Dia seorang yang kacak...
Dia segak begaya dalam berpakaian..
Rambutnya yang tersusun rapi menambahkan ketampanan yang dimiliki
Lantas atas ketampanan yang di miliki itulah dia diminati ramai gadis...
Dia bukan hanya tampan tetapi dia juga punya banyak kelebihan...
Dia seorang yang bijak dan berilmu tinggi...
Dia mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam pelbagai segi...
Dia seorang manusia yang tak pernah lalai akan suruhan Tuhannya...
Dia bijak di dewan kuliah, tangkas di padang dan rajin bekerja...
Dia sentiasa berfikir sebelum bertindak mahupun berkata-kata...
Setiap tingkah lakunya menonjolkan keperibadiannya yang baik dan bermoral...
Setiap perbuatan dan kata-katanya wajar menjadi contoh tauladan...
Dia adalah ketua yang adil kepada naungannya...
Dia sentiasa menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sebagai khalifah di muka bumi...
Dia tak hanya berusaha mengejar kemewahan dunia semata-mata...
Tetapi dia juga tekun mengumpul saham untuk akhirat...
Dia sentiasa mengunakan segala kuasa dan kelebihan yang di miliki kearah kebaikan...
Tanggungjawab yang di pikul tak pernah diabaikan..
Dia sentiasa mensyukuri segala nikmat tuhan...
Dia bukan hanya jejaka yang tampan tetapi dia juga jejaka yang penuh adab dan sopan..
Dialah si kacak yang tampan...
Sentiasa menjadi igauan di dalam ingatan...
Nota:-Puisi ini adalah hasil ciptaan sepenuhnya pemilik blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com) sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali...Hak Cipta Terpeliahara.Gambar hanyalah hiasan yang dipeolehi dari google image..
P/s:- Saya rasa terpanggil untuk cipta puisi ini selepas saya mendapati tak banyak(macam tak ada) lagu dan puisi yang memuji ketampanan seorang lelaki yang ada kebanyakkannya(atau lebih tepat boleh dikatakan semua) memuji kecantikkan seorang gadis...Maka idea untuk menghasilkan puisi ini datang secara spontan bebebrapa minit yang lalu, iaitu selepas saya memikirkan tentang perkara ini sebentar tadi...Semestinya lelaki juga mahu diri mereka dihargai dan dipuji sekali sekala...(^________^)
~puisi ini adalah kesinambungan dari puisi Si Cantik Yang Jelita...
No comments:
Post a Comment