Translate

Tuesday, July 17, 2012

Buruk Atau Cantik dan Keyakinan Diri...

Hai sahabat yang cantik dan kacak sekalian...=)


Rupa paras luaran adakala penting dan ada juga yang amat memandang berat tentangnya malah ada juga yang tak ambil pusing pun...
Jika kamu dilahirkan sempurna, kacak atau cantik sejak kecil maka kamu patut bersyukur...
Bagi kamu yang rasa diri kamu tak cukup cantik dan tak cukup kacak juga kamu patut bersyukur...
Siapa yang tak mahu wajah yang cantik atau tampan kan..? Semua mesti nak kelihatan comel, tertarik serta menarik..


                   Kebanyakkan mitos mengatakan bahawa gadis akan kelihatan cantik bila dia kurus, pinggang ramping macam kerengga..  Tapi perlu ke kamu nak kena telan pil kurus banyak-bayak semata-mata nak dapatkan bentuk badan macam kerengga...? Pendapat saya mitos nie tak berapa tepat.. Sebab tak kisahlah badan kamu chubby atau apa, yang penting kamu pandai jaga kesihatan, jaga penampilan kamu supaya sentiasa kemas, cantik dan yang penting sopan... Gadis yang chubby juga cantik ok! Oh ya, jika kamu mahu kuruskan badan sekalipun, buatlah dengan niat untuk menjaga kesihatan dan bukan semata-mata kerana mahu cantik.. Pastikan kamu amalkan diet yang sesuai dengan metabolisme badan kamu dan jangan terlalu memaksa diri dengan langsung tak makan.. Dikhuatiri takut kamu jatuh sakit pula... Pastikan juga kamu amalkan senaman yang bersesuaian, kalau boleh dapatkan khidmat jurulatih.. Kalau nak amalkan diet ke ape dapatkan nasihat doktor dulu ya.


     Perlu ke kamu nak kena cucuk botok sana sini kat muka konon supaya sentiasa kelihatan muda jelita cantik menawan, dagu runcing, pipi kembung, bibir sexy...? Bukan ke kita semua memang akan tua jugak.. Jadi sedarlah kita bahawa setiap orang akan berkedut! Ya, ia kedengaran agak menyeramkan bila nak bayangkan muka kita yang berkedut dan rambut yang beruban, tapi kita harus sedar setiap yang muda pasti akan tua juga... Jadi tak perlu cucuk-cucuk ok... Cuba kamu fikir takkan sampai umur kamu 60+ pun kamu nak ulang alik pergi buat rawatan cucuk-cucuk botok/ collagen semua tue..???? (=,=)"


                    Perlu ke kamu nak buat pembedahan plastic sebab nak ubah suai wajah kamu..? Kononya sebab nak ubah wajah kamu yang kamu rasa tak cukup cantik / tak cukup tampan atau kamu memang rasa kamu  hodoh jadi perlu di ubah jadi cnatik dengan sekelip mata iaitu melalui pembedahan.. Oh no! Nampaknya kamu seolah-olah tak bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh-Nya. Bersyukurlah sahabatku kerana kamu masih punya nyawa, kamu masih punya nafas, kamu punya akal untuk berfikir dan kamu masih punya banyak lagi kelebihan lain..  Mungkin kamu kurang dari segi paras rupa tapi kamu punya banyak lagi kelebihan lain yang Allah SWT beri kepada kamu.. Kamu nak buat pembedahan mancungkan hdiung? Bersyukurlah kerana kamu masih punya hidung malah sejak lahir lagi kamu sudah punya hidung untuk bernafas.. Kamu nak buat pembedahan besarkan mata ala-ala artis korea..? Bersyukurlah kerana kamu punya mata sejak lahir, malah kamu mampu melihat dengan sempurna.. Cubalah kamu fikir apalah agaknya rasa bagi mereka yang tidak dapat melihat, sedangkan kamu pula sibuk nak ubah suai itu ini..!

 
                    Kulit kamu gelap atau hitam manis, maka perlu ke kamu nak kena makan pil pemutih banyak- banyak semata mata nak putih?? Letak losyen pemutih yang entah apa-apa kat badan konon supaya lepas 3 minggu pakai losyen, kulit gelap terus jadi putih macam salji..? Oh ya, tak salah nak pakai losyen atau sunblock..Malah lebih digalakkan untuk lindung kulit kita dari sinaran UVA/UVB yang kejam..Yalah sebab kita nie duduk dekat negara yang dekat dengan garisan khatulistiwa dan boleh tahan panas juga cuacanya kan.. Tapi pastikan losyen kita tue takda bahan-bahan kimia yang bahaya yang boleh rosakkan kulit kita.. Jangan beli losyen yang murah-murah di black market, kerana dikhuatiri ia tak elok + berbahaya untuk kulit..Kalau nak makan pil untuk cantikkan kulit pastikan ada kelulusan dari KKM dan HALAL, kalau boleh dapatkan nasihat dari doktor atau ahli pharmasi, takut-takut lah tertipu ke ape..

                                                   Kulit putih = cantik dan kulit gelap = buruk..? Ini adalah mitos yang menghantui gadis-gadis di asia, maka sebab tuelah kita di asia sibuk nak putih...Tapi mereka yang di barat sibuk nak jemurkan diri bawah matahari sebab nak dapatkan kulit tanned..Sebenarnya kalau kulit kamu hitam manis atau gelap sekalipun bukan bermakna kamu hodoh..! Apa yang paling penting ialah kamu kena pandai sesuaikan warna pakaian, pandai pilih busana yang boleh jadikan kamu  kelihatan cantik / tampan, pandai gayakan rambut / tudung, pandai bersolek, dan kamu kena yakin diri..Maka dengan itu kamu akan kelihatan cantik..


                        Akhir kata dari saya, cantik atau tampan bukanlah ukuran untuk kita menilai diri seseorang secara keseluruhan. Seseorang itu akan kelihatan cantik atau tampan kerana hati nya cantik, mempuyai nilai budi pekerti yang baik, sopan, berbudi bahsa, rendah diri, serta hormat orang tua..Kamu akan kelihatan cantik / tampan dengan secara semulajadinya jika kamu bijak bergaya, serta berpenampilan bersih / kemas / teratur, serta mempunyai tahap yakin diri yang teguh..Contohnya kamu berkulit gelap, dan bertubuh agak gempal, tapi kamu bijak sesuaikan busana pakaian yang kamu pakai, malah pakaian serta penampilan kamu sentiasa kemas + bersih, kamu jugak seorang pelajar yang pintar + cekap bila dapat apa-apa tugasan, kamu mepunyai akhlak yang baik, sopan santun, malah kamu yakin pada diri sendiri serta tak pernah risau nak kuruskan bdan atau nak putihkan kulit.Maka dengan itu akan terserlahlah aura kecantikkan dalaman kamu secara semulajadinya...=)
   

p/s: Entry ini adalah pandangan peribadi dan perkongsian  idea  dari penulis blog ini berdasarkan dari pengalaman hidup. Kredit gambar google image..

13 comments:

reenapple said...

aku setuju... =)

fizikl tidak penting. yg penting hati dan keimanannya.. =)

sea_lavender said...

stuju dengan pandangan diberi :) kecantikan luar dan dalam ikhlas srta semulajadi daripada diri sendiri.. yang pasti sntiasa ingt pada Maha Pemberi.. Insya-Allah segalanya indah.. Salam Ramadhan yg bakal menjelang tiba ;)

syiela said...

setuju...

kecantikan lama2 kan pudar.. tak dapat nak bayangkan dah 60++ dok berulang bersuntik lagi

kecantikan dalaman amat penting tapi jika cantik dalam dan luar.. itu adalah bonus buat individu itu

miss yatie said...

Allah dah ciptakan kita manusia dengan cukup sempurna, memang kadang2 ada sesetengah manusia ni, melihat kecantikkan luaran, tapi kita kena fikit sampai bila kecantikkan itu mampu bertahan...

kecantikkan yang sempurna ada dalam diri kita iaitu, HATI...jagalah hati jangan dikotori...

ismi nurash said...

hati yang lebih penting n dh tentu ciptaan Allah adalah yg terindah :)

Nadia Elena said...

fizikal x penting, yg penting adalah hati..xoxo~

jemput singgah :

http://nadiaelena.blogspot.com/2012/07/hadiah-best-dari-besta.html

dwatyKNY said...

saya suka pakai losyen... tapi tak cek ada bahan kimia ke takde... main pakai jer

SoLy SoLicious said...

btol2..cntik luar dlam..natural beauty sebaik2nye

Namee Roslan said...

tapi kdang2 sebab kata2 orang...kita tak boleh tahan. itu yang buat kita nak telan pil, rasa nak operate muka sbb kutukan orang. buat kita hilang keyakinan. ;/ tp semua ciptaan Allah cantik dan sempurna..

senyumSOYA said...

sopan dalam dan luar ^^, insyaALLAH~

Anonymous said...

Thank you for such a fantastic web site. On what other blog could anyone get this kind of information written in such an insightful way? I have a presentation that I am just now working on, and I have been looking for such info.

lokman said...

hai.. jemput join segmen pertama saya..^_^

penyertaan amat diharapkan.. terima kasih

http://lokmanramli.blogspot.com/2012/07/segmen-lokman-saya-blogger-dari.html

Sya_Merpati Putih 88 said...

reenapple :yup, sy setuju dgn awk reen...apalah gunanya hanya cantik/tampan jika rohani nya kosong, malah tidak berakhlak pula...

sea_lavender :betul tue setuju dgn awk..cantik dalaman itu penting...

syiela : kalau dah umur 60++ pun masih nak cucuk botok tak tahulah nk ckp ape..mybe dia tak ready nk jadi tua wlpn dia sebenarnya mmg dah tua...huhuhu..=,="

KY , ismi nurash & Nadia Elena :betul tue,sy setuju dgn awk bertiga.. kalau cantik hanya diwajah tapi hatinya tidak cantik pun tak guna jugakan..Ya, semestinya ciptaan Allah itu adalah indah dan tidak ada yang sia-sia...setiap dari kita pasti ada kelebihan diri masing2=)

dwaty : sy pun suka pakai losyen jugak..btw, losyen nie bagus utk kulit tau..tp ade jugak yg jenis boleh bahayakan dan beri kerosakan pd kulit kt..so, awk kena cek kandungan bahan kimia yg ade kat losyen tue..

SoLy SoLicious : yup, betul tue natural beauty adalah terbaik..tapi ramai juga yg kurang yakin dgn fizikal sebanr mereka hingag sanggup ubah itu ini..

Namee Roslan :erm..ade kemungkinan jugak tue...pedulikan kutukkan atau ejekan org, sbb kt mmg tak boelh tutup mulut org..yg penting kt happy dan kita tak buat benda salah..lebih baik kt jadi diri kita sendiri, daripada kita obses cantik sampai kita rosakkan kesihatan diri kita smata-mata nk cantik..


senyumSOYA : betul tue, sebagai seorg gadis , ciri2 kesopanan tue mmg mesti kena ade...=)

lokman : sy baru jer singgah blog awk..maaf tak dpt joint segmen awk tue..sbb sy dah lame tak blogging dan blogwalking..mybe lepas nie sy akan aktif semula..btw, thanks ye singgah blog sy...




Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...