Translate

Thursday, February 27, 2014

Tiada Yang Mustahil Dalam Mencapai Cita-Cita...

Cita-Cita...
Setiap orang pasti ada cita-citanya yang tersendiri...
Cita-cita awak dan saya mungkin sama dan mungkin juga berbeza...
Ada orang yang nasibnya baik, mudah sahaja dia mencapai cita-citanya...
Ada orang yang  sebaliknya (tapi bukan malang), jadi dia kena berkerja lebih gigih untuk capai cita-citanya itu. Banyak rintangan dan halangan yang perlu dia hadapi seblum beroleh apa yang dia hajati..

             Maka bagi sesetengah orang mereka berkata "Maka beruntunglah orang yang lahirnya sudah kaya dan sudah punya gelaran jadi dengan mudah sahaja masa depannya pasti lebih mudah untuk bersinar..." Benarkah hidup ini sezalim itu? Tidak, Jawapannya tidak sama sekali. Hidup kita, kitalah yang corakkannya...Samada kita mahu ia diwarnai dengan warna yang  kelam dan kusam atau diwarnai dengan warna yang cerah dan bersinar... Jadi jangan pernah salahkan takdir yang pernah tertulis untuk kita, bila kita tak dapat apa yang kita hajati andai sahaja kita sendiri pun tak pernah mensyukuri apa yang telah kita perolehi selama hidup di bumi.  


        Orang yang lahirnya sudah kaya dan punya gelaran pun belum tentu dia boleh punya masa depan yang cerah, andai saja dia itu tak pernah bersyukur dengan apa yang dia ada dan tamak haloba dengan harta dunia semata-mata dan malas berusaha serta tidak bercita-cita.  Bayangkan saja seorang anak yang dilahirkan dalam keluarga hartawan yang punya banyak syarikat tapi malas dan enggan mencari ilmu, tak tahu bidang perniagaan, tak tahu selok belok perniagaan, malas juga bekerja dan segala kerjanya dan urusan perniagaannya diharapkan pada pekerja-pekerjanya dan dia itu mempunyai perangai yang sangat ego dan berlagak walhal dia itu "zero" dalam bidang perniagaan dan kerjayanya apakah akan jadi seterusnya? Pasti saja bukanlah sesuatu yang mustahil untuk anak yang mewarisi harta itu jatuh muflis dek kerana perangainya yang bodoh sombong dan malas berusaha itu. Harta walau setinggi gunung Everest pun, kalau tidak dijaga dengan betul dan asyik ditarah saja lama-lama semakin menyusut jugak.



     Orang yang lahirnya miskin dan menderita tak semestinya dia tidak akan menjadi individu yang berjaya. Jika dia rajin berusaha dan mencari peluang serta rajin juga berdoa dan bersolat serta tidak mudah putus asa dalam mencapai cita-citanya, rajin pila menimba pelbagai ilmu yang bermanfaat maka satu hari nanti pasti dia akan menjadi insan yang berjaya. Percayalah kejayaan yang kamu perolehi hasil usaha sendiri selepas menempuh pelbagai cabran hidup yang berliku itu lebih manis dan besar ertinya, berbanding jika kejayaan yang hanya ditumpang atas keringat dan usaha orang lain.


   Setiap dari kita pasti punya kelebihan yang tersendiri. Jadi berbekalkan dengan kelebihan dan keistimewaan yang kita ada itu ditambah pula dengan minat sebagi dorongan, maka jadikanlah impian kita itu satu kenyataan. Gunakanlah kelebihan yang kita ada itu sebaik-baiknya. Misalnya kamu pandai memasak dan minat memasak dan belajar memasak, maka ikutlah cita-cita kamu itu untuk mula membuat tempahan katering kecil-kecilan, kemudian apabila telah menapak hasil bolehlah kembangkan perniagaan itu pula. Contoh lain, jika kamu minat melukis dan punya bakat lukisan yang hebat. Apa kata kamu ketengahkan bakat kamu itu, dan mula menjual karya kamu selain dapat memanfaatkan hobi masa lapang, jadi juga hobi itu sebagai mata pencarian tambahan. 


     Jadinya, kita kena tahu kelebihan / keistimewaan diri kita terlebih dahulu, kemudian minat kita. Kemudian barulah pasang azam dan cita-cita. Kalau hendak berjaya kena ingat dan amalkan kata kunci ini :
 CUDT ( C = Cita-cita, U = Usaha, D = Doa, T= Tawakal)


    Dalam mencapai cita-cita juga tidak ada istilah mustahil dan tidak ada istilah terlambat. Jangan malu untuk berusaha atau menimba ilmu. Tidak ada istilah terlalu senja (terlalu tua) untuk mencari ilmu atau berjaya. Jadi, dalam hidup ini kita kena tahu apa yang kita inginkan dan apa matlamat  hidup kita. Seterusnya usahakanlah dan rebutlah peluang yang terbentang luas dalam mencapai matlamat. Andai kita ini diejek kerana cita-cita kita dikatakan mustahil untuk dicapai, maka janganlah menangis atau putus harapan. Sebaliknya kamu harus buktikan kepada manusia-manusia yang mengejek kamu itu yang kamu jufga akan menjadi orang yang berjaya malah lebih berjaya dari mereka yang mengejek kamu itu. Setiap kali kita dikritik atau idea kita ditolak janganlah mudah "sentap", merajuk atau simpan dendam. Sebaliknya, jadikan kritikan dan penolakan itu sebagai satu titik tolak untuk kita mencari idea yang lebih baik dari itu dan berusaha lebh gigih lagi dalam mencapai apa yang kita inginkan. 

       Dan jangan pernah lupa yang kita sentiasa ada Allah swt, maka berdoalah apa sahaja yang dihajati.  Jangan sombong untuk berdoa dan jangan pernah lupa Tuhan apabila sudah berjaya  dan jangan sesekali salahkan  Tuhan apabila kita tak dapat mencapai apa yang kita ingikan.. Kerana sesungguhnya Allah swt itu tidak pernah zalim terhadap kita, malah kita sendiri yang mezalimi diri kita sendiri.
          







Akhir kata, Semoga kita semua beroleh segala cita-cita yang kita hajati... (^__^)
Saya sendiri pun masih lagi mencuba dan tersu mencuba untuk mencapai cita-cita..
Doakan saya juga berjaya ye.. :)


kalau kamu nak tahu terhasilnya entry ini pun dari mimpi, saya baru terjaga dari tidur  sebentar tadi dan terus menaip entry ini...Jadi tak ada mimpi yang tak boleh jadi kenyataan.. (^__^)


Hai semua....
Apa khabar...???
Saya harap semua pembaca blog ini sihat sentiasa... (^___^)
Maaf lah ye dah sebulan lebih tak update blog nie....
Bukan menghilang ke mana pun, cuma sedang mencari idea dan bermasaalah sedikit dengan line internet...




Segala tulisan artikel ini adalah olahan idea saya sendiri selaku penulis blog ini (http://merpatiputih88.blogspot.com/). Sebarang kekhilfan atau kekurangan harap dimaafi.


Kredit gambar: google image

Friday, January 17, 2014

Sebarkan Kasih Sayang Bukan Perang...




Hidup ini biar saling sayang menyayangi...
Harus lah ada rasa saling hormat-menghormati...
Perlu lah ada rasa tolak ansur...
Juga mestilah kena ada rasa timbang rasa...
Sifat tolong-menolong perlu sentiasa ada...
Apabila melihat insan lain yang "lemah" dalam sesuatu perkara itu, haruslah kita yang dikurnia "kelebihan" itu datang untuk membantu insan itu...
Jangan lah kita tengok sahaja sekadar menjadi pemerhati sahaja...
Tolong lah apa yang kita terdaya untuk tolong, bantulah dengan hati yang ikhlas dan bukan dengan niat tersembunyi atau minta dipuji-puji...

        Hatta yang sedang dilanda beban itu bukanlah individu yang kita kenal, atau seseorang yang tak rapat dengan kita, atau orang yang selalau buat kita rasa marah/ sakit hati sekalipun kita patut tolong dia...Janganlah memilih-milih dalam memberi pertolongan.Pertolongan bukan bererti dalam bentuk wang atau kebendaan semata-mata, ada pelbagai cara kita boleh membatu..Contoh dari segi tenaga, ilmu atau kepakaran kita dalam sesuatu bidang...Itu semua boleh dikongsi untuk kegunaan bersama...Nasihat dan kata-kata semangat serta motivasi juga boleh membantu insan ynga dilanda masaalah...Malah ianya sangat berguna buat insan yang sedang patah semangat dan hampir berputus asa


   Jadilah manusia yang boleh bertolak ansur, dan punya rasa empati di hati...Sekiranya hari ini kita membantu insan lain, di lain masa apabila kita susah pasti ada insan-insan yang akan menolong kita... Sekiranya hari ini kita menjadi manusia yang suka memusuhi dan suka berprasangka buruk dan berfikiran negatif dan enngan memberi kan sebarang pertolongan, kedekut dalam memberi ilmu. Maka lambat atau cepat, jika kita dilanda kesusahan pasti sukar orang mahu membantu kita..


     Kita hidup nie sama-sama berkongsi dalam planet bumi nie. Makanya, tak salah untuk kita saling bertolak ansur walaupun dengan individu yang kita tak pernah kenal sekalipun. Contohnya jika kita sedang memandu, dan ada kenderaan lain ingin masuk lorong kita, apa salahnya kita beri sahaja laluan dan jangalah berkira sangat...Bayangkan di lain masa apabila kita mengalami situasi yang sama dan terserempak dengan kereta yang sama yang kita enggan bertolak ansur itu, pasti dia juga buat perkara sama kepada kita... Contoh lain jika kita sedang masuk ke sesuatu premis dan mebuka pintu dan ternampak ada orang di belakang kita atau bertentang dengan kita yang mahu menggunakan  pintu itu apa salahnya kita buka pintu itu beri individu itu laluan terlebih dahulu daripada kita hempas pintu sekuat hati seperti ingin menghantuk kepala orang sahaja.

Sekiranya kita ini pemandu kereta, apa salahnya kita beri laluan terlebih dahulu kepada pejalan kaki dan bukannya berdesuppp memandu laju tanpa padang kanan kiri. Sekiranya kita sedang berada didalam kenderaan awam seperti bas atau LRT (kereta api komuter) dan waktu itu kita terlihat ibu hamil, orang yang lebih berusia atau orang yang kurang upaya, apa salahnya jika kita bangun dari tempat duduk dan berikan tempat duduk kita kepada mereka? Sekiranya kita ini dikurniakan kepandaian dalam sesuatu matapelajaran, apa salahnya kita kongsi ilmu itu pada rakan-rakan kita yang kurang memahami subjek itu. Tubuhkan study group, jadi kita semua boleh sama-sama berkongsi ilmu. Ingat, jangan kedekut berkongsi ilmu, malahkan sebarkan-sebarkan lah ilmu yang bermanfaat kepada orang lain agar manfaatnya dapat dirasai bersama.


   Untuk berbuat baik, dan berbudi bahasa tak perlu rasanya mengira pangkat, darjat, bangsa, keturunan, warna kulit, warna rambut atau agama... Berbuat baiklah kepada semua, tak kiralah sesama kita manusia, atau kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan serta alam sekitar.. Sedarlah akan satu hal, kita ini duduk di bumi, dan kita semua saling perlu memerlukan. Tidak ada satu manusia biasa di bumi ini yang boleh hidup tanpa perlu hidupan-hidupan lain dibumi...

Jadi sebelum kita rasa baru bermula hendak lancarkan perang adalah lebih baik kita bersahabat / bersaudara... Lihat lah di beberapa negara yang kacau bilau, denga isu perang tanpa henti banyak nyawa yang terkorban dan bayak kemusnahan harta benda yang berlaku..Adakah kita mahu lihat perkara itu terjadi..? Jadi marilah kita menjadi individu yang bertolak ansur! (^___^)


#SpreadLoveNotWar

P/s: Entry ini adalah luahan idea sepenuhnya saya selaku penulis blog ini. Tercetusnya idea untuk menulis tentang ini selepas melihat video tentang bertolak ansur ini:





Wednesday, January 1, 2014

Memory 2013

Cepatnya masa berlalu...
Sekejap ajer dah masuk 2014!

Selamat tahun baru!
Semoga apa yang diimpikan menjadi kenyataan... :)


Imbas Balik memori 2013 saya:

Perkara Penting:

~Lulus periksa perkhidmatan~
~Sah jawatan~
~Genap 3 tahun bekerja dalam bidang ini (kewangan)...~
~Bertukar tempat kerja~

Tempat yang dilawati (yang banyak tinggalkan memory) 2013:

~JB+Nusajaya (semestinya)
~Bakri, Muar
~Batu Pahat
~Melaka
~Langkawi,Kedah
~Alor Setar, kedah
~Padang besar, Perlis
~Kuala, Perlis
~Ladang Anggur,Perlis
~Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis
~Sungai Siput, Perak
~Mee Udang Kuala Sepetang,Perak
~Ikan Bakar, perak
~Legoland, Malaysia
~Tanjung Adang Seafood
~Restoran Kasih Bonda, Tebing Runtuh


Lagu yang paling suka 2013:

Roar- Katy Perri
Linger- Estranged
When I was you man- Bruno Mars
Here's to never growing up- Avril Lavigne-
Human-Christina Perri
A Thousand Years (part 2)-Christina Perri ft Steve Kazee
Radioactive-Imagine Dragon
Treasure-Bruno Mars
Tetap Menantimu-Nomad
Sandiwara Cinta-Repvblik
Rindukanlah-Encik Mimpi
Just give me a reason-Pink
Still into you-Paramore
Sayang-Shae
Star Ship-Nicki Minaj
We Are Never Ever Getting Back Together-Taylor Swift
Diamond-Rihanna
Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang-Tegar
Come and get it- Selena Gomez
Bahagiamu Deritaku – Hafiz
Menunggu-Akim
Jangan Pergi-Loka
Kalau Aku Kaya- Altimet ft Awi Rafael
Rilek brader-Art Fazil ft Imuda

Stay- Rihanna Ft Mikky Eko
Heart Attack-Demi Lovato
Lights-Ellie Goulding
I Need Your Love-Ellie Goulding

Filem paling minat 2013:
Iron Man 3
Fast & Furios 6
Man of Steel

Drama bersiri paling minat 2013:

Sebenarnya Saya Isteri Dia
Kampung Girl
Love You Mr Arrogant
Merlin


Ucapan untuk semua: 

   "Semoga kita semua berjaya beroleh apa yang kita hajati  sepanjang tahun 2014 ini...Berjaya mencapai impian dan cita-cita kita...Teruskan usaha! Tahun 2014 baru saja bermula, jadi mulakan ia dengan baik... Sekiranya ada kesilapan / kekhilafan yang pernah kita buat pada tahun-tahun lalu, masih belum terlambat untuk kita perbaikinya pada tahun ini...Ingat, masih ada banyak perkara perlu kita rempuh sebelum mencapai impian kita...Jadi harus sabar dan tabah selalu, cekalkan hati, kuatkan semangat dan jangan sesekali putus asa...! Dan yang paling penting kena berfikiran positif selalu, apa yang berlaku jadikan ia sebagai pengajaran / panduan...Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah yang tersebunyi...Jadi senyum-senyum selalu.." (^___^)Y

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...