Translate

Friday, August 31, 2012

Bangsa Merdeka....


~Logo Merdeka dari google.com.my~

Merdeka, adakah ia bererti bebas segalanya...?
Adakah kau faham bahawa maksud merdeka itu adalah kau bebas buat apa saja di atas bumi merdeka tanpa perlu takut dengan kongkongan sesiapa, hingga kau sanggup berpesta dari tengah malam hingga ke subuh hari, terkinja sana terkinja sini menari-menari tanpa rasa penat?
Atau mungkikah itu juga punca kau dan rakan-rakan kau itu tanpa segan dan silu tergedik-gedik dengan pasangan masing-masing, hingga usung ke bilik tidur...
Malam merdeka kau kata haruslah dirai bersama dia yang kau cintai...Walaupun kau tahu dia itu bukan suami atau isteri kau...
Tapi aku kira nampaknya kau tak segan, bila tiap-tiap tahun ada saja manusia yang semacam kau masuk berita di tv sebab kena tangkap khalwat...
Kau kata :"kita kan dah bebas merdeka, jadi buat apa nak takut..? buat ape ajelah yang kita suka...!"
Merdeka juga kau rasa bebas bersuara apa sahaja walaupun kau tahu apa yang kau suarakan itu salah..
Tapi kau tetap juga suka bersuara begitu, kata kau:" Biarlah suara kita lantang dan didengar orang yang lebih tinggi, biar mereka tahu kita punya suara juga hebat!"


Aku cuma nak tanya sekali lagi, adakah benar erti merdeka itu adalah BEBAS ITU, BEBAS INI???



Jadi jika begitulah fahaman kau wahai anak pasca merdeka, maka aku tak hairan bilamana manusia sezaman kau nampaknya hanya tahun sambut hari merdeka setiap tahun tapi tak mahu ambil tahu tentang sejarah negaranya sendiri.Malah aku juga tidak hairan, jika 9 purnama selepas merdeka maka lahirlah bayi-bayi yang tak berdosa hasil dari hubungan kau yang hina dan noda itu, lalu kau buang pula bayi itu di tong sampah dan di kaki lima jalan entah di mana..Adakah dengan berpelesaran hingga ke pagi, terjerit-jerit seperti tarzan bila nampak bunga api dan terinja-kinja menari di disko hingga ke pagi itu yang kau kata cara kau sambut hari merdeka...???Begitukah caranya kau tunjuk rasa cinta kau pada negara ini...???
Aku yakin jika begitulah gayanya, aku rasa manusia-manusia yang hidup sezaman dengan Hang Tuah dan mereka yang pernah hidup didalam zaman penjajah pun pasti akan mengalirkan air matanya, bila terlihat generasi masa kini "berperangai pelik" seperti itu bila menyambut merdeka...Ketahuilah oleh kalian, jika mereka itu masih bernyawa pasti mereka terkilan bila melihat generasinya seperti tak ambil peduli perjuanganya mencapai kemerdekaan negara dari cengkaman penjajah setelah ratusan tahun lamanya...Pasti mereka kecewa bila generasinya, melupakan sejarah silam, malah seperti mahu di jajah semula..!

Di bawah ini ialah maksud bangsa merdeka menurut persepsi aku:-


~Menjadi bangsa merdeka itu adalah apabila kau setiasa mempunyai semangat juang yang tinggi untuk berusaha mempertahankan kedaulatan dan maruah negara dari tercalar,diejek,dihina, dicemari  mahu pun dijajah...

~Menjadi bangsa merdeka itu bererti kau sentiasa berusaha sedaya yang termampu untuk menaikkan malah memartabatkan nama negara ke peringakat yang lebih tinggi di mata dunia...Malah setiap apa perilakau perbuatan dan tutur kata yang kau ungkapkan, kau akan fikirkan kesannnya bukan setakat pada diri kau seorang malah pada negara yang kau cintai...


~Menjadi anak bangsa merdeka adalah apabila kau sedar, yang kau juga amat penting untuk negara, lantas kau menuntut ilmu dnegan tekun, bekerja dengan tekun kerana kau tahu kau juga adalah sebahagian dari sebilangan manusia yang bakal mencorak dan membentuk masa depan negara, maka dengan itu kau tak rasa yang masa muda remaja adalah masa untuk berfoya-foya. Kerana kau tahu kau juga bakal menjadi orang dewasa yang bakal memimpin negara ini,malah kau sendiri merasa bertanggungjawab untuk menjadi pewaris yang menjaga negara kau ini...

~Menjadi manusia yang hidup di generasi merdeka adalah apabila rakyat dan pemimpin berusaha bersama-sama untuk memajukan ekonomi negara. Malah bukan sekadar maju dari segi ekonomi semata-mata tapi juga dari aspek kerohanian (Agama) dan tatasusila kesopanan..Apalah ertinya menjadi negara yang kaya raya, tapi miskin moralnya...? Dan janganlah menjadi negara yang ekonominya hanya duduk ditakuk lama, menjadi mundur dan kebelakang serta takut pula dengan telunjuk  kuasa-kuasa besar dunia..Takut bersuara kerana takut eknominya tergugat..Maka berusaha lah memajukan kedua-dua aspek ini..

~Menjadi orang yang menghargai erti merdeka dengan erti kata yang sebenar-benarnya ialah apabila kau mempelajari subjek sejarah dengan ikhlas, malah kau menghayatinya, menghafal setiap peristiwa sejarah itu bukan bertujuan untuk mendapat A dalam kertas peperiksaan semata-mata, tapi kerana rasa cinta pada negara sendiri..Apalah ertinya kau terjerit-jerit melaungkan "Saya Sayang Malaysia" tapi bila sejarah negara kau sendiri pun kau malas nak ambil tahu, belajar di sekolah sekadar melepaskan batuk di tangga, kerana itu adalah subjek yang memang kau mesti belajar...


~Menjadi manusia merdeka yang sayang akan negaranya ialah apabila, walau apapun jurang perbezaan bangsa, agama, warna kulit, warna rambut, berbeza fahaman parti politik tapi kau masih boleh bersama-sama bersatu hati, berusaha untuk menjadikan negara ini kekal harmoni, bersatu padu, aman tenteram dan maju dalam segala bidang...Perbezaan-perbezaan itu tidak menjadikan kau bermusuh, berpecah-pecah atau berpuak-puak akan tetapi tetap bersatu hati demi mengekalkan kesejahteraan dan kemerdekaan yang telah kau miliki kini..Malah jika ada sedikit-sedikit kesalahfahaman kau akan duduk semeja, berbincang menyelesaikan permasaalahan itu bersama, kerana kau sedar itu adalah tanggungjawab bersama untuk menjaga negara ini...


~Menjadi bangsa merdeka ialah kau menjadi bangsa yang bersatu hati, bertolak ansur, penyayang, mengambil berat dan tidaklah dengki mendengki, berpuak-puak, berpecah belah, saling memusuhi dan saling mementingkan diri sendiri...


~Menjadi rakyat dari negara merdeka ialah apabila, kau berbangga dan sayang dengan negara kau sendiri, keunikkan budaya dan bangsa yang ada didalamnya serta perlembagaan negara, rukun negara, lagu kebangsaan dan bendera yang kau miliki...Tidak sekali-kali kau akan berbuat sesuatu yang menunjukkan rasa benci pada negara atau melakukan tindakkan yang akan memalukan atau mencemarkan nama baik negara kau ini...

P/s: Ku mohon maaf andai entry ku kali ini agak tegas dan kasar bunyinya di mata kamu...Ini adalah nukilan ku, dan pandangan ku serta curahan pendapat ku..Aku merasa bertanggungjawab menulis entry yang bercorak bergini kerana apabila melihat situasi semasa yang seolah-olah manusia yang wujud zaman selepas merdeka ini lupa sejarah dan seolah-olah sudah tak sayangkan negaranya sendiri...Maaf sekali lagi kerana ber "aku" "kau" dalam entry picisan ku ini...

Kredit gambar:- google image...


Sekian, salam sayang dari ku..SELAMAT HARI MERDEKA!

Sunday, August 19, 2012

Ucapan Raya

         (klik untuk besarkan imej)


Assalamualaikum wbt...

Buat semua pembaca, pengunjung blog http://merpatiputih88.blogspot.com,
saya di sini ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aildilfitri dan Maaf Zahir Batin buat semuasaudara se-Islam ku..
Jika diriku ada tersilap dan salah, ada melukai hati kamu semua sepanjang diri ku ini menulis di blog ini, Jika kamu ada terkecil atau terasa hati, diriku ini ingin memohon ampun dan maaf...
Jua kepada sesiapa yang mengenali diriku secara realiti, jika diriku ada terkasar/terkurang bahasa , tersilap tingkah laku hingga membuatkan kamu semua terasa atau terkecil hati ampun dan maaf jua diriku pinta...

Diriku ingin mengucapkan buat semua sahabat dan saudara se Islam ku agar kamu semua sentiasa bahagia dan ceria hendaknya,
Semoga Aidilfitri ini memberi seribu satu ketenangan dan kebahgaian buat kita semua...

Buat adik-adik sekalian ,nasihaku kepada mu jangan main mercun, takut terputus jari pula, sayangilah tubuh badan kamu itu anugerah dari Illahi...
Jika adik-adik kecil ku, jika kamu hendak beraya mengumpul duit raya dari rumah ke rumah, harap berhati-hati, bawalah sahabat dewasa bersama. Bukannya apa, diriku ini bimbang andai kata adik-adik kena culik oleh orang jahat aka penculik yang memang suka dengan kanak-kanak...


Buat mereka yang telah dewasa, jimat-jimatlah berbelanja dan jangan terlalu boros berbelanja untuk raya,
Takut nanti lepas raya hutang-hutang kamu bertambah pula...
Oh ya, dalam pada kamu berjimat, jangan pulak kamu menjadi si tangaki jering yang kedekut nak beri duit raya pada kanak-kanak yang datang beraya sampai kamu tutup pintu dan tingkap semua,
Bila ada yang ketuk pintu kamu cakap "Takde orang kat dalam rumah"..Alahai peliknya, tiada orang di rumah jadi siapa yang bersuara? rumah boleh bercakap barangkali..?
Juga buat yang akan memandu, hati-hati dijalan raya, jangan pandu terlalu laju, ingatlah orang yang tersayang,sanak saudara yang menunggu rindu untuk bertemu kamu, dan mereka pasti tidak mahu kamu pulang dengan tubuh badan kaku tidak bernyawa kerana kemalanagan dijalan raya...
Pada yang sibuk measak didapur hati-hati semasa memasak ya, bukanya apa takut lah kalau kamu terlalai dan leka sampai rumah hangus dijilat api pula...


Memasak rendang untuk juadah raya,
Kuih raya & duit raya sudah sedia,
Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya,
Kalau sudi datanglah ke rumah saya...=)


Selamat Hari Raya Aidilfirti dan Salam Sayang dariku untukmu....(^___^)


p/s: Dah lama tak update blog, busy dengan kehidupan seharian...InsyaAllah lepas nie akan cuba luangkan masa lebih untuk blog nie...ehehehehe..Sambutan raya tahun nie biasa saja, kuih raya buat sendiri ada dalam 7 jenis, ada kek raya...Ingatkan macam nak kongsi resipi rendang daging  atau serunding udang kering yang saya selalau masak setiap tahun...Tapi tak sempat nak taip lagi...huhuhu..InsyaAllah saya kan cuba upload resipi tue kat sini...Sharing is caring kan..?

P/p.s: Sorry ye kad raya kita tak cantik..huhuhuhu.simple giler, doodle kita tue kita lukis guna excel dan touch up sikit guna paint, picmonkey.com dan photoscape..Kita budak baru belajar lukis doodle jadi doodle kita memang tak comel..uhuhuhu..Sorry sekali lagi kerana ada typo error biasalah kita memang selalu salah eja...=,="


Sunday, August 5, 2012

Puisi: Jika Esok Tiada Lagi Buatku...



Hari-hari yang berlalu terasa begitu pantas...
Seiring pertambahan usia...
Kadangkala membuatku bertanya sendiri...
Sudah cukupkah bekal ku untuk alam akhirat nanti...?
Sudah cukupkah amal ibadah ku selama aku di muka bumi ini...?
Pabila dihitung tambah tolak darab dan bahagi...
Rupanya banyak juga masa usia muda ini ku bazirkan begitu sahaja...
Mengejar dunia semata-mata membuatkan hati kosong entah tercampak kemana...
Wang di tangan tidak terasa apa...
Cuma memberi rasa pedih bukan bahagia...
Aku terfikir lagi...
Jika saat nafasku sudah terhenti,
Adakah aku sudah bersedia menghadapi sebuah kenyataan yang pasti lagi hakiki...?
Dunia yang indah kadangkala membuai aku ke fantasi...
Adakalanya aku terleka dengan kecantikan dunia yang sementara ini...
Sehingga membuatku cuai dan culas akan perintah-Nya,
Ya Allah ampuni aku...
Aku hambamu yang banyak khilaf selama aku di dunia,
Ya Allah ampuni aku,
Kerana terkadang aku seakan-akan sayangkan 'dunia' melebihi cinta ku kepada-Mu,
Ya Allah Ampuni aku,
Kerana terkadang aku seakan tidak menghargai nikmat usia yang aku punya,
Ya Allah ampuni aku,
Kerana adakalanya aku tidak menghargai nikmat kesihatan yang di beri oleh-Mu,
Ya Allah aku bersyukur kerana aku masih diberikan peluang untuk bernafas lagi,
Terima kasih Ya Allah kerana telah menyedarkan aku dari mimpi indah ini...
Peluang kedua ini akan aku gunakan sebaik mungkin,
Akan aku cuba dan terus mencuba memperbaiki kelemahan dan kekhilafan diri,
Aku risau, masih adakah esok untuk aku...?
Jika esok tiada lagi buatku, maka sempatkah aku melakukan itu semua...?
Jika esok tiada lagi untukku, adakah aku sudah bersedia...?


P/s: Puisi ini adalah ilham penulis blog ini, sebarang betuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali, hak cipta terpelihara...Kredit gambar google image...

~Sekadar renungan bersama...Kita berada di golongan yang mana? 
Sudah bersediakah kita menahadapinya?~

Nota kecil: 
       Ilham menulis puisi ini terbit tatkala diri ini melalui sendiri pengalaman bertapa sukarnya untuk bernafas sehingga diri tidak sedarkan diri (pengsan) dan terpaksa pula di kejarkan ke hospital dengan menaiki ambulans pada 22.jun.2012. Pengalaman itu sukar untuk dilupakan kerana itulah pengalaman pertama pengsan begitu, pengalaman pertama meniaki ambulans dan itulah kali pertama rasa susah untuk bernafas sehingga terasa semacam sudah nazak. Ketika itu diriku terfikir adakah hari ini aku akan meninggal dunia..? Diri ini bersyukru kerana masih diberi kan kesempatan untuk bernafas dan terus bernyawa..
      Punca yang menyebabkan berlaku sebgitu adalah kerana terlebih oksigen di dalam badan sehingga menyebabkan sistem pernafasan gagal berfunsi secara normal, ditamba pula denagn diriku yang sukar untuk minum air masak / air mineral, itulah punca kurangnya air dalam badan hingga menyebabkan dehydration dan terpaksa pula dimasukkan air kedalam badan sebanyak 3 bekas melalui tiub yang terpasang di tangan kanan (tak tahu ape nama saintifik dia =,=" ). Tapi Alhamdulilah, diri ini bolehpulang kerumah selepas beberapa jam terlantar di katil wad kecemasan itu..Lega kerana tidak perlu terlantar di wad pesakit..
   Buat teman semua, bersyukurlah dengan nikmat kesihatan dan nikmat nyawa serta pernafasan kamu itu..Hargai ia dan manfaatkan ia sebaik-baiknya..Sekian dari ku...Moga bertemu lagi..
Oh ya, selamat berpuasa dan maaf zahir batin....(^___^) Maafkan diriku andai kata cara penulisan ku pernah mengguris hati kamu..Terima kasih kerana sudi singgah membaca ke sini di saat ku tidak update sebarang entry disebabkan terlampau busy dengan kerja...

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...