Translate

Monday, February 27, 2012

Hidup Nak Yang Sempurna?


Jika di beri pilihan pasti semua mahaukan hidup dia sentiasa sempurna... Tak kiralah lah dari segi kerjaya, kewangan, keluarga, kawan-kawan, atau kehidupan harian..Kalau di beri pilihan pasti semuanya mahu hidup mewah, rumah besar, kereta besar, boleh melancong pergi oversea setiap bulan...Boleh travel sana sini, boleh shopping tanpa perlu ada rasa risau duit dalam poket tak cukup..Kalau di beri pilihan mesti semuanya mahu kan keluarga yang bahagia, takda gaduh-gaduh, takda sengsara, takda derita, semuanya aman harmoni ajer.. Kalau di beri pilihan , pasti semuanya mahu teman yang ramai, yang boleh teman kemana ajer, kawan-kawan yang sekepala dan macam-macam lagi...Jika di beri pilihan pasti semuanya mahu hidup dalam bahagia, tak nak ade masaalah, tak nak ade kena marah / kena tengking / kena maki..Siapa jer yang nak ade masaalah? Pasti semua  tak suka masaalah..Kalau boleh setiap hari  yang di lalui haruslah happy-happy jer..takda masam, takda muram, takda benda yang boleh buat rasa sedih atau marah..

   Begitu kah kita yang hanya mahukan kesempurnaan dalam hidup...? Kita kah itu yang hanya mahu sempurna itu dan ini  hingga kadang kala kita terlupa dan terleka seketika dengan nikmat yang telah Allah SWT bagi..Janganlah mengeluh bila di timpa masaalah dan janglah menyalahkan takdir bila berlaku sesuatu..Belajarlah untuk bersyukur dengan nikmat yang kita miliki ini.  Dan janganlah hanya tahu mahu meminta itu dan ini sedangkan apa yang telah di beri tak pernah pula kita hargai dan tak pernah pula kita syukuri.

    Setiap yang kita lalui itu pasti ada hikmah dan sebabnya yang tersendiri...Jika hidup ini terlalu sempurna sampai langsung tiada masaalah pun tidak boleh juga. Kerana masaalah itulah yang membuatkan kita lebih matang dan lebih sabar serta lebih tabah dalam menjalani hidup yang kita lalui setiap hari. Belajarlah dari pengalaman yang kita lalui agar kita tak ulangi kesilapan yang sama lagi. Hidup ini memang penuh warna warni. Ada warna suram, ada warna kelam, ada warna ceria. Tahukah kita yang warna-warna inilah yang sebenarnya boleh menceriakan hidup kita dan seterusnya menjadikan kita berjaya? Pasti dunia kita akan terasa bosan jika kita lalui perkara yang sama setiap hari sepanjang hayat kita. Semuanya pasti akan kelihatan mendatar, dan tiada satu pun perbezaan. Pasti hidup pun sudah tidak ada semangat lagi. Maka sebab itulah adanya warna-warna dalam hidup, tangis / tawa / duka / ceria /amarah itu lah yang membuatkan hidup kita lebih berwarna. Maka kita dapatlah belajar benda yang baru, serta belajar pengalaman yang baru setiap hari.

     Jika semuanya pro dan tiada yang kontra pasti tidak seronok. Kerana semuanya sama. Begitu  jugalah dengan hidup, jika semuanya  berjalan lancar dan langsung tiada masaalah tiba masa masaalah kecil datang maka kita pun jadi gelabah dan tak tahu cara nak selesaikan masaalah itu. Berbeza pula  jika kita sentiasa berdepan situasi sukar dnegan pelbagai masaalah pasti jika ada berjuta rintangan yang datang pun masih kita boleh tempuhi dengan hati yang tabah.

     Kenapa masalah dan dugaan perlu ada...? Kerana ia mengajar kita erti bersyukur dalam hidup  dan kerana ia mengajar kita erti kesabaran dan ketabahan. Contohnya, jika kita menghadapi kesusaha hidup, kita dilanda masaalah kewangan maka di situlah kita belajar mensyukuri setiap sen yang kita miliki dalam poket kita dan ketika itulah kita belajar erti bersyukur untuk setiap sesuap makanan yang kita makan. Ketika itulah kita tahu erti susah payah untuk mencari rezeki, maka kita pun tidak berhentilah berusaha dan terus berdoa untuk sentiasa mendapat rezeki. Kita pun akan jadi lebih sabar dan tabah kerana kita tahu bukan senang untuk jadi senang. Kita juga tahu yang nak dapat apa yang kita impikan perlukan  usaha yang berlipat ganda , doa yang tanpa henti dan kesabaran yang tidak terperi. Setelah segala usaha kita itu, pasti akan ada kejayaan yang kita miliki, InsyaAllah jika kita ikhlas pasti urusan kita lebih di permudahkan. Mungkin agak sukar untuk kita miliki apa yang kita impikan itu. Tapi sedarlah bahawa dengan kesukaran itulah yang boleh mengajar kita erti bersyukur dan menghargai setiap apa sesuatu yang telah kita miliki. 

Last but not least:-
 ♥It's not how good you are, It's how good you want to be...♥
~I'm just an imperfect person that trying to be perfect but I know I just can't do that~

Mari tonton video ini:-


Ps:- Entry hanyalah pendapat biasa coretan hasil dari pengalaman hidup sendiri dan ini hanyalah pendapat semata-mata..Credit gambar google image..Credit video youtube:-nick vujivick ...Dah lama rasanya tak menaip entry panjang-panjang begini..hehehhe..;)

Tuesday, February 21, 2012

Mengejar Impian...


Setiap orang pasti ada impian yang ingin mereka capai...Termasuklah saya...Dalam usaha kita nak capai impian nie, kita janganlah sesekali ada rasa berputus asa. Ya, benar memang bukan mudah nak dapat apa yang kita impikan begitu sahaja. Ianya perlu lah seiring dengan usaha dan doa kita tanpa pernah menganal erti jemu dan putus asa...Usaha nak dapatkan impian yang kita impikan itu juga bukan mudah...Pasti ia menuntut segla macam pengorbanan termasuklah masa, tenaga dan wang ringgit.

    Sedang kita berusaha nak capai impian itu, maka semakin banyak pula cabaran yang datang.  Adakalanya kita diuji denagnsegala macam masaalah yang boleh membuatkan kita lemah, yang terkadang membuat kita terasa lelah dan seperti hilang arah lantas membuatkan kita untuk menyerah.  Usah begitu sahabatku, usahlah kamu mengaku kalah dalam usaha mengejar impain kamu itu. Jangan sesekali berputus asa. Dugaan dan cabaran, itu adalah perkara biasa. Memang bukan mudah nak dapat kan keindahan, haruslah lalui jalan yang adakalanya berliku-liku, adakalanya beroank duri, penuh ranjau untuk kita tempuhi.  Hadapinya tanpa pernah mengenal erti putus asa untuk mencari jalan keluar menuju cahaya.  Selepas kegelapan dan kesuaraman pasti ada cahaya, selepas hujan pasti ada pelangi dan begitu jugalah dengan hidup ini selepas menepuhi segala dugaan itu barulah kita akan temui kebahagiaan sejati yang kita impikan itu nanti.


  Ada orang yang bernasib baik dalam mencaai impiannya, kelihatan begitu mudah sekali dia mendapatkan apa yang dia mahu. Tapi kita janganlah sesekali membeza-bezakan jalan hidup kita dengan orang itu dan jangan sesekali kita persoalkan takdir yang sudah tertulis untuk kita.  Jangan pernah menyalahkan takdir jika apa yang kita impikan tidak menjadi kenyataan.  Kerana kita harus tahu yang setiap dari kita akan ada jalanhidupnya tersendiri, kisah kita takkan sama dengan kisah orang lain. Ada yang mudah capai impiannya melalui segala harta pusaka yang diperoleh, ada pula  yang perlu bersusah payah dahulu tapi pada akhirnya dia menjadi individu yang berjaya juga malah lebih berjaya dari orang yang dilahirkan dalamkalangan keluraga yang kaya raya. Jadi untuk itu jangan berputus asa.


      Adakala memang kita tak dapat apa yang kita nak, tapi sebenarnya apa yang kita dapat itulah sebenarnya yang terbaik  dan yang sesuai untuk kita.  Percayalah pasti ada hikmah di sebalinya. Apa yang penting berusaha dan berdoalah serta bersabarlah dalam usaha mendapakan impian kita itu.  Setelah itu berserahlah dengan hati yang redha.  Jika ia bukan milik kita, pasti kita akan memiliki sesuatu yang lebih baik dari itu.  Jangan salahkan takdir pula, berfikiran positiflah selalu. Serta bersyukurlah dengan segala nikmat yang kita perolehi setiap hari ini.

P/s:- Entry hanyalah luahan pendapat penulis blog ini. Credit Gambar google image

Sunday, February 19, 2012

Letakkan Semula Senyuman Di Wajah Kamu!


Hey kenapa muram dan masam sahaja..? Kenapa wajah kamu kelihatan tegang sebgitu rupa? Tidakkah kamu tahu yang berwajah masam selalu itu akan menyebabkan wajah kamu akan namapak lebih cepat tua.  Garisan-garisa halus kedutan kluit akan terjadi jika kamu sentiasa berwajah masam sahaja...Kamu sedang stress? Sedang dilanda masaalah yang berat? Sedang diduga dengan dugaan yang agak dahsyat..? Senyumlah! Takkan nak senyum bila tengah ada masaalah...? Jadi kamu fikir dengan berwajah masam dan marah -marah orang tidak tentu hala semata -mata mahu melepaskan segala tekanan yang etrbuku di minda dan didada maka masaalah kamu akan selesai amcam gitu sahaja...? Pasti jawapannya tidak bukan. Malah munmgkin ia akan membawa masaalah pula nanti. 

  Contohnya jika kamu tengah bengang dengan masaalah di rumah, kemudian di tempat kerja kamu perlu menghadiri sesi mesyuarat dengan client-client yang mahu menjalankan kerjasama dengan syarikat kamu. Tapi pada masa itu kamu langsung tidak senyum malah kamu bersuara dengan nada yang agak tinggi lagi garang. Maka kamu rasa client-client kamu itu akan berminat tak denga business yang kamu tawarkan pasti tidak bukan..


    Maka jawapnnya adalah tidak salah untuk kita senyum walaupun untuk seketika. Lupakanlah masaalah dan bebanan yang kita tanggung itu sebentar, rehatkan minda dan senyumlah. Pasti kamu akan rasa lebih tenang. Berfikiran postifilah selalu. Hadapi masaalah dengan senyuman dan hati yang tabah + kuat dan hadapi segalanya dengan penuh erti kesabraan. Jika kamu sedang dileteri, atau dimarahi janganlah simpan kan ia sebagai dendam kesumat yang tersemadi di hati. Tapi jadikannlah ia sebagai pemangkin dan penguat semangat akmu untu memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan diri kamu sendiri. Senyumlah kerana dengan senyuman itu boleh menceriakan diri kamu, senyumlah kerana dengan senyuman itu boelh menjadikan orang di sekeliling kamu turut tersenyum dan ceria, senyumlah kerana ia penawar dan pengubat bagi hati yang sedang berduka. Maka dengan itu senyumlah selalu wahai sahabt-sahabatku. Keluarkanlah aura positif di wajah kamu. Jadikanlah hidup kamu ceria, jika kamu hanya bermuram dan berduka pasti hari-hari yang kamu lalui akan kamu rasai sengsaranya. Jika kamu ceria, maka hari-hari yang kamu laui pasti akan kamu rasai ketenangannya dan bahagianya ia. Walaupun ketika itu kamu sedang dilanda masaalah pasti kamu akan rasa tenang. 

♥ (^_____________^) 

Ps:- Entry hanyalah coretan ringkas dari penulis blog ini, tulis berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, Credit gambar google image...

Friday, February 17, 2012

Cinta Hanya Satu Hari? ~Valentine Day



14.February setiap tahun di sambut hari valentine.Katanya hari itu untuk meraikan dan menghargai kasih sayang bagi pasangan yang bercinta. Masa tarikh nie lah katanya masing-masing nak tunjukkan rasa cinta terhadap pasangan dan nak buktikkan cinta itu! Tapi perlu ke kita menyambutnya...? Sebelum itu kaji dahulu sejarah hari valentine, dan kamu akan tahu kenapa saya katakan hari valentine sangat tidak patut di sambut oleh mereka yang beragama Islam.

Nota Cinta:-

♥~Berikanlah sepenuh rasa cinta kamu kepada Allah SWT,kerana dengan itu kamu tidak akan pernah rasa kecewa dan merana. Cinta pada manusia, manusia itu pasti akan pergi meninggalkan kamu juga. Jika bukan kerana berpisah kerana putus atau bercerai mungkin kamu akan berpisah kerana kematian. Mati itu adalah pasti, jadi perpisahan itu juga adalah pasti bagi setiap pasangan. Suka atau tidak kamu harus terima hakikat itu.~

♥~Berpada-padalah dalam mencintai, jangan nanti hati kamu yang di lukai, terseksa dan menderita. Cinta itu indah,maka jadikanlah ia indah. Jika kamu cemarkan rasa cinta dengan perkara yang tidak elok maka tidak eloklah jadinya. Cinta itu adalah persaan yang lahir dari hati kita sendiri, maka kita boleh kawal ia agar tidaklah melanggar batas-batas lumrah kehidupan ini. Jangan kerana cinta nyawa, maruah dan harga diri melayang pergi. Jangan bila sudah berlaku perkara yang tidak diigini kamu mahu menyalahkan cinta pula. Cinta tidak bersalah, kamu yang bersalah kerana kamu tidak pandai mencorakkan dan mengawal rasa cinta kamu itu.~

♥~Tidak perlu hari kekasih..Kerana pada setiap hari seharusnya kasih sayang itu di perlihatkan..Kasih sayang bukan hanya kepada lelaki dan perempuan sahaja tapi ia juga perlu ada pada kita sesama insan..Kasih mengasihi dan sayang menyayangi sesama manusia + sesama makhluk~♥

♥~Cinta itu adalah lumrah bagi kita setiap manusia. Setiap dari kita pasti mahukan peneman hidup yang boleh menemani hidup kita sampai akhir hayat itu lumrah dan sebab itulah adanya perkahwinan. Setiap dari kita juga perlukan kasih sayang dan perhatian, itu normal. Tapi adakah kita hanya mencintai pasangan kita hanya pada satu hari sahaja? atau untuk selamanya...? Jadi kenapa perlu adanya hari kekasih jika setiap hari itu sebenarnya adalah hari-hari untuk kita lalui dengan penuh rasa kasih sayang..?~

P/s:-Cinta itu sangat luas pengertiannya jika kamu faham maksud cinta itu yang sebenar. 


P/p.s:- Entry hanyalah luahan ilham biasa dari penulis blog ini. Credit gambar google image.Sudah bberapa hari tidak update blog, rindu rasanya.Entry ini sepatutnya di keluarkan pada 14 February. Namun apakan daya batas waktu seperti menyekat idea, tahap kesihatan yang jatuh menjadikan mood untuk menulispun tenggelam timbul ditambah pula dengan line internet yang adalakalanya memang menguji kesabaran..InsyaAllah saya akan berusaha untuk selalu update entry dan luangkan masa balas komen dan terbang ke blog-blog anda (blogwalking)...Sekian dari saya..Salam sayang..

Sunday, February 12, 2012

Cinta Yang Sempurna...?



    Setiap daripada kita pasti mahukan rasa bahagia dan berbahagia buat selama-lamanya..Pasti ramai juga yang meletakkan ciri-ciri pasangan idaman yang mereka mahukan..Kalau boleh cinta biarlah sempurna, bahgia sahaja dan tiada perselisihan pendapat / bertikam lidah aka bertengkar...Katanay cinta yang sempurna ialah apabila hubungan itu berjalan dengan lancar tanpa ada halangan atau rintangan, semuanya manis-manis belaka..Kalau ada pun halangan pasti dapat di tempuhi..Hubungan cinta katanya haruslah romantik dan semuanya nampak sepadan..Kalau boleh kisah cinta mahu di jadikan sama macam dalam novel-novel atau cerita di TV / Filem yang romantik..dan semuanya haruslah berakhir dengan kebahagiaan...


  Adakah kisah yang sebegitu sempurna benar-benar wujud...??? Kenapakah kita hanya mahukan kesempurnaan 100% walhal kita tahu yang tiada manusia biasa yang sempurna, begitulah juga dalam sesuatu perhubungan..Kenapa mesti meletakkan ciri-ciri pasangan idaman begitu dan begini, bukankah lebih baik terima seadanya nilai-nilai yang ada pada pasangan kita itu..? Kenapa perlu berasa gelabah apabila berdepan dengan halangan atau rintangan dalam perhubungan dan kenapa perlu beremosi dan tidak tahu menguruskan situasi bila timbulnya perkelahian atau perselisihan pendapat..?

   Bukankah berselisih pendapat itu adalah perkara yang normal bagi sesuatu perhubungan sesama insan? Kerana kita semua memang berbeza, dan kita harus terima kenyataan itu. Walaupun kita adalah adik beradik sekalipun tak mungkin pendapat kita sentiasa sama. Apatah lagi jika kita berlainan keluarga. Dalam persahabatan sekalipun pasti ada perbezaan. Berbeza pendapat sebenarnya adalah normal dan itu sangat bagus jika kita nilai ia dari sudut yang positif. Kerana dengan adanya pendapat yang berbeza maka bercambahlah idea-idea kita, serta menjadikan kita individu yang lebih kreatif berfikir serta matang. Malah ianya juga mendidik kita supaya menerima pendapat orang lain dan serta mendidik kita supaya tahu berkomunikasi +bertolak ansur..


     Ibaratnya kapal di tengah lautan itu pun pasti pernah sahaja di pukul ombak yang besar,pernah merempuhi ribut dan taufan tapi mengapa ia masih boleh mendarat apabila tiba di pelabuhan? Untuk membawa nakhoda di tengah lautan pasti perlukan semangat yang kuat, sabar, tabah, bijak mengawal situasi, bijak membuat keputusan. Macam itu jugaklah dalam perhubungan berkaitan hati dan persaan (CINTA). Kalau tak ada tolak ansur, tak ada persefahaman, masaalah berkomunikasi, tiada kejujuran + keihklasan, tiada nilai sabar dan tabah maka berkemungkinan untuk hubungan itu terputus di tengah jalan adalah sangat tinggi. Jika perhubungan itu terlerai, tak perlu menuding jari kepada pihak ketiga, keempat mahupun kelima tapi semua itu pokok pangkal pada hati pasangan itu sendiri. Iaitu bagaimana mereka lalui dan bagimana cara mereka nak kawal situasi dan bagaimana caranya mereka berdepan dengan pelbagai situasi yang mencabar hati dan minda, itu adalah perkara yang paling mustahak sekali. Jika ada berapa ramai pun orang-ornag yang datang untung menghasut, memfitnah atau menggoda , tapi jika pasangan itu tahu cara bagimana nak hadapi sitausi ini pasti tiada masaalah. Jika seribu masaalah datang melanda sekalipun, tapi pasanagan itu berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan masaalah itu tanpa perlu mempersoalkan "salah siapa" maka hubungan itu pasti berjalan dengan lancar.


  Sedarlah bahwa tiada manusia biasa yang sempurna dan tiada kisah cinta yang sangat sempurna. Pasti dalam sesuatu hubungan  itu akan ada halangan dan cabaran nya serta akan ada masaalah-masaalah yang perlu di hadapi bersama. Jadi apa yang penting ialah sifat tolak ansur, persefahaman, saling mempercayai, jujur + ikhlas terhadap pasangan serta kesabaran dan ketabahan itu adalh nilai yang perlu ada dalam setiap perhubungan jika mahu ia berkekalan...Terimalah pasanagn kita seadanya dan jangan pula membanding-bandingkannya dengan bekas pasangan kita yang lalu atau jangan membandingkannya dengan ciri-ciri pasangan idaman kita. Belajarlah untuk menghargai apa yang ada di depan mata dan apa yang sekarang kita masih miliki, jangan apabila ia sudah jauh pergi meninggalkan kita barulah kita mhau tangisi. Pasti waktu itu sudah terlewat.

Jangan pernah sama sekali membuat perbezaan kisah cinta kamu dengan kisah-kisah cinta sempurna dalam buku cerita dongeng , novel cinta atau drama romantis di kaca TV. Fakta yang perlu kita terima adalah dunia realiti tak sama dengan kisah-kisah fiksyen yang sememangnya indah-indah berlaka!

Ps:- Entry ini adalah pendapat penulis blog ini semata-mata, ianya adalah kesinambungan dari enntry ciri-ciri lelaki yang perempaun suka dan ciri-ciri perempuan yang lelaki suka..Credit gambar google image..

Tuesday, February 7, 2012

Katanya Benci,Tapi Suka Sebarkan Dan Suka Melihat??

~Aku pun malu tau nak tengok benda-benda mcam nie..takkan aku nak sebarkan pulak??~

Zaman sekarang nie kalau boleh semua benda nak di upload dekat internet ye tak...? Tak kira lah gambar atau video..Sebab zaman yang dah canggih nielah ramai juga orang yang suka sebarkan keburkkan atau aib orang lain, konon katanya untuk kebaikan..? Kenapa di kata untuk kebaikkan pula..? Bukankah membuka aib orang dan sebarkan sesuatu yang belum pasti akan kesahihannya tak patut berlaku? Apakah akan berlaku jika yang mereka sibuk sebarkan itu adalah satu fitnah semata-mata...? Tidakkah mereka tahu yang dosa memfitnah itu adalh lebih teruk dari dosa membunuh...? Kata mereka, mereka buat itu adalah sebagai cara untuk memberi nasihat dan supaya yang lain dapat mesej yang ingin di sampaikan..Supaya katanya mata-mata yang memandang tahu pengajaran di sebalik peristiwa itu..Tapi tidakkah mereka sedar yang matlamat juga tidak pernah menghalalkan segala cara sebegitu yang jelas bertentangan dengan konsep memberi nasihat...?


       Ok itu sekadar intro...Sebenarnya saya mahu berbicara tentang mereka yang melakukan perkara begitu dengan tujuan untuk memberi nasihat tapi hakikatnya sebaliknya pula...Mengapa saya kata begitu? Mereka kata mahu memberi teguran kepada mereka-mereka yang tidak menutup aurat dan mereka-mereka yang berkelakuan kurang sopan atau tidak senonoh, mereka kata mereka mahu mengajak para remaja benci maksiat tapi hakikatnya mereka pula yang sebarkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat itu, dan mereka pula yang menjadi orang yang sebarkan gambar-gambar atau video remaja yang berkelakuan kurang sopan..Ya, niat kamu memang baik, mahu beri nasihat, Tapi cara kamu salah!

~Sape suruh diorang amik gambar pose seksi tak ingat dunia..dan siapa suruh diorang peluk sana sini dengan balak(BF) tak tentu hala, bila aku nuplod gambar atau video dorang jangan nak salah kan aku pulak! aku cuma sebarkan jer...!~



     Adakah kamu rasa dengan kamu upload segala macam video remaja berkelakuan tidak sopan dan berpelseran di sana sini maka kamu akan dapat memberi nasihat kepada mereka..??? kamu silap..! Kamu upload video tak senonoh kemudia kamu tulis di situ,:-"wahai remaja ambil lah ikhtibar, sekarang zaman dan canggih.,benda mcam nie cepat jer tersebar..Tolonglah jaga maruah diri kamu..Kamu tak pernah tefikir ke apa perasaan ibu bapa kamu bila mereka ternampak aksi akmu yang begini..???" Kamu rasa itu ke cara kamu menasihat..? Beitu ke caranya..? Tidakkah orang yang sebarkan itu terfikir akan kesahihan gambar atau video itu terlebih dahulu? Tidakkah dia terfikir dengan dia upload video dan gambar tak senonoh sebegitu dapat menaikkan rasa ghairah mereka yang melihat dan perkara itu secara tak langsung menjadi bahan penarik untuk remaja di laur sana melakukan perkara begitu pula..? Apakah selepas mereka-mereka yang melihat gambar-gambar dan video lucah itu tidak meninggalkan kesan kepada diri yang melihat..Pasti ada kesan nya..Mereka akan ketagih untuk terus melihat bahan sebegitu dan makin bersemangat untuk mencubanya pula! Pernah tak kamu terfikir yang apa akan jadi bila mereka yang melihat gambar atau video yang kamu upload itu melakukan zina atau merogol orang selepas berasa sangat tertarik hati bila melihatnya..? Tidakkah kamu yang meng "upload" terasa bersalah atau berdosa kerana menggalakkan maksiat itu lebih berleluasa..?

~Aku tak bersalah ok..Aku tak sebarkan, dan kau tak buat pun benda tak senonoh macam dalam gambar tue..Aku cuma tolong tengok dan tolong letak comment jer..Tak salah aku pun kalau aku maki-maki...Sape suruh diorana letak pic macam tue? memang nak kena maki lah jawabnya..~



     Kamu upload dan sebarkan gambar orang yang tidak menutup aurat, kemudian kamu tulis pula di situ pelabagai nasihat. Niat memberi nasihat memang bagus, tapi cara kamu tidak bagus. Kenapa saya kata begitu..? Ya orang itu memang berdosa tidak menutup aurat, tapi kamu juga berdosa kerana melihat auratnya dia dan kamu juga berdosa menyebarkan gambar itu yang dengan jelas akan di lihat oleh mata-mata buaya..Kamu kata berpakaian seksi adalah tidak patut  kerana boleh mebangkitkan rasa ghairah dan boleh mengundang padah pada si pemaikainya ...Tapi tidakkah kamu (orang yang uplod gambar itu) sedar yang kamu juga secara tak langsung sudah mengundang rasa ghairah itu pada mata-mata yang melihatnya..Kamu caci maki gambar itu..Tapi dengan jelas menbuktikkan kamu melihat gambar itu dan dengan jelas di situ membuktikkan kamu menjadi penyebar gambar itu..Jadi tak mustahil gambar begitu banyak terdapat di simpanan kamu! Jadi saya rasa kamu adalah manusia hipokrit sekali! Mulut kata benci, tapi mata melihat dengan teliti, sambil minda berimajinasi yang keji-keji dan sambil tangan pantas menyebarkan ia di alam internet...!

~Pergh..Gilalah seksi betul awek tue...Alah janganlah malu-malu..Sape suruh pakai macam gtue..? bila aku tengok nak marah pulak dan nak kata aku lelaki miang..? Come on lah,..Korang memang kelakar!~


  Kamu wahai lelaki, jika kamu seorang yang budiman sudah pasti kamu tidak begitu. Seorang yang baik tingkah lakunya tidak akan mudah mengeluarkan kata-kata kesat, keji dan memaki hamun sana sini di alam maya ini, kerana dia tahu di alam ini semua mata boleh melihat dan dia juag tahu walaupun dia sudah delete, tapi pasti ia sudah tersebar di tempat lain... Seorang lelaki yang baik adalah lelaki yang menjadi pembimbing kepada wanita, pelindung wanita dan pemberi nasihat  + teguran kepada wanita... Lelaki yang suka mengekslploitasi wanita demi mencapai matlamatnya tak kiralah sama ada nak kejar keuntungan, nak kejar glamer, nak kejar nama atau nak kejar traffic dari pembaca bukanlah lelaki yang budiman..Kerana lelaki yang baik budinya pasti akan menghormati  dan melindungi wanita walaupun wanita itu bukanlah dari darah dagingnya...

~Aku nie tak pernah berkasar atau buli perempuan..Tengok kucing pun aku sayang..Perempuan lagilah aku sayang....Nak carik suami haruslah yang penyayang dan penyabar macam aku nie ha...heeee~

      Jika kamu wahai lelaki mahu memberi nasihat kepada wanita yang berkelakuan tidak sopan atau berpakain tidak menutup aurat, bukankah lebih baik jika kamu melakukannya dengan cara yang berkhemah tanpa membuka aib dan menyebarkan pula perkara maksiat itu keserata dunia..? Jika kamu suka upload gambar / video,bukankah lebih baik jika kamu buat video atau gambar yang berunsur memberi nasihat dnegan kata-kata yang indah di sulami dengan ilustrasi yang menarik contohnya macam lukisan dsb..pasti ai akan menarik minat merek yang melihat atau membacanya..pasti cara ini akan berkesan...mungkin kamu juga akan punya ramai pula peminat wanita,mereka (para wanita / gadis) akan kagum dengan kamu keran denga cara pendekatan kamu nasihat yang halus itu dapat menarik hati mereka.. Berbanding jika kamu upload video atau gambar berunsur lucah kemudian letak nasihat pasti kamu akan dapat ramai haters dari kalangan wanita..Kerena semua yang memandang pasti akan berkata kamu hipokrit + lelaki gatal bermulut jahat..! Sebenarnya bukanlah susah untuk menasihati perempuan, kerana perempuan memang suka di puji..Jadi pujilah mereka kemudian beri nasihat secara lembut, contoh :- " Kamu comel, tapi kamu akan nampak 100 kali lagi comel bila kamu mentup aurat dengan sempurna.." Pasti  yang mendengar pun jadi berminat dan lembut hati untuk mendenagr nasihat-nasihat dari kamu...


PS:- Entry ini hanyalah luahan pendapat biasa oleh punulis blog ini...Harap tiada yang tersinggung...Gambar hanyalah hiasan, ehsan google image...
 

Monday, February 6, 2012

Kalaulah Ada Abang...Kan Best...


            Kamu ada abang, kakak dan adik-adik? Wah pasti seronok kan..Ramai juga yang kata menjadi anak tunggal nie seronok, dan banyak kelebihan...Tapi sebenarnya  hidup sebagai anak tunggal nie taklah menarik mana...Tak best sebab takde adik beradik yang kamu boleh berkongsi segala cerita dan kamu tidak ada adik beradik untuk minta pendapat tentang onak berduri ranjau kehidupan...Segalanya harus berdiri sendiri dan harus berfikir sendiri..Ianya bukanlah sesuatu yang menyeronokkan bagi saya...Perkataan yang sesuai dengan status anak tunggal ini bagi pendapat saya sendiri ialah: Bosan, Sunyi, Sepi,Terkawal...Apa yang orang lain selalu anggap ialah: Manja, Tak berdikari, Tak matang dan macam-macam lagi perkataan yang sewaktu dengannya...



    Dulu pernah lah ada seorang adik lelaki, tapi dia dah pun meninggal pada tahun 1997, masa tue umur dia 7 tahun..Selepas itulah saya menjadi anak tunggal nie...Dari kecik lagi sebenarnya saya teringin sangat nak ada seorang abang...Kan best kalau ada abang nie kan..Boleh berkongsi pendapat atau idea..Oh kenapa pilih ada abang berbanding kakak? Sebenarnya saya dari kecik memang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama dengan apa yang budak lelaki suka..Permainan masa kecik saya pun macam:- gasing, guli, bola lima nyawa, ceper, kosong dua lima, panjat pokok, sembunyik-sembunyik, tangkap ikan puyu , layang-layang,skateboard, kereta tamiya dan macam-macam lagi..So saya fikir masa tue kalaulah ada abang kan best, boleh di ajak jadi kawan sepermainan, kalau kalah boleh dia tolong "backup"..


  Kalau ada abang nie, boleh lah di ajak teman tengok bola! Kat rumah memang tak der Astro, so sekarang nie kalau nak tengok bola pun biasanya guna internet :-live streaming jer..Line internet nie pun slow jer selalu..Jadi, kurang feel untuk tengok perlwanan tue, lebih-lebih lagi kalau kat padang tue tengah ada perlwanan Machester United..! Jadi, kalaulah ada abang, bolehlah di ajak teman tengok bola kat warung ke sambil-sambil minum neslo gtue...hehehe..

  Kalau ada abang, boleh lah di ajak ke sana -kemari temankan pergi jejalan keliling kota..Kalau takder duit, boleh mintak dia belaja kamu shopping..Alah takkanlah dengan adik sendiri pun dia nak berkira (kedekut) kan..?Sekarang nie majority member dah kahwin / dah tunang, so kalau nak ajak kuar pun susahlah...Jadi kalau ada adik beradik sendiri nie bestlah kan, boleh jugak di ajak jalan-jalan...Kalau kita tak tahu sesuatu boleh mintak pendapat, contohnya macam hal-hal berkaitan kereta dan gadjet-gadjet, orang lelaki nie biasanya memang lebih arif dalam hal-hal macam tue lah...Jadi kita takderlah tertipu, bila kereta luka sikit kena bayar sampai RM200! fuhh..Tertipu..


  Kalau ada abang nie best sebab akan rasa di lindungi. Seorang abang akan bimbing adik dia ke arah kebenaran dan lindungi adik dia dari sesuatu yang tidak elok dan berbahaya. Contohnya, kalau masa zaman sekolah tak faham sesuatu subjek boleh mintak pendapat atau mintak jer dia ajarkan...Kalau lagi best tiru jer  lah buku dia, janji kerja sekolah siap kan..? Kalau ade masaalah boleh mintak pendapat dan idea dari dia...Kalau ada berlaku sesuatu, contonya macam bergaduh atau kena buli dia akan "backup" kamu dan tolong tumbuk kan budak yang buli kamu tue..Kalau kamu pakai pakaian kurang sopan, atau keluar tak tentu hala seorang abang pasti akan tegur kamu dari situlah kamu akan rasa di lindungi...Walaupun mungkin kelihatan macam dia membebel, tapi sebenarnya dia mengambil berat..


~Jika kamu punya adik berdik, sayangilah mereka...Jika mereka nakal, tegurlah mereka dengan baik..Jangan biarkan / sisihkan  mereka begitu sahaja dan jangan pula kamu mengeluarkan kata-kata kesat kepada mereka...Jika mereka tersilap tegurlah mereka dan nasihatilah mereka dengan sopan dan berkhemah..Janganlah kamu membenci adik beradik kamu kerana mereka juga adalah darah daging kamu sendiri..Janganlah kamu pernah berasa dengki atau iri hati dengan kejayaan atau kelebihan adik beradik kamu..Tetapi berbanggalah jika mereka berjaya dan sentiasalah mendoakan kejayaan serta kesejahteraan hidup mereka...~


Itu jerlah coretan saya, tentang tajuk ini...Saya tulis ini berdasarkan apa yang saya sebagai anak sulung dan anak tunggal...Credit gambar:-google image..




 
 
 

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul


~Salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam di seluruh dunia~

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ


   Marilah bersama-sama kita hayati dan renungkan kembali segala  perjuangan dan jasa pengorbanan junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dalam mengembangkan syiar Islam di muka bumi ini..Sesungguhnya segala jasa pengorbanan  Rasullulah SAW tidak akan dapat terbalas oleh kita..Marilah bersama-sama kita perbanyakkan selawat   ke atas Rasullulah SAW...Bersama-samalah kita mengamalkan dan menghayati segala sunnah Baginda Rasulullah SAW dalam kehidupan harian kita... Segala akhlak Rasullulah SAW juga haruslah kita contohi dan teladani. Malah Rasullulah SAW seharusnya di jadikan idola untuk kita semua..Allah SWT berfirman yang bermaksud : " Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu..." (Surah al- Ahzab:Ayat 21)

  Oleh itu tidak ada sebab bagi kita untuk tidak mahu mengamalkan sunnah Baginda dan tidak ada sebab untuk kita untuk tidak menjadikan Baginda SAW sebagai contoh tauladan yang baik / idola buat kita. Kerana akhlak yang ada pada diri Baginda itu memang wajar di contohi jika kita mahu menjadi umat Islam yang berjaya.

Wednesday, February 1, 2012

WW#14:- ....





ps:Kamu nilaikan sendiri apa makna tersirat di sebalik lukisan tisak seberapa ku ini...sekian..selamat malam

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...