Translate

Tuesday, November 10, 2009

KELEBIHAN SOLAT LIMA WAKTU

Seorang doktor dari Amerika Syarikat telah memeluk islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doctor neurology







Setelah memeluk islam, dia amat yakin akan perubatan secara islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan “Perubatan Melalui Al Quran”. Kajian perubatan melalui Al Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al Quran. Di antara kaedah-kaeadah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.






Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk islam, maka doctor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.






Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya beberapa sukatan yang ditentukan sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.






Jadi barangsiapa yang tidak menunaikan sembahyang, akan otaknya tidak akan menerima dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal. Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama islam sepenuhnya kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agamaNya yang indah ini.






Kesimpulannya:






Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama islam, mahupun akal yang berfungsi secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatau keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal.jesteru itu, tidak hairanlah manusia ini kadangkala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya. Walaupun akalnya mengetahui bahawa perkara yang dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Ini adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam genjala sosial masyarakat pada masa kini seperti black metal, pembuangan bayi, merogol dan sebagainya. Marilah kita mengambil ikhtibar daripada kisah ini. Ambilah islam secara menyeluruh bukanya sedikit atau sekadar ada sahaja serta fahamilah “APAKAH ITU ISLAM SEBENANYA”

No comments:

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...