Translate

Saturday, December 31, 2011

Cinta Itu Pelik kan..???

Kamu pernah bercinta....?
Pernah rasa indahnya cinta...?
Pernah rasa pahit dan sakitnya bila putus cinta...?


  Kadang-kadang saya terfikir dan tertanya-tanya..Tantang persoalan yang berkaitan tentang cinta, hati dan perasaan..Kenapa agakknya ya, bila seseorang itu berada di depan mata tidak pula di hargai malah dia di campak saja ke tepi..Tapi bila dia dah pergi, kenapa kepergiannya di tangisi? Hati yang memberi cinta juga kadang-kala tak seiring dengan hati yang sepatutnya menerima cinta.


  Wujud juga cinta yang hanya sebelah pihak, iaitu hanya seorang sahaja yang mencinta malah seorang lagi tidak langsung meletakkan apa-apa perasaan langsung. Lebih pelik lagi bila orang itu sanggup pula menunggu dengan harapan yang nyata belum pasti. Ada pula yang sanggup memendam rasa , menejruk perasaan di dalam hati apabila melihat orang yang di cintai pergi berbahagia dengan insan lain. Tapi peliknya kenapa dia masih setia menanti..?



    Ada pula berlaku orang yang mencintainya langsung tak di hargai, lagsung dia tiada hati. Sedangkan orang itulah yang selalu berada di sisinya saban hari, menolong dia di kala kesusahan. Orang itu jugalah yang mendengar segala keluh kesah permasaalahan yang di hadapinya.Tapi hatinya tetap macam batu kerikil, tetap keras dan degil bahawa hatinya bukan untuk orang yang mencintainya tapi untuk orang yang tak pasti  lagi itu.



   Ada pula berlaku, orang yang suka bertukar ganti. Memilih pasangan hati, seumpama memilih baju di dalam almari! Tetapi  orang yang perangai begini jugalah yang menjadi idaman hati. Konon nya dia ini punya banyak kelebihan. Romantik, ayat manis, duit banyak , pelajaran tinggi, wajah pemikat dan macam-macam lagi lah..Sayangnya bila kekasih-keasihnya sanggup pula bergaduh terjerit-jerit tak kira di tempat awam atau di laman sosial. Janji hati puas katanya, orang yang di sayang haruslah di rebut untuk di miliki. Haih~ sampai macam gitu sekali sanggup merendahkan martabat diri, demi kerana mahu berebut cinta dari hati seorang manusia..? Cinta dari Tuhan Yang Esa sudahkah kamu rebut untuk kamu miliki..???


   Ada pula berlaku, sanggup di biar diri merana terseksa dan menderita. Di dera saban hari pun tak mengapa, tak makan berhari-hari pun tak apa. Demi cinta katanya sanggup setia sahaja, rela hadapi susah senang walau payah lautan berduri. Ada juga yang sanggup gadai segala marauh dan harga diri, kononya tak apa sebab mahukan cinta hakiki.Itu cinat atau nafsu duniawi wahai manusia...? Jika dia cinta kan kamu dia takkan heret kamu ke lembah yang hina, malah dia akan meneylamatkan kamu dan melindungi kamu dari terjatuh ke lembah yang hina itu!

JANGAN LEBIHKAN CINTA KITA KEPADA MANUSIA MELEBIHI CINTA KITA KEPADA ALLAH YANG MAHA ESA...


ps:- Terfikir mahu menulis entry ini, lepas terfikir tentang cinta malam-malam nie..huhuhuhu..cinta tue memang pelik...Credit gambar google image

Friday, December 30, 2011

Isu Hak Cipta Puisi Saya!

Selamat malam semua..apa khabar...?
dah lama benar saya tak menaip sebarang entry..
Tiba-tiba malam ini tergerak hati ini nak buka blog...
Awak tahu saya mendapat satu kejutan!
Kejutan itu adalah apabila saya di tuduh meniru idea orang lain dalam puisi saya yang bertajuk ini:-

Puisi: Si Cantik Yang Jelita...

Untuk pengetahuan kamu Anonymous (orang yang comment tapi tak nak letak nama kan..) dan juga untuk pengetahuan kamu semua para pembaca blog ini ( yang mana sudi singgah dan sudi baca) Setiap puisi yang terkandung dalam blog ini adalah hasil nukilan saya sendiri, dan saya tak pernah meniru siape-siape dan mengaku puisi orang lain hasil karya saya pula (saya bukanlah orang yang macam gitu). Itu memang puisi hasil tulisan saya. Untuk pengetahuan kamu juga, Saya sudah  lama menulis puisi, tetapi hanya sekadar suka-suka sahaja. Seblum saya ada blog, setiap puisi saya saya tulis dalam buku. Tapi sekarang saya publishkan puisi-puisi saya dekat blog ini untuk tatapan kamu semua dengan niat yang ikhlas. Tapi saya tak sangka pula bila saya letak puisi dekat blog, terjadi isu begini hingga ada yang tuduh saya tiru karya orang lain dan mengaku karya saya. Siapa yang tiru siapa sebenarnya?  Saya sedih bila karya saya menjadi tuduhan orang.

Dalam menulis puisi biarlah ikhlas, Saya menulis puisi itu semua khas buat tatapan pembaca jua untuk diri saya juga. Setiap bait-bait katanya ada maksud yang tersirat, yang ingin saya sampaikan dengan jelas ke dalam lubuk hati dan minda  kamu semua. Agar ia bolehlah di jadikan bahan bacaan yang punya nilai pengajaran dan saya mahu mesej yang ingin di sampaikan di fahami.Itu sahaja. Saya tak minta di hargai, atau di bayar. Saya cuma kamu tahu yang itu memang nukilan dari saya. Jika kamu (Encik/ Cik Anonymous) tetap terus-terusan mahu  menuduh saya meniru hasil karya orang lain dan menipu orang, terpulang pada kamu. Saya rasa sudah setakat ini sahaja penjelasan saya.Yang penting saya tahu, saya berada di paksi yang benar jadi saya tak pernah gentar dengan tuduhan begitu. Terima kasih sebab menuduh saya.



Sunday, December 25, 2011

Sayangi Bumi Kita!


   Kamu semua tahu bukan yang bumi kita ini sudah semakin tua usianya? Setiap segala apa jua yang berada dalam bumi nie bakal kita wariskan pada generasi kita semua yang akan datang. Jadi kita yang bernafas dan hidup di bumi pada hari ini perlu lah beringat tentang masa depan bumi kita. Sebab pada masa akan datang, anak cucu kita akan menetap di bumi. Jadi adakah kita mahu mewariskan bumi yang sudah semakin musnah kepada mereka...? Jika begitu bagaimana mereka mahu terus hidup dengan aman dan sentosa. Jika bumi yang menjadi tempat berteduhnya penuh kacau bilau dan sengsara..?

   Maka dengan itu, kita semua haruslah menjaga bumi ini. Agar ia sentiasa terlindung dari segala kekejaman manusia yang merosakkan segala khazanah di dalamnya. Pelihara bumi kita dari segala bentuk ancaman yang boleh merosakkan alam semula jadi. Pantai yang bersih dan debu-debu pasir pantai yang suci itu perlu di kekalkan. Laut yang jernih dengan segala terumbu karang yang hidup didasarnya, biarlah segala isi didalam laut itu bebas berenang kesana kemari tanpa ada sisa- sisa yang mencemari. Biarlah sungai itu mengalir  dengan tenang tanpa ada apa jua yang menghalang pengalirannya. Isi perut bumi  janganlah kamu terlalu lahap menggalinya, tinggalkan sedikit untuk generasi mu yang akan datang. Kelak jika kamu yang ada pada hari ini tamak, nanti pasti generasi mu sudah tiada lagi bekalan bahan apiu seperti minyak untuk menghidupkan segala macam kenderaan yang mereka punya. Jika kamu tamak menebang segala macam pokok yang besar dan tinggi itu, konon untuk membuat segala macam perabut dan membina segala jenis bagunan, daku pasti generasi mu nnati pasti sudah tak punya pohon untuk berteduh, sudah tiada lagi bekalan kayu kayan untuk mereka membuat perabut atau rumah.


   Jika kamu sibuk menarah segala jenis bukit dan gunung ganang menjadi rata, katanya mahu membina segala jenis project di atas tanah itu. Kelak jika tanah itu runtuh janganlah kamu salahkan bencana alam pula, kerana bencana itu datang dari tangan kamu yang merosakkan alam ini. Jika kamu rasa membuang segala macam sisa toksik ke dasar laut dan sungai itu sangat mudah dan pantas, esok-esok nanti janganlah kamu merungut terkena segala macam penyakit berkaitan nafas atau segala jenis penyakit yang membuat kau pening dan kebas-kebas. Itu kerana kamu sendiri yang membuang sisa toksik itu yang nyata mengancam nyawa manusia dan segala benda hidup yang ada di dasar sungai dan laut itu. Jika kamu suka benar mebuang sampah sarap di dalam sungai, kelak jika berlaku banjir janganlah kamu melatah menyalahkan hujan lebat. Kerana kamu sudah tahu jawapnnya yang kamu sendiri yang menyekat aliran air di sungai itu.


   Kita hidup ini taklah lama, tapi bumi ini akan di gunakan dari genrasi ke genarasi sejak berkurun lamanya. Kejamnya kamu jika kamu wariskan bumi yang teruk dengan segala macam pencemaran yang mengancam nyawa kepada genarsi mu. Kamu kejam jika kamu tak sayangkan bumi dan alam sekitarnya!


Ps:-Kepada mangsa-mangsa banjir, diharap kamu semua bersabar dengan dugaan ini. Jangan main air ye, bahaya. Take care..(^__^)

Nota:- Entry ini ditulis sebagi rasa tanggungjawab saya ke atas alam sekitar di bumi ini. Bersama kita Sayangi Alam Sekitar.

Sunday, December 18, 2011

Cinta Sampai Tua...Ada ke???


Kamu pernah dengar perkataan cinta sejati...?
Mesti pernah kan..?
Dari kecik sampai besar asyik kena sogok dengan cerita-cerita cinta yang happy ending jer...
Kiranya semuanya akan berakhir dengan kebahagiaan lah bila sebut pasal cinta nie..
Kalau gaduh bagai nak rak pun, ending dia  si hero mesti akan bersama dengan heroin nya jugak..
Agak klise, walupun jalan cerita tak sama tapi pengisian lebih kurang sama...


  Itu cerita cinta kat dalam buku takpun kat dalam movie..Tapi bagaimana pula dengan kisah cinta di alam realiti..? Adakah ianya semuanya berakhir dengan plot yang begitu cantik sekali..? Adakah semuanya bernasib baik harus berakhir dengan kebahagiaan..? Kalau kamu dah beberapa kali kecewa dengan cinta maka kamu akan kata begini:

"Alah..Mana ade cinta sejati..itu semua tak wujud.."
"Aku dah tak percaya dah cinta-cinta nie, buang karen (buang masa) aku jer..Tup tup aku jugak yang kecewa..Semuanya sama jer.."
"Malas dah nak letak harapan tinggi sangat, karang terjatuh merana pulak..Relax sudah, kalau ade jodoh tak ke mana.."
"Tak kuasa aku nak pening-pening pikir pasal cinta segala bagai..Baik aku focus pada study / kerja aku sekarang lagi bagus..Ade jugak faedahnya.."
"Lebih baik single lagi happy, Buat apa bercinta kalau kau hari-hari dok makan hati..Yeah, I'm single  and I'm Happy..!!"

  Ini adalah contoh ayat-ayat orang yang frust dan dah malas nak pikir pasal cinta..Pada pendapat diri ku mudah sahaja, kalau kau takut di lambung ombak maka kau tak perlulah nak berumah di tepi pantai. Kalau kau tak nak kecewa maka tak perlu lah kau nak bercinta. Kerana apa daku berkata begitu..? Kerana cinta itu pasti ada pasang surutnya juga. Ada masa kamu akan bergaduh walaupun hal-hal yang kecik + remeh temeh + tak logik. Bertikam lidah dan berselisih pendapat  itu adalah perkara normal. Kenapa normal? Sebab cinta itu adalah penyatuan dua hati yang sememangnya berbeza, berbeza latar belakang, berbeza pendapat dan macam-macam lagilah yang berbeza. Jadi tak mustahil untuk kamu berdua berselisih pendapat atau dengan lebih tepat bertikam lidah. Cuma bagaimana caranya kamu nak selesaikan permasaalahan yang kamu hadapi itu adalah bergantung pada diri kamu berdua sendiri juga. Ada pasangan yang bila bergaduh sikit terus macam perang dunia ke tiga dan  ada pula yang boleh cool dan duduk berbincang.


  Dalam dunia nie tak  ada manusia biasa yang sempurna serba serbi. Jadi jangalah nak letakkan harapan terlalu tinggi dengan mahukan kesempurnaan secara keseluruah dari pasangan kamu, sedangkan kamu tahu realitinya tak begitu. Sedangkan kamu juga tahu yang kamu juga tak sempurna dan pernah saja buat silap, tapi kamu tetap mahu pasangan kamu menjadi sempurna dan kalau boleh biarlah langsung jangan ada cacat cela atau kekurangan pada dirinya. Maka apabila si dia tersilap sedikit, mulalah kamu akan kecewa dan tak mahu menerima hakikat yang semua manusia biasa pernah melakukan kesilapan. Maka jadilah kamu manusia yang ego, yang merasa kamu sahaja lah manusia yang terlampau sempurna. Sehingga pada satu tahap semua kesalah kamu tuding dan campakkan pada bahu si dia. Semuanya dia yang salah dia yang silap,  kamu terbaik maka kamu tak pernah buat silap.Ya, tahniah kerana mengaku bahwa kamu manusia egois, yang enggan mengaku kesilapan diri dan seratus peratus kesalahan di letakkan ke arah orang lain.


   Kadang-kadang sebab sayangkan seseorang tue, kamu sanggup jadi stalker dia 24 jam! Stalk semuanyalah, tak kiralah facebook, twitter, blog dan lain-lain. Kamu check friend list dia, check siapa yang comment dekat wall dia, siapa yang selalu tweet dia. Hingga ada pula yang sanggup beri password  sebab nak buktikan sangat kejujuran tu. Haish itu semua tak perlu ok. Kalau bercinta tu biarlah ade limit. Belum kahwin lagi, maka tak perlulah nak bagi password segala.  Kamu tahu akan satu hal tentang cinta? Cinta itu adalah kepercayaan, iaitu kamu berdua saling mempercayai antara satu sama lain. Jika sudah ade rasa curiga melebihi rasa cinta, maka cinta kamu memang terlampau rapuh. Baru sahaja di tiup angin bayu,  nampaknya hati kamu seakan mula retak dan hilang rasa percaya. Bagai mana ianya mahu kekal sampai tua..? Jika kelak di masa hadapan ade ribut taufan yang menanti pasti cinta kamu akan karam dan musnah terus bukan..? 


      Cemburu itu normal, tapi apabila cemburu buta, itu adalah tidak normal. Kamu ingat dengan  saling memberi password atau bertukar handphone dengan handphone si dia akan membuatkan dia setia..?? Nampaknya kamu silap, dan kamu masih boleh teripu dan senang sangat tertipu. Come on, dia boleh beri pinjam hand phone nya kepada kamu dan meminta segala skandal nya supaya menghubunginya menggunakan nombor telifon kedua atau ketiganya! Dia beri password nya kepada kamu dan dia buka fb kedua atau ketiga, supaya setiap kali dia on9 di situ kamu tak tahu. Bukannye susah pun nak buat email banyak-banyak nie. Jadi kamu jangan mudah sangat biarkan diri terkongkong dan terkurung dalam kepompong cemburu ayng melampau. Lagi-lagi kalau belum ada ikatan yang sah. Tak perlulah segala perkara nak report pada si dia, nak keluar dengan kawan-kawan pun nak minta izin sedangkan dia hanya gf/bf kamu jer belum jadi suami isteri lagi pun..Kalau perempaun yang belum berkahwin patutnya nak keluar kemana-mana minta izin mak dan ayah bukannya mintak izin pakwe atau skandals...Ingat tue!


  Saling memahami antara satu sama lain, bertolak ansur dan bertimbang rasa  serta jujur + setia itu adalah nilai yang perlu ada untuk kekal dalam perhubungan. Kerana banyak juga hubungan yang  terlerai akibat tiada ciri-ciri begini.Kalau sebelah pihak jer selalu kena mengalah dan ade tolak ansur dan sebelah pihak lagi egonya tinggi, pasti pihak yang sering mengalah tue akan tercabar juga kesabarannya kan? Jika satu pihak jer yang setia, sedangkan sebelah pihak lagi seronok pasang skandal berderet-deret macam kereta api pun tak guna juga kan..? Jika satu pihak jer kena memahami, sedangkan satu pihak lagi tak pernah cuba faham perasaan pasangannya dan tak pernah mahu menjadi pendengar yang setia bila dia ada masaalah, maka satu hari  pasti dia akan berkata "lebih baik single dari hanya makan hati 24 jam.."

  Bersukurlah dengan apa yang kita ada dan terima dirinya seadanya. Jangan membanding-bandingkan dirinya dengan watak khayalan kamu macam dalam novel ataupun movie. Kelak nanti kamu yang kecewa jika sikapnya tak sama seperti yang kamu impikan. Jangan pernah merungut dan berkata begini: " Dia tak pernah pun bagi  bunga, coklat atau hadiah.. Bila birthday cuma bagi ucapan jer..Kedekut betul lah! Tak cool dan tak romantic langsung!"  Jadi begitu ke cara akmu menilai cinta? tak kasi hadiah bermakna tak cinta..? Alahai murahnya harga cinta kamu, kerana boleh di jual beli dengan segala hadiah-hadiah mahupun harta benda. Jadinya kalu dia sedang berada dalam kesempitan wang, maka kamu terus tinggalkan dirinya..? Begitu sekali..?

Pesanan terakhir:-Sebut pasal cinta,kamu haruslah berpaksi pada realiti bukannya pada alam fantasi yang semuanya indah dan tidak pernah akan ada masaalah. Dalam percintaan itu kadangkala kamu yang terluka sengsara, tapi boleh jadi juga kamu akan bahagia. Dalam percintaan itu kadangkala kamu yang kecewa akibat di kecewakan tapi boleh jadi juga kamu yang mengecewakan si dia yang kamu cintai..Dalam percintaan itu boleh jadi kamu yang di tinggalkan oleh si dia yang pergi bersama orang lain atau kamu yang meninggalkan diri nya untuk orang lain. Maka bersederhanalah dalam sesuatu perhubungan dan jangan terlalu obses. Kerana kelak takut nanti kamu yang kecewa. Berilah rasa cinta kamu kepada Tuhan Yang Maha Esa, sebelum kamu memberi rasa cinta kamu kepada manusia. Jom tengok video nie:-

~Ini adalah video yang sangat sweet..saya suka..Saya harap satu hari nanti saya akan bertemu cinta sejati macam dalam video nie..(^__^)

Jangan terlalu obses untuk mendapatkan cinta sejati, setiap orang pasti akan bertemu juga cinta sejatinya setiap orang pasti akan bertemu dnegan pasangannya yang sesuai untuknya (jodohnya). Cuma masa sahaja yang belum pasti lagi, cepat atau lambat kamu bertemu cinta sejati kamu. Buat kamu yang telah bertemunya, hargailah ia seadanya. 

Ps:-Entry ini hanyalah sumber idea luahan hati pemilik blog ini, credit gambar google image, credit video youtube..

Thursday, December 15, 2011

Gadis Itu Umpama Mawar, Coklat Dan Mutiara...



Seorang gadis itu umpama sekuntum bunga mawar yang sedang mekar dan harum pula baunya,
Cantik di pandang oleh mata yang melihatnya,
Sesiapa yang meihatnya pasti ingin menyuntingnya,
Tapi mawar adalah bunag yang bijak,
Tak mudah untuk memilikinya kerana ada duri melindungi dirinya itu,
Cantik nya elok biarlah terjaga rapi,
Usah terkulai layu sebelum masa nya nanti,
Begitulah kamu wahai gadis,
Cantik nya diri mu haruslah di jaga dan di pelihara sebaiknya,
Usahalah mudah memberi kepada yang belum berhak memiliki,
Kerana kelak engkau yang menyesal nanti,
Oleh itu indahkan kecantikkan mu dengan perisai keimanan dan akhak yang terpuji,
Jaga lah maruah dan harga diri mu hanya untuk Suami...


Seorang gadis itu umpama coklat,
Manisnya ia usahlah di pertikai lagi,
Dengan kemanisan yang ia miliki boleh mengubat duka di hati,
Kamu tahu wahai gadis coklat itu akan berkualiti bila ia terbalut dan tertutup rapi,
Apabila ia tertutup tidak akan adalah lalat atau langau yang menghinggapi,
Apabila ia tertutup ia tidak mencair begitu sahaja nanti,
Apabila ia tertutup tidak lah ia rosak akibat terkena udara luar yang tercemar nanti,
Maka dengan itu wahai gadis tutuplah aurat mu dengan pakaian yang menutupi,
Maka dengan itu wahai gadis tutuplah diri mu dengan perisai rasa malu yang tebal menyelubungi,
Janganlah di biarkan auratmu itu terdedah dan di pandang sesuka hati,
Kerana apabila ianya sudah dicemari oleh mata-mata buaya darat yang memerhati pasti bahaya mengundang padah jua pada diri mu nanti,
Ketahuailah kamu wahai gadis, diri mu memang indah dan memiliki daya penarik yang boleh sahaja mengundang rasa resah gelisah dihati sekalian lelaki,
Wahai gadis, jagalah keindahan itu untuk di tatap oleh mata yang halal memiliki,
Jadi tutuplah aurat mu dan jagalah akhlak mu, supaya diri mu tidak mudah menjadi barang permainan si buaya itu nanti..

Seorang gadis itu umpama mutiara di dasar lautan,
Cantiknya ia dengan keindahan yang di miliki,
Memancar-mancar sinar cahaya nya,
Sungguh elok rupanya,
Sangat berkualiti dan sangat mahal pula harganya..
Payah pula memiliki,
Perlu di selami lautan pasifik barulah kau menemui mutiara indah itu,
Begitulah jua untukmu wahai gadis,
Jadikanlah diri mu gadis yang berkualiti dan mahal harga diri serta elok budi pekerti,
Usah bimbang andai diri mu belum di miliki wahai gadis,
Kamu tak perlu merendahkan harga diri mu untuk memiliki cinta,
Cinta itu pasti akan kamu miliki jua nanti..
Hiasilah diri mu dengan ilmu rohani dan duniawi,
Perelokkan lah diri mu dengan akhlak yang indah,
Kerana jodoh itu pasti akan datang jua nanti,
Wahai gadis, jangan kerana mengejar cinta yang belum pasti sanggup kau korbankan harga diri,
Wahai gadis, jangan kerana cinta sanggup kau gadai akhlak kau itu,
Sedarlah  kau wahai gadis, bahawa cinta yang itu tidak perlu hingga ada pengorbanan yang memakan diri dan hingga menyusahkann diri sendiri,
Jadi lah kau gadis yang sukar untuk di miliki, tetapi tetap jua masih mahu di miliki..


Ps:-Saya mendapat idea untuk menulis entry ini sewaktu pulang dari kerja semasa sedang memakan coklat choki choki ketika sedang tersekat di dalam kesesakan jalan raya. Sumber gambar google image..





Saturday, December 10, 2011

Kembali Menulis...Kembali Bernafas...

Hai semua...Apa khabar? Selamat berhujung minggu....


  Setelah agak lama tidak berblogging dengan erti kata yang sebenar, kerana masaalah tidak cukup masa dan masaalah laptop yang rosak. Kali terakhir saya menaip entry secara langsung adalah pada 29 Nov 2011, selepas tarikh itu memang saya ada publish kan entry terbaru, tapi sebenarnya entry itu adalah auto post yang telah di taip pada tarikh 29 Nov. Saya pun dah lama tak BW, kelmarin malam sempat lah BW ke beberapa blog dan masih banyak lagi yang saya belum sempat BW. InsyaAllah ada masa saya akan BW ke blog-blog kalian. Dah lama tak terbang sana sini, membaca blog rakan-rakan.. Sudah agak lama juga comment di blog ini tidak berbalas oleh saya, saya minta maaf sebab lewat membalasnya. InysaAllah saya akan membalasnya dalam kadar segera bergantung juga pada masa yang terluang.


  Laptop saya masa tue memang rosak teruk. Dah sampai nazak tahap kronik. Screen dia bila on gelap jer, kadang-kadang jer dia ada cahaya. Tu pun kejap jer tak sampai 2 jam. Jadi masa yang ada tue sempat lah untuk taip entry, ada jugak sempat baca blog orang lain tapi tak sempat nak letak comment. Selebihnya screen laptop terus gelap, pernah sekali tue menaip entry dengan keadaan screen yang gelap gelita, terpaksa berpandukan cahaya dari tingkap ajer. Dah lah mata nie rabun jauh + rabun silau, memang bertambah rabun..huhuhu..Sekarang nie baru jer beli net book, harap-harap ianya tidak membawa masaalah. Sebnarnya hajat di hati nak repair jer laptop lama tue, tapi bila pikir-pikir balik beli screen baru RM550, harga net book baru cash dalam RM890 atau RM1,099. So, saya decide untuk beli jer net book nie, kalau nak repair mesti makan masa yang agak lama, lagipun saya memang sangat perlukan laptop untuk menaip segala benda. Kiranya laptop nie macam antara benda yang paling penting dan paling di sayangi. Laptop lama tue tetap akan di repair  tapi bukan dalam masa terdekat. Jadi sekarang nie saya dah bebas untuk blogging macam biasa..Yeahh..!

*****

  Ok, kita stop bercakap pasal laptop. Saya nak cerita sikit tentang detik-detik cemas diri sendiri yang hampir hilang nyawa semalam petang masa pulang dari kerja. Hurm, sebenarnya lately saya tak berapa sihat tapi malas nak pegi check up sebab macam tak cukup masa. Saya pulak sebenarnya jenis tak suka sangat nak jumpa doktor nie, sebab paling takut sangat kena inject (umur jer 23 tahun..hehehe..tapi penakut kalah budak 3 tahun..),jadi itulah sebabnya kenapa dan mengapa saya tak nak buat check up tue.

     Semalam petang beberapa jam sebelum waktu pulang kerja saya memang dah terasa sakit , tapi saya tahan dan pendamkan ajer . Konon ingatkan bolehlah bertahan, Sebab saya ingatkan ianya sakit sikit-sikit ajer. Sampai kat kereta terasa sakit yang bertambah-tambah dua kali ganda, rasa dah macam tak boleh nak drive jer. Tapi teruskan juga drive dan saya pun bukalah lampu kecemasan sebagai signal saya tak sihat. 


    Ketika itu saya sedar yang tak siapa pedulikan kenderaan kecil yang saya pandu, malah siap ada yang follow dekat-dekat suruh kita drive laju-laju, padahal masa tue kita dekat lorong kiri. Biasalah kita drive kereta kecik, pulak tue tampal "P", lagilah orang yang drive kenderaan mewah macam pandang kita tak da mata. Separuh perjalanan saya tutup lampu kecemasan dan mula memandu dalam kadar biasa iaitu 100km/j tak lah laju, dan tak lah slow macam mula-mula. Sebab saya fikir lebih baik saya cepat sampai rumah, kalau drive slow 60-80kmj dan buka lampu kecemasan pun makin kena buli kat atas jalan raya baik tak payah. Walaupun drive guna satu tangan saja iatu tangan kanan, sebab tangan kiri yang terasa amatlah sakit yang tak terkata akhirnya saya berjaya juga sampai ke rumah.



     Alhamdullilah, masih di panjangkan usia dan masih di beri peluang dan kesempatan untuk menikmati hidup di planet Bumi ini. Bersyukur,masih di beri ruang dan kesempatan untuk memperbaiki segala kekhilafan dan kekurangan diri. Jadi di kesempatan ini saya dengan rendah hati ingin memohon jutaan ampun dan maaf dari kalian semua andai ada apa jua kesilapan yang saya lakukan sepanjang perkenalan kita ini haraplah di maafkan. Maaf jua di pohon andai ada coretan saya di sini yang membuat anda yang membacanya tersinggung atau terguris hati.


Credit gambar:-Google Image.
   

 

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...