Pada 17.07.2014 pesawat Boeing 777-200 iaitu MH 17 milik Malaysia Airlines (MAS) telah ditembak jatuh dan telah terhempas di wilayah Donetsk iaitu di timur Ukraine dan bersempadan dengan Russia ...Pesawat ini telah berlepas dari Amsterdam pada jam 12.15 pm (waktu Amsterdam) dan dijangka tiba ke Kuala Lumpur pada jam 6.10 am (waktu Malaysia)...Pesawat ini telah berusia 17 belas tahun iaitu kali pertama berlepas pada 17.04.1997...
Nahas pesawat ini mengorbankan 283 penumpang dan 15 kru iaitu:-
Belanda : 192 orang
Malaysia: 44 orang
Australia: 27 orang
Indonesia: 12 orang
Jerman : 4 orang
Belgium: 4 orang
Filipina: 3 orang
Kanada: Seorang
New Zealand: Seorang
Berikut adalah foto-foto di lokasi nahas MH 17:-
Sekali lagi Malaysia bersedih... Selepas 4 bulan lebih kita mengalami tragedi pesawat milik MAS iaitu MH 370 yang hilang dan hingga kini masih belum berjumpa, kini kita sekali lagi berdepan dengan tragedi kapal terbang.
Selang beberapa hari selepas itu, iaitu 23.07.2014 pesawat TransAsia milik syarikat penerbangan taiwan pula terhempas dan mengorbankan 48 orang... Beberapa hari selepas itu, iaitu pada 25.07.2014 pesawat milik Algeria iaitu AH5017 - AirAlgerie pula terhempas dan mengorbankan 188 orang...
Salam takziah buat semua keluarga dan rakan taulan kepada mangsa yang terkorban dalam nahas MH17 TransAsia dan AirAlgerie dan tidak di lupa buat keluarga dan sahabat handai mangsa pesawat yang hilang tapi sehingga kini masih belum ada khabar berita iaitu MH 17..Semoga anda semua sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan yang sebegini besar.
Al- Fatihah...
Sumber rujukan:
http://www.malaysiaairlines.com/mh17
http://www.nst.com.my/node/19186
http://www.astroawani.com/news/category/mh17
http://www.astroawani.com/news/show/apa-yang-terjadi-kepada-mh17-40243
http://www.cbc.ca/news/world/transasia-flight-ge222-crash-likely-due-to-bad-weather-officials-1.2716437
http://www.ibtimes.com/transasia-crash-survivors-crawled-wreckage-borrowed-cell-phones-1640056
http://www.independent.ie/world-news/africa/air-algerie-ah5017-crash-jet-fell-30000-feet-in-three-minutes-due-to-violent-storm-30475606.html
2 comments:
Sedih. Esok 20 jenazah warga Malaysia akan kembali ke Malaysia. I akan berbaju hitam esok.
Hati bagai di sayat bila tengok gambar2 ni. Rahsia Allah tak siapa yang tahu.. Al Fatihah
Post a Comment