Translate

Friday, July 29, 2011

Bola Sepak Vs Birthday.....




28.7.2011

Hari itu adalah hari istimewa buat diri saya, saya harapkan hadiah dari pasukan Malaysia agar dapat menewaskan singapura..
Tapi nyata kita gagal...
Tak mengapa saya masih sokong Malaysia...
Hampa + Kecewa memang bersatu padu...
Lepas jer solat Isyak terus lekat kat depan Tv...
Pelik dan heran bila anak-anak singa asyik jatuh jer kat padang tue...
Apa kes??
Kurang stamina ker...?asyik sakit jer....?
Dah gitue kenapa tak bawak jer jumpa Dr...(=_____=)
Separuh masa pertama tue macam tengok drama tv pun ada...
Itulah strategi mereka untuk menang, iaitu dengan melengah-lengahkan masa perlawanan...
Nak bukti?
Haa..cuba tengok sendiri ulangan sesi perlawan tue..dan nilailah sendiri ye....
Separuh masa kedua, Malaysia dapat jaringkan satu gol dan kemudian Singapura mengikat kita dengan kedudukan 1-1...
Sampailah perlawanan tamat kedudukan tue kekal macam tue jer....
Seri..
 Malaysia tak kalah pada perlawanan 28.7.2011...
Cuma yang membuatkan kita kalah adalah apabila kita terketinggalan 2 gol pada sesi perlawan pusingan pertama yang berlangsung di kota singa...
Tahniah lah buat pasukan Singa sebab berjaya atur startegi yang sangat bijak..
Tapi pemain import mereka tue harus di puji, sebab dia tu masih handal walaupun lebih berusia berbanding pemain mereka yang jauh lebih muda...
Tahniah Singapura sebab berjaya ke sesi seterusnya..
Tapi adakah skuad mereka akan berjaya hingga ke peringkat Final Piala Dunia...??
Mari kita tunggu dan lihat...
Nak tahu tak, masa perlawan berlangsung saya menonton di Channel 5(Cahnnel tv singapore)..
Apa komen mereka..?
Semalam masa Safee Sali jaringkan gol, mereka sebut "Super Safee Sali"...
See...Mereka puji pemain kita...!
Dari sesi pertama perlawanan lagi diaorang asyik sebut-sebut nama Safee Sali...
Tahniah buat Khairul Fahmi Che Mat...
Buat semua pasukan Malaysia jangan ptus asa ye....
Masih banyak lagi masa...
Asah skill, taktik dan teknik perlawan...
Perbaiki apa yang perlu dan sangat perlu di perbaiki..
Kita cuma kurang bernasib baik...
Tapi itu tak bermaksud kita gagal buat selamanya...
Usaha tangga kejaayaan...(^____^)
Peminat bola sepak Malaysia pulak, teruskan lah sokongan kita kepada pasukan kebangsaan kita nie ye...
Doakan supaya kita berjaya di masa akan datang..
Jangan gaduh-gaduh dengan penyokong pasukan lawan, kerana tak lama lagi kita dah nak puasa..
Lagi pun, menang kalah itu adat pertandingan...
Jangan kerana pasukan kita kalah, maka kita perlu keluaran kata-kata keji, hina-menghina anatara satu sama lain.....
Sama-samalah kita berusaha dan berdoa agar pasukan kita berjaya, itu adalh lebih baik daripada kita bertengkar dan bermasam muka...


Mungkin perjalanan pasukan bola sepak negara kita nie penuh berliku dan cabaran..
Tapi tak mengapa..
Pasti satu masa kemuncak kejayaan itu akan kita tawan akhirnya dengan keazaman dan kesungguhan...
Harsu perbaiki segala kelemahan , barulah berjaya di masa hadapan...




Sebenarnya masa perlawanan tue berlangsung saya sepatutnya potong Birthday kek yang mak beli kan, tapi tunda sampai perlawanan masuk separuh masa kedua...
Masa  nak makan kek dan nasi ayam yang mak masak pun dah macam hilang selera jer...
Kecewa punya pasal, langsung taknak ambil gambar..Cuma ambil gambar kek dan nasi ayam jer...
Sorry mak,kalau saya buat mak kecik hati....
Saya minta ampun dan maaf...
Saya sayang mak, terima kasih sebab buatkan surprise untuk saya..(^____^)



P/s:-Entry ini adalah sepenuhnya luahan pendapat pemilik blog ini. Gambar adlah di perolehi daripada google image..
Nota:- Sorry lambat pos entry nie...

4 comments:

ZIPPO MILLER said...

Untuk mnjadi yang terbaik harus lah menempuh kegagalan kerana kegagalan mampu membina kejayaan...saye percaye

Aina said...

selamat hari lahir.semoga bertambah murah rezeki, dan dilimpahi rahmat oleh Allah dunia akhirat.

Unknown said...

happy belated birthday. ehhe. walaupun kalah, saya tetap bangga dengan pasukan bola sepak kita :)

Sya_Merpati Putih 88 said...

ZIPPO MILLER :- yup, betul tue saya setuju 100%...

Aina :- Thanks kak aina...(^____^)

EYFAalias :- Thanks ye...(^____^)
yup, samelah kt terus memberikan sokongan buat skuad kebangsaan kita ye...

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...