Translate

Tuesday, July 29, 2014

Doa Untuk Gaza...



                                    

Jika kita di sini seronok melihat dan bermain mercun dan bunga api...
Mereka di sana dalam keadaan ketakutan menantikan serangan  bom dan roket setiap saat...
Setiap waktu pasti ada sahaja tempat yang menjadi sasaran letupan bom pemusnah tanpa peri kemanusiaan...
Jika di sini langitnya meriah dengan pancaran warna bunga api disambut senyuman dan hilai tawa mata yang melihatnya tanda gembira...
Mereka di sana sentiasa mengalirkan air mata deras yang adakalanya seperti sudah kering hingga menyebabkan tubuh mereka semakin gering dan negaranya semakin kontang akibat bedilan peluru dan bom di merata tempat...






Jika di negara lain banayk terbina bagunan pencakar langit, masjid  yang indah, rumah yang mewah...
Mereka di sana setiap waktu pasti ada saja bangunan yang di musnahkan....
Kamu sebut saja, rumah, sekolah, bangunan, masjid semuanya di bom...
Jika menjelang Ramadan dan Aidilfitri orang lain sibuk menghias bangunan-bangunan itu, mereka di sana kehilangan bagunan itu setiap waktu...



Jika di sini kelahiran anak kecil di sambut penuh meriah dan gambar bayi itu dikongsikan pula di Istagram dan Facebook tanda gembira menyambut kelahiran baru...
Di sana, bayi-bayi disana sedari usia mereka masih bayi sudah didik supaya berdikari..
Kerana apa?
Kerana sejak bayi mereka kehilangan semuannya... Kehilangan ibu, ayah, abang, kakak, saudara, malah tempat tinggal juga musnah...





Jika kanak-kanak kita di sini, seronok pergi ke sekolah menimba ilmu, ceria bermain bersama rakan-rakan, gembira bersiar-siar pergi beraya bersama teman-teman...
Kanak-kanak di sana sayang sekali tidak dapat merasai nikmat begitu...
Sekolah mereka menjadi mangsa sasaran bedilan peluru...
Saban waktu mereka ke sekolah dalam keadaan ketakutan dan berjaga-jaga...
Taman permain juga musnah...
Rumah mereka hancur..
Mereka kehilangan teman sepermainan..
Mereka kehilangan sahabat karib....
Mereka kehilangan adik...
Kanak-kanak dan bayi yang tidak berdosa dibunuh dengan kejam di sana...
Wanita dan warga tua yang lemah juga di bunuh...
Negara mereka musnah...
Kini yang tinggal hanyalah serpihan batu dan debu yang menikam kalbu...
Lalu pada siapa kanak-kanak ini mahu mengadu...?
Adakah pada dunia yang semakin kaku diam tanpa bergerak seperti batu...?



P/s:            Saya selaku pemilik blog (hhtp://merpatiputih88.blogspot.com) menulis ini atas dasar tanggungjawab saya untuk memberikan kesedaran kepada kita semua yang Negara Palestine itu perlu di bantu dan usah kita biarkan mereka sendiri dalam melalui dugaan begini...

                Harusnya kita ini bersyukur, kerana kita di sini masih boleh pergi ke sekolah, tempat kerja, masih boleh bersiar-siar tanpa diganggu bedilan peluru..Jadinya janganlah kita sia-siakan nikmat yang telah dikurnia ini, hargaikah ia...Dalam pada kita berseronok menyambut Raya, jangan dilupa pada mereka yang sedang menderita di sana...Doakan untuk mereka dan jika mampu hulurkanlah sumbangan buat mereka...

Anda boleh menderma melalui tabung Aman Palestine Malaysia:

http://www.amanpalestin.net/
https://www.facebook.com/AmanPalestinOfficial

Akhir kata dari saya, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...

Thursday, May 29, 2014

Puisi Buat Ibu...




Ibu,
Terima kasih kerana telah melahirkan dan membesarkan ku....
Ibu,
Terima kasih kerana sentiasa menjaga ku di waktu sihat dan sakit...
Ibu,
Terima kasih kerana sentiasa menjadi sahabat sejati yang sudi mendegar luahan isi hati..
Ibu,
Terima kasih kerana sentiasa memberi kata-kata semangat, nasihat dan motivasi...
Ibu,
Di saat ku terjatuh kamu memberi kekuatan pada ku untuk bangkit semula..
Ibu,
Di saat ku kecewa kamu sentiasa memujuk hatiku supaya menjadi insan yang penyabar dan memaafkan..
Ibu,
Kamu ibarat pelita penyuluh kegelapan,
Kamu ibarat tongkat untuk ku berpaut,
Kamu ibarat payung untuk ku berteduh,
Kamu ibarat kapal untuk ku belayar menempuh arus ombak hidup,
Ibu,
Kamu terlalu istimewa buat diriku,
Tiada galang gantinya dan cuma kamulah satu...
Dan tidak dapat ku bayangkan hari-hari ku tanpa seorang ibu disisi,
Tanpa doa ibu mithali pasti hari itu terasa kosong,
Jika kamu tiada lagi,
Pasti hidupku berlagu sunyi bertemankan sepi,
Maka kuatkanlah semangat kamu wahai ibu ku...
Kerana setiap kesakitan itu pasti ada penawarnya...
Ku berdoa semoga ibu dipanjangkan usia, sembuh dan sihat seperti sediakala...



P/s:- Puisi ini adalah hasil nukilan dan idea sepenuhnya dari saya selaku pemilik dan penulis  blog ini                ( http://merpatiputih88.blogspot.com). Hak Cipta Terpelihara. Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali. Puisi ini saya tujukan khas buat ibu saya, semoga beliau cepat sembuh dari penaykit yang dihidapinya dan tabah menghadapi dugaan demi dugaan...

P.P/s: Maaf kerana sudah terlalu lama tidak update blog ini, dan sudah terlalu lama tidak menyinggah           ber- blog walking membaca blog kamu semua... Saya agak sibuk kebelakangan ini, jika ada masa terluang pasti saya akan update macam dulu-dulu... Terima kasih buat kamu-kamu yang sudi berkunjung ke blog saya yang tidak seberapanya ini walaupun sudah bersawang labah-labah blog saya ini... :') :)

Friday, April 18, 2014

Sayangi Diri Kita dan Jagalah Kesihatan....



Kadangkala bila kita dikurnia kesihatan yang sempurna, tubuh badan yang segar, akal yang cerdas..
Kita kurang menjaganya...
Kita cemarinya...
Kita tidak ambil berat dengan kesihatan kita...
Ada diantara kita yang kurang bersenam atau sama sekali langsung malas mahu bersenam...
Ada diantara kita yang tidak menjaga pemakanan, malah bedal saja apa yang kita rasa sedap di tekak kita...
Ada diantara kita yang terlalu sibuk dengan urusan kerjaya hingga memaksa tubuh badan sendiri untuk berkerja 24 jam sehari tanpa henti..
Malah da diantara kita yang bersenang-senang menghisap rokok, meminum arak dan mengambil dadah...

      Tidakkah kita sedar yang ini semua boleh mengakibatkan masaalah kepada kesihatan kita? Bila  kita yang tidak sihat, kita mudah-mudah salahkan takdir dan terus persoalkan aturan Tuhan? Soalnya, adakah kita adil pada diri kita sendiri ?  Adakah kita menjaga nikmat kesihatan yang telah dikurnia kepada kita ini ???  

      Ingat kita kena jaga pemakanan kita, kena kawal pemakanan kita dan bukannya makan ikut nafsu...Makanlah secara bersederhana... Sesuatu yang sedap dimakan / diminum , tak semestinya bagus di makan / di minum banyak-banyak...  Banyakkan memakan sayuran dan buah-buahan serta ulam-ulaman... Kurangkan makanan berlemak, berminyak, terlalu manis atau terlalu masin... Kerana jika kita tidak menjaga makan dari waktu muda nanti kelak pabila usia meningkat pelbagai penyakit pula melekat...Pada ketika itu bayak yang kita suka makan (makan dengan banyak) ketika ini sudah tidak boleh dimakan lagi...Macam-macam pula kena pantang...Waktu itu, janganlah kita salah kan takdir semata-mata...  Kerana semuanya bermuala dari kita juga, yang kurang peka dan kurang jaga pemakanan / minuman untuk kesihatan diri...


        Jika kita ini sibuk dengan urusan kerja, business dan keluarga kita tetap kena luangkan masa untuk rehatkan tubuh dan minda kita sebentar... Ingat kita bukan Robot...Tubuh kita perlu rehat..Malah Robot juga boleh rosak... Jadi manusia juga boleh sakit... Sekali sekala pergilah beriadah atau bersiar-siar,bersenam di gym atau berjogging, bershopping atau bercuti ke mana-mana tempat yang kita suka atau teringin sangat nak pergi... Rehat-rehatkan lah tubuh kita dengan pergi membuat rawatan di spa sebagai contoh... Sekali sekala badan kita perlukan rehat dan dimanja-manja... Kita perlu bertenang, dan untuk itu kita perlu situasi yang tenang untuk rehatkan minda sebentar jauh dari stress mahupun  masaalah yang kita sedang hadapi...


    Jika kita sayangkan diri kita jauhkanlah diri kita dari aktiviti yang boleh mencemarkan kesihatan kita macam merokok dan jauhkan lah diri kita dari terkena asap rokok oleh orang yang merokok.... Jika kita sayangkan diri kita janganlah mengambil dadah atau memnium arak, ia hanyalah hiburan dunia semata yang boleh membawa kemusnahan kepada kesihatan diri dan meruntuhkan sahsiah diri dan keluarga secara keseluruhannya... Ketiga-tiga aktiviti ini teralau banyak kemudaratannya jika hendak dihuraikan semua... Kebaikannya pula langsung tiada.... Oleh itu jauhkan lah diri kita dari aktiviti yang tidak sihat dan sia-sia seperti ini...



       Bagi kita-kita yang masih sihat, jagalah kesihatan kita baik-baik... Itulah tanda kita bersyukur dengan nikmat kesihatan yang telah dikunia Illahi kepada kita... Dan buat anda yang sednag tidak sihat, jangan berasa terlambat untuk mula mengamalkan gaya hidup sihat, jaga pemakanan... Ingat tidak ada penyakit divdunia ini yang tiada ubatnya, kecuali mati.. Oleh itu jangan putus asa... Selamat Malam...  :)



p/s: Entry ini ditulis oleh saya selaku pemilik dan penulis blog ini. Maaf jika ada apa-apa kekurangan....Mendapat ilham menaip tentang ini, apabila saya baru saja sembuh dari demam...Ya..saya akui saya ini kurang bersenam, dan suka makan makanan manis-manis (malah sangat suka!) Saya akan cuba mengubah tabiat tidak elok (kuat makan makanan manis)...Semoga Saya berjaya  mengubahnya..
      
Kredit Gambar:  Google Image...

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...