Translate

Sunday, July 31, 2011

Duit, Duit dan Duit.......


Duit, sangat penting dalam kehidupan seharian kita...
"Duit bukanlah segala- galanya, tetapi boleh dikatakan segalanya memerlukan duit.."
Kenapa saya berkata begini..?
Kerana duit bukanlah kayu pengukur kepada sebuah nilai persahabat, kekeluargaan,  kegembiraan dan kebahagian...
Ada juga individu yang hidup mewah tetapi tidak bahagia dan gembira , di situasi seblaiknya individu yang hidup serba sederhana lebih bahaigia dan gembira..
Tapi duit juga sangat di perlukan dalam kehidupan, untuk makan minum, pakaian, tempat tinggal, kenderaan, pelajaran dan macam-macam lagi..
Semuanya memerlukan duit..
Begitu pentingnya duit dalam kehidupan kita...
Apa yang perlu adalah jangan sampai duit menguasai diri hingga kita menjadi individu bermata duitan, hingga sanggup menghalalkan segala cara untuk mendapatkan duit..
Jangan kerana untuk mendapatkan duit kita sanggup melakukan perkerjaan yang tidak halal dan tidak bermoral...
Keberkatan dalam mencari sumber rezeki itu penting...
Biarlah pekerjaan kita itu biasa-biasa  sahaja, iaitu tidak standard dan tidak dipandang tinggi asalakan sumber pendapatan kita halal...
Janagan pekerjaan kita standard dan di kagumi tapi penuh dengan unsur-unsur yang tidak halal seperti rasuah dan sebagainya...
Perlu di ingat sumber pendapatan kita itu adalh untuk menampung keperluan  diri sendiri, ibu/bapa, adik-beradik, isteri / isteri-isteri dan anak-anak...
Jadi jika kita memebrikan wang yang tidak halal untuk mereka makan minum, keperluan untuk pelajaran serta untuk perbelanjaan...Maka dengan itu apa yan akan terjadi kepada keluarga kita itu..?
Apa akan terjadi jika kita meninggalkan berbilion harta buat diwarisi hingga tujuh keturunan tapi sumber alasnya adalah haram..?  
Dan apa pula nasib kita disana(akhirat) apabila kita memberi warisan harta yang tidak halal buat anak,cucu dan cicit kita...?
Tetapi nampaknya manusia hari ini seakan sudah tidak ambil peduli mengenai isu ini..
Masing-masing berlumba-lumba untuk menajdi mewah di dunia tapi sayang jika hanya mewah di sini tapi muflis di alam yang lebih abadi itu nanti...
Ingatlah dunia ini hanya sementara, jika kita tidak jujur apabila menjalankan perniagaan dengan menipu sana sini, rasuah sana sini, maka dengan itu di mananakah keberkatan yang kita cari..?

p/s:- Entry ini adalah pandangan peribadi penulis blog ini mengenai isu ini...
Gambar adlah diperolehi daripada Google image...




7 comments:

ZIPPO MILLER said...

Duit penting..kehidupan yang gembira pun penting..memang elok di stabilkan kedua-dua ni kan kan..baru la syok

syiela said...

kena seimbangkan dunia dan akhirat... penringatan untuk diri sendiri juga.. sebab manusi ni mudah lupa

Khairi Fakhri said...

kita sekarang hidup di zaman RM. duit dipandang tinggi, manakala agama dan moraliti dipandang rendah =.=

Sya_Merpati Putih 88 said...

ZIPPO MILLER :- yup, dua2 penting...yg penting kne pandai uruskan kewangan dgn bijak dan bahagi kan masa utk family


syiela :- yup, betul tue..biarlah kedua-duanya seimbang....

Aina said...

Adik,

banyak juga perkara HALAL namun TIADA KEBERKATAN...hal ini pun harus dipandang berat.

eg. kerja tapi makan gaji buta...hehe

faizalnizam said...

zaman ni.. halal haram orang letak kat second place. hurmmm. tp masih ada yang elok2 sebenarnya. kesedaran diri pada akhirnya sebagai penentu.

Sya_Merpati Putih 88 said...

k e y r i :- relaiti hidup zama skrg mmg mcm tue..sbb tuelah mcm2 benda2 & berita yg dulunya "PELIK" + tak pernah dgr, skrg dah jadik tak pelik dan dah jadik biasa pulak...

Aina :- kak aina, betul tue...dalam bekerja kt mestilah serius & tak leh ah curik2 tulang nnt ta berkat nak bagi family kt kn..

Fyzal :- Mungkin sbb zaman skrg nie zaman materialistik, tue sbbnye ramai bersifat palstik smata2 nk kejar emewahan..

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...