Translate

Sunday, March 4, 2012

Puisi:- Pelangi...


Teringgal di dalam hati,
Tersudut sepi sendiri,
Terasa bagai sudah mati,
Berfikir tentang sesuatu yang tak pasti,
Tentang impian yang masih belum tertunai lagi,
Mungkinkah ianya hanya mimpi?
Cerita duka datang bertandang,
Menikam merobek luka yang bertambah,
Terasa tersayat hati,
Seperti mahu menangis tetapi sudah kehabisan air mata,
Seperti mahu tersenyum tetapi terasa malas pula,
Luka dan luka terus terusan dilukai,
Terkadang langkah longai seperti mahu berhenti,
Terkadang rasa sudah tak mampu berdiri lagi,
Terkadang rasa rapuh terasa ingin patah,
Terasa mahu tunduk seperti mahu menyerah kalah,
Tapi harus kuat untuk berdiri,
Harus sentiasa berani untuk mengejar warna-warna pelangi,
Harapan dan impian harus ku kejar untuk dimiliki,
Aku yakin yang selepas hujan pasti mentari muncul lagi meletakkan senyuman di hati,
Jadi aku harus sabar dan tabah menghadapi ujian ini,
Kerana aku pasti mentari itu akan muncul bersama warna pelangi..

Ps:- Puisi ini hanyalah nukilan dan bingkisan idea penulis blog ini. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah di larang sama sekali. Hak Cipta Terpelihara.
Sumber gambar:- google image.

4 comments:

Unknown said...

disebabkn impian kita berusaha, tapi disebabkn impian juga kita merana.. :)

senyumSOYA said...

ujian ngn cabaran tu la y buat kita lebih gembira..
lebih menghargai hidup..
lebih tahu erti pelangi selepas hujan ^^

Namee Roslan said...

dugaan dugaan dugaan . hidup ni memang tak putus dari dugaan kan :) yang penting kita kena terus kuat :)

Sya_Merpati Putih 88 said...

Muhammad Saiazuan Norhalik: Jangan pernah meneyrah mengejar impian, dan kalau impian kt tak tertunai jgn samapi merana badan, kerana apa yg berlaku pasti ada hikmahnya juga..


senyumSOYA :- nice words..sy sangat setuju(^______^)


Namee Roslan:- yup, kt harus kuat hadapi dugaan hdiup..

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...