Biasanya bila kita pergi menghadiri majlis-majlis tertentu seperti majlis jamuan hari raya, kenduri kendara tak kira lah kenduri kahwin atau kenduri kesyukuran atau kenduri arwah sekalipun, mesti akan keluar soalan cepu emas seperti:-
Bila nak kahwin?
Bila nak ada anak?
Bila nak tambah anak lagi?
Ada anak perempuan jer...? Bila nak dapat anak lelaki pulak?
Bila nak dapat menantu?
Bila nak dapat cucu?
Bila nak beli rumah sendiri?
Bila nak beli kereta?
Yelah, secara positive nya mungkin soalan di atas ditanyakan sekadar menjadi modal berborak setelah sekian lama tak berjumpa. Tapi kalau dah tiap-tiap kali jumpa asyik nak tanya soalan sama orang yang ditanya pun bosan jugak nak dengar soalan sama. Apa ke yang bertanya tak penat-penat menyoal dan terus menyoal...? Ada pulak yang menyoal berbaur sindiran sinis seperti:
Bila nak makan nasi minyak? bila nak kahwin nie...? Takkan tak laku-laku lagi kot? Tak takut membujang sampai tua ke?
Saya masa umur sebaya macam awak dah ada anak dua... Awak kahwin pun belum... Kesian..
Saya sekarang nie anak-anak semua dah besar-besar... Awak dah kahwin lama sorang anak pun tak keluar lagi... Mandul ke?
Saya anak ramai... Memang keluarga baka keturunan subur-subur, tak payah nak buat macam-macam rawatan atau makan macam-macam supplement pun senang jer dapat anak...
Saya sekarang nie dah ada tiga buah rumah... Awak bila lagi nak beli rumah? Takkan nak duduk menyewa sampai ke mati..?
Pendapat saya, setiap orang punya rezeki yang berbeza-beza, punya jalan cerita hidupnya berbeza-beza juga... Walaupun kita nie kembar sekalipun tak semestinya rezeki dan nasib kita akan sama. Buat orang yang terus-terusan disoal bersabarlah... Usah dilayan kritikan manusia yang suka berbangga dengan apa yang dia ada dan persoal orang yang tak ada apa yang dia ada. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Teruslah berdoa, berusaha dan berikhtiar serta abaikan sahaja kritikan dan soalan berbaur sindiran sebegitu. Usah terlalu difikirkan sampai menggangu hati perasaan,serta fikiran dan kesihatan kita. Kita berhak untuk hidup dengan tenang, sihat, gembira dan bahagia walaupun kita juga punya kekurangan itu.
Kita kena luaskan pandangan kita terhadap maksud rezeki. Rezeki bukan hanya pada wang ringgit,tahap pendidikan, rumah, tanah, kereta, anak dan pasangan hidup sahaja, tapi rezeki meliputi kesihatan, keselamatan, ketenangan dan sebagainya. Mungkin kamu belum berkahwin usah bersedih, gunakan waktu ini untuk tingkatkan ilmu agama/ akedemik / kemahiran-kemahiran serta perkukuhkan kerjaya / business. Zaman solo adalah waktu yang sesuai untuk meluangakan lebih waktu bersama ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan. Apa kata kamu pergi bercuti bersama keluraga / rakan rakan, selain boleh mengurangkan stress manalah tahu kamu bertemu jodoh pula nanti. Jika kamu belum lagi dikurniakan anak usah bersedih, sebaiknya gunakan waktu yang ada ini untuk ber honeymoon, bercuti , bersantai berdua bersama pasangan. Lakukan sahaja hobi kamu berdua sebagai aktiviti bersama. Pasti hubungan kamu berdua bertambah erat dan romantis.
Buat yang menyoal, kamu perlu sedar semua rezeki itu datang dari Allah SWT. Ya, kita sebagai manusia memang boleh merancang dan boleh berusaha, tapi tak semua apa yang kita rancang dan kita usahakan akan menjadi dan jika ia menjadi pun tak semua boleh dapat dengan mudah. Ujian dan cabaran setiap orang itu berbeza dengan kamu. Kamu mungkin punya kelebihan di satu bahagian tetapi kamu juga punya kekurangan di satu bahagian yang lain, begitulah juga dengan orang yang kamu soal itu. Kamu juga perlu sedar segala apa yang kamu ada hari ini ialah rezeki dan nikmat dari Allah SWT, hargailah ia semua sebagai satu anugerah dan amanah dari Allah SWT... Janganlah pula kamu terlalu riak dan bongkak meninggi langit atas rezeki dan nikmat yang kamu terima itu kerana kamu juga hanya manusia biasa sahaja. Bukankah daripada kamu terus menyoal dan menyindir orang yang soal, lebih baik kamu beri nasihat dan kongsikan pengalaman kamu serta beri kata-kata semnagat dan motivasi kepada mereka ini? Bukankah begitu lebih baik daripada kamu terus-terusan menyindir dan menyakiti hati si pendengar dan menambah dosa kamu pula...?
P/s: - Coretan ini hanyalah sekadar pendapat peribadi saya selaku pemilik dan penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com/) sebarang kekhilafan harap dimaafkan. Sumber gambar: google image.
2 comments:
soalan-soalan camtu dengar je, senyum, pastu buat tak reti.. hahah
agree sis.... salam kenal :)
Post a Comment