan bersyukurlah kerana kamu masih punya nyawa dan nafas untuk terus hidup di muka bumi ini. Hargailah dengan nyawa yang ada itu dengan berbakti dan berbuat perkara-perkara yang bermanfaat agar kelak ia bolehlah menjadi bekalan amal apabila kamu berada di alam yang kekal abadi itu nanti, iaitu alam di mana kamu sudah meninggalkan bumi buat selama-lamanya.


           Jika kamu pernah terfikir untuk berbuat  sesuatu atau berkata-kata sesuatu , lebih baik kamu berfikir dahulu. Kerana kelak kamu juga yang akan merasa terkesan di atas perlakuan dan kata-kata kamu itu di masa-masa hadapan dan mungkin ia akan membawa kesan kepada hidup kamu sepanjang hayat. Jadi , fikir dahulu sebelum membuat sebarang keputusan, sebab ianya tentang masa depan hidup kamu juga! Kamu harus kuat dan tabah dalam menghadpai segala dugaan yang datang bertandang dalam hidup kamu. Jangalah pernah kamu melakukan perbuatan terkutuk lagi sia-sia semata-mata mahu mencapai impian kamu. Kamu harus tahu yang niat yang baik tidak pernah menghalalkan cara yang salah. Janganlah kamu pernha terfikir untuk mencederakan diri sendiri, atau merosakkan kesihatan kamu atau mebunuh diri semata-mata kerana kamu berasa tertekan dengan masaalah yang di hadapi. Hey, bumi mana yang tak di timpa hujan, dan manusia mana yang tak pernah dilanda masaalah? Oleh itu tabahlah dalam menghadapi masaalah dna jangan pernah menyerah kalah.


         Jika ada insan yang menghina rupa paras kamu, janglah kamu marah-marah. Jangnlah juga kamu berusaha keras untuk mengubah rupa paras diri kamu yang telah di anugerahkan kepada kamu itu dengan mencuba untuk melakukan pembedahan plastik, inject sana-sini, makan bermacam-macam ubat. Janganlah kamu berasa tertekan jika ada yang menghina kamu dengan berkata kamu mepunyai rupa yang buruk, pendek dan sebagainya. Sebaliknya, bersabarlah dan anggaplah penghinaan itu bagai angin lalu. Kamu harus ingat yang orang yang menghina rupa paras fizikal orang lain itu bererti dia sedang menghina ciptaan Tuhan Yang Maha Esa secara tanpa di sedarinya. Maka tenangkanlah hati kamu, dan percayalah bahwa setiap insan yang dilahirkan itu memiliki kecantikkan dan keunikkan mereka yang tersendiri. Termasuklah kamu, kamu juga cantik / kacak!


Oh ya, akhir kata:- sebelum kamu memberi rasa cinta atau kasih sayang pada insan yang kamu sayangi, berilah rasa cinta dan sayang itu kepada diri kamu dahulu maka kelak kamu akan bahagia, kerana orang yang tidak menyayangi dirinya tidak akan tahu cara untuk menyayangi insan lain. Jika kamu terlalu sibuk macam mana pun, luangkanlah sedikit masa untuk diri sendiri seperti berehat, bersia-siar atau pergi melancong. Lakukanlah perkara-perkara yang kamu minat dna boleh mebuatkan kamu bahagia asalakn ianya tak menyalahi undang-undang Agama dan Negara maka kamu akan beroleh rasa bahagia itu.


Ps: entry ini hanyalah luahan pendapat penulis blog ini. Credit gambar google image. Fuhh dah lebih seminggu blog tidak ber update, mungkin lepas nie saya akan cuba luangkan masa untuk coret tulisan disini..InsyaAllah..

Wednesday, March 7, 2012

#WW15:Chatting...





Ps:- Boring punya pasal susah nak tidur sambil godeh-godeh internet terjumpa website nie cleverbot. Kat situ kita boleh chat dengan robot! Gambar-gambar dalam entry nie adalah hasil print screen perbualan atara saya dan si cleverbot. Yang tulisan colour hitam saya yang tulis dan yang tulisan colour biru adalah si cleverbot. Yang bestnya dia boleh tahu cakap melayu tau! Kalau nak try boleh pegi sendiri kat website dia tue cleverbot.com






Monday, March 5, 2012

Duit Vs Kebahagiaan


    Dalam hidup nie, duit memang penting. Hampir semua benda memerlukan duit, tapi perlu diingat yang tak semua perkara boleh dibeli dengan duit. Termasuklah bahagia, ia memang tak boleh dibeli dan tak boleh dinilai dengan duit. Tapi ramai yang berkata, untuk mendapatkan kebahagiaan kita perlukan duit. Kerana kata mereka untuk dapatkan apa yang kita impikan memang merlukan duit, jadi selepas apa yang kita impikan menjadi kenyataan barulah kebahagiaan itu akan kita miliki. Kata mereka lagi hidup haruslah berpaksi pada realiti, kalau tak punya duit mana mungkin perut bakal diisi, dan adalah mustahil untuk kita shopping itu ini. Mungkin barangkali kerana itulah ada orang yang sanggup melakukan apa saja demi duit, kononnya untuk mencapai rasa bahagia. Tapi bahagiakah nanti jika wang di peroleh dari hasil yang keji? Wang dari sumber haram, adakah hidupnya akan berkat???


   Sebenarnya bagi diriku, duit dan bahagia itu kedua-duanya penting untuk hidup. Jadi kita perlu tahu cara yang untuk mendapatkan kedua-duanya dengan saluran yang betul (halal) dan berkat untuk hidup kita di hari-hari yang seterusnya. Jika kita fikir hanya duit sahaja yang boleh buat kita bahagia, ternyata kita salah sama sekali. Kerana adakah orang yang mempunyai kekurangan dari segi kewangan (miskin) maka hdiupnya langsung tidak pernah nada rasa bahagia atau gembira? Adakah kita fikir yang orang yang hidupnya mewah duduk di dalam rumah besar serta punya kenderaan mewah untuk dipandu maka hidupnya tersangat bahagia?

       Ada orang yang walaupun hidupnya susah dan tidaklah mewah tapi dia bahagia. Bahagia itu dimilki kerana dia sentiasa bersyukur dengan setiap apa yang diperolehi dan dia tak pernah merungut-rungut meyalahkan takdir hidupnya, dia juga tak berhenti berusaha untuk meneruskan kehidupan dan mencari rezeki untuk sesuap nasi, memperoleh rezeki dari hasil yang halal ternyata hidupnya berkat. Walaupun mungkin dia tak punya wang banyak dan dia perlu bersuah payah unuk mendapatkan rezeki tapi dia puas dengan rezeki yang dimili hasil dari kudrat dan tenaga sendiri melakukan kerja yang halal. Walaupun dugaan datang bertubi-tubi, tapi kesabaran dan ketabahannya tetap tersemat di hati, dan dia kuat menempuhi hari hari yang penuh liku dengan hati yang tenang. Maka dengan itulah dia bahagia walaupun wang didalam poketnya kurang.


   Orang yang kaya raya pula tak semestinya akan bahagia, bila mana dia sentiasa berasa tidak cukup itu dan ini, ada sahaja yang kurang di matanya dan ada sahaja rungutannya, langsung tidak bersyukur dengan apa yang ada di dalam gengamannya malah sibuk pula mengejar-ngejar perkara yang belum pasti menjadi miliknya. Hidupnya senang terasa susah, bila mana dia tak mempunayai tahap kesabran dan ketabahan yang tinggi untuk menghadipi dugaan yang datang dalam hidupnya. Malah menyalahkan takdir pula. Hidupnya pasti tiada keberkatan bila dia memberi makan makanan dari wang yang haram untuk mereka-mereka yang berada di bawah tanggungjawabnya dia. Halal atau haram sudah tak di endahkan lagi, katanya itu semua di lakukan demi melihat orang-orang di bawah jagaannya dia bahagia. Tapi bahagiakah nanti bila rezeki itu di peroleh dari sumber keji?
 

Miskin atau kaya, mewah atau sederhana, kita semua berhak untuk memperolehi rasa bahagia..Apa yang penting ialah kita harus bersyukur dengan setiapn sen yang ada di dalam dompet kita dan berusahalah untuk menambahkan nilainya itu dengan cara yang halal agar kita memperoleh rasa bahagia itu walaupun kita terpaksa bersusah payah emmerah keringat.

P/s:- Entry hanyalah luahan pendapat penulis blog ini semata-mata.Credit gambar:-google image

Sunday, March 4, 2012

Resepi Lengkap:- Nasi Ayam...(^__^)



Set Lengkap Nasi Ayam  (Nasi+Ayam goreng+Sup+Sos+Salad)

Ayam goreng dan sosnya..(Contoh Hiasan untuk ayam)



Bahan-bahan nasi
 beras-#6 pot susu
 air rebusan ayam-#6 pot susu
250 gram Majerin
1 senduk Minyak masak
3 helai daun pandan disimpul
3 biji bawang besar(merah)-di kisar
5 biji bawang putih -  di kisar
2 cm halia-di kisar

#pot susu / tin susu yang kosong dan bersih di gunakan bagi tujuan menyukat beras dan air rebusan ayam

Bahan-bahan sup
1/2 ekor ayam dipotong kecil
½ bunga kobis
2 batang carrot dipotong bentuk bunga
4 biji bawang besar(merah)-di kisar
7 ulas bawang putih - di kisar
3 cm halia-di kisar
Rempah tumis:- 3 kuntum bunga lawang
                          2 batang kayu manis
                          2 camca serbuk lada sulah
Hiasan utk sup:- bawang goreng
                           Daun sup dipotong kecil
                           Daun bawang dipotong kecil
Bahan untuk ayam goreng
 1 ekor ayam dipotong lapan (dicuci bersih). Ayam direbus ditikkan 2cm halia.
Apabila sudah mendidih kelurakan ayam.sejukkan sebentar. Ayam digaul dengan kicap cair kemudian digoreng. Apabila ayam sudah agak kekuningan angkat, jangan goreng terlalu garing.
***air rebusan ayam tadi digunakan kembali untuk memasak nasi.

Bahan salad                   
2 pokok daun salad
2 biji timun(dibuang kulit, kemudian digaris dengan garpu. Selepas itu dicuci &dipotong bulat)
5 biji buah tomato (saiz sederhana) dicuci & dipotong bulat2
Aturkan bahan-bahan salad kedalam pinggan hidang yang bersesuaian

Bahan untuk sambal sos nasi ayam
10 biji lada merah (dibuang biji & dicuci)-di kisar
½ cm halia- di kisar
4 ulas bawang putih-di kisar

Masukkan  bahan-bahan yang dikisar ke dalam kuali. Kemudian masukkan 1 senduk tomato sos, 2 senduk cili sos, masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa. Kecilkan api dan kacau bahan-bahan hingga mendidih dan kemudian matikan api.

Cara-cara memasak nasi
Cairkan majerin kedalam periuk dan masukkan minyak masak.
Apabila minyak & majerin sudah panas masukkan daun pandan. Kemudain masukkan bahan-bahan nasi yang di blender. Kacau sampai bau harum. Masukkan air rebusan ayam. Dan masukkan beras tutup periuk. Tunggu hingga agak masak,kemudian kacau. Selepas 15 belas minit kacau lagi.tunggu sebentar. Selepas lebih kurang 45 minit beras dimasukkan tutup api.
***cara diatas adalah memasak nasi menggunakan periuk eletrik.

Cara-cara memasak sup
Masukkan minyak masak dalam periuk. Apabila sudah panas tumis rempah tumis dan masukkan bawang yang di blender. Tunggu hingga bau harum. Masukkan air secukupnya dan ayam. Masukkan garam, ajinomoto, serbuk lada putih. Tunggu sehingga benar-benar mendidih dan separuh masak kemudian masukkan carrot dan bunga kobis. Tunggu hingga carrot dan ayam masak. Tutup api. Hidangkan dalam mangkuk kecil,masukkan daun sup,daun bawang dan bawang goreng.

**Setelah selesai semuanya sedia untuk dihidang dan dihias mengikut kreativiti... Selamat mencuba.. (^____^)

Sumber Resipi:- Bonda tercinta..
Sumber Gambar:- Koleksi peribadi..
P/s:- Ini adalah makanan kegemaran saya...Saya sanagt suka makan dan masak masakaan ini..(^____^)

Puisi:- Pelangi...


Teringgal di dalam hati,
Tersudut sepi sendiri,
Terasa bagai sudah mati,
Berfikir tentang sesuatu yang tak pasti,
Tentang impian yang masih belum tertunai lagi,
Mungkinkah ianya hanya mimpi?
Cerita duka datang bertandang,
Menikam merobek luka yang bertambah,
Terasa tersayat hati,
Seperti mahu menangis tetapi sudah kehabisan air mata,
Seperti mahu tersenyum tetapi terasa malas pula,
Luka dan luka terus terusan dilukai,
Terkadang langkah longai seperti mahu berhenti,
Terkadang rasa sudah tak mampu berdiri lagi,
Terkadang rasa rapuh terasa ingin patah,
Terasa mahu tunduk seperti mahu menyerah kalah,
Tapi harus kuat untuk berdiri,
Harus sentiasa berani untuk mengejar warna-warna pelangi,
Harapan dan impian harus ku kejar untuk dimiliki,
Aku yakin yang selepas hujan pasti mentari muncul lagi meletakkan senyuman di hati,
Jadi aku harus sabar dan tabah menghadapi ujian ini,
Kerana aku pasti mentari itu akan muncul bersama warna pelangi..

Ps:- Puisi ini hanyalah nukilan dan bingkisan idea penulis blog ini. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah di larang sama sekali. Hak Cipta Terpelihara.
Sumber gambar:- google image.

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...