Translate

Tuesday, May 10, 2011

Perlu Ke Bunuh Membunuh Demi Cinta???


Kebelakangan nie kat surat khabar ada memaparkan beberapa kes pembunuhan atas dasar cinta...
Motif pembunuhan atas dasar cemburu yang keterlaluan dan dendam yang bersarang dihati apabila orang yang dicintai memutuskan perhubungan atau menolak cintanya..

Pendapat saya secara peribadi, tak perlulah kita menyimpan dendam di hati kepada orang lain apatah lagi hingga menyebabkan pembunuhan..
Sekiranya si bekas kekasih hati itu pernah melakukan kesilapan terhadap anda maafkan sahaja dia, Jika kesalahan nya itu adalah berat untuk dimaafkan maka lebih baik menggunakan pendekatan perundangan kerana setiap negara di dunia ini punya undang-undang.
Biralah dia di hukum seadil-adilnya atas kesalahan yang telah di perbuat itu dengan cara perundangan..
Tak perlu kamu bertindak melulu dengan membunuh orang..
Kerana akibatya sangat buruk bagi diri kamu, malah kamu boleh dijatuhi  hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup (Bergantung kepada sistem perundangan sesebuah negara)
Mahukah kamu mensia-sia kan diri kamu sebegitu?
Melakukan perbuatan sia-sia dengan memusnahkan masa depan dan mensia-siakan usia muda kmu itu dengan memusnahkan diri sendiri akibat cinta yang kecundang adalah perbuatan yang paling tidak wajar kamu lakukan..
Kecewa???
Ya, setiap insan yang pernah mengalami putus kasih pasti akan kecewa..
Tapi..Wajarkah kamu mengubati kekecewaan kamu itu dengan merosakkan tubuh badan sendiri...?
Jangan sesekali kamu mengambil dadah, alcohol atau pil tidur atau makan apa jua ubat untuk membunuh diri..!
Jangan kamu terjun bangunan atau mengantung diri semata-mata kerana kecewa cinta yang kecundang ditengah jalan..
Ingatlah..Masih ramai lagi insan yang lebih baik dari dia  dan kamu layak untuk bertemu insan itu..
Percayalah..Lambat laun kamu pasti akan berjumpa juga dengan insan yang benar-benar mencitai dan menyayangi mu dengan seikhlas hati..
Tak perlu kamu tangisi atau membunuh diri atau mencederakan diri sendiri dan merosakkan masa depan kamu sendiri demi seorang msnusia yang tidak lagi mencintaimu..
Saya ingin bertanya..
Wajarkah kamu merosakkan masa depan kamu dan meleburkan harapan keluarga kamu demi orang seperti itu..?
Adakah kamu akan jadi orang yanga gagal tanpa dia?
Adakah kamu perlu mati demi dia?
Sewajarnya, kamu membuktikan pada dia yang kamu boleh berjaya walaupun tanpa dia..
Ya, berjaya dalam pelajaran, kerjaya, serta bahagia bersama keluarga dan rakan-rakan kamu..
Malah kamu perlu buktikan yang kamu akan jadi insan yang lebih berjaya dan lebih bahagia dari sebelum ini..
Jadilah insan yang kuat, sabar dan tabah..
Segala yang berlaku pasti ada hikmah..
Kamu tiada jodoh dengan dia bukan bererti hidup akan musnah..
Tetapi itu adalah petanda dia memang bukan untukmu..
Percayalah akan hadir sesuatu yang lebih baik dari itu..

Jika kamu sedang terfikir untuk membunuh diri atau mencederakan diri sendiri sekarang ini...
Saya minta kamu batalkan sahaja niat kamu itu!
Saya ingin bertanya kepada kamu..
Adakah dengan cara itu anda akan mendapat cintanya kembali atau ianya cuma atas dasar simpati...???
Cinta itu tak seharusnya menyakiti..
Cinta itu tak semestinya anda harus memilikinya..
Tapi cinta itu adalah kebersediaan anda untuk melihat insan yang anda cintai itu bahagia walaupun anda terpaksa melepasannya pergi bersama insan lain yang lebih di cintainya..
Ya, ianya memang pedih..
Tapi di sebalik semua kepedihan itu pasti ada hikmah disebaliknya..
Jika anda bersama dia, anda dan dia menderita dan hanya berpura-pura mencintai adakah itu yang anda mahukan..?
Cinta itu tak seharusnya ada paksaan..
Cintailah diri sendiri sebelum memberi cinta kepada orang lain, jangan pernah menggadaikan maruah,wang ringgit, nyawa pada cinta buta seperti itu...


Pesanan dari saya:-
~Cintailah sesuatu itu sekadarnya sahaja, kerana boleh jadi sesuatu yang kamu cintai itu boleh jadi kamu membencinya dimasa hadapan kelak,Bencilah sesuatu itu sekdarnya sahaja, Kerana boleh jadi apa yang kamu benci itu akan kamu cintai suatu hari kelak..Maka dengan itu bersederhanalah dalam memberi ataupun menerima cinta..Kelak kamu takkan terlalu kecewa apabila perhubungan itu gagal ditengah jalan..~


Nota:- Ini adalah pandangan peribadi  saya semata-mata, segala gambar adalah diperoleh dari Google Image.

Sunday, May 8, 2011

~Sepetang Bersama Bonda Tersayang~(^_^)♥

Hari nie  hari Ibu kan..?
Awak semua dah bagi ucapan atau hadiah atau sambutan pada Ibu belum?
Kalau belum, cepat-cepatlah buat ucapan ye..
Bukannye susah pun..
Ini adalah salah satu cara kita menghargai Ibu kita...
Sejak saya berusia 7 tahun lagi saya dah pun  bagi ucapan dan buat sambutan untuk mak saya..
Zaman sekolah rendah dulu-dulu saya cuma bagi mak saya at least sekuntum bunga ros dan kad ucapan yang saya buat sendiri (pakai manila card jer, tulis pun pkai pensil dan wat touch up sikit gne pensil colour luna dan crayon..huhuhuhu...).
Masa tue kalau ada rezeki lebih baru beli kan hadiah..(hadiah biasa-biase jer..maklumlah dak sekolah rendah..gne duit tabung jer ar...huhuhu...)
Bila dah sekolah menengah baru pandai beli card kat kedai,(card siap bunyi-bunyi lagi)..
Masa nie dah pandai masak. So, saya akan masak untuk mak (walaupun lauk simple-simple jer...sebab kalau nak makan kedai memang tak mampu...belum kerja lagi kan...hehehehe...)
Bila zaman saya dah sambung study pulak..saya cuma bagi ucapan jer kat mak (kalau masa hari ibu tue saya tak dapat balik)
Tapi kalau saya dapat balik rumah (free dari segala assigment dan macam-macam perkara). Saya akan belikan mak hadiah, card dan kek...
                 Tapi sekarang saya dah kerja...So, adalah wajar saya sambut Mothers Days nie dengan sesuatu yang special sikit..
Mula-mula ingat nak masakkan untuk mak saya jer..
Tapi memandangkan cuaca kat Jaybee searang nie panas..
Jadi saya amik keputusan untuk tidak menyebabkan bertambahnya "Global Warming" dan untuk jimatkan masa jadi saya pun ajak mak saya makan kat luar jer...(Eceh ayat tak tahan...ehehehehe..)
So apa lagi start enjin, terus bergerak ke  Pizza Hut yang paling dekat dengan rumah saya nie...
Meh sini tengok gambar-gambar mak saya...(^___^)
.

.


.


.


.

Ok sekarang kita tengok pulak menu dia....



Pan Pizza "Mommy Dearest"


Triple Platter (BBQ)


Mushrom Sup And Garlic Bread Stick


Double Delight (Ice Cream)


~As for me, makan kat sini memang berbaloi-baloi..sebab jimat masa, tenaga (tak yah nak masak dan bukak buku resepi nak ceri menu-menu western cam gnie..), makanan dia pun sedap. Layanan die pun special ckit berbanding kedai biasa.So, ianya sangat sesuai untuk celebrate special day macam mothers day nie.. ~

~Untuk Mak Saya:- Nie jer lah yang saya mampu buat untuk arnie..Harap mak happy~

~Saya Doakan Mak sembuh sepenuhnya dari penyakit kanser nya dan dapat menjalani rawatan dengan jayanya~


Puisi:Warkah Buat Ibu~♥

Ibu..
Segala jasa dan pengorbananmu takkan terbayar olehku..
Ibu..
Aku lemah tanpamu...
Ibu..
Engkaulah tempat aku mengadu dan berkongsi segala cerita..
Ibu..
Engkaulah sahabat karibku..
Ibu..
Engkaulah sumber inspirasiku..
Ibu..
Engkau selalu ada menemaniku di kala aku sihat atau pun sakit...
Ibu..
Engkau selalu menasihati ku , membimbing ku dan memberi kata-kata motivasi kepada ku.
Ibu..
Tanpa mu aku lemah..
Ibu...
Tanpa mu aku tak mungkin menjadi insan setabah ini...
Ibu..
Tanpa mu aku takkan menjadi insan berjaya...
Dikala aku lemah dan putus harapan, Ibulah yang memberikan aku semangat untuk aku bangkit kembali..
Ibu maafkan lah anakmu ini...
Kerana...
Terkadang aku sibuk dengan urusan harian hingga lupa memberi perhatian kepadamu..
Ibu maafkan lah anakmu ini...
Kerana...
Aku gagal menemanimu kerana tuntutan kerjaya ku..
Ibu maafkan lah anakmu ini...
Kerana...
Bersikap degil, keras kepala dan terkadang tak ikut kata..
Ibu maafkan lah anakmu ini...
Kerana...
Terkadang aku buat hati ibu terluka..
Ibu..
Aku cuma mahu kamu tahu...
Aku sayang Ibu..
Aku tak mahu Ibu pergi tinggalkan aku..
Kerana..
Tanpa kasih dan doa seorang Ibu siapalah aku..






Nota:-Puisi ini adalah Ilham sepenuhnya pemilik blog ini. (http://merpatiputih88.blogspot.com).Hak Cipta Terpelihara.Sebarang bentuk penerbitan semula adalah dilarang sama sekali..Gambar adalah dari google image...

Ps:- Mari sama-sama kita berdoa untuk Ibu kita:-
(Gambar ini diperolehi dari website ILuvIslam.Com)

Special Notes For My Dear Darling

"Your love is like an ocean that’s flows into my soul,

Your voice is sweet like music that calms my lonely world,

Your hands is my protection from hurt deep down inside,

I can’t do much without you, I can't go on alone"~merpatiputih88.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...