Translate
Friday, December 31, 2010
Cuti macam tak cuti.....
nape saya cakap macam nie ea..?
sebabnye walaupun cuti 3 ari tapi say cume terperap kat umah...
lebih2 lagi bila dah demam+pening kepale n badan pun lemah jer...
nie lar akibatnye bile malas nk pegi klinik..
sekarang padan muke saya...
kalaulah klinik yg saya salalu pegi tue tutup hari nie ...hurmmm....
saya bukan takut makan ubat / jumpe Dr...
Tp sy takut kne injection sebab tue x suke nak pegi klinik nie..
New year tahun nie saya selebrate macam tahun2 lepas.,..
cume stay kat umah jer lar n tgok bunga api dalam tv...
saya memang tak pernah pegi selebrate new year / merdeka kat luar..
sebab nye saya tak berapa suke keadaan yang sesak2 dan terlalu ramai orang...
ermm esok nampak nye xdpt lar saya pegi wet worl dgn kwn baik saya aisya..
sorry aisya, kt demam..x dapat pegi..:(
tapi paling sedih bile da tgah2 demam kene marah pulak..
Moral of the sory:- bile demam tu cepat-cpet lar pegi klinik ye..
Mood: hari nie merupan ujong tahun paling sedih n moody buat saya...(T_T)
Thursday, December 30, 2010
tahniah Rimau Malaya!!
Rasanya belum terlalu lewat untuk saya ucapkan tahniah buat skuad bola sepak negara kita yg berjaya menumpaskan pasukan garuda dan telah berjaya membawa pulang piala kemenangan pada kejohanan tersebut buat pertama kalinya ke negara kita....
Saya doakan semoga terus sukses dan berjaya di masa- masa akan datang..teruskan semngat juang dan usaha kalian semua....
Terima kasih juga sebab bila dah menang tue seluruh rakyat Malaysia dapat cuti esok ...^_*
Saya doakan semoga terus sukses dan berjaya di masa- masa akan datang..teruskan semngat juang dan usaha kalian semua....
Terima kasih juga sebab bila dah menang tue seluruh rakyat Malaysia dapat cuti esok ...^_*
Sunday, December 12, 2010
Saya Telah Memulakan Kerjaya Baru Di Bidang Kewanagan
Assalamualaikum dan hai semua apa khabar?
Entry sebelum nie saya ada bercerita tentang sebab saya terlewat meng update blog adalah kerana exam dan memulakan kerjaya baru.
Ok, sekarang saya nak bercerita tentang kerjaya baru saya nie..
Saya telahpun meletakkan jawatan di tempat kerja lama pada penghujung bulan september.
Semuanya kerana peperiksaan dan yang paling utama ialah saya dapat tawaran kerja lain.
******************
ok, ceritanya bermula begini...
Sehari sebelum kita semua menyambut bulan ramadhan 2010, saya telah menghadiri sesi temuduga di sektor kerajaan sebagai pembantu tadbir (kewangan) . Ketika itu hanya orang yang paling dekat dengan saya sahaja yang tahu, saya malas nak beritahu orang-orang lain. Kerana saya takut tak dapat kerja tersebut dan takut nanti di katakan riak. Lebih-lebih lagi ini merupakan kali pertama saya menghadiri sesi temuduga dengan kerajaan. Sebelum nie saya pernah dapat tawaran temuduga kerajaan tapi saya tak pergi sebab ketika itu saya sedang menduduki peperiksaan akhir semester. Lagipun, saya ada terdengar-dengar ramai yang berkata "susah nak dapat kerja kerajaan kalau pertama kali pergi temuduga, biasanya berkali-kali pergi temuduga barulah dapat". Jadi sebab tue lah saya rahsia kan.
Pada 25.Sepetember.2010 saya telah dapat surat yang mengatakan saya telah berjaya dalam sesi temuduga tersebut dan saya perlu menghadiri sesi taklimat mengenai kerjaya itu di Pusat Islam di Johor Bahru iaitu pada 29.September.2010. Pada pertengahan bulan November saya telah mendapat surat penempatan kerja, dan akhirnya pada 1.Disember.2010 saya telah mendaftar diri dan memulakan tugsan sebagai kakitangan awam di negeri Johor. Walaupun jarak antara tempat kerja dengan rumah saya agak jauh, tetapi itu semua tidak menghalang saya untuk memulakan kerjaya. Semua kakitangan di pejabat ini baik-baik berlaka, saya suka suasana kerja di sini. Walaupun selepas ini saya akan sibuk dengan pelbagai tugasan, almaklumlah bekerja di bidang kewangan. Tapi dengan suasana kerja yang ceria akan membuatkan hati terasa lebih tenang dan bersemangat untuk bekerja. Selain daripada itu saya suka pemandangan dan reka bentuk bangunan dan kawasan sekitar pejabat saya nie. Untuk makluman semua, saya memang suka landskap dan senibina yang menarik.
Saya berharap agar saya dapat menjalankan tugasan saya dengan jayanya sehinggalah saya pencen...
Saya juga berjanji pada diri sendiri untuk bekerja keras dan tekun dalam melakukan segala tugasan yang diberi dan menghargai peluan yang telah di berikan. Serta bertanggungjawab dalam memikul segala tugasan yang telah diamanahkan dengan setulus dan seikhlas hati nurani..
*******************
Banker
Cashier
Pada pertengahan bulan september,iaitu sebelum saya mengetahui saya mendapat peluang bekerja di sektor kerajaan, saya juga ada menghadiri sesi temuduga di sektor pebankan, iaitu di sebuah bank yang terletak di bandar JB. Habis sesi temuduga tersebut saya pergi pula temuduga di sebuah kedai buku untuk jawatan cahier. Mesti ramai yang pelik kenapa pergi interview jadi cashier pulak..? sebabnya saya takut sekiranya saya tak dapat kerja dengan sektor kerajaan dan bank tersebut. Erm, sememangnya saya memang minat membaca jadi rasanya tidak salah jika saya mahu mencari pengalam di kedai buku tersebut. Mana lah tahu satu hari nanti saya boleh buka kedai buku sendiri...(mula dah buat awan...) Lagi pula saya memang mahu mencari kerja lain. Iaitu di dalam bidang yang saya minat dan yang bersesuaian dengan apa yang saya pelajari. Serta yang paling penting mahu menimba pengalaman baru sebanyak mungkin.
Pada 27.September.2010, pihak bank dan kedai buku tersebut menelefon saya mengatakan saya telah pun berjaya dalam sesi temuduga tersebut dan bolehlah memulakan kerjaya saya pada awal bulan oktober. Tapi, saya telah pun menolak tawaran tersebut dengan baik dan memberitahu sebab-sebab saya terpaksa menolak tawaran tersebut adalah kerana saya telah mendapat kerja di sektor kerajaan.
***********************
ermm...
kalau perhatikan betul-betul..
ketiga-tiga tawaran kerja yang saya dapat nie melibatkan bidang yang sama.
iatu...
KEWANGAN..
walaupun iainya di sektor dan industri yang berbeza..
tiba-tiba saya jadi teringat pada soalan quiz di FB yang saya jawap..
saya telah jawab beberapa soalan yang diberi dengan telus..
dan inilah result nye..:-
What will your career be in 10 years?
AmySya got Accountant/Banker.
Money is your life. You are very responsible and take care of your finacial matters. You have great people skills and make friends easily. School is important to you so you can go to a good college. The news might be your favorite tv time. Desk work isnt a problem for you.
See MoreDemam Peperiksaan
hai...pada entry sebelum nie...Saya Masuk Sekolah Semula...!!
saya memang dah cerita pasal pengalaman saya menduduki peperiksaan..
Sekarang nie saya nak berkongsi pulak pandangan dan pengalam saya sebelum pepriksaan..
Entry kali nie kiranya sambungan dari entry sebelum nie.
********************************
Saya ambil 4 subjek dalam peperiksaan STPM..
Pengajian Am, Bahasa Malaysia, Pengajian Perniagaan dan Ekonomi..
Saya pilih subjek bahasa malaysia sebab saya memang minat sastera dan subjek bahasa..
Saya pilih subjek Pengajian Perniagaan dan Ekonomi sebab saya pernah belajar subjek nie masa kat politeknik sebelum nie. Jadi saya perlu review balik apa yang saya dah belajar..
Tapi ianya bukanlah mudah, kerana sudah lebih 1 tahun saya tak buka buku pengajian perniagaan dan ekonomi. Lebih-lebih lagi subjek ekonomi yang banyak formula-formula yang perlu dihafal tamabahan pula dengan graf-graf..wahh..memang boleh pecah kepala...rasa seperti nak terkeluar sahaja isi otak saya nie..mana tidak nya saya belajar sendiri di rumah tanpa bimbingan guru atau pun sesiapa..stress tak payah cerita, memang senantiasa stress..
macam nie lah gaya saya bila study..(walaupun nie bukan pic saya)
ohh...stress..
buku dah ler semuanya tebal-tebal dengan formula,graf, nak hafal fakta-fakta lagi..
Help Me...!!!!
Rutin harian saya:- sebelah siang kerja dan sebelah malam barulah study..baca buku yang sememangnya tebal-tebal berlaka, tulis nota, buat latihan-saya guna buku latihan yang di deli sendiri antaranya soalan model peperiksaan dan soalan tahun-tahun lepas..sebulan 2 kali pergi library pinjam buku-buku latihan dan buku-buku rujukan..
Rutin harian saya nie berlarutan sampai penghujung bulan september..saya telah pun membuat keputusan untuk berhenti kerja pada penghujung bulan september kerana saya ingin lebih fokus terhadap peperiksaan saya dan saya juga telah mendapat pekerjaan yang baru...
**************************
kat dalam dewan exam tue..bila tengah jawab peperiksaan.. saya amalkan tips nie...
nie lah pesanan cikgu ketika saya masih sekolah dulu...:-
*****************************
Tapi...
Tapi...
Jangan pula buat macam nie kat dewan peperiksaan tau...
(1) JANGAN MENIPU DAN MENIRU
-jangan meniru orang yang berada di sekeliling kamu..
-jangan bawa toyol modern..
=toyol modern ialah nota yang di seludup masuk ke dalam dewan peperiksaan=
-jadilah jujur pada diri sendiri
-kalau hari ini kita boleh menipu dan meniru semasa peperisaan, pastinya apabila kita mendapat result peperiksaan kita tak kan berasa excited.
-berkemungkinan juga untuk kita menjadi calon yang berjaya lulus dengan cemerlang tetapi gagal megaplikasikan apa yang kita pelajari dengan kerjaya kita dan kehidupan harian adalah sangat tinggi.
-ingat, kita boleh menipu manusia tapi kita tak boleh tipu Tuhan dan diri kita sendiri
-ingat Tuhan sentiasa melihat setiap apa yang kita lakukan
(2) JANGAN SIBUK USHA AWEK
-sindrom macam nie berlaku pada jejaka-jejaka yang berada dalam dewan exam..
-tapi rasanya di negara kita susah sindrom nie nak berlaku..
-sebabnya ialah jarak meja yang sangat-sangat jauh..
-tambah lagi soalan exam yang tersangatlah mencabar..
-So guys, please focus on your examination paper ok..!
-Jangan main-main mata tau..Heppp!
(3) JANGAN TIDUR SEMASA MENJWAB PEPERIKSAAN
-Ha...sindrom macam nie berkemungkinan besar akan berlaku bila kamu kekurangan tidur dan rehat yang cukup.
-ingat jangan tidur, fokus pada kertas periksa sahaja..
-jangan buang masa dengan tidur..
-cuba jawab soalan yang senang dahulu..
*******************
Pesan saya dan doa saya buat semua yang mengenali diri ini dan semua pembaca yang sedang / telah menduduki peperiksaan:-
Saturday, December 11, 2010
Antara Sebab Kenapa Saya Suka Menulis Blog....(^_*)
Hai...apa khabar semua..? saya harap anda sihat-sihat sahaja..maaf saya lambat update blog..sebab saya agak busy dengan exam dan kerja di tempat baru...entry selepas nie saya akan ceritakan pulak exam dan pasal kerja baru saya...sekarang saya cuti setiap sabtu dan ahad..jadi ada lebih masa sikit untuk update blog..
oklah sekarang saya nak cerita kenapa saya suka ber blogging...antara sebab-sebab nya ialah:-
-Saya memang minat membaca dan menulis..
-Saya berpendapat:
1-menulis dapat mengurangkan stress dan boleh mengekspresikan apa yang kita rasa dengan lebih telus dan jujur dengan menulis..
2-dengan menulis kita dapat mengasah bakat dan ilham / idea yang kita ada atau yang kita dapat melalui pembacaan, pemerhatian,pengalaman dan keadaan sekeliling.Ianya akan menjadikan kita lebik kreatif dan lebi rasional bila berfikir..
3-dengan menulis kita dapat berkongsi ilmu dengan masyarakat..(sharing is caring)
4-dengan menulis membolehkan kita berkongsi pengalaman yang mungkin boleh dijadikan inspirasi atau tauladan bagi pembaca..
5-bidang penulisan boleh dijadikan sebagai hobi masa lapang dan boleh juga di jadikan sebagai punca pendapatan contoh seperti penulis novel, buku, wartawan..
Dengan menulis blog saya dapat:-
a-mencapai impian dan cita-cita saya untuk menjadi penulis..saya pernah bercita-cita untuk menjadi penulis puisi yang berjaya seperti Dato' A Samad Said. Walaupun cita-cita saya tak kesampaian lagi, sekurang-kurangnya saya dapat lah juga menjadi seorang penulis walaupun hanya menulis di blog..di sini penulisan saya boleh di baca oleh sesiapa sahaja dan saya boleh menulis apa sahaja yang saya mahu..
b-mengasah bakat penulisan saya...
c-lebih idea dan ilham dalam bidang penulisan dan kehidupan..
Saya sayang blog saya dan saya tak akan berhenti menulis blog ..Tiada sesiapa yang boleh menyekat atau menghalang saya dari menulis blog..sebab saya memang minat menulis sejak kecil lagi..
Aku menulis bukan kerana nama..Aku menulis bukan kerana wang..Aku menulis kerana ianya dapat membahagiakan hatiku...Aku menulis setulus dan seikhlas hati dari lubuk hati yang terdalam untuk aku kongsikan dengan masyarakat di luar sana...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Special Notes For My Dear Darling
"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,
Your voice is sweet like music that calms my lonely world,
Your hands is my protection from hurt deep down inside,