Translate

Wednesday, February 25, 2015

Jatuh Cinta



Biasa orang sebut jatuh cinta atau bahasa inggeris falling in love....
Mungkin sebab itu cinta ini boleh jadi bahagia dan boleh jadi sakit...
Ibarat bunga mawar , cantik dan wangi tapi penuh duri pada tangkainya...
Silap hari bulan tangan kamu yang terluka bila menyentuhnya..
Begitu jugaklah dengan cinta, adakalanya boleh buat kamu bahagia, ketawa, gembira tapi adakalanyn boleh buat kamu berduka lara, sedih dan menangis hiba...
Bila dilihat semula pada perkataan "jatuh" atau "falling" itu pun mempunyai maksud tersirat iaitu: Cinta itu hadir bersama risikonya yang tersendiri, risiko untuk kamu kecewa dan sakit disamping rasa bahagia yang kamu harapkan...Tersilap langkah pasti hati kamu pula yang akan patah dan gundah gulana kerana terluka oleh kerana cinta..

Cinta itu boleh jadi bahagia:-
Bahagia bila orang kamu sayang terima diri kamu seadanya dan seikhlas hati...
Bahagia bila orang yang kamu cinta itu memahami kamu dalam apa jua situasi...
Bahagia bila orang yang kamu sayang sentiasa menemani kamu dalam apa jua situasi, tak kira susah, senang, sakit , sihat, ketawa atau tangis...
Bahagia bila orang yang kamu sayang sentiasa menjadi peneman, dan pendengar setia saat kamu berada dalam situasi yang sukar atau getir, dia jugalah yang selalu bagi kamu nasihat membakar semangat...
Bahagia bila orang kamu cinta juga mencintai dan menyayangi kamu sama seperti kamu cinta dan sayang dia..


Cinta itu boleh jadi sakit:-
Sakit bila kamu jatuh "gedebuk", hingga buat hati kamu itu terluka dan terhiris...
Sakit bila kamu ditinggalkan dan dilukai oleh orang yang kamu cintai...
Sakit bila dibohongi oleh orang yang kamu sangka sayangkan kamu tapi sebenarnya penuh pura-pura dan cintanya hanyalah palsu...
Sakit bila orang yang kamu sayang hanya mahu bersama kamu saat kamu bahagia, gembira tapi tinggalkan kamu sendirian saat kamu sakit, sedih atau merana...
Lebih sakit bila kamu terlalu obsess sayang dan cintakan dia, kamu terlalu percaya hinggalah kepercayaan yang kamu berikan itu langsung tak dihargai malah dikhinati pula...
Lebih parah lagi bila walaupun kamu telah banyak kali terluka dan kecewa dengan sikap dan tingkah lakunya kamu tetap berikan dia peluang berulang-ulang sebab cinta dan sayang terlalu sukar untuk dibuang, tapi akhirnya kamu juga kecewa berulang-ulang...







Namun, walaupun pelbagai risiko yang bakal dilalui dan walaupun telah sering kali dilukai dan dikecewakan seseorang itu sanggup saja untuk terima risiko sakitnya cinta demi kerana harapannya untuk mendapatkan cinta yang bahagia... Kata akal dan hati selalu saja berbeza, hati tetap masih mahu menaruh harapan sedangkan akal kita telah terfikir yang kita bakal dikecewakan kelak... Mungkin sebab itulah ramai orang anggap cinta itu buta...


Tapi janganlah sampai kita menjadi buta kerana cinta... Janganlah terlalu obsess mengejar cinta manusia, kerana semuanya hanyalah sementara... Cintalah kepada yang lebih utama iaitu Allah SWT... Berilah cinta kita sepenuh dan seikhlas hati kepada-Nya kerana kita tidak akan pernah merasa dikecewa oleh-Nya seperti mana manusia mengecewakan kita...


p/s: Ini hanyalah nukilan idea dan pendapat saya selaku penulis dan pemilik blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com/) Sebarang kesilapan atau kekurangan harap dimaafkan.  Kredit gambar google image.

Tuesday, February 10, 2015

Cara Untuk Berdepan Dengan Kritikan Pengkritik

Hai semua... Apa khabar? Harap Semuanya sihat sahaja

       Berbalik kepada topik asal, saya tulis entry nie sebab bila saya lihat kat statistik blog saya nie ramai yang datang ke blog saya nie melalui ejen carian google dan keyword yang dicari adalah berkenaan tajuk berikut:

Cara berdepan dengan orang yang suka mengutuk
Cara menghadapi pengkritik
Cara nak hilangkan stress
Cara hilangkan stress
Amalan untuk kurangkan stress
Sabar itu indah

Jadinya entry nie ditulis sebagai jawapan kepada persoalan yang dilontarkan pembaca blog saya (blog yang tak seberapa nie).


              Kita kena faham dalam dunia nie tak semua orang akan suka / bersetuju dengan apa yang kita buat, dan ada orang yang boleh jadi tidak bersetuju dengan cara kita atau tindakan kita atau idea kita. Adakalanya benda yang orang tak suka / tak setuju tu bukan bermaksud ianya adalah salah, malah adakalanya ianya adalah sangat baik, tapi kadangkala kita jadi hairan kenapa masih ada yang tak sependapat dengan kita? Keadaan akan menjadi lebih buruk bila orang yang tak sependapat dengan kita tu pukul canang kisah kita, dan beritahu kat semua orang tentang kelemahan / kekurangan diri kita (adakalanya benda yang dia pukul canang itu boleh jadi ianya fitnah semata-mata yang sengaja direka ceritanya supaya orang lain turut tidak bersetuju dengan cara kita). Kita jadi tertanya-tanya kenapa semua ini terjadi?

Kritikan oleh pengrkiritik terbahagi kepada dua iaitu:

1.  Kritikan yang membina
        Iaitu si pengkritik mengkritik bukan dengan niat untuk mencari silap dan salah kita semata-mata, tapi dia sebenarnya mahu memberi teguran dan nasihat atas kekhilafan atau kekurangan yang ada pada diri kita agar boleh kita perbaiki di masa akan datang. Tegurannya itu jujur, ikhlas semata-mata mahu melihat kita berjaya dan menjadi orang yang lebih baik di masa depan. Dari tegurannya itu juga membuka ruang untuk kita menjadi manusia yang lebih sabar, tabah dan kuat. Dia juga tidaklah semata-mata mengkritik sebaliknya memberikan pandangan dan cadangan yang mungkin boleh kita aplikasikan dalam kehidupan kita.

              Dia juga menasihat kita dengan cara yang berhemah iaitu tidaklah "menasihat kita di depan ramai orang", tidaklah juga menjerit-jerit atau meninggikan suara hingga semua orang boleh dengar nasihat yang ingin disampaikan kepada kita. Dia juga tidaklah menyindir atau menyelar kita secara terang-terangan di media social hingga boleh dibaca ramai orang atas alasan ingin memberi nasihat. Sebaliknya tegurannya itu mungkin dibuat secara bersemuka dan tidaklah didepan khalayak ramai, atau boleh jadi dia menghantar mesej atau email secara private dan tidaklah didedah kan secara terbuka di media social.

2. Kritikan untuk menjatuhkan
          Iaitu si pengkritik memang berniat untuk mencari silap dan salah kita serta segala kekurangan dan kelemahan diri kita seolah-olah mahu dibongkarkan secara keseluruhannya. Adakalanya pengkrtiki jenis ini suka tokok tambah cerita kelemahan diri kita (yang tak ada sengaja diadakan iaitu fitnah) semuanya agar orang lain percaya akan semua yang dia kata dan mengajak orang lain supaya memusuhi dan membenci kita. Semuanya di lakukan adakalanya tanpa sebab yang kukuh dan boleh jadi juga si pengkrtik itu memang tidak menyukai diri kamu secara keseluruhannya sebab itulah apa saja yang dilakukan kamu nampak cacat saja di mata dia. 

        Mungkin  boleh jadi juga ianya di sebabkan oleh sikap iri hati, dengki dan tamak yang bersarang dalam dirinya, iaitu tak mahu kamu lebih dari dia. Mungkin kamu ini punya banyak kelebihan yang membuatkan si pengrkitik jenis ini berasa tercabar dan iri hati misalnya: kamu pelajar yang paling pintar dan idea-idea kamu kebanyakkanya bagus, kamu ketua yang baik, kamu pekerja yang rajin dan cekap (bagi apa aje kerja semua boleh settle dengan cepat) kamu disenangi orang sekeliling, kamu ada kelebihan mungkin dari segi rupa paras / gaya, wang ringgit dan harta benda
                

Ingat pesan ini:


"Walau apa pun jua kritikan yang datang kita kena hadapi ia dengan tenang, cool , sabar... Anggap saje semua kritikan yang dilontarkan itu (samaada yang membina atau menjatuhkan) itu sebagai pemangkin untuk kita menjadi orang yang lebih berjaya masa depan."

Seharusnya kamu yang dikritik haruslah ambil langkah-langkah berikut bila dikritik oleh pengkritik:

1. Tenang dan Sabar. 

2. Muhasabah diri semula (renungi semula apa kekurangan / kekhilafan yang ada pada diri kamu ,serta cubalah perbaikinya)

3. Lihat kelebihan, kritiviti, bakat, kekuatan dan potensi yang ada pada diri kamu. Cuba gilap semua itu dan lakukannya dengan penuh minat serta bersungguh-sungguh tanpa putus asa sampai kamu berjaya.

4. Berfikiran positif. Jangan serabutkan kepala kamu untuk fikir apa yang orang akan kata dan benda-benda yang useless. Jangan sempitkan hati kamu untuk balas dendam semula. Tetapi seharusnya kamu harus fikir apa yang harus kamu buat untuk majukan diri kamu, dan kamu harus ajar hati kamu untuk menjadi tenang... Biarkan saja  orang yang  nak cakap negatif atau fitnah kamu, yang paling penting kamu kena buktikan yang walau kamu dikeji, dikritik , dicaci macama sekalipun tapi kamu tetap kuat, sabar dan tenang serta akhirnya kamu menjadi insan yang berjaya malah lebih berjaya dari sebelum ini.

5. Memegang slogan "Hidup bukan untuk dipuji, dan tidaklah mati kerana dikeji"

6. Sentiasa mempunyai semangat juang yang tinggi serta sentiasa bermotivasi.

7. Ingat : "Rezeki kita bukan ditentukan oleh manusia, tetapi rezeki kita di tentukan oleh Allah SWT"



   Sekian saja ulasan dan pandangan saya berhubung topik ini. Harap ianya sedikit sebanyak dapat membantu.  Oh ya, kamu juga boleh baca entry-entry lama saya yang berhubung kait dengan topik ni di sini:





p/s: Entry ini adalah pandangan dan idea sepenuhnya saya selaku pemilik dan penulis blog blog ini
(http://merpatiputih88.blogspot.com). Sebarang kehilafan mohon dimaafi, gambar ehsan google..  Akhir kata, terima kasih sebab sudi berkunjung dan baca blog picisan saya nie

Monday, January 26, 2015

Untuk Gadis: Jangan Obsess Kejar Cinta / Kasih Sayang

Hai adik-adik yang comel-comel dan cantik cantik sekalian... :)

                       Biasanya dalam soal cinta-cinta nie orang kata gadis nampak lebih obsess dan lebih cepat cair berbanding lelaki betul ke? Ha.. Soalan tu saya biarkan tergantung tanpa jawapan supaya awak semua boleh cari jawapan sendiri...


                     Di sini  saya cuma nak berpesan untuk semua gadis termasuk diri saya sendiri supaya kita sebagai perempuan nie usahlah terlalu mengejar sangat cinta / kasih sayang dari seorang lelaki. Nak jatuh cinta tu boleh, tapi biarlah berpada-pada. Ingat, jangan melebih-lebihkan dan mengagung-agungkan lelaki yang kita cinta itu melebihi Tuhan Yang Maha Esa iaitu Allah SWT.  Jangan sampai kerana nak ber dating kita sanggup tinggalkan solat atau melewat-lewatkan solat. Jangan kerana sayangkan seorang lelaki yang konon bernama kekasih kita sanggup berhabis-habisan duit, harta benda, masa dan harga diri.  Jangan kerana kasihkan lelaki itu, kita sanggup menjadi anak yang menderhaka dan sanggup berbohong kepada ibu bapa dan keluarga. Jangan kerana cinta kita sanggup tinggalkan keluarga, sahabat, pelajaran  dan cita-ciata.  Ingat, yang namanya kekasih atau tunang belum tentu lagi menjadi suami kamu yang sah.  Jadi selagi si dia belum lagi menjadi suami kamu yang sah, selagi itulah batas-batas hubungan haruslah dijaga dan dipelihara.


                                  Simpan lah separuh rasa kasih sayang dan cinta untuk diri kita sendiri, kerana orang yang pandai menghargai dan menyayangi diri sendiri pasti takkan kecewa apabila ditinggalkan oleh orang yang dia sayang. Kerana apa? Kerana apabila awak sayang diri awak sendiri, awak tidaklah terlalu terghegeh-hegeh dan terkejar-kejar kasih sayang dan perhatian orang terhadap awak. Jangan terlalu memberi kepercayaan dan harapan sepenuhnya kepada pasangan.  Jangan terlalu obsess sangat cinta dan sayangkan si dia sampai macam pepatah melayu "umpama menatang minyak yang penuh".  Sebab khuatir nanti bila hubungan tu terputus di tengah jalan, awak jugak yang jatuh terduduk sampai langsung hilang harapan untuk hidup.  Jangan sampai langsung takde rasa cemburu dan curiga hingga kita mudah ajer kena tipu dan kena pijak bulat-bulat, sebab 200% kita percaya ajer apa yang dia cakap dan apa yang dia buat. Tak salah rasanya kalau kita siasat dan selidik dulu sebelum kita meletak kepercayaan yang terlalu tinggi.  Simpan sikit rasa cemburu, tapi jangan cemburu buta. Cemburu biarlah bertempat dan jangan terlalu curiga atau kongkong pasangan nanti dia rimas.  Tapi jangan sampai langsung takde cemburu, nanti pasangan kita pulak yang confused samaada kita nie ambil berat dan sayang kat dia ke tak.


                  Untuk gadis-gadis yang belum lagi berkahwin, simpan diri sendiri untuk lelaki yang benar-benar berhak ke atas kamu, iaitu suami kamu. Ya, simpan harga diri kamu atau dengan kata lain tubuh badan kamu untuk suami kamu.  Jangan kerana cinta atau sayang sangat, habis semua nak diserahkan pada jantan berhidung belang yang kamu cinta.  Ingatlah, bila semua rasa cinta dan kasih sayang tu dah dicurahkan sebelum berkahwin, nanti bila dah berkahwin kamu dan dia pasti akan rasa bosan.  Kalau semua benda dah rasa dan dah cuba sebelum berkahwin, maka perkahwinan yang terbina nanti pasti hilang serinya dan manisnya.  Mungkin lebih parah lagi, kalau semua benda si jantan tu dah cuba dan dah rasa takut-takut nanti kamu akan ditinggalkan seperti mana peribahasa melayu "habis madu sepah dibuang".  Jadi nanti siapa yang rugi? Pastinya kamu juga yang akan menyesal... Sudahlah ditinggalkan , hati kamu pula remuk... Hah..Kan dah rugi... Sebaiknya jangan kerana obsess cinta dan sayang sangat kita sanggup bagi dikaun hingga harga diri kita pun secara tak sedar telah dipijak-pijak...




                             Jika hubungan kamu dan si dia baru sahaja terputus ditengah jalan oleh sebab-sebab tertentu. Usah terlalu ditangisi perpisahan itu.  Sekiranya perisahan itu adalah disebabkan sikapnya yang curang, usah pula kamu serang perempuan yang kononnya merampas buah hati pengarang jantung kamu.  Kerana apa? Kerana lelaki yang tahu menghargai pasti takkan curang, bertepuk sebelah tangan pasti takkan berbunyi.  Ini jelas menunjukkan yang kekasih kamu itu suka berfoya-foya dan mata keranjang serta punya sikap buaya, sampai sanggup main kayu tiga.  Percayalah disebalik perpisahan itu pasti akan ada hikmah yang tersembunyi. Mungkin lebih baik kamu kecewa sekarang dari kecewa dikemudian hari.  Mungkin juga selepas ini kamu akan berjumpa dengan seorang lelaki yang benar-benar ikhlas sayang dan cintakan kamu serta tahu menghargai diri kamu. Jadi usah terlalu kecewa!                        

                            



          Akhir kata, jadilah gadis yang berhati lembut tetapi bersemangat waja, berwawasan tinggi dan  bercita-cita besar. Jadilah gadis yang berjiwa kental serta sentiasa sabar dan tabah dalam mengharungi apa jua rintangan dan dugaan.  Jadilah gadis yang tidak mudah ditindas atau dibuli oleh lelaki.  Jadilah gadis yang berprinsip serta jadilah gadis yang  tahu melindungi dan menyayangi diri  sendiri dan tidak mudah diceroboh oleh anasir kotor yang mengacau. Hanya setelah itu, barulah kamu akan menjadi gadis yang disegani dan dihormati. 

Pesanan akhir: "Lelaki yang sayangkan kamu akan membimbing kamu ke jalan yang benar, Lelaki itu akan melindungi kamu dari sebarang perkara yang bahaya mahupun kejahatan dunia dan dia takkan sesekali akan merosakkan diri kamu. Lelaki itu akan sentiasa menyokong cita-cita kamu (selagi cita-cita kamu tak bertentangan dengan syariat dan undang-undang).

sila baca madah ini:
"Do not love the one who doesn't love Allah, if they can leave Allah, they can leave you..."
"The best love is when you love someone who makes your Imaan rise, who makes you more Pious and who helps you here in the Dunya because that person wants to meet you again in Jannah..."

p/s: Entry ini adalah luahan idea saya selaku penulis blog ini(http://merpatiputih88.blogspot.com/) segala kesilapan atau kekurangan harap dimaafkan..

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...